Bukit Gambang Resort City - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bukit Gambang Resort City

28 Mei 2015

Bukit Gambang Resort City

Huh! dah hampir 2 bulan entry holiday ni duk kat draft. Gara-gara kurang rajin nak menulis entry panjang-panjang. Ini kisah holiday time school breaks pada 19 hingga 21 Mac 2015 yang lalu (ini pun dah nak school breaks May pulak dah!) Mrs. A sekeluarga telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk pergi bercuti ke Bukit Gambang Resort City. Actually holiday ni tak plan pun tetiba jer... babah depa ajak we all gi holiday.

Kekdahnya Mrs. A survey-survey kat internet so ekpress punya survey. Pagi survey petang dah terus booking Mrs. A amik package di Bukit Gambang Resort City aka BGRC. Ada beberapa choice yang tersedia so kita boleh choose mengikut kesuaian kita. Untuk accomodation ada 3 choice Arabian Bay Resort, Caribbean Bay Resort dan Global Heritage. Theme Parks ada Water Park dan Safari Park. Package yang Mrs. A amik ialah Arabian Bay - Family Deluxe Pool View 3 Days 2 Night Wet & Wild. Package ni inclusive 2 x Bfast, 1 x dinner kat coffee house, 1 x tiket untuk Safari dan Water Park untuk 4 orang dewasa sahaja jadinya adik kira lain untuk Bfast, dinner, Safari & Water Park. Walaupun family we all cuma ada 2 adult tapi dalam package takde children tu yang amik jer package ni kurang lebih tolak campur amik ala-carte pun harga tak banyak kurang. Adalah lebih senang dan malas fikir amik jer package muaahhaaaaaa...

Check in time adalah pukul 3.00 petang. Tetapi we all check in lambat kekdahnya, sampai BGRC kurang lebih 4.30 petang cenggitu. Kenapa lambat??? Dah keluar rumah pun lambat memanglah sampainya lambat pukul 12.00 tengahari barulah terhegeh-hegeh nak kuar rumah hurmm... babah lettew! sempat pulak dia settle satu urusan dunia dulu pastu baru we all gerak.

BGRC
OTW singgah lunch kat R&R Tapah. Paparazi telah berjaya mencuri gambar Along ngeh!ngeh!ngeh!
Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar walaupun ada hujan tetapi tidak lebat dan juga tidak sesat walaupun ini first time pergi BGRC. Sesampai aje terus check in dan ambil segala macam tiket dan voucher yang telah disediakan dalam package 3D2N tu. Besar juga BGRC ni Arabian Bay terletak di side hadapan dari laluan masuk sementelah Caribbean Bay di side belakang makna kata jumpa Arabian dulu baru jumpa Caribbean. Global Heritage tu tidak ketahuan pulak Mrs. A di mana letaknya tak sempat explore la pulok!

BGRC
Pintu Gerbang BGRC yang menarik perhatian we all

BGRC
Kenapa Arabian??? Lupa pulak nak tanya

BGRC
Views dari balkoni we all

BGRC
Family Deluxe 1 room for kids 1 room for us
Antara sebab Mrs. A pilih Arabian Bay Resort dan bukan Caribbean Bay Resort adalah kerana swimming poolnya (Caribbean takde swimming pool). Memang dah faham sangat kids kalau bercuti lepak hotel aje antara aktiviti utama they all adalah mandi swimming pool. Sesampai aje di bilik dah sibuk nak mandi swimming pool. Anak-anak kita rileks dulu ya.. babah nak hilangkan penat dulu letih drive pun tak hilang lagi ya... Ala... ibu ajelah temankan kita orang kata depa. Tak nak! ibu pun nak hilangkan penat hokeh! kita kemas-kemas barang dulu rileks sesambil luruskan badan pastu 5.45 petang baru kita turun.

Tiba masa yang dijanji we all pun turun ke swimming pool before that pergi kat keta dulu amik pelampung yang telah siap di bawa dari rumah.

BGRC
Siap bawa pam untuk mengpam pelampung yang kempis
BGRC
Ibu jugak yang kena masuk pool


Swimming pool ni takdelah besar sangat pun sekadar nak killing time oklah. Iyalah kalau nak gah! kena la pi yang kat water park tukan..kan..kan... Agak-agak dah satu jam lebih Mrs. A pun ajak kids naik bilik, jawapan standard kejap lagi ibu, pastu kenapa nak cepat-cepat sangat belum senja lagiks! Amboi! nak tunggu sampai senja azan bagai takde makna ya anak-anak. okay 6.45 kena naik jugak Ibu nak tengok teman lelaki upahan ler...episod final malam ni.. walaupun tengah bercuti tetap ingat dengan El dan Kaira hiks!

Free and easy kat bilik lebih kurang pukul 9.00 malam barulah keluar jalan-jalan cari makan. Memang dah plan first night ni tak nak makan kat coffee house coz nak explore BGRC dan kawasan sekitarnya. Di luar kawasan BGRC ni pun banyak tempat makan dan terdapat shop lot untuk membeli barangan runcit. Shop lot ni taklah jauh sangat, keluar aje dari pintu gerbang BGRC dah boleh nampak. Ramai aje guest BGRC yang jalan kaki aje yang Mrs. A nampak.

Pusing-pusing keliling dua ke tiga kali round area shop lot tu nak survey tempat makan manalah yang sedap ni ya. Macamlah pernah makan kat situ ada satu tempat makan bahagian hadapan tu menarik tetapi ramai sangat orang babahnya tak nak, mesti lambat nanti orang ramaikan tapi sedap kot kata Mrs. A pulak. Tak nak jugak so cari yang  lain area sekitar tapi bahagian belakang sikit orang tak ramai sangat. Minta menu takde menu katanya. Boleh cenggitu?? pastu tukang amik order pun cakap apa yang boleh order dan suggestkan. We all order nasi putih hidang dengan lauk ikan, tom yam yang biasa-biasa aje semuanya tapi confuse harga boleh jadi luar biasa. Hurmmmm maybe mereka fikir orang luar tu yang bagi harga luar biasa kot. Huk! huk! huk! tak baik cenggitu patut arrr tak ramai orang.

After dinner ronda-ronda BGRC kononya nak cari manalah letaknya Water Park dan Safari Park ni. Dari time memula sampai tadi tak nampak langsung dimanakah tempatnya. Dari hujung ke hujung tapi we all tak jugak berjumpa. Ah! abaikan sajalah esok tahulah tu. Pastu tengok kat area Caribbean meriah bangat so we all pun singgah di situ.

BGRC
Kat sini tempat untuk beli souvenir 

BGRC
Game motor  guna token pun ada di sini

BGRC
Game keta pun ada
BGRC
'Crazy bus' tak jalan time ni


Selain dari tu ada gak bumper car, pool dan game yang cangkuk dapat bear, dapat angry bird, dapat minion tapi satu apa pun Mrs. A tak dapat ngeh! ngeh! ngeh! buat habis duit aje baik beli aje terus puas hati memang gerenti dapatkan. Ini duit habis satu benda pun tak dapat geram dan stressed jadinya.

Dah hampir pukul 12.00 malam we all pun dah letih esok nak gi Water Park so kekdahnya balik biliklah.

The End untuk 1st day. TBC pt 2 ya!!!



7 ulasan:

  1. salam. hee sonoknya mandi manda satu famili kat gambang tu mak kann ;p

    BalasPadam
  2. Menggamit kenanganlah pulak. Dulu pernah datang sini untuk Hari Keluarga syarikat. Pertama kali main flying fox hehe

    BalasPadam
  3. Wah seronok keluar bersama family :)

    BalasPadam
  4. seronoknya bercuti Mrs A ,kak ana tak sampai lagi sini, terima kasih sharing, mana tahu lain kali nak pi sini dah ada sedikit info .TQ dear

    BalasPadam
  5. wah seronoknya main game motor game kereta :-)

    BalasPadam
  6. Been there 2015. Habiskan masa sampai kecut kat waterpark dia. As usual jadi life guard anak2 jelah. :D

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©