MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Tak Dapat Pergi Training

Tak Dapat Pergi Training

As salam and greetings to dear readers.

Lorrr... dah 4 April 2016 kekdahnya dah 4 hari tak up-date my blog my stori ini. Tak kira.... hari ini nak jugak mencuri masa untuk up-date blog Mrs. A ini. Walaupun last Friday ada berkira-kira nak up satu entry berkenaan 1 April unfortunately tidak berkesempatan bila dah busy dengar kerja dah terlupa la pulak. 

Lagipun last Friday Mrs. A pulang awal planningnya seperti beberapa Friday yang lepas untuk ke training netball. Unfortunately tidak kesampaian, itulah manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan adalah Allah S.W.T. On the way nak ke tempat training tu di tengah highway Bukit Chedang Viva buat hal la pulak. Baru aje si Viva ni buat hal dah dia buat hal lagi. Mujur jugaklah bukan Mrs. A seorang ada dua orang lagi officemate yang tumpang keta Mrs. A time tu untuk ke training netball kekdahnya takdelah Mrs. A mati kutu sangat. Okay jer... boleh buat lawak-lawak lagiks!

Dalam proses Mrs. A dan dua lagi officemate nak tolak keta ke tepi tu berlakulah jugak inciden ngeri bila tetiba ada satu kereta nih! laju sangat, yang tak perasan la kot kereta  rosak kat tengah-tengah highway mujur aje driver tu sempat break. Tapi we all menggigil bila dengar bunyi break tu adoyai! laju heart beat dibuatnya mujur takde yang kena serangan heart attack. Kalau tak satu hal lagi la pulak nak panggil ambulance. 

Sewaktu offimate Mrs. A nak tolak ketepi keta tu tak gerak uols, muaaahhaaaaa nampak sangat lemahnya we all nih! Lagi satu kesian kat we all sebab tak ramai pun yang prihatin kebanyakkan mereka tu terus aje berlalu pergi.  Mujurlah ada pompuan India dengan anaknya dan seorang bro melayu naik motor yang baik hati berhenti dan tolong tolak ketepi kalau tak tak tahulah berapa lama masa we all nak ambil untuk tolak ke tepi. 

Kemudian apa lagi calling-callinglah si penyelamat (Mr. A), Haish! penyelamat nih! banyak soal jawab pulak. Haruslah tunjuk bukti sikit kasi percaya.


Awat muka Mrs. A camtu??? Ini hah! saya dengan Yus dengan Iz. Tolong cepat sikit panas nih!
(Actually hangin satu badan bila penyelamat soal-siasat macam tak percaya dengan kita la pulok)

Kemudian discussed dengan netballers maka dipersetujui salah seorang netballers akan datang untuk amik we all. Unfortunately Mrs. A seorang aje tak lepas sebab Mr. A kata tunggu settlekan keta ni dulu muaaahhaaaaaaa.... macam cursed la pulok.!!

Kekdahnya Iz dan Yus ajelah yang dapat joined training petang itu. Walaupun pada mulanya Mrs. A fikir akan joined kemudian sebab ingatkan bateri aje yang kong. Tetapi bila dah tukar bateri pun tak boleh start juga. Mekanik kata ini bukan masalah bateri, maybe wiring problem kena towing ke workshop. 

Tunggu lagi sampai towing car datang. Sabar yolah!! tunggu bersama si penyelamat.




Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.

Luah Rasa : Netball

Luah Rasa : Netball


As salam and greetings to dear readers.

Tetiba pagi ini nak luahkan apa yang dah lama terbuku di hati. Mujurlah ada blog ini dapat jugak mencurah perasaan. Ini semua netball punya pasal. Petang semalam ada friendly match bersama team VK.

Team VK dan team Mrs. A hurmmm... team Mrs. A kerrr..?? Tak sesuai kot apa kata Mrs. A namakan team S. Okay team S bolehlah. Team VK dan team S ini menggunakan khidmat coach yang sama dan boleh dikatakan tempoh masa we all training pun lebih kurang sama iaitu dah sebulan lebih cenggitu. 

Sebelum ini team VK dan team S dah pernah friendly pun seminggu yang lalu kot. Ketika seminggu yang lalu itu corak permainan we all sama level aje tetapi petang semalam VK telah menunjukkan peningkatan yang sangat drastik, sungguh tak sangka VK dan naik ke satu level yang lebih baik meninggalkan team S setepek di belakang. 

Dalam hati sedih dan kecewa sangat dengan team sendiri team S why... why... tell me why.??? Kenapa dengan team S ini huhuuuuhuuu hampa sangat. Mrs. A rasa team S ini kurang disiplin time training ada aje yang tak dapat turun. Coach selalu aje complaint kenapalah dengan "team you all nih tak pernah aku dapat full team" katanya camne aku nak susun strategi ini.

Tetiba lak Mrs. A teringat kekata seorang lecturer nih! time study dulu, "working people is easy to manage but hard to cooperate, berbeza dengan student, "student is hard to manage but easy to cooperate". Rasanya kekata nih! sesuai untuk depa yang susah nak bagi kerjasama ini. Eh! iklan la pulok.... haish! depa nih tak pernah dengar ke? Apa... yang penting kerja...sama....

Okay back on track. Bila coach coaching suruh buat macam tu dah banyak kali ajar pun tak ikut kata jugak. Itulah tak fokus dan fahamkan apa yang coach ajar. Apa ingat dia kata buat satu barisan tu sesuka hati jer... buat satu barisan kemudian bila play the games tak ikut pun buat satu barisan. Bila coach kata tengok game orang tengok saja-saja jer... macam tengok wayang. Sepatutnya tengok dan praktikkan apa yang dimaksudkan dengan buat satu barisan dan keluar seorang-seorang. Ini!! tak!! dahlah passing bola membuta tuli pastu bila team members tegur untuk kebaikkan bersama sentap, ambil hati, tak boleh terima, merajuk, cakap macamlah orang yang tegur tu bagus sangat.

Lagi satu masalah terbesar team S ini sesetengah dari we all ini lebih banyak tak datang training daripada datang training. Yang peliknya tu tak rasa bersalah ke??? Bila tanya ada-ada saja alasan mereka. Kepada mereka yang rasa tak boleh nak commit tu lebih baik undur diri sahaja. Annoying! dah tegur pun tak jalan. Mereka ini sebenarnya bukanlah minat sangat pun nak main netball nih! Saja paksa diri joined sebab sesuatu!!!! sebab utama yang ketara nak pergi Perak sempena SBAM la kot. Kalau minat macam Mrs. A nih! (tolong jangan muntah hijau) dimana ada platform untuk bermain netball disitulah ada kelibat Mrs. A muuahhaaaa..... kasi bukti sikit.

GS tu adalah team remaja kebangsaan Negeri Sembilan. GD tu coach punya team netball sendiri Sweeties nama team depa yang menang lisus di daerah Sepang baru-baru ini. 


Alahai! tengah pengang bola tu Aini  team S yang sorang lagi  tapi gegar pulok gambarnya.

Team netball lelaki pun ada tau! tu tengah duk berehat selepas penat training

Ini gambar beberapa minggu yang lalu malam sebelum team bolajaring remaja kebangsaan Negeri Sembilan bertolak ke Stadium Juara, Bukit Kiara sempena Pertandingan Bolajaring Remaja Kebangsaan 2016. Oleh kerana coachnya adalah orang yang sama itu pasallah coach selalu aje invite team S joined training bersama tapi itulah seperti yang Mrs. A kata time training sebenarpun susah nak hadir inikan pulak sesiapa yang berkelapangan aje. Semedang invitations memang tak berkelapanganlah jawabnya. Lainlah kalau minat macam Mrs. A tukan...kan..kan.. (muuaahahaaaa... lagi sekali peringatan tolong jangan muntah hijau ya....)

Oh! ya untuk rekod team remaja kebangsaan NS dapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Okay ler... tu empat terbaik daripada keseluruhan. Pertama Johor, kedua Selangor, ketiga Perak.
Actually Mrs. A tak katalah Mrs. A ni bagus tapi sekurang-kurangnya minat tu perlu ada lagi satu yang teramat penting dan harus diutamakan adalah disiplin. Kalau tak minat dah tentu tak disiplin baik tak payah joined buat menyusahkan players yang lain aje. Coach pun sedih mungkin ini team paling teruk yang dia pernah coaching target KPI dia jauh tersasar. Coach pun bukan sembarangan coach yang we all hire (dia salah seorang pemain Malaysia hokeh!) coaching netball untuk team remaja NS lagiks!

Namun begitu Mrs. A masih berharap yang team S mampu untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Sekurang-kurangnya naiklah ke level yang sama dengan team VK. Ini harap gaya aje lebih bila games sayur. Biar kalah asal bergaya tak sessuai untuk netball hokeh!


Wordless Wednesday #74

Wordless Wednesday #74


Row Six Seremban 2

Entry tanpa kata Mrs. A today adalah menu lunch semalam. Food itu namanya Indonesian Fried Rice RM13.95. Drink itu pulak diberi nama Lychee Watermelon RM9.95. Nak tau citer boleh klik sini


Menyampah!

Menyampah!

As salam and greetings to dear readers.

Kepada sesiapa yang bekerja mesti pernah rasa macam inikan kan..kan..kans??

Inilah yang Mrs. A rasa this morning. Walaupun baaaanyakkk!!!! sangat kerja pastu dateline hari ini tapiiiii..... nak jugakkk... expresss my feeling nih! huwaaaa..huwaaaa..huawaaa....






Wordless Wednesday #73

Wordless Wednesday #73



Shared from WhatsApp Group


Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Maafkan Aku

Maafkan Aku

This weekend ada wedding rakan sekolah rendah dahulu. Sebelah kaki memang nak pergi tapi sebelah lagi tak boleh pergi. Habih! camno? Tak pergi la kesudahannya. Mr. A ada urusan lain dan lagi adik tu belum berani nak pakai seluar huhuuuuu.... adoilah adik nape dah kau tak nak pakai seluar lagiks! Monday dah nak sekolah.

Pengantin lelaki adalah rakan sekolah Mrs. A sewaktu di sekolah rendah. Boleh dikatakan semua rakan-rakan sewaktu di sekolah rendah masing-masing rapat dan kamcing di antara satu sama lain tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Al-maklumlah sekolah kampung. Kebanyakkan di antara kami memang family yang menetap di kampung. Kekdahnya dari darjah satu hingga enam kami adalah rakan sekelas enam tahun bersama-sama di dalam satu kelas memang kenangan yang amat sukar untuk dilupakan.

Sementara pengantin perempuan pula adalah rakan sekolah menengah kepada pengantin lelaki. Mrs. A tak kenal pun pengantin perempuannya sebab we all tidak bersekolah menengah yang sama. Memang sesuai sekali pepatah kalau dah jodoh tidak ke mana untuk rakan Mrs. A ini sebab setelah lama terpisah, pusing-pusing jumpa semula dan akhirnya siapa nak sangka bertemu jodohnya.

Alhamdulillah bertemu jodohjuga akhirnya tak kisahlah walaupun sedikit lambat. Selamat pengantin baru AZ dan NJ. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Di antara rakan-rakan sekolah yang hadir (Kredit photo to FB Sue Zal)

Maafkan aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis hari bersejarah both of you. Bukan aku tidak sudi tetapi aku memang tidak berkelapangan untuk menghadirkan diri. Maaf aku sedar aku bukanlah rakan yang baik. Tolong jangan berkecil hati ya dan tolong jangan kecam aku.




MRS.A my blog my stori ©