Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan

April 10, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan. Jutaan terima kasih Mrs. A ucapkan kepada Ucing Kadayan kerana sudi tagged Mrs. A untuk turut serta dalam the Sunshine Blogger Award ini. 

Apa itu The Sunshine Blogger Award? The Sunshine Blog Award is given to "bloggers who positively and creatively inspire others in the blogosphere".

Sunshine Blogger Award
by Ucing Kadayan
Ouch! rasa macam kembang pulak bila dapat award ini ngeh!ngeh!ngeh! Walaupun dah lama kena tagged tapi baru sekarang Mrs. A berkesempatan untuk menjawabnya. Okay tanpa berlengah lagi jom kita tengok 11 soalan yang Ucing Kadayan tanyakan untuk Mrs. A jawab.

Sunshine Blogger Award by Ucing Kadayan - 11 soalan

1. Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya?

Mrs. A adalah seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Bekerja di syarikat utiliti di Seremban, Negeri Sembilan.

2. Makanan kesukaan yang tidak boleh dilupakan?

Kalau sebut tentang makanan kesukaan ini agak sukar untuk beritahu kepada satu  jenis makanan sahaja, kerana Mrs. A ada banyak makanan kesukaan terutamanya yang dimasak oleh emak Mrs. A. Di antara makanan kesukaan tersebut adalah rendang daging, dodol, lemang dan nasi himpit kuah kacang.

3. Muzik yang selalu dimainkan ketika bersedih?

To be honest Mrs. A bukanlah jenis yang suka sangat mendengar muzik. Kalau bersedih tu paling teruk akan menangis dalam bilik air sambil mandi berlama-lama dengan air pancuran.

4. Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai?

Tak tahulah pengalaman ini nak describe macam mana tapi bagi diri Mrs. A memang memalukan diri sendiri cuma bernasib baik tidak disedari oleh kawan-kawan mahupun crowd. Time dinner tahun lepas kasut yang Mrs. A pakai itu telah tercabut tumitnya. Sewaktu Mrs. A berjalan dari kereta ke dewan okay aje kasut tu tapi bila Mrs.A dah duduk dan nak ambil makanan tengok-tengok alamak!! tumit tingginya dah longgar dan hampir nak tercabut. Terus Mrs. A bagi tahu kat kawan-kawan nak pergi ke kereta sekejap sambil jalan slow-slow pastu bila tengok line clear terus tanggalkan kasut berlari ke kereta dan tukar kasut lain. Shhh!!! actually tak pernah cerita kat sesiapa lagi muahhhaaahha.... tapi kalau blogger yang kenal Mrs. A baca pasti kena bahan nih!

5. Apa yang anda buat pada masa lapang?

Menonton tv ataupun meluangkan masa bermain dengan kucing-kucing Mrs. A.

6. Peristiwa kejutan (surprise) yang menyeronokkan?

Apabila Mrs. A mendapat hadiah birthday dari Mr. A dan jugak dari buddies di office.

7. Perkara yang membuat anda marah?

Menunggu lama, kawan yang tidak berterus-terang dan orang yang tak tepati janji.

8. Peristiwa yang menyeramkan?

Tiada peristiwa yang benar-benar seram (mistik) sebab itulah Mrs. A tak boleh ingat.

9. Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda tersenyum?

Oh! mudah aje kalau orang tu senyum dengan Mrs. A pasti Mrs. A pun akan senyum jugak.

10. Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek?

Lawak yang sangat menggeletek hati Mrs. A adalah episod-episod dalam Running Man yang kelakar. Terutamanya scene yang melibatkan Lee Kwang Soo memang Mrs. A akan ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata dan susah nak stop.

11. Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini?

Malam tadi (09.04.2017) lebih kurang pukul 10.00 malam barulah Mrs. A berkesempatan untuk menjawabnya.

Alhamdulillah dapat jugak menjawab 11 soalan Sunshine Blogger Award By Ucing Kadayan.

You Might Also Like

13 comments

  1. Baca part makanan fav tu, telan air liur kejap.. Semua makanan raya tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana menjawab 11 soalan dari ucing.sebelum ucing nak komen memang dah agak lah makanan fav tu macam makanan hari raya lah hehe(^_^)

      Delete
  2. MENARIK TU SEDIA MENJAWAB SOALAN KAWAN TAG DGN SUKAHATI

    ReplyDelete
  3. masakan mak memang no 1. sebab tu hari2 ana pergi rumah mak. hehe.

    bab running man tu memang tak leh kalau tak gelak. ada je perangai yg LKS buat kita sakit perut sebab gelak.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hurm.... sambil garu-garu dagu yang tak gatal.

      Tak faham maksud Carl Adam eh! tetiba Remy Ishak (watak dalam cik serba tahu)

      Delete
  5. Ehem..ehem.. syabas Mrs. A berjaya menjawab soalan yang diberikan.. 👏👏👏

    LZ telah ditag oleh Ana Suhana tapi masih belum berjaya menyahut cabaran.. 😔

    ReplyDelete
  6. Tahniah ye MA dapat award dari rakan blogger...
    Spoil sunnguhkan bila tumit hampir patah. Tapi kira ok lagilah tu, saya terjatuh sebab terpelecok haha.....depan tu kedai makan. Hurmmm buat muka tembok jerlah.

    ReplyDelete
  7. hahahahhaa kak! part yang pengalaman memalukan tu lawak sangat bila baca sebab saya siap imagine lagi akak berlari ke kereta tu hahaha. boleh pula kasut tu buat hal saat-saat genting macamtu kan.

    ReplyDelete
  8. Hihi.. Habis keluar semua cerita. Seronok gak ade games gini kan?

    ReplyDelete
  9. No 7 kita sama Mrs A 😄 Sy jenis yg tak suka menunggu, peritnya menjadi seorang penunggu 😂 Kah! Sy tak suka orang yang tak menepati janji, sebab tu sy x mau org berjanji pada sy. Dan sy akan pastikan apa yg sy janji akan sy tunaikan 😉

    ReplyDelete
  10. kite gang laa hat no 10 tu... even smlm sy tgk ulangan RM kt tv2 pun ketawa mcm mak lampir heheheheh

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me