April 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: April 2014
We love you Babah! Happy Birthday..!!!

We love you Babah! Happy Birthday..!!!

Sorry!!! saya terlupa.... Itulah jawapan aku bila my hubby tunjukkan birthday msg yang dihantar oleh kawan dia. Morning time we all menghantar our kids to school. Huuhuuhhuu... ralatnya haku!!!!. time tu juga aku cakap dengan kids. Today (29.4.2014) Babah birthday la...jom kita nyanyi happy birthday untuk babah so we all pun nyanyi berempat bersama-sama. 

Alahai kesian laki aku bini dan anak-anak tak ingat birthday dia. Walhal beberapa hari jer... selepas birthday Aryssa & Adik tu.. selalunya we all sambut sekali but this year aku memang tak berapa kisah sangat patut pun kawan ofis aku kata ko memang tak guna kak. hahahhaaaa...

Maka tengaharinya untuk mengurangkan rasa bersalah aku tu.. Aku telah membeli kek untuk dia. Time lunch hour sambil aku gi lunch kat Aeon tu aku singgah kat SR beli kek flavor carrot. Boleh tu ikut citarasa aku. Yalah nak surprisekan??? Takkan nak tanya dia pulak nak beli kek apa. Dah tempah seketul tu suh SR tulis, then bayar time nak bawa balik office haru betul takde paper bag. Ermmm..sejak bila pula SR dah tak gune paper bag ni... Aku tanya my friend dia pun tak pasti bila masa dah tak guna paper bagnya. Bersungguh ler... aku membawa kek tu sempat singgah bank lagi tu... membawa keknya.

Ini ler...ghuper carrot cakenya
Time balik kerja aku sesenyap jer...letak kek kat seat belakang. Ingatkan dia tak perasan cos leka jer...aku tengok dia phone bila aku dah duduk jer... dia pun eh!eh! ada kek la...huh! huhuuhuuu ada.. kek... kaaaataaaanya. Then amik kids kat tempat ngaji they all pun kecoh fuyyooo...kek birthday babah la.. boleh pulak Along tanya kita nak buat kat mana Ibu? Kat rumah kita jer...kita sekeluarga aje. Oh! ingat nak buat kat Jiboi tadi. Amboi ko along ingat babah ko tu kanak-kanak macam ko.

Sesampai jer...rumah tak lama tu we all pun celebrate sambil nyanyi lagu besday then babah cut the cake.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan mencurah-curah sebagaimana hujan lebat yang turun ke bumi. Amin...
Adik..adik napeler... ko suka wat funny face ha!..
He!he!he!  ibupun nak enterframe jugak.
Walaupun setakat potong kek sesama we all pun jadilah. Adalah juger...signatured untuk DOB kepada orang yang sambut birthday itu. Apa yang penting adalah ingatan kita kepada mereka.


Happy Birthday!

Happy Birthday!

22 April 2004 dan 22 April 2006 adalah DOB kepada my doter and my youngest son. Itulah kebetulan yang ditentukan Ilahi they both berkongsi DOB yang sama tapi tahun yang berbeza.Adik dan Aryssa memang teruja sangat dengan birthday they all ni. Cuma aku ni aje susah nak faham huhuuuu... tapi alhamdulillah dapat juger merealisasikan impian they both untuk meraikannya bersama-sama cousin they all dan juga mak sedara dan bapa sedara side my hubby. TQVM to my beloved hubby yang berusaha dan bersusah payah untuk menjayakan majlis. Sayang kamu hingga Jannah.

Sudah menjadi tradisi side my hubby event sebegini selalunya akan diadakan di Jiboi iaitu rumah my parents inlaw. Cos senang semua adik-beradik bertandang dan berkumpul di sini. Semestinya event dimulai dengan bacaan doa dahulu. Doa dibacakan oleh Tn Hj Isderas iaitu my father inlaw kemudian barulah acara memotong kek. (skema habiss...ayat haku)

Kek yang dibeli oleh Babah they all.
Aqil & Aryssa ready to cut their cake. Sambil we all nyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu. Amin...

