Salam Ramadhan 1446H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Ramadhan 1446H

17 Mac 2025

Salam Ramadhan 1446H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Ramadhan 1446H. Pejam celik pejam celik dah 16 hari kita berpuasa. Dari awal Ramadhan Mrs. A dah membuat percubaan untuk mencoret kisah berpuasa tahun ini tapi tulah asyik gagal sajo huhuuhuu sedihhh! Tapi hari ini macam free sikit so Mrs. A gigihkan diri untuk mencoret sepatah dua kata demi my blog my stori supaya tidak bersawang sangat dan demi readers 😊 eh! over ko Mrs. A oii!

Sehingga Ramadhan ke 14 Mrs. A masih lagi cukup berpuasa setakat hari ini pula dah ada hari yang tak boleh berpuasa. Sehari sebelum berpuasa iaitu pada Sabtu 01032025 yang lalu sempat Mrs.A balik kampung. Sajalah nak ziarah mak Mrs.A dan juga mak-mak sedara dan belikan mereka barang-barang keperluan dapur. Alhamdulillah dapat lunch dan dinner bersama emak ku sayang. Mulanya emak ingat kami nak berpuasa di kampung tapi tulah plannya bukan begitu. Selepas solat maghrib kami gerak pulang ke Seremban daaa... So kekdahnya pada satu Ramadhan tu tetaplah kami berpuasa di rumah sendiri.

Juadah sahur hari pertama tu rendang daging yang di masak oleh sister in-law tapi daging tu Mr. A yang belikan untuk family Jiboi. Ada juga dia belikan daging dan tulang untuk emak Mrs. A tapi emak Mrs. A belum masak lagi daging tu sewaktu kami balik kampung lagipun macam buruk siku pula nak tapau 😃

Salam Ramadhan 1446H.

Ramadhan
Menu berbuka 1 Ramadhan

Oleh sebab 1 Ramadhan bersamaan Ahad cuti hujung minggu kekdahnya Mrs. A pun diminta memasak. Mrs. A masak gulai udang masak lemak bersama kacang dan juga rendang ayam. Menu tambahan yang dibeli oleh Mr. A cencaru sumbat dan kuih onde-onde. Ada juga rendang daging left over sahur.

Dari awal  Ramadhan hingga hari ini masih belum ada berbuka di luar lagi. Adapun pada Sabtu 08032025, 7 Ramadhan berbuka di Jiboi. Kebanyakkan menu waktu tu haruslah sil yang masak provided bahan mentah by Mr. A as usual. Lain-lain menu potluck pun ada. Kaklong bawa gulai ikan parang, Mrs. A bawa pengat ubi, Lala/ Ateh bawa roti john. Family Alang/ Nija datang lambat sebabnya mereka ada program berbuka di Melaka.

Salam Ramadhan 1446H.

Ramadhan
Anak-anak sedara sedang menyendok nasi.

Selepas berbuka masing-masing solat maghrib ikut time sendiri. As for Mrs. A tak sempat join jemaah kekdahnya solat sendirian berhad. Selepas itu baharulah solat isyak berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih pula. Fil yang menjadi imam dia bawa solat tarawih 8 rakaat, 3 rakaat  witir (1+2). Selepas settle solat tarawih tu sambung lepak-lepak dan minum-minum lagi

Ramadhan
Sempat Tokbah bergambar dengan cucunda

Sajalah nak tanya uols! selalu sahur makan apa? Kalau family Mrs. A akan makan nasi walaupun sedikit tapi masing-masing mesti nak jamah nasi juga. Kalau tak makan nasi ketika bersahur macam tak lengkap bersahur tu ngeh! ngeh! ngeh!

Ramadhan
Masa ni pukul 4.30 pagi dia ekor pun sibuk nak bersahur juga😻

Jumaat lepas Mrs. A dan Aryssa bercuti. Aryssa yang planning cuti hari Jumaat 14032025 dan ajak balik kampung sebab nak berbuka dengan nenek katanya. The boys tak balik sekali Along dan Mr. A kerja Adik pula ada tuisyen pagi Sabtu. Petang Jumaat on the way pulang ke kampung tu sempatlah Mrs. A dan Aryssa singgah bazar Ramadhan di Rembau. Inilah kali pertama Mrs. A dan Aryssa ke bazar ramadhan untuk tahun ini. Beli itu ini terbang RM94 terasa macam mahalnyo harga makanan sekarang ini. Kena beli dengan berhemah supaya tak membazir rezeki. Ikut nafsu mahu haru-biru dompet huhuhuu...

Salam Ramadhan 1446H.
Ramadhan
Girls otw balik kampung

Ramadhan
Menu berbuka di kampung 13 Ramadhan. 2 menu masak sendiri.
Pegaga crispy, gulai tempoyak daun, ayam percik, kambing bakar, murtabak,
 kuih popia, mee kari, laksa dan air teh macha hasil tunjuk di bazar Ramadhan Rembau

Ramadhan
Pagi Sabtu ke pekan Lubok China emak minta Mrs. A beli barang basah

Ramadhan
Menu berbuka di kampung 14 Ramadhan

Pada hari Sabtu tu the boys balik juga kampung. Balik semata nak berbuka sahaja malam tu pulang  ke Seremban berkereta-kereta sendiri gittewww... Alhamdulillah tercapai hajat nak berbuka bersama emak dan mak-mak sedara.

Baju raya sedondon family we all tahun ini macam tahun sudah juga ditentukan oleh Mr. A. Punyalah Mrs. A dan anak-anak berdiskusi nak color hitam tapi tulah bapaknya belikan color lain. Dia pegi Jakel sorang buat video call tunjuk kain ni dan tanya berapa meter terus dibelinya. Haish! bersyukur sajalah udah dibelikan. Mrs. A dan anak-anak follow sajo.

Ramadhan
Girls dah selamat tempah di Yimei Tailor. The boys di G.T.C

Lain-lain persiapan raya Mrs. A sederhana sahaja. Kuih-muih beli aje serba sedikit sekadar perlu. Okay itu sahaja yang mampu dicoretkan setakat ini. Semoga ibadah puasa dan amalan kita dilipat gandakan pahala dan diterima oleh Allah SWT. Amin... YRA.






8 ulasan:

  1. Meriahnya menu berbuka dan sahur Mrs A, SA x buat apa persiapan pun lagi Mrs A sebab baru je keluar ward..baru je mula kerja hari ni...minggu ni la kot kalau sempat

    BalasPadam
  2. sonoknya buka puasa dgn fmili di kampung

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..salam ramadhan...

    BalasPadam
  4. seronok buka puasa ngan family

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.... salam Ramadhan

    BalasPadam
  6. Bagus gini, acara berbuka puasa dan bertarawih bersama family.
    Ramainya anak bulus MrsA, bersusun pinggan makan masing-masing ya :D

    BalasPadam
  7. Sedar tak sedar 2 minggu dah berpuasa.

    BalasPadam
  8. Seronok dapat berbuka puasa di kampung. Banyaknya beli, sampai lebih 90 ringgit tu, di bazar ramadan. :D
    Saya bersahur kebanyakan hari nasi. Tapi pernah sekali sahur makan maggi, ada telur.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori © 2025