Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke-6

February 13, 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke-6

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi Mrs. A berkesempatan untuk turut serta dalam Pertandingan Bowling Alumni STAD kali ke-6. Readers blog Mrs. A mesti dah tahu dah kan yang Mrs. A ni memang suka join annual event bowling dan juga event hari raya anjuran Alumni Sek. Keb. Tunku Ampuan Durah a.k.a. STAD. Hurmmm... takpelah kalau tak tahu itu pasal yang Mrs. A bagi tahu lagi tu muahhaaaa....

Sajalah support Alumni lagipun tujuan utamanya adalah lebih kepada nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah. Bukan selalu dapat berjimba ala-ala zaman remaja sekolah setahun sekali je pun. Kasi chance la ya anak-anak.

Pertandingan bowling Alumni STAD kali ke-6 telah diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Sama tempat dengan tahun lepas. Seperti tahun-tahun sebelumnya sambutan memang hangat terutama dari batch '92. Boleh dikatakan hampir setiap tahun batch '92 adalah peserta yang paling ramai menghantar penyertaan. 

Pagi tu sebelum bermula haruslah kita minum dulu....
Kemudian setelah semua peserta tiba dan menukar baju masing-masing kepada baju event yang kuning di raja gitew macam bersih pun ada juga muahhahaaa. Eh! tapi sebelum tu mestilah ada ucapan alu-aluan daripada YDP Alumni, bacaan doa, pastu siap kena nyanyi lagu sekolah bagai barulah acara potong kek.

Tu dia VIP sedang memotong kek simbolik nak memulakan acara
Sambil tunggu turn tu haruslah borak-borak santai
Gegirl batch '92
Lagi..lagi.. yang penting gaya mesti menang 
Committee yang rajin dari batch '92
Yeayyy!!!! tahun ini menang lucky draw
Sebelum bersurai haruslah bergambar dulu. We are batch '92
Eh! macamlah pertandingan ini untuk batch '92 jer... ngeh! ngeh! ngeh! actually ramai aje peserta dari pelbagai batch. Mrs. A je yang segan nak bergambar. Unfortunately tahun ini Mrs. A tak tersenarai pun dalam top ten individu woman. Huhuhuhu... sedeh!!! tapi takpelah Mrs. A pun tak berapa nak fit sebab lutut Mrs. A kan sakit meniscus koyak muahahhaaa...[banyak la ko punya alasan Mrs. A dah kalah tu kalah yolah]

Bagi kategori top ten individu man. Dua orang dari batch '92 berjaya mendapat top ten dan top two. Tahniah buat mereka berdua, yang tak menang pun alhamdulillah semua pun dapat lucky draw.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing kita makan dulu.

Pizza Hut pilihan we all
 


You Might Also Like

12 comments

  1. lama tk main bowling..tahniah dpt lucky draw

    ReplyDelete
  2. Meriah Pertandingan Bowling Alumni STAD, semua sporting..
    Tahniah, dapat lucky draw, alhamdulillah rezeki..

    ReplyDelete
  3. Enjoy kan main bowling. Tak kena panas.

    ReplyDelete
  4. wahhh
    best nya
    teringin pula nak main bowling
    dah lama xbaling bola berat tu

    ReplyDelete
  5. Meriah alumni tu nampaknya mrs A. Mesti seronok dpt jumpa kawan2 lama kan. Ana tak pernah join mana2 alumni so far. Teringin juga.

    ReplyDelete
  6. salam. blogwalking here :) So glad tengok masih ramai yang masih blogging & share pengalaman :)

    ReplyDelete
  7. meriah dan sedondon hehe.. lamanya tak main bowling

    ReplyDelete
  8. boleh tahan meriah.. tahniah..

    ReplyDelete
  9. psssttt ramai x yg baling ke longkang? hahahaha

    ReplyDelete
  10. PANDAI MAIN BOWLING..TAHNIAH MENANG LUCKY DRAW

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me