As Salam and greetings to dear readers.
Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission.
Sudah hampir seminggu tidak berkesempatan nak up-date haish! haish! haish! alasan cliche. Rindu blog picisan Mrs. A ini, rindu readers dan juga rakan-rakan blogger. Permulaan tahun 2018 ini work life Mrs. A agak hectic huhuhu... rasa macam tak cukup-cukup masa sebab nak kejar date line.
Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission telah membuatkan jadual harian Mrs. A agak kucar-kacir dan caca-merba. Bayangkanlah tak bersedia apa-apa tetiba ko kena masuk hospital ha!!!
Mulanya Mrs. A bukanlah beria sangat nak jumpa physiotherapist ni lagipun Mrs. A rasa lutut kanan Mrs. A ni mampu baik setelah makan ubat-ubatan dari klinik biasa yang Mrs. A dapatkan rawatan. Namun setelah dua bulan berlalu lutut kanan Mrs. A ni masih tidak boleh dibengkokkan sepenuhnya kalau nak duduk antara dua sujud tu memang terasa sakit sangat dan selama itu juga Mrs. A bersolat di atas kerusi. Atas nasihat gang netball dan tak larat dah dengan bebelan depa terutama dengan mereka yang dah berpengalaman menghadapi masalah lutut tu, kekdahnya Mrs. A pun mengalah dan jumpa physiotherapist.
Physiotherapist yang Mrs. A jumpa tu adalah Prof. Dr Wan Hazmy dari hospital KPJ Seremban. Time doktor check tu berdebar-debar jugalah terutama sekali bila sampai part dia cuba twist lutut tu tapi bila Mrs. A kata sakit doktor tak twist habislah. Doktor kata berdasarkan beberapa procedure yang dia buat tadi tu dia rasa meniscus Mrs. A yang bermasalah kemungkinan ada sedikit koyak. Tapi untuk kepastian perlu menjalani kaedah Magnetic Resonance Imaging a.k.a MRI
|
Google Image |
Ha! macam kat atas tulah rupa machine MRI tu. Mrs. A ingatkan jumpa doktor pastu terus aje boleh buat MRI. Kenyataannya bukan begitu uols!!! kena admission ha! tapi mujurlah Mrs. A boleh balik rumah dulu cos bilik yang Mrs. A akan admit tu baru aje discharge patientnya. Pihak hospital perlu membersikan terlebih dahulu bila dah ready mereka akan calling-calling Mrs. A, besar kemungkinan di sebelah petang.
On the way balik tu bagitau Mr. A yang Mrs. A akan masuk hospital petang nanti, discharge tak pasti bila? Hahahahaa... tergelak dia dengar. Oleh kerana hari tu Thursday (18.01.2018) esoknya Friday Balik tu haruslah Mrs. A sediakan kelengkapan sekolah kids dulu, gosok uniform sekolah, pesan itu ini. Kucing jangan lupa bagi makan muahahhaha.... nampak tak! nampak tak! tugas ibu-ibu memang cenggitu tau. Walau kemana sahaja ibu-ibu berada family is always our priority. [poyolah ko Mrs. A hoi!]
Dipendekkan cerita petang tu lebih kurang pukul 5.30 petang pihak hospital call dah boleh datang katanya paling lewat sehingga pukul 8.00 malam. Mrs. A pergi sebaik sahaja selepas dapat call lagipun memang dah get ready dari tengahari lagi. Mr. A, Aryssa dan Adik ikut sekali hantar ngeh!ngeh!ngeh! gaya macamlah sakit bebenor.
Mr. A, Aryssa dan Adik hantar Mrs. A sampai ke katil wad adoiii.... bila depa dah balik rasa semacam la pulak tak bestnya lahaiii... tak berapa lama kemudian nurse on duty pun datang story-moryla procedure hospital kemudian jeng..jeng..jeng...
|
Kalau ko dah admitted like it or not mesti mendapat punyalah benda ini. Last merasa benda nih! time delivered Adik dulu sekarang Adik dah 12 tahun umur dia. |
"Mem after this kita pergi buat MRI ya get ready, please bring your purse, handphone or any value things" kata nurse. Lorrr... I thought MRI tomorrow. To night mem, because tomorrow morning dah boleh tahu result and doktor akan bagi tahu whats up next. Sesampai aje kat room yang nak buat MRI tu gila berdebar Mrs. A tau. Haruslah tukar pakaian dulu memula buat x-tray biasa kemudian baru buat MRI. Bila PIC tengok muka Mrs. A semacam dia pun cakap "jangan takut Puan, kepala tak masuk pun, kaki sehingga paras pinggang aje". Fuh! barulah lega rasanya terus tersenyum gelakkan diri-sendiri ngeh! ngeh! ngeh!
Hurmmm... lupa la pulok berapa minit ntah separuh badan Mrs. A ada kat dalam machine MRI tu. Lagipun time buat tu dia minta kita rilex aje jangan gerakkan lutut kanan tu. Banyak kali PIC pesan jangan sekali-kali gerakkan kaki kalau bergerak ada kemungkinan tak dapat result sebenar dan kena buat lagi. Memula tu memanglah dengar memacam bunyi tapi lepas dia pakaikan earphone sambil Mrs. A dengar lagu terus Mrs. A pun terlelap derrrr....
Esoknya lebih kurang pukul 9.00 pagi doktor pun datang sambil bawa result MRI dan terangkan kat Mrs. A "you tengok ni ada bahagian-bahagian yang kosong [sambil tunjuk image film b&w], yang ni pula penuh so I think memang ada sedikit koyak pada meniscus you yang bahgaian sebelah dalam. Lain-lain tu macam ligamen ni I nampak normal, ACL pun normal dan blaaa..blaaa..blaa.. katanya panjang lebar [dalam hati Mrs. A] adeh! doktor ni macamla aku faham semua apa yang dia carut muahahhaaa... pastu doktor bagitahu ada dua choice nak makan ubat dulu wait and see ataupun nak terus buat scoop jahitkan/ buangkan bahagian yang koyak tu. Meniscus tu adalah sejenis pelapik di antara tulang lutut fungsi dia lebih kurang macam absorber. Bila koyak atau torn/haus/nipis itu yang sakit. Kalau nak faham lagi boleh tengok image kat bawah ni.
|
Google Image |
Doktor minta Mrs. A fikirkan apakah pilihan Mrs. A? Nanti bagi tahu dia lagipun Mrs. A kena stay sehingga Saturday in between tu doktor suruh Mrs.A buat fisio pagi dan petang sehinggalah hari discharge huwaaa..waaa...waaa..... kesudahanya 3 hari 2 malam tau Mrs. A duk spital. Time stay kat hospital tu memang terlupa terus pasal kerja.
|
Menu lunch Friday |
|
Fisio time |
Oleh kerana Mrs. A dah tahu bilik physiotherapy tu kat mana, so bila tiba masa perlu buat fisio Mrs. A pergi sendiri aje. Sewaktu menjalani fisio PIC pun turut tunjuk ajar cecara buat fisio sendiri. Puan kena buat sendiri kat rumah pun kena buat at least tiga kali sehari ikut dan tiru aje semua yang kat pamplet tu katanya. Dah sampai rumah memula aje rajin buatnya dah seminggu tu kelaut jah!! muahahahaaaa.....
|
Visitor yang setia datang selalu, bertungku-bertangka teman ibu sampai food hospital pun depa bedal |
Apakah pilihan Mrs. A? Rasanya readers mesti dah boleh agak kan...kan..kan... makan ubatlah dulu wait and see. Mudah-mudahan sembuh seperti sediakala hendakNYA. Finally Saturday tengahari Mrs. A discharge alhamdulillah dapat balik rumah. Dapatlah tiga empat jenis ubat/supplement bagai. Lagi satu yang sukar nak percaya tu dapat 14 hari home hospitalization iaitu sehingga 5 Februari di mana time tu Mrs. A kena datang for follow-up.
Tiga hari 2 malam di KPJ Seremban pengalaman yang mahal harganya. Itulah kalau boleh jagalah kesihatan kita sebaik-baiknya kerana mencegah sememangnya lebih baik dari mengubati.
Walaupun 14 hari home hospitalization tapi Mrs. A datang kerja juga tau. Ialah yang sakit lutut kanan jer... lain-lain anggota masih sedia berkhidmat demi tugas. #tolongjangankecam.
Thats all nak share kisah Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission