Jemputan Kahwin - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jemputan Kahwin

4 Julai 2025

Jemputan Kahwin

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin. Tak pasti nak tulis tajuk apa jemputan kahwin atau selamat pengantin baharu. Kisah throwback ketika Mrs. A menghadiri beberapa jemputan kahwin officemate, anak bos Mrs. A dan juga anak kawan Mr. A. Kira macam a series of wedding invitation gitteww 😄😄😄

Jemputan kahwin anak bos Mrs. A

Majlis perkahwinan anak perempuan bos Mrs. A iaitu Nur Farina dan pasangannya Aniff Farhan ini diadakan di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam pada 26 April 2025 yang lalu. Kenapa jauh sangat tak buat di Seremban?  Actually ini adalah anak bos dari perkahwinan pertama beliau dan anak-anak beliau memang tinggal bersama ex-wife di K.L. Menurut bos Urban Park Hall tu adalah tempat pilihan anaknya dia menurut sahaja.

Jauh juga dari Seremban nak ke Alam impian ini Mrs. A gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari sampai lebih kurang pukul 2.00 petang. Traffic Jam di lebuh raya elite ditambah pulak hujan lebat pada waktu itu. Kenderaaan bergerak perlahan sajo.

Mrs. A hadir bersama Mr. A dan Adik anak bongsu Mrs.A. Sewaktu sampai tu masih hujan dan adalah terserempak dengan 2 tiga orang officemate bersama family masing-masing.

Jemputan Kahwin
Sebelum pulang bergambar bersama bos dan isteri sekarang

Entah apalah yang Mrs. A fikirkan masa tu walaupun ada banyak peluang nak snap gambar pengantin tapi langsung tak dimanfaatkan untuk snap seketul dua. Kekdahnya bila masuk kerja, member satu department tanya nak tengok gambar anak bos. Lahhh! sorry uols tiada gambar pengantin yang telah di snap muahahaaa. Hampa depa dah lah tak dapat pergi gambar pun tak dapat tengok 😔

Jemputan Kahwin
Mr.A terjumpa kawan lama masa sekolah menengah 😍

Tamat kisah jemputan kahwin anak bos, sambung pula cerita jemputan kahwin officemate Mrs. A pada 24 Mei 2025 yang lalu.

Jemputan Kahwin officemate Syamimi.

Alhamdulillah dengan izinNYA dan kegigihan Mrs.A nak pergi juga dapatlah menghadirkan diri. Planning nak pergi dengan Kak Y tapi dia nak pergi selection Dart untuk SBAM dulu. Kalau sempat selepas selection baru dia pergi. Haish! macam lambat aje tu so Mrs. A ajak Mr.A tapi tulah Mr. A ada program lain pukul 11 pagi sebelah petang pula nak naik KL ziarah kawan dia Gopinath Naidu meninggal dunia, Aryssa pula nak pergi event Maybank. 

Mujurlah Adik ada sudi temankan Mrs.A. Kekdahnya Mrs. A pergi berdua dengan Adik sahaja. Lokasi majlis adalah di Dewan Institut Latihan FAMA Port Dickson. Mrs. A tak tahu pun jalan ke situ eh! waze kan ada 😇, Alhamdulillah sampai dengan selamat dalam pukul kurang lebih 1.30 petang.

Sewaktu Mrs. A sampai terserempak dengan seorang warga SAINS tengah basuh tangan hehehee. Mrs. A terus aje masuk ke dalam dewan ternampak pengantin di atas pelamin. Pasangan mempelai sedang bergambar dan melayan kawan-kawan dan tetamu yang hendak bergambar bersama.

Adik dan Mrs. A terus aje ke meja kosong dan mengambil makanan ramai warga SAINS yang hadir kekdahnya dapat makan bersama-sama satu meja.

Jemputan kahwin
Selamat pengantin baharu Syamimi dan pasangan

Jemputan kahwin
Sebelum pulang haruslah bergambar kan..kan..kan.. 😀

Jemputan kahwin
Gambar curi!😉 ntah! apalah si Q dan K ketawakan tu? 

Kemudian pada 31 Mei 2025 ada 2 jemputan kahwin lagi.

Jemputan kahwin officemate dan anak kawan Mr. A.

Jemputan kahwin anak kawan Mr. A iaitu abang Zul dan Kak Yati diadakan nun jauh di Hulu Langat iaitu di Changkat Telang event space. Pengantin lelaki adalah anak mereka bertemu jodoh dengan pengantin perempuan nun jauh dari negara seberang Indonesia.

Jemputan Kahwin
Berempat saja Along tak nak ikut

Gerak dari Seremban awal sebab plan nak balik awal nak ke majlis satu lagi. Terasa jauhnya nak menyampaikan Chagkat Telang tu huhuuhuu. Sampai aje time tetamu tengah ramai sedang makan. Tapi ada je tempat nak duduk Mrs. A, Adik dan Aryssa duduk semeja manakala Mr. A duduk meja lain bersama kawan-kawan beliau.
 
Berjumpa juga dengan kawan Mrs.A, Datin A hadir seisi keluarga actually bapa pengantin lelaki tu (kawan Mr.A) ada talian persaudaraan dengan Datin A oooo kisahnya.

Jemputan Kahwin
 Bergambar bersama Datin A (sahabat since childhood)

Jemputan Kahwin
Last sebelum pulang bergambar bersama pak/mak perantin
(time ni Mr. A dan Adik dah tunggu dalam kereta ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelum tu Mrs. A dan Datin A adalah nak bergambar dengan perantin tapi tulah kena queue uols! dahlah queuenya panjang so tak tercapailah hajat nak bergambar bersama perantin lagipun Mrs.A nak balik cepat nak ke wedding satu lagi.

Sewaktu nak pulang ke Seremban Mr.A ikut jalan lain bukan jalan semasa datang tu. Kami berdoa agar traffic lancar supaya sempatlah Mrs. A nak ke wedding officemate tu. Mr. A pula nak ke rumah Tok Mat di Rantau masa ni Tok Mat kenduri nak pergi menunaikan haji. 

Alhamdulillah sempat uols! Mrs.A sampai di rumah semula lebih kurang pukul 3.00 petang turunkan Mr.A kemudian kami bertiga terus aje bergegas ke majlis kahwin officemate Mrs. A yang juga satu dept tu di Dewan Perdana KRS di Sikamat. 

Sewaktu Mrs. A sampai terserempak dengan team Legal yang dah nak balik dan juga team netball.

Jemputan kahwin
Belum sempat masuk dewan lagi dah bergambar 😆

Jemputan kahwin
Tiga orang tu lagi tu used to be team Legal now no more 😥

Sewaktu Mrs. A, Aryssa dan Adik masuk ke dewan dah tak ramai orang lagi. Selesa aje nak duduk di mana-mana dan nak ambil makanan pun tak perlu queue 😀. Manakala pasangan pengantin actually pengantin 4 masih lagi di atas pelamin melayan tetamu masing-masing yang ingin bergambar dengan mereka. Selepas dah makan dan line clear nak bergambar Mrs. A pergi ke pelamin untuk bergambar.

Jemputan kahwin
Selamat pengantin baharu Farzana dan pasangan

Fuhhh! 31 Mei 2025 very the productive day eh! hahahaaaa. Okay itu sahaja kisah jemputan kahwin. 



2 ulasan:

  1. bagus la Mr A n Mrs A meraikan keluarga pengantin biar pun jauh nak ke dewan resepsi. Kalau sy la, jika lebih drp 2 jam perjalanan memang berkirim salam dan hadiah je la. Kecuali ahli keluarga terdekat. Syabas!

    BalasPadam
  2. banyak jemputan Mrs A......paling seronok kalau tiba-tiba terjumpa kawan sekolah yang tak disangka-sangka....

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©