Inilah antara menunya. Satay/ nasi himpit oleh my hubby tapi dia minta Ateh adik dia amikkan kat Kedai Hj Samhuri  Senawang cos dekat dengan rumah dia.

Mee hoon oleh Hjh Zabedah iaitu ibu mertuaku. TQ mak.

Air Teh O oleh K.Ngah my niece dan air oren sunquick oleh Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

Planning pukul 8.30 malam tapi terlewat sikit dalam pukul 9.00 malam baru start cos tunggu satay lambat sikit. But just nice to Alang family cos they all memang lambat sikit cos Alang habis kerja lambat.




The cousins apalah yang asyik sangat tu???


Anak sedara my hubby yang paling muda

Tak lupa juga terima kasih kepada semua yang telah memberi hadiah kepada Aqil & Aryssa they both memang happy sesangat.

Semoga anak-anak ibu akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Andaikata bila they all dah besar nanti terbaca post ni sure jadi kenangan.
Ho!ho!ho! balik kampung

Ho!ho!ho! balik kampung

Last weekend (19.4.2014) we all balik kampung. My kids heboh minta balik kampung akupun nak urut ankle. My ankle still bengkak walaupun dah 2 minggu berlalu. Kat Seremban adalah 2 ke 3 tukang urut yang aku survey tapi setakat survey jer... perginya idok.

Otw tu we all singgah R&R Senawang sebentar menikmati buah potong dan corn in cup semedang aku singgah sini sure ramai orang punya, parking pun penuh. Untung peniaga-peniaga yang menjual kat sini ramai customer. Sesampai jer..kampung terus jer... aku suruh Along pergi panggil makcik tukang urut tu. Memula Along taknak lepas aku remind dia punya promise akhirnya dia pergi jugak. Sementara tu Aryssa telah selamat menjamu selera, nenek masak kari daging campur nangka katanya.

Dalam setengah jam aku tunggu makcik tukang urut pun sampai. Biasanya aku urut satu badan tapi this time aku kata nak urut ankle jer... terkejut dia tengok ankle aku yang bengkak tu. Then dia kata kenapalah ko biarkan lama benar nak oii baru nak urut, urat dah masuk angin hah! Hey! bebudak sekarang ni suka amik mudah ngeh!ngeh!ngeh! sabar yolah dengan ngomelan dia yang prihatin tu.


Aku urut 2 kali Saturday & Sunday seeloknya 3 kali but then masa takde. Time nih! hadoi sakitnya menggigil-gigil aku menahan. Lama juga makcik ni urut dalam 1 jam macam tu. Satu yang best bila urut kat kampung ni bayaranya adalah seikhlas hati kita aje. Esok paginya sambung urut lagi.

Kemudian time to go out, we all gi Pekan Masjid Tanah membeli Aryssa punya uniform tunas puteri. Biasalah tempat yang we all biasa membeli uniform tak lain tak bukan kedai Bee Cheong.

Suka dah dapat semua yang dihajati. Sempat posing

Malam tu sesampai rumah kat Seremban, Aryssa pun try uniform tunas puterinya untuk show off kat babah.

Biasa we all balik Seremban lepas magrib, this time awal sikit dalam pukul 6.15pm macam tu. Tak tau apa angin my kids nak balik awal la pulok.

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik. Meh! sini nak kongsi resepi kek batik versi Mrs. A.

Thursday nite (17.4.2014) aku telah membuat kek batik for the 1st time. Aku teruja nak try buat cos aku rasa senang jer... nak buatnya. Ini semua gara-gara office mate aku yang bawa kek batik kat office dan bagitau resepinya dan cara-cara membuatnya. Time tu dengan rajinnya aku menyalin resepi dari dia dan belajar step-step untuk membuat. 

Petang time balik kerja aku pun singgah kedai mamak beli biskut marie dan marjerin, milo dan susu tak payah beli cos makanan tu memang sentiasa ada kat rumah. Maklumlah susu minuman ruji aku dan milo makanan ruji my kids. My kids la pulak yang teruja lebih bila aku kata nak buat kek batik hiks..hik..hiks...

Bahan-bahan resepi kek batik adalah:-

i) Biskut marie 1 paket (flavor boleh guna yang biasa tapi kata kawan aku nak sedap lagi guna flavor kopi atau capucino) aku guna yang biasa aje.
ii) Marjerin (disyorkan brand PELANGI) lain-lain brand pun boleh ikut suka u olls.
iii) Susu pekat manis
iv) Milo ataupun Vico pun boleh

Cara-cara membuat kek batik versi Mrs. A,

  • Gaulkan marjerin dengan susu di atas api sederhana. Sukatan untuk marjerin adalah satu mug dan susu setengah mug; 
  • Setelah sebati masukkan pula milo (sebab aku guna milo, kalau guna vico masukkanlah vico ya) kacau lagi hingga sebati; 
  • kemudian masukkan biskut marie tadi. Ohhh...ya biskut marie tu perlu dipecah-pecahkan dahulu samada pecah 4 atau 6 ikut suka;
  • Kemudian gaul-gaul lagi hingga sebati tapi jangan lama sangat la pulok ya...agak-agak dah mesra semua bebahan tadi tu kemudian angkat dan gaul-gaul hancurkan lagi biskut marie tu kemudian letak dalam bekas.


Resepi Kek Batik
resepi
Kek batik in the making
Mengikut tips yang diberikan letak dalam bekas aiskrim supaya nanti mudah untuk dikeluarkan. Ditekan-tekan dalam bekas aiskrim tu agak-agak dah padat kemudian masukkan dalam fridge kat tempat bawah jer...tak perlu kat tempat frozen tu nanti keras macam air batu pulak kek batik u olls camno nak potong tu. Tunggu dalam setengah jam dah boleh makan. Tapi kalau tak nak tunggu esok paginya aje keluarkan dan baru potong macam aku masa tu my kids dah terlelap aku pun dah malas cos esoknya nak kerja da...

Pepagi esoknya bangun jer...terus kuarkan dari fridge untuk dipotong, alhamdulillah percubaan pertama aku boleh dikategorikan menjadi. Comments my kids manis la.. ibu... ermmm...yeke??? takpe next time ibu buat lagi kita kurangkan susu ya.. Bila bawak office suruh sifu kek batik aku rasa dia kata ok not bad. Yahoooo...boleh buat lagi then adjust ikut selera my kids.

Selamat mencuba resepi kek batik versi Mrs. A ;-)



Tukar Plan

Tukar Plan

Tukar Plan.

This week plan nak balik kampung unfortunately cancel. Tukar plan kenapa ek? Ermmm...takde sebab khusus pun cuma malas nak drive and ankle aku tak fully recovered lagi. Saturday petang ada training netball but then sebelum tu ex-Stadian ajak praktis bowling kat Seremban town. Praktis la..sangat huhuuuhu... Sorrylah ye..kengkawan ankle aku sakit daaa... so tak dapeklah nak joint.

Actually aku berkira-kira nak tarik diri jer...dari bowling tu cos tempat sudah tukar, nun kat Nilai hah! they all kata Nilai jer...tak jauh mana. Huh! jauh la...dari Seremban. lagipun my other half tak berapa nak setuju aku join bowling tu dari awal lagi, but then haku! nak jugak...  ermmm...wife zaman moden cenggini gayanya yer...Dikhabarkan tempat bowling kat Seremban tu air-cond dia tak berapa nak sejuk, hangat giler. just imagine if time tu ada 30 teams then times 4, plus family members dah  beratus jumlahnya. Setelah beberapa kali they all main kat situ memang hangat cuma terasa kipas jer... masa tu they all tak ramai mana pun dah hangat cenggitu. Walaupun AJK alumni dah discussed dengan pihak berkenaan tapi keadaan tak berubah. Kekdahnya tu yang tukar tempat.

So In Sha Allah event tu akan diadakan di sini
Tukar Plan

Tukar Plan.

Back to citer netball kat Paroi Center Court, aku sampai pun dah lambat dalam 5.45pm macam tu. Aku habiskan tengok Running Man dulu kat TV2 ngeh!ngeh!ngeh!. My kids yang beria sangat nak peginya pun cepat la ibu, cepat la ibu. Sesampai jer...they all tengah rancak mainnya ex-STAD vs. Usahanita.

Tukar Plan


Tukar Plan
Aryssa play badminton without partner
 
Tukar Plan
Tukar plan so jadi penonton ajelah

Salute aku kepada AJK-AJK Alumni ni...cos after this (after maghrib) they all ada final meeting for bowling. Afternoon bowling then netball then meeting bowling...huhuuuhuuuuu... cayalah. All the best to the AJK. Semoga event bowling nanti akan dipermudahkan dan berjalan lancar.

Jumpa di sana, Dream Bowl, Airport Sport Complex, Nilai.

Oh! my ankle

Oh! my ankle

Oh! my ankle

Ahad lepas (6.4.2014) grup ex Stad ada training netball kat Paroi, Center Court. As usual if takde apa-apa, aku pasti tak ketinggalan joint sama. This week meriah cos court sebelah team remaja NS tengah training. Tengok they all training teruja habis aku nak main petang tu.

Petang tu ramai juger...yang turun sampai cukup untuk buat 2 team untuk we all berlawan sesama sendiri. Setelah di susun atur oleh kapten dan persetujuan bersama maka we all pun main ler...

Unfortunately tak lama jer lepas start dalam 2 ke 3 minit kot adoi... aku ntah macamana salah landing. huhuuuuu sakit giler...walaupun aku cuba buat-buat tak tahu tapi sesungguhnya aku tak mampu. Tu yang aku ketepi then buka kasut, mujur ada Sha sudi jadi paramedik mula nak letak minyak tapi minyak takde, then letak ais huh! mengigil aku tahan sakit bila letak ais tu. Cara betul memang kena letak ais pun. Then mujur ada bandage so kaki aku pun dibandage. Hah! lepas tu dah tak rasa sakit punyalah semangat nak main tu...then aku tetap bermain seperti biasa. Mungkin ada yang ingat aku drama kot. Sakit ke tak sakit minah ni??? Elok jer...dia main lelompat bagai aktif jer... tak macam sakit. hoi! tolong ya...aku tak drama hokeh! so tak yah nak perli-perli aku sangat.

oh-my-ankle

oh-my-ankle 

Ni time dah habis training. Kak Kay (tudung grey) bawa makanan, ada kuih bakar, ada roti cecah dengan pengat durian, macam-macam ada... piknik la pulok...ngeh!ngeh!ngeh! TQ kak. ermmm yummy.Time ni ankle aku tu tak rasa sakit sangat lagi.

Bila dah berada di rumah dah ke hulu ke hilir prepare dinner, bebaju my kids nak sekolah then barulah. Hah! amik ko tak boleh nak pijak betul cos dah bengkak & lebam confident hilang nak pijak and berjalan as usual. Huhuuu...camne aku nak keja esok ni...jalan pun tempang & terhencot-hencot. Dah ler...ada assembly nak kena diri lelama. 

So aku plan nak gi klinik dululah tengok apa kata doctor? 

Doc: Ya...apa masalah ni?
Aku: Ermmm.. kaki saya sakit la..doctor. sambil tunjukkan ankle aku
Doc: Eh! bengkak sangat ni... macamana boleh jadi macam ni?
Aku: Sambil tersengih, main netball then ntah macam mana tergeliat.
Doc: (Sambil buat aksi) kaki awak landing telipat macam ni ya.. lawan antara jabatan ke?
Aku: Heheheee...takdelah sesajer...jer main dengan grup sekolah.
Doc: Nurse bagi bandage. Kaki awak ni kena bandage ya..sambil suruh aku letak kaki kat peha dia then ajar aku cara bandage. mula macam ni then lipat gaya 8 macam ni. Kalau esok tak surut lagi bengkak dia, awak pergi X-raylah kat branch saya di Lavender tu. Saya buat Note Referral ni so awak tunjuk jer..kat Doc di sana nanti. Saya bagi awak mc 2 hari. Kalu begini gaya macammana awak nak kerja.
Aku: (Dalam hati) ha!! 2 hari jer..ke???

oh-my-ankle
Selepas balik dari klinik
oh-my-ankle
Esoknya aku gi X-ray cos bengkak dia buat aku seriau. Alhamdulillah tulang ok.
oh-my-ankle
Masih bengkak lagi. Doctor suruh wat treatment sendiri jer...
oh-my-ankle
Rendam dalam ais or tuam dengan ais.
oh-my-ankle
Huuhuuu...sabar yolah tak sangka, sakit giler... maybe kerana tisu yang cedera tu terbayang aku betapa teruknya tisu tu cedera
As for now aku dah kerja seperti biasa cuma pergerakkan slow sikit. tak dapeklah nak jalan lelaju. Huhuuuu...tak dapatlah aku nak ikut gang lunch aku jalan gi Foodcourt kat Aeon. Sedarlah diri Mrs. A hoi! ko akan melambatkan perjalanan mereka. So duk ajelah kat office tu. 

Ada juga hikmahnya disebalik kejadian ini aku belajar cara solat sambil duduk atas kerusi. Sebelum ni aku tak amik port pun cara solat sambil duduk kat atas kerusi. Duk tengok jer... emak aku and gang surau yang solat sambil duduk atas kerusi. Dah! jadi macam ni baru aku sedar dan belajar if not camne nak sembahyang. Islam itu mudah dan memudahkan. 


Nak bagi jer...tapi ada ke orang nak?

Nak bagi jer...tapi ada ke orang nak?

Saturday afternoon (5.4.2014) aku kemas-kemas bilik Aryssa. Sajalah dah lama tak kemas Aryssa ikut kata dia tiap-tiap hari dah kemas. Kemas mengikut perspektif dialah. 

Di suatu sudut itu

Ada banyak school uniforms yang masih elok lagi tapi my kids dah tak muat. Paling banyak milik Along. Size Along dan adik berbeza that is why bebaju tu tak dapat diturunkan kepada Adik. Lagipun adik tu tak naknya dia pakai baju Along.

Ada juga baju kurung Aryssa dan Pinafore masa dia Tahun 1 & 2.

Size baju: 16, 14 1/2

Size seluar: 26, 26R, 27, 27R, 29

Size baju kurung/ kain: 24

Size pinafore: 32

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah email ya... Nak bagi jer... nak buang sayang. Di neighborhood aku ni memang aku type tak bercampur gaul sangat so tak tahu nak bagi siapa.
Selamat Pengantin baru Aidil & Zarema

Selamat Pengantin baru Aidil & Zarema

 
 Almost a week tak update blog. Bz lorr...lagipun takde citer nak update. Saturday morning aku plan amik my kids kat kampung. Tapi... bergerak amiknya pun takdelah morning mana dalam 12.30 tengahari baru gerak. Calling-calling tanya Aryssa dah sampai ke belum kata Adiknya on the way. Tanpa bagitau aku & babahnya Aryssa dah lepas mengekor Mak Ngahnya ke Melaka. Dia pergi the sameday Angah balik hantar mak aku gi klinik iaitu Khamis 27.3.2014. Aku sampai kampung lebih kurang 10 minit lagi pukul 2. Huhuuuu traffic jam nak exit tol Senawang. If only I knew it I will follow highway Bukit Chedang exit PD. Ntah-ntah situ pun traffic jam. Ngeh!ngeh!ngeh!..

Bila aku sampai kampung Aryssa & Angah family dah sampai dulu. Sesampai jer...adik terus tanya ibu kita balik hari ni ke? Iya...dik pukul 3.00pm kita gerak ya...petang ni Ibu ada training netball kat Paroi center court. Mujur adik ok jer.. nak balik, cuma Along & Aryssa berat sikit. Katanya kenapa tak balik esok aku katalah esok kita nak tengok Aidil Zafuan kahwin siap tunjuk kad jemputan barulah they all percaya.
 
abaikan background purple
We all gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari plan nak gi pukul 11.30 pagi tapi ada drama sikit antara babah dengan the boys nyaris tak dapat pergi. Sampai kat area rumah pengantin lebih kurang pukul 1.15pm selisih dengan kawan babah yang dah nak balik siap wat lawak kata lauk/nasi dah habis. Hah! yang benar... apa citer??? Sesampai corner nak ke khemah tu terus ternampak Zain Saidin, excited la pulak my kids ni eh! Zain Saidin la ibu...memanglah nak oiii...Aidil tu biras dia sebab tu dia datang kot.

 Khemah pengantinnyer...luas bangat habis penuh satu padang permainan taman tu. Rumah parents Aidil kat Taman Rashibah Indah, Jalan Tunku Khurshiah. Wedding tu they all buat kat padang taman tu lah. We all cecari Zafran kawan babah iaitu abang kepada kembar, jumpa terus jer dia tunjukkan bapaknya yang duduk kat dalam kereta jer.. al-kisahnya En Radzak bapak they all tak berapa sihat semput baru jer...discharge. So sesiapa tetamu nak jumpa tuan rumah pi la kat keta tu bersalam-salaman. No wonderla...orang tua boleh semput dari hujung pintu gerbang masuk ke pelamin jarak lebih kurang 30 meter. Then ada red carpet untuk laluan pengantin.

Sedang we all reriki port nak makan terserempak lak dengan member netball aku they all baru jer.. nak menjamu selera. Amboi! ramainyer jemputan. Dari depan ke belakang siap u-turn barulah jumpa port sessuai...

peace ya!!

Sedapnyer... makan cendol maklumlah cuaca panas bangat. Nun kat belakang tu tempat makan beradap pengantin


Ni ler...Zafran.bz giler aku tengok ke depan ke belakang siap dengan walkie-talkie.
Nampak sangat muka tahan panas memasing
 Food dia sedap bagi akulah masuk selera. Ada gulai daging campur cendawan hitam dengan petai, ayam goreng sessuai sangat untuk kekanak like my kids, gulai nenas, ikan masin dan ulam-ulaman berserta dengan sambal belacan. Nasinya dua jenis nasi putih dan nasi minyak. Then ade gerai cendol of coslah "Cendol Songkok Tinggi" ada juga gerai ais-krim. So nak? amik jelah makan sampai lebam.

Che Ta pun makan ais-krim mak dia pun sama. Head to toe merah. Bak kata Aryssa ibu Che Ta serba merah kasut dia pun merah. Aku tak tengok pun kasut dia. Aryssa yang story. Sempat aku cecuri amik gambar dia cos meja dia depan meja we all jer..



Bila pengantin dah duduk kat pelamin, ada ustaz dijemput bacakan doa.Panjang betul doanya. Selesai doa. As usual adat majlis kahwin orang melayu acara tepung tawar. Most of them side Zarema yang menepung tawar. Itu pun takdelah ramai berjela ala-ala kadar je... then side Aidil. lagi best yang aku perasan menepung tawarnya Che Ta & Zain. lain-lain ado ke idok ke??? macam takde jer... Then pengantin terus gi makan beradap. Nice & simple.

Jom...layan gambar...
Baju purple side Zarema
Adik tak nak bergambar malu la pulak...

Ni ler...pelaminnya. Kerusi 4 kiri dan 4 kanan tu waiting seat tuk menepung tawar.


Time ni pengantin di laluan red carpet dari pintu gerbang ke pelamin. ramai betul orang tak lepas peluang snap pictures

Ayu Raudah pun ada tudung kuning nampak sikit jer... tengah pregnant


sama cantik sama padan
  

Pengacara majlis announce ketibaan pengantin dijangka 1.35 petang. Tapi  sampainya dalam 1.45 petang. Sesuai dengan time aku just nice habis jer... makan pengantin sampai. Mujur tak follow kad jemputan pukul 1.00 cos aku sampai lepas pukul 1. Pengantin sampai diiringi big bikes. Menderummm....derummm... time tu huh! bingit tinge aku.

Otw balik sempat pulak Along snap picture kat big bikes. banyak betul memotor nih!





MRS.A my blog my stori ©