Mac 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2016
Luah Rasa : Netball

Luah Rasa : Netball


As salam and greetings to dear readers.

Tetiba pagi ini nak luahkan apa yang dah lama terbuku di hati. Mujurlah ada blog ini dapat jugak mencurah perasaan. Ini semua netball punya pasal. Petang semalam ada friendly match bersama team VK.

Team VK dan team Mrs. A hurmmm... team Mrs. A kerrr..?? Tak sesuai kot apa kata Mrs. A namakan team S. Okay team S bolehlah. Team VK dan team S ini menggunakan khidmat coach yang sama dan boleh dikatakan tempoh masa we all training pun lebih kurang sama iaitu dah sebulan lebih cenggitu. 

Sebelum ini team VK dan team S dah pernah friendly pun seminggu yang lalu kot. Ketika seminggu yang lalu itu corak permainan we all sama level aje tetapi petang semalam VK telah menunjukkan peningkatan yang sangat drastik, sungguh tak sangka VK dan naik ke satu level yang lebih baik meninggalkan team S setepek di belakang. 

Dalam hati sedih dan kecewa sangat dengan team sendiri team S why... why... tell me why.??? Kenapa dengan team S ini huhuuuuhuuu hampa sangat. Mrs. A rasa team S ini kurang disiplin time training ada aje yang tak dapat turun. Coach selalu aje complaint kenapalah dengan "team you all nih tak pernah aku dapat full team" katanya camne aku nak susun strategi ini.

Tetiba lak Mrs. A teringat kekata seorang lecturer nih! time study dulu, "working people is easy to manage but hard to cooperate, berbeza dengan student, "student is hard to manage but easy to cooperate". Rasanya kekata nih! sesuai untuk depa yang susah nak bagi kerjasama ini. Eh! iklan la pulok.... haish! depa nih tak pernah dengar ke? Apa... yang penting kerja...sama....

Okay back on track. Bila coach coaching suruh buat macam tu dah banyak kali ajar pun tak ikut kata jugak. Itulah tak fokus dan fahamkan apa yang coach ajar. Apa ingat dia kata buat satu barisan tu sesuka hati jer... buat satu barisan kemudian bila play the games tak ikut pun buat satu barisan. Bila coach kata tengok game orang tengok saja-saja jer... macam tengok wayang. Sepatutnya tengok dan praktikkan apa yang dimaksudkan dengan buat satu barisan dan keluar seorang-seorang. Ini!! tak!! dahlah passing bola membuta tuli pastu bila team members tegur untuk kebaikkan bersama sentap, ambil hati, tak boleh terima, merajuk, cakap macamlah orang yang tegur tu bagus sangat.

Lagi satu masalah terbesar team S ini sesetengah dari we all ini lebih banyak tak datang training daripada datang training. Yang peliknya tu tak rasa bersalah ke??? Bila tanya ada-ada saja alasan mereka. Kepada mereka yang rasa tak boleh nak commit tu lebih baik undur diri sahaja. Annoying! dah tegur pun tak jalan. Mereka ini sebenarnya bukanlah minat sangat pun nak main netball nih! Saja paksa diri joined sebab sesuatu!!!! sebab utama yang ketara nak pergi Perak sempena SBAM la kot. Kalau minat macam Mrs. A nih! (tolong jangan muntah hijau) dimana ada platform untuk bermain netball disitulah ada kelibat Mrs. A muuahhaaaa..... kasi bukti sikit.

GS tu adalah team remaja kebangsaan Negeri Sembilan. GD tu coach punya team netball sendiri Sweeties nama team depa yang menang lisus di daerah Sepang baru-baru ini. 


Alahai! tengah pengang bola tu Aini  team S yang sorang lagi  tapi gegar pulok gambarnya.

Team netball lelaki pun ada tau! tu tengah duk berehat selepas penat training

Ini gambar beberapa minggu yang lalu malam sebelum team bolajaring remaja kebangsaan Negeri Sembilan bertolak ke Stadium Juara, Bukit Kiara sempena Pertandingan Bolajaring Remaja Kebangsaan 2016. Oleh kerana coachnya adalah orang yang sama itu pasallah coach selalu aje invite team S joined training bersama tapi itulah seperti yang Mrs. A kata time training sebenarpun susah nak hadir inikan pulak sesiapa yang berkelapangan aje. Semedang invitations memang tak berkelapanganlah jawabnya. Lainlah kalau minat macam Mrs. A tukan...kan..kan.. (muuaahahaaaa... lagi sekali peringatan tolong jangan muntah hijau ya....)

Oh! ya untuk rekod team remaja kebangsaan NS dapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Okay ler... tu empat terbaik daripada keseluruhan. Pertama Johor, kedua Selangor, ketiga Perak.
Actually Mrs. A tak katalah Mrs. A ni bagus tapi sekurang-kurangnya minat tu perlu ada lagi satu yang teramat penting dan harus diutamakan adalah disiplin. Kalau tak minat dah tentu tak disiplin baik tak payah joined buat menyusahkan players yang lain aje. Coach pun sedih mungkin ini team paling teruk yang dia pernah coaching target KPI dia jauh tersasar. Coach pun bukan sembarangan coach yang we all hire (dia salah seorang pemain Malaysia hokeh!) coaching netball untuk team remaja NS lagiks!

Namun begitu Mrs. A masih berharap yang team S mampu untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Sekurang-kurangnya naiklah ke level yang sama dengan team VK. Ini harap gaya aje lebih bila games sayur. Biar kalah asal bergaya tak sessuai untuk netball hokeh!


Wordless Wednesday #74

Wordless Wednesday #74


Row Six Seremban 2

Entry tanpa kata Mrs. A today adalah menu lunch semalam. Food itu namanya Indonesian Fried Rice RM13.95. Drink itu pulak diberi nama Lychee Watermelon RM9.95. Nak tau citer boleh klik sini


Menyampah!

Menyampah!

As salam and greetings to dear readers.

Kepada sesiapa yang bekerja mesti pernah rasa macam inikan kan..kan..kans??

Inilah yang Mrs. A rasa this morning. Walaupun baaaanyakkk!!!! sangat kerja pastu dateline hari ini tapiiiii..... nak jugakkk... expresss my feeling nih! huwaaaa..huwaaaa..huawaaa....






Wordless Wednesday #73

Wordless Wednesday #73



Shared from WhatsApp Group


Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Maafkan Aku

Maafkan Aku

This weekend ada wedding rakan sekolah rendah dahulu. Sebelah kaki memang nak pergi tapi sebelah lagi tak boleh pergi. Habih! camno? Tak pergi la kesudahannya. Mr. A ada urusan lain dan lagi adik tu belum berani nak pakai seluar huhuuuuu.... adoilah adik nape dah kau tak nak pakai seluar lagiks! Monday dah nak sekolah.

Pengantin lelaki adalah rakan sekolah Mrs. A sewaktu di sekolah rendah. Boleh dikatakan semua rakan-rakan sewaktu di sekolah rendah masing-masing rapat dan kamcing di antara satu sama lain tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Al-maklumlah sekolah kampung. Kebanyakkan di antara kami memang family yang menetap di kampung. Kekdahnya dari darjah satu hingga enam kami adalah rakan sekelas enam tahun bersama-sama di dalam satu kelas memang kenangan yang amat sukar untuk dilupakan.

Sementara pengantin perempuan pula adalah rakan sekolah menengah kepada pengantin lelaki. Mrs. A tak kenal pun pengantin perempuannya sebab we all tidak bersekolah menengah yang sama. Memang sesuai sekali pepatah kalau dah jodoh tidak ke mana untuk rakan Mrs. A ini sebab setelah lama terpisah, pusing-pusing jumpa semula dan akhirnya siapa nak sangka bertemu jodohnya.

Alhamdulillah bertemu jodohjuga akhirnya tak kisahlah walaupun sedikit lambat. Selamat pengantin baru AZ dan NJ. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Di antara rakan-rakan sekolah yang hadir (Kredit photo to FB Sue Zal)

Maafkan aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis hari bersejarah both of you. Bukan aku tidak sudi tetapi aku memang tidak berkelapangan untuk menghadirkan diri. Maaf aku sedar aku bukanlah rakan yang baik. Tolong jangan berkecil hati ya dan tolong jangan kecam aku.




Salam Jumaat : 9 J'Akhir 1437H

Salam Jumaat : 9 J'Akhir 1437H

As salam and greetings to dear readers.


Wordless Wednesday #72

Wordless Wednesday #72

Wordless Wednesday #72




Masuk Jawi

Masuk Jawi

As salam and greetings to dear readers.

Wajah sebelum masuk jawi (13.03.2016)

Masuk Jawi amboi! klasiknya title entry nih! Sempena sekolah break seminggu ini babahnya kata dia nak sunatkan adik. Mrs. A pun ok jerrrr. Actually dah beberapa kali percubaan nak sunatkan adik nih sejak dari tahun lepas lagi. Memang dah ada plan tapi asyik bertangguh aje yang best tu adik tiada masalah dia redha aje.

Kekdahnya bila babahnya tu kata nak sunatkan adik Mrs. A tak amik serius sangat pun sebab faham entahkan ia entahkan tidak. Tetiba Friday afternoon dapat WhatsApp ini dari babahnya.

Ingatkan adik dah kenapa???, Tapi bila zoom image laa.... suspen yo!

Planning nak balik kampung last Saturday telah dibatalkan oleh kerana adik nak bersunat lagipun kebetulan jugak Viva buat hal.

Reaksi adik pulak bila dia tahu dah confirm tarikh berkhatan tu, tak tahu Mrs. A nak gambarkan macam mana. Bila tanya adik okay tak nih! dia senyum aje bolehlah katanya. Hurmm... boleh dikatakan adik seorang yang berani, tidak banyak karenah dan sangat matang. Agak berbeza dengan reaksi Along sewaktu dia bersunat dulu. Mungkin jugak faktor umur yang berbeza.

Sewaktu Along bersunat umurnya 9 tahun iaitu darjah tiga, Adik pulak sekarang ini 10 tahun darjah 4. Namun klinik tempat bersunat dan doktor mereka kebetulan adalah orang yang sama.


Ini Along sewaktu masuk jawi 5 tahun yang lalu iaitu pada 11.06.2011. Time ini opah dan ibu-ibu saudaranya siap datang 

Wajah adik selepas masuk jawi. Alhamdulillah adik okay jer..

Sewaktu di rumah pun adik okay tak mengadu domba berbeza dengan Along dulu. Mungkinkah sekarang ini ubatnya berbeza dari lima tahun yang lalu. Along kata time dia dulu mana ada doktor bagi ubat makan dulu sebelum masuk nak sunat tu. Bila time adik doktor bagi pulak ubat suruh makan dulu katanya. Tak ingatlah pulak Mrs. A betul ke tidak apa yang along cakap ke dia nak cover line.

Kemudian di sebelah petangnya seakan telah menjadi tradisi keluarga side hubby kalau ada mana-mana pihak berkhatan mereka akan datang ziarah. Tu dia... segerombolan datangnya siapkan ajelah apa-apa yