Disember 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Disember 2014
Simple GA: Friendship fridge magnet

Simple GA: Friendship fridge magnet

Bismillahhirrahmannirrahim...

Sewaktu Mrs. A terjah blog Life is beautiful...don't waste it. tadi, kebetulan blog owner sedang buat GA. Dear readers..... ssesssuai sangat GA ni kepada peminat fridge magnet mahupun collector fridge magnet. Eh! yang bukan peminat pun boleh jer joint if interested. For more details jom kita klik banner di bawah:-

Klik sini
HADIAH

Fridge Magnet x 5 pemenang
*Fridge Magnet seperti gambar di atas
*Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan

GA akan tamat pada jam 11.59 malam, 31/12/2014


New IC

New IC

Last Saturday 26122014 we all empat beranak telah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Motif ke sana nak buat IC untuk Along yang dah pun berumur 12 tahun. Dah! bujang anak ibu rupanya. Plan nak pergi JPN Senawang kerana berdasarkan pengalaman lalu kat sini tak ramai sangat orang, officemate Mrs. A pun suggest buat kat sini. Unfortunately bila sampai jer kat depan pejabat JPN tu... tutup da... tanya kat guard yang tengah duduk kat situ katanya today closed. Huhuhuuuhuu... then we all decide untuk pergi ke JPN Seremban di Wisma Persekutuan.

Lebih kurang pukul 11.30am cenggitu sampai dapat parking bebetul depan gate. Wah! terbaiklah tak payah susah-susah cari parking. Tengok kereta takdelah banyak sangat tanya kat guard di post guard tu katanya JPN buka. Syukur dapatlah kita buat IC Along ya. Sampai aje di pejabat JPN tingkat 1 tengok fuyyo... ramai juga manusia yang nak buat IC macam we all kekdahnya. Hah! tau takpe apa ko ingat ko datang Saturday takde manusia takde maknanya. JPN Seremban Saturday dan Sunday buka dari 9.00am hingga 2.00pm.

Oleh kerana Along tujuannya untuk membuat new IC jadi dia perlu mengisi borang. So babahnya pun ambil borang berserta angka giliran. Serahkan aje urusan mengisi borang tu pada babahnya. Sementara Mrs. A pulak nak tukar IC lama kepada baru tak perlu isi borang cuma amik nombor giliran dan IC lama jangan tinggal kat keta pulak. 

Angka giliran Along time tu 1117 dan angka giliran Mrs. A 1118 tulis kat situ pulak no sekarang 1085. Sabar ye anak-anak dan bapaknya juga lagi tiga puluh lebih orang barulah turn kita. Mrs. A ingat sure lama ni kena tunggu tapi takdelah lama sangat lebih kurang 40 minit cenggitu aje... oklah kot berFB pun tak bosan lagi.

Ha! ni lagi satu Mrs. A tak faham orang lelaki ni ko dah tahu ko nak buat IC anak ko. Tapi boleh pulak ko pi tinggal IC ko sendiri kat dalam keta. Apa ko ingat surat beranak aje dah cukup. Tapi we are so lucky coz budi bicara adik kaunter tu urusan jadi mudah. Thank you so much adik kaunter.

Untuk urusan gambar IC sekarang ni amik kat situ jugak depan kaunter tu jer...yang best tu, dia boleh tanya pulak cer akak tengok gambar akak ok tak? Ke akak nak amik sekali lagi. Hurmmm... oklah tu dik! Muka ada senyum tu, lagipun dah muka cenggitu takkan jadi muka Neelofa pulak. ngeh!ngeh!ngeh! Bayaran yang dikenakan untuk Mrs. A adalah RM10.00. Sementara Along pulak RM11.00. IC siap esoknya. Kiranya sehari selepas itulah. Kat tempat lain tak pasti pulak berapa hari siap. Kalau tak silap kat cawangan kecil tempoh siap seminggu (For confirmation sila check sendiri dengan JPN ya)

Tadaa... Mrs. A sudah tukar you all sudah ke belum?




Mati Itu Pasti Hidup In Sha Allah

Mati Itu Pasti Hidup In Sha Allah

Selamat kembali bekerja. Dah 3 hari tak up entry semuanya duk kat draft, selalu begitu bila time cuti Mrs. A memang susah sikit nak ngadap laptop nih! Lagipun dalam masa 3 hari ni panjang perjalanan ceritanya. Dalam masa 3 hari sahaja macam-macam boleh berlaku  banjir sana-sini, kapal terbang hilang lagi. 

Pada cuti hari Christmas tu memula plan nak pergi beli persiapan sekolah anak-anak terus. Tapi postpone sebelah petang coz plan sudah tukar da..... On wednesday 24122014 tu dapat called dari emak bagitau Pakcik Mrs. A admitted kat Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Makanya we all berdua aje pergi coz kids masih di kampung kekdahnya.

OTW to Kuala Pilah calling-calling kampung anak sulung Mrs. A jawab katanya nenek dah gi hospital dengan makngah sekeluarga Aryssa pun ikut. Oooo al-kisahnya takde pulak emak bagitau. Sampai kat hospital terus aje menuju ke wad 7 coz Pakcik Mrs. A telah dipindahkan ke wad 7 tingkat satu. Just on time iaitu 12.00pm to 2.00pm adalah time melawat. Sesampai kat katil Pakcik nampak ok tengah makan buah sambil borak-borak dengan Angah dan emak Mrs. A. Wife dan anak-anak dia pun ada. 

Pakcik Mrs. A dimasukkan  ke hospital coz tetiba aje dia muntah darah, pagi Rabu sewaktu dia nak ke bilik air tetiba dia rasa nak pitam dan terus muntah-muntah kemudian anak dan wife dia cepat-cepat hantar klinik terdekat klinik dari klinik terus naik ambulance ke hospital. Sampai hospital terus ke emergency then doctor bagitau kena buat operation jugak untuk menghentikan pendarahan. Menurut doctor salah satu saluran darah dah pecah so untuk menghentikan darah tu yang nak kena tutup/ clip ke apa ke ntah Mrs. A pun kurang pasti sangat istilah perubatan ni. Setakat yang Mrs. A melawat dia di wad 7 hari Khamis tu operation tu berjaya katanya. Tapi perlu pemantauan rapi. Masuk darah dan masuk air. Setiap 2 jam sekali akan ada doctor mahupun nurse datang check.

Ajal dan maut sesaat pun tidak menunggu kita. Pagi Jumaat esoknya itu dapat called dari cousin Mrs. A iaitu anak Pakcik bagitau yang ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Innalillahhiwainnaialaihirojiunnn... dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Terpempan seketika emak dan Mrs. A sendiri. Subhanallah baru semalam melawat Pakcik dan berborak-borak hari ini Pakcik dah takde. Pakcik meninggal ketika berumur 62 tahun. Pakcik adalah adik kepada emak.

Sebab kematiannya jika menurut istilah perubatan sangatlah panjang itu dari apa yang Mrs. A baca kat permit menguburkan itulah. Tapi bahasa mudahnya adalah kegagalan jantung mendapat oksigen yang secukupnya cenggitulah lebih kurang sebabnya. Arwah pakcik telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Jelai Satu selepas solat Asar hari yang sama. Alhamdulillah adik-beradik arwah, cousins  dan sanak-saudara arwah kebanyakkanya hadir. Arwah Pakcik ada lima orang anak tapi sorang dah meninggal sewaktu berumur 10 tahun. Sekarang yang tinggal adalah isteri serta 4 orang anaknya yang berumur dalam lingkungan 22 ke 7 tahun.


Al-fatihah buat arwah Abdul Latif bin Hj Rasimin (19.11.1952 - 26.12.2014)

Memanglah sedih terutama sekali bagi isteri arwah. Tapi Allah lebih sayangkan arwah, mungkin mati itu adalah yang terbaik bagi pakcik kami redha. Semoga arwah pakcik damai dan tenang di alam sana serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. In Sha Allah. Al-fatihah.



Merry Christmas and Happy Holidays

Merry Christmas and Happy Holidays

Internet image


Merry Christmas kepada sesiapa yang menyambutnya hari ini. Kepada yang tak sambut tu happy holidays diucapkan contohnya macam Mrs.A ni. Rasanya esok pun ramai yang masih holiday coz amik peluang sambung cuti yang sehari lagi tu dan dapat empat hari holidays. 

Long weekend sure dah pelbagai plan dalam fikiran masing-masing. As for us plan nak gi beli persiapan ke sekolah anak-anak aje. Huhuuhhuuuhu... memang dah menjadi kebiasaan we all last minutes shopping. Walaupun dah banyak kali berazam tak mau ulangi perbuatan last minutes shopping ni tetapi tak taulah bila azam tu akan tercapai setakat tahun 2014 azam tak mau last minutes shopping ni masih belum tercapai lagi.

Okaylah tak mau citer pepanjang lagi time-time holiday cenggini cuma nak pesan kalau memandu tu amalkanlah pemanduan selamat dan rancanglah perjalanan anda.

Internet image

Wordless Wednessday #24

Wordless Wednessday #24

ACottonDay Team

Berhati-hati Dengan Baju Korporat Anda

Berhati-hati Dengan Baju Korporat Anda

This morning sewaktu Mrs. A turun dari kereta untuk membeli breakfast banyak betul mata-mata yang memandang dan memerhati. Dalam hati cakap apasal la... depa ni dok perati aku semacam ni aku tak pakai baju ker...?? Oh! tak mungkinlahkan. Pastu terfikir lagi bukannya tak pakai baju tetapiiiiiiiii pakai "baju korporat" waaaaa....wwaaaa.....waaaaa patut arrr..

Actually bila pakai baju korporat syarikat ni banyak yang perlu dijaga terutama sekali perangai, Al-maklumlah syarikat yang tempat Mrs. A kerja ni sangat berkait rapat dengan sumber keperluan harian manusia. Bukanlah maksud Mrs. A tu bila kita tak pakai baju korporat kita tak perlu jaga perangai. Berperangai baik adalah dituntut itu tak perlulah diperbahaskan semua orang sedia maklum. Apa yang Mrs. A nak share ni adalah perangai sesetengah orang yang tak reti nak jaga perangai bila dia sedang berpakaian korporat kerana sebab dia punya salah orang lain terpalit sama. Senang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Contoh kejadian masalah dalaman syarikat tapi pi update status kat FB dah! ada orang luar masuk campur tapi mereka membuat andaian dari sudut yang berbeza. Pastu nak jadi besar lagi orang awam pulak yang pi snap gambar pastu post kat satu grup FB yang well-known. 

Habis bila orang luar yang tak tahu kejadian sebenar membuat kesimpulan ooo kerja situ ke ooo patut arrr...sudahlah syarikat tu blablabla f@4#x...blabla..hark tui.. Hah! cenggitulah. Haish!!! haru biru betullah. Walhal benda kecik jer tapi dah jadi isu besar. Kenapa Mrs. A kata besar kerana Mrs. A adalah sebahagian daripada susu dalam belanga itu.

Kepada sesiapa yang berkenaan hentikanlah semua itu. Jangan ada dendam jangan ada benci. Apa kata anda bermaaf-maafan. Renung-renungkanlah.
Nuffnanger!

Nuffnanger!

Semalam Mrs. A check email, pastu ada satu email dari nuffnang berkenaan contest #TGIFMY "Meat" Your Match. Macam best jer... macam senang jer... tengok gambar meat tu kecur air liur. Lunch nanti harus makan steak ni ngeh!ngeh!ngeh!

Howdy readers sekalian tak perlu ler...Mrs.A huraikan pepanjang berkenaan contest ni nak tau details pi check sendiri email uuu ools yer...


Tapikannn,kan,,kan....... yang lawaknya tuh Mrs. A takde account Instagram muahhaaaahaaaa... Apa...??? takde Insta. kesian lahai!!! ko Mrs.A tak up-todate langsung. Whatever? Ada aku kisah!!! hurrmmm ntah! apa-apa ler... yang Mrs. A merapu nikan. Ok readers kepada sesiapa yang berminat nak joint contest ni dah pi check email, nanti if menang update Mrs. A yer...



Wordless Wednesday #23

Wordless Wednesday #23

Bloodtype

Andai kami berkata-kata

Andai kami berkata-kata


Apalah kena dengan Mrs. A ni dalam gelap pun nak amik gambar we all nampak ker..?? We all nak tidur pun tak senang.



Dah! dia on lampu pulak! Ok bai we all nak tidur jugak.




Yuhoooo.. Mrs. A pi tutup lampuler... we all nak sambung tidur ni. Kesian ko Mrs. A siapa suruh tinggalkan bebudak tu kat kampung mujur ada we all masih boleh temankan ngeh!ngeh!ngeh!


Iniblogke 600 Bloglist

Iniblogke 600 Bloglist

Bismillahhirrahmannirrahim...
Dear readers jom joint segmen ni.

 iniblogke

Tak perlu like, tak perlu follow tak perlu kata apa-apa ngeh!ngeh!ngeh!
lelebih pulak Mrs. A ni kan..kan..kan... cuma perlu buat

- Post bertajuk "iniblogke 600 bloglist"
- Pastikan banner ni ada dalam post u oolss dan linkkan post di sini
- Tinggalkan url post u oolss kat ruangan comment


Sesiapa yang berminat sila klik banner di atas.



Al-Fatihah

Al-Fatihah

11 Disember dua tahun yang lalu Abah telah pergi selama-lamanya meninggal kami sekeluarga. Tetapi arwah Abah selalu dalam ingatan dan sentiasa dalam kenangan kami sekeluarga.
Al-Fatihah buat arwah abah Azalli bin Gayah.




Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga kita akan berjumpa kembali di akhirat kelak. Amin...

11.12.1936 - 11.12.2012

Pertandingan Ten Pin Bowling

Pertandingan Ten Pin Bowling

Pertandingan Ten Pin Bowling Piala Family Haji Isderas & Hajah Zabedah. Amboi! tajuk post bukan main lagi. Macam pertandingan international. Okay kasi gambar dulu.



Ini adalah family event side hubby. Organize by pengantin baru iaitu Mrs. A punya sil siapa lagi Maksulah yang baru jer...kahwin bulan lepas. Event ni dah dua kali postponed dalam meeting katanya nak diadakan pada 25112014 (Selasa) tapi tak jadi cos the biras ada pulak yang tak available kerana diarahkan pergi berkursus. Kemudian tukar date pada 05122014 (Jumaat) pun tak jadi lagi cos Ampang Superbowl, Seremban Prima fully booked. So kekdahnya malam tadi 08122014 barulah menjadi kenyataan.

Untuk event ini tukang booking Ampang Superbowl (AS) tu tak lain dan tak bukan tentulah jaguh bowlingkan..kan..kan... iaitu biras Mrs. A yang Nija (Alang) tu. Kiranya most of the staff kat AS tu dah kenal sangat dengan dia al-maklumlah jaguh bowling SUKNS ni. Kiranya di mana ada event bowling di situlah ada Nija. Ini kira peringkat NSler... bukanler international muuuahaahhaaaaa.....

Kalau buat event kenalah jugak buat collectionkan, so this time kena bayorrrr... RM22.00 per head. Lagi banyak head maka lagi banyaklah RM yang kena dibayor..... As for Mrs. A kena RM110 iaitu 22 times 5, tetapi kerana Along & Adik tak joint maka dapat semula RM44 ngeh!ngeh!ngeh!. Along (bil) family pun ada yang tak dapat joint kerana Abanglong (anak sulung depa) nun di PUO menuntut ilmu. Family Alang & Ateh anak kecik memasing memang tak jointlah cos nak angkat bola bowling pun tak larat inikan pulak nak masuk pertandingan. Takpe tunggu besar lagi sikit ya.

Event start lebih kurang pukul 8.30 malam dan dirasmikan oleh Abah (fil). Terima kasih Abah kerana sporting sangat melayan karenah anak-anak menantu dan cecucu semua.

Abah amik gambar dulu ya...

Simbolik perasmian adalah Abah kena buat balingan yang pertama sebelum we all memulakan pertandingan. Kemain protokol sangatkan. Habis tu dah organizer suruh buat cenggitu haruslah ikut.

Abah dengan gaya balingannya

Pertandingan Ten Pin Bowling Piala Family Haji Isderas & Hajah Zabedah ni terbahagi kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Kategori dewasa duo manakala kanak-kanak trio, eh! macam pertandingan nyanyian pulak. Dah itu yang Mrs. A dengar DJ cakap Mrs.A ikut jer... duo dan trio tu bukan sendiri yang pilih ya. Itu ditentukan oleh organizer katanya depa cabut undi, iyer ke tidak tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi Mrs. A memang tak tahu siapa pair Mrs. A sehinggalah melihat sendiri frame monitor tu time sampai mencari-cari lane.

Point after 1st game.

Dewasa ada lima teams, Papa & Kak Ngah (Mrs. A ler...tu), Babah & Mama, Alang & Makteh, Kak Lang & Ateh serta team organizer iaitu Maksu & Paksu. Sementara itu kanak-kanak pulak ada tiga teams, [Aryssa, Danial, Kna] dan seterusnyalah satu team tu dua orang adalah niece & nephew side kaklong pengganti kepada along & adik yang tak hadir kerana syok sangat duduk kampung.

Sebagaimana yang telah dipersetujui team tak dibenarkan husband&wife, cos ini berdasarkan pengalaman lalu pasti champion we all dah boleh agak  iaitu pasangan jaguh bowling tu ler.. Alang & Nija. Kekdahnya team kali ini no more husband&wife except for organizer takpelah kasi chance newly wedd. Beberapa   tahun yang lampau we all dah pernah adakan pertandingan bowling ni at that time Maksu still single. Yang kalah tercorot kena bayar so cer teka siapa yang kena. Ngeh!ngeh!ngeh! mujur bukan Mrs. A yang tercorot hokeh! tapi we all yang kalah tu tong-tongler... membayarnya. 

Time tu takler begitu organize sepertimana event kali ini, siap dengan T-shirt berserta print out family name dan hadiah bagai. T-shirt tu sponsor by pengantin baru color pink Mrs. A yang choosed mujur menang voting cos ada cadangan lain nak color purple. Huh! pleasela... dah dua T-shirt bowling Mrs. A purple iaitu time bowling bersama ex-Stadian. Cukup-cukup sudah aku tak mahu purple lagi. Hadiah Mrs. A tak pasti siapa yang sponsor tapi Aryssa ikut time mil & sil gi beli hadiah tu tapi dia dah kawtim dengan maksunya tak boleh bagi tahu rahsia katanya.

Time event tu berlangsung lanes kebanyakkannya ok takde problem sangat pin tersangkut kerr... bola tak return kerr...all smooth and clear. Pastu tak ramai sangat orang kiranya yang memeriahkan keadaan dan bising-bising hanyalah family we all.




Aryssa, Danial & Kna




Loving couple setia menungggu we all habis games

Settle tiga frames, jeng..jengg...jeng...time untuk lihat siapa yang menang. Okay amik tempat dulu then posing-posing.


Girls only

Memula penyampaian hadiah untuk kategori kanak-kanak. Penyampainya adalah mil.

3rd place - Bob, Adhwa & Sumaiyah (they both ganti along &adik)

2nd place - Aryssa, Danial & Kna
Champion - Aidil, Imran & Kngah Aniz
Tak main pun dapat hadiah gak tapi dah ketiduran

Sorang lagi ni pun dapat gak

Kemudian penyampaian hadiah untuk kategori dewasa pulak. Kali ni turn fil pulak untuk sampaikan hadiah.

5th place - Kaklong & Babah

4th place - Paksu& Maksu

3rd place - Mrs. A & Along. Apa kes ko tayang gigi Mrs. A ingat iklan colgate ker...??

2nd place - Makteh & Alang 

Champion - Nija (K.lang) & Ateh
Huk alor...Danial nape kepala ko masuk sekali ni, gangguan pemandangan betul ler...



Okay finally gambar beramai-ramai, unfortunately Mrs. A takde dalam gambar yang ini cos yang tengah amik gambar tu ler... Mrs. A. Nija pun sama takde nampak kat sebelah tu tengah adjust timer, ngeh!ngeh!ngeh!. Alhamdulillah thank you Allah kerana we all diberi kesempatan untuk event ini. In Sha Allah tahun depan if ada rezeki plan event lain pulak.


Maaf Along Zul kami tak datang

Maaf Along Zul kami tak datang

Maaf Along Zul kami tak datang. Weekend 06122014 ting tong ting tong takde plan apa-apa. Kids masih kat kampung. Kekdahnya haruslah balik kampungkan... Actually Mrs. A diminta oleh emak wakilkan dia pergi wedding anak nephew dia di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi cos Mrs. A yang paling dekat ke sana kiranya sekangkang kera aje. Nephew kepada emak dan cousin kepada Mrs. A. Emak tak berapa sihat kaki dia belum sembuh sepenuhnya tak boleh nak diri lelama ataupun jalan jauh, penyakit yang biasa orang tua ada iaitu sakit lutut, boleh kot dikatakan penyakit keturunan cos atuk dan nenek side emak memang ada sakit ni sewaktu mereka masih hidup.

Huhuuuhuuu...tapi sorry mak anakmu ini tak dapat nak memenuhi permintaan mudah mu itu. Mrs. A memang nak pergi tapiiiii...... sedih!!! takpelah tak perlu cerita kot to personal to share. Kenapalah permintaan yang mudah itupun ada gak manusia tak dapat nak penuhi? Kenapa??? Sampainyer.... hati. Huh! drama time tu.. so Mrs. A pun berlalu pergi pulang ke kampung untuk memujuk hati yang lara. Drama u oools.

Di kampung meriah ada family Alang selain daripada my kids, adik & emak. Oleh kerana school holiday so family Alang lepak kampung seminggu dua katanya. Paling teruja 1st time jumpa my newborn niece Nur Inshirah Nabila.
Tengok cameraler... tapi dia tengok aunty

Tengok tu tembam ofcos ler...fully BF. Lagi satu yang tak boleh blah tu rambut dia tegak-tegak ibu dia kata dah macam-macam cara buat cenggitu jugak takpelah tunggu... sampai cukur jambul nanti.

Cuti kali ni memang my kids selalu ada jer..kat rumah neneknya tak pergi berjalan pun rumah neighbour ataupun main futsal maybe disebabkan cuaca hujan dan jugak family Alang ada ataupun memang sebab kids masih ingat janji-janji manis they all.

Sampai masa nak balik Seremban iaitu malam tadi cuma Aryssa aje yang ikut balik itupun sebab nak main bowling. Adik & Along walau pelbagai cara dan kaedah Mrs. A pujuk ajak balik sekali namun they both tetap pendirian tak nak balik jugak. Alhamdulillah perjalanan ke Seremban lancar nak kata lancar sangat tak juger.. kira slow moving cenggitu. Lebih kurang pukul 9.30 malam we both pun selamat sampai rumah.


Bosan

Bosan

Bosan sangat. Today tak tahuler kenapa kebosanan melanda. Now lunch hour panjang ooo... Friday punya lunch hourlah katakan. Mrs. A punya lunch buddy ajak kuar pun malas. Workload tak banyak, yang kena settle today dah! settle. Dulu bila bosan Mrs. A suka berkebun itu sebelum ada bloglah sekarang bosan ha! update blog. Kisah bila aku bosan ngeh!ngeh!ngeh! Kenapa tak percaya berkebun? Betul nih! berkebun kat FB yang farmville tu. ngeh!ngeh!ngeh! Tak tau dah jadi apa kebun Mrs. A mungkin dah banyak pepokok yang mati.

Back to catatan bosan Mrs. A, tengok-tengok blog sendiri eh! dekat shout box ada orang jerit.  Informasi yang jerit so Mrs. A pun gi ler revisit. Apa lagi blogwalkinglahkan coz first time singgah di sana. Baca pasal SEO huhuuuuhuu... macam susah jer... nak buat. Fikir-fikir balik bukan susah kot tapi lebih kepada malas. Oh! penyakit malas please go away. Hurmm..susah sikitlah kalau dapat penyakit M ni.

Pastu jalan-jalan lagi terjumpa pulak post yang berjaya menarik perhatian Mrs. A iaitu berkenaan beza default comment & plugins Dalam post tu disyorkan ke blog ini coz kat sini ada tutorial camne cara nak pasang commentluv. Ooooo rupanya commentluv ni bukan untuk pengguna wordpress aje... pengguna blogspot pun boleh buat. Excited masa ni terus follow arahan iaitu kena register kat IntenseDebate. Bila dah! register barulah kena install IntenseDebate ni katanya. Tapi sebelum Mrs. A meneruskan niat nak install tu baca komen dululah hah! bila baca komen ini ada macam-macam komen cenginilah... cenggitulah haish... terus Mrs. A tak jadi nak teruskan hajat pasang commentluv tu. Huh! pengecutkah aku? Hurm! takutlah coz ilmu blog belum penuh di dada huhuuuuhu... bimbang bila problem nanti tak boleh nak solve sendiri. Anyway to readers yang nak cuba bolehler baca tutorialnya di sini.

Pastu singgah pulak ke blog wajib terjah post berkenaan domain. Dah! excited pulak nak ada domain sendiri verrangan pulak ada domain sendiri mrsablogstori dot.com. ngeh!ngeh!ngeh! Kekdah!nya takdelah mahal sangatpun harga domain ni rupanya. Cuma kita kena bijak memilih nak tahu pasal beli domain ni sila klik sini.

Tiba-tiba lampu terpasang lorrr.... masa dah time rupanya. Hurmmm... oklah cukup dah kot catatan bosan Mrs. A for today. Kat office Mrs. A ni time lunch lampu off so bila dah terang tu sendiri mau ingatlah ya...
Kontest Teka Gambar VMY2014

Kontest Teka Gambar VMY2014

Kontest Teka Gambar VMY2014
Sertai Kontest Teka Gambar VMY2014 Anjuran HASRULHASSAN.COM.
Klik SINI: Kontest Teka Gambar VMY2014
Wordless Wednesday #22

Wordless Wednesday #22

P.J

G+ Hilang

G+ Hilang

Salam to readers, yang disayangi. Dah! beberapa hari takde update huhuuuuhuuuu...Actually nothing interesting to share. Last weekeend Mrs. A sekeluarga balik kampung setelah 2 minggu tak balik. Sekarang ni emak Mrs. A tak sihat sangat, sakit kaki takleh nak berdiri lelama. Memula ingat tak nak bagi kids tinggal kat kampung yelah fikir nanti menyusahkan nenek dia nak memasak & membasuh kain baju they all. 

Tapi neneknya pulak yang lelebih tak kasi balik. Biarlah bebudak ni tinggal cuti sekolahkan selalu tinggal. Takpe nanti boleh gak minta bebudak ni tolong-tolong mak. Huk! aloh! Mrs. A risau bukan apa tau sangat perangai my kids tu cakap aje lebih nanti lain jadinya suka jer... gi berjalan rumah jiran pastu gi main futsal. Tapi babahnya pun setuju they all tinggal tapi dah pesan segala bagai jangan merayau, duk rumah aje tolong nenek. Kids pun bukan main janjinya. So tinggallah they all kat kampung sekarang ini. Mujurlah mengaji pun memang cuti ngaji. We both now jadilah pengantin basi, ngeh!ngeh!ngeh!

Ooooppsss!!!.. sebenarnya nak citer pasal G+ yang hilang ni. Kenapa agaknya ya.. post yang Mrs. A dah plus tapi hilang dekat view post blog. Tapi bila Mrs. A check kat google+, post tu masih ada di G+ Mrs. A. Bertambah-tambah pelik lagi bukan semua plus pulak yang hilang. Yang baru-baru ni aje memang takde dah plus to kat view post blog. Ada tak readers yang pernah mengalami kejadian ini? Kalau ada sudi-sudilah share ya.. bukankah sharing is caring.
MRS.A my blog my stori ©