Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Bertambah Umur Setahun Lagi. Alhamdulillah pada 30 Mei lebih kurang seminggu yang lalu genaplah umur Mrs. A yang ke empat puluh enam tahun sengajalah tulis dalam perkataan biar tak nampak tua sangat muahahhaaahaaa boleh gittewww...
Terima kasih Mrs. A ucapkan kepada sahabat-sahabat, sepupu-sepapat, saudara-mara yang telah mendoakan dan memberi ucapan selamat samada secara face to face mahupun melalui media sosial, FB, IG dan juga WhatsApp. InShaAllah doa yang baik-baik akan berbalik semula kepada kalian jua.
Pada hari Isnin 31 Mei tu Mrs. A telah diarahkan untuk datang ke pejabat. Bos cakap ada meeting sebelumm total lockdown. Semua staff di Dept Mrs. A pun bos bagi arahan yang sama. Takpelah Mrs. A okay jer... tapi bukan nak citer kisah Dept. Mrs. A pun ngeh! ngeh! ngeh! Kisah dua orang kakak yang Mrs.A selalu lunch sama ni buat surprise #birthdaytreat la pulok!
Bertambah Umur Setahun Lagi
|
Alhamdulillah rezeki jangan ditolak hiks! terima kasih Kak N dan Y |
|
Kak N belikan Mrs. A kek flavor coklat dan lunch set ayam tonggek ๐ |
|
Kak Y yang sedang snap gambar ni belikan Mrs. A roti PapaRich tu dengan kek flavor durian ๐ |
Happy sangat tengahari tu ๐๐๐ tak sangka yang kakak berdua tu rajin nak follow Mrs. A ke Aeon S2 rupanya ada agenda tersembunyi. Sebelah pagi tu Mrs. A ada cakap lunch hour Mrs. A nak pergi Aeon S2 cause nak beli bateri jam Mrs. A yang dah mati. Mulanya depa macam tak nak ikut al-maklumlah macam malas nak jalan lagipun Covid19 ni SOP hazab nak follow. Rupanya pergi juga sebab ada makna ya...
Bertambah Umur Setahun Lagi. Hurm... tua dah umur-umur macam ni apa yang selalu Mrs. A doakan adalah dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan waktu yang banyak/ berkat untuk mengingati Allah SWT janganlah Mrs. A terlalai dan leka dengan kehidupan dunia.
Mrs. A share sebagaimana:-
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi."(Surah al-Munafiqun, ayat 9).