Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

22 Februari 2017

Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

As Salam and greetings to dear readers.

Siapa peminat kucing? Hehehehhe... kita gang. Tidak berapa lama dulu, hurm... dalam bulan Disember 2016 kot Mrs. A adalah membeli 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser secara online di Lazada MY. 

Readers yang dah lama baca blog Mrs. A ni mesti tahukan yang Mrs. A ni cat lover so adalah menjadi satu keperluan bagi Mrs. A untuk mempunyai 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser seperti yang di jual di Lazada MY tu.

Bukan apa senang dan mudah untuk kekucing Mrs. A tu makan ikut sesuka hati depa. Takdelah sikit-sikit nak top up, sikit-sikit nak top up pastu kekadang lupa top up muaahhhaaaa....

Macam inilah rupa dia 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser. Actually dia ada macam-macam color tapi Mrs. A pilih color pink.

Lazada MY
Mrs. A beli yang color pink dapat jugak misteri gift time ni.
Sebelah tempat untuk letak kibble (cat food) dan sebelah lagi tempat untuk letak air. Kibble dia tu biasa Mrs. A akan penuhkan terus full 1 kg dapatlah bertahan dua ke tiga hari cenggitu. Yang best kat bawah dia tu ada adjuster kita boleh adjust nak bagi kibble tu jatuh banyak ke sikit ke ataupun tutup terus.

Cara Mrs. A tak buat laluan besar-besar pun sedang-sedang aje cos kekucing Mrs. A ini bijak-bijak belaka dari pemerhatian a.k.a. observation yang telah Mrs. A jalankan. (Ha! siap tau buat observation bagai). Apabila tiada lagi kibble mereka di bahagian luar tu kekucing tu akan hulurkan tangan lalu mengorek-ngorek sehinggalah jatuh berguguran kibble tu. Ha! bijak tak bijak tu. Jadi tak perlu susah payah nak tolong depa keluarkan kibble tu.

Botol letak air tu pulak sama jugak ada adjuster kat hujung muncung penutup botol tu. Bila kita tonggengkan air akan keluar dan berhenti sendiri setakat bekas tu tak perlu risau air tu melimpah keluar pun. (ini berdasarkan pengalaman Mrs. A ya)

Setelah lebih kurang tiga bulan Mrs. A guna pakai 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser Mrs. A memamg puashati dan berkira-kira nak beli satu lagi. Kat mana nak beli tu? Semestinyalah nak beli kat Lazada My cos harganya yang berbaloi-baloi dan barangannya berkuliti dan puashati.

Mrs. A dah survey nak beli benda yang sama kat pet shop area taman Mrs. A tu tapi benda tu tak sama dengan yang jual kat Lazada MY. Ada tu ada tapi Mrs. A tak berkenan cos tempat food dia takde adjuster dan tempat airnya pulak tidak disediakan botol dan penutup yang boleh adjust macam yang Lazada MY punya tu. Ada ka patut dia suruh Mrs. A guna jer.. mana-mana botol minuman (recycle) ceh! tak naklah.

Hah! bukan itu sahaja yang Mrs. A tak berkenan harga pun tak boleh beat harga yang Mrs. A beli di Lazada MY tu. Okay takpe nanti kalau Mrs. A dah beli color lain pulak Mrs. A share ya! In Sha Allah

Thats all nak cerita beli barang di Lazada MY : 2 in 1 Automatic Pet Food Water Feeder Dispenser

17 ulasan:

  1. ELOKLH PUAS HATI DGN APA YG DIBELI

    BalasPadam
  2. Bagus ni kalau nak gi travel ke kan... info yang bagus...

    BalasPadam
  3. Samalah suka gak shopping kat lazada ni. kadang tgk sama je benda tu tapi harga lain2. sobs

    BalasPadam
  4. ooo ni laa yg mama sy ckp... abg sy bli byk sbb kucing dia ramai.. bla blk kg penuh mknn.

    BalasPadam
  5. Waaa menarik ni. lebih mudah dan senang nak bagi makan kucing terutama kalau pelihara banyak2.

    BalasPadam
  6. Mudahnya MRS.A. kadang2 letak dlm mangkok banyak2 pun tak tau bajet selera diorang, kang tak habis masuk angin pula. Berapa RM ni MrsA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cek harga sekarang kat Lazada dalam RM53

      Padam
  7. Sesuai sangat untuk sape2 yang bela kucing kat rumah kan. Mudah

    BalasPadam
  8. mudah sangat2 ni. busyra pun ada kucing jgk dekat rumah. tp selalunya mak yg uruskan. hehe

    BalasPadam
  9. senang la kan xde la nk tunggu kasi kucing makan...hehe

    BalasPadam
  10. e'in takut kucing.. huhu.. senang sangat kalau dah ade bekas nie..

    BalasPadam
  11. pergh.. sat g dia makan non stop plak.. hahaha

    BalasPadam
  12. senang nk berjalan ke mana saja tak risau kucing kelaparan

    BalasPadam
  13. bagus ni.
    makan kucing terjaga all the time.
    sgt bagus idea ni. and berbaloi membeli nyr :)

    BalasPadam
  14. Yelah kan kadang kadang penat jugak asyik nak topup makanan depa je. Depa ni kadang bijak jugak. Makanan yg dah terbiar kat bawah tu tak mau dimakannya. Tunggu yg baru jugak.

    Menarik jugak benda ni ye MA. Berapa harga dia MA

    BalasPadam
  15. hi was just seeing if you minded a comment. i like your website and the thme you picked is super. I will be back.top pets automatic feeder manual

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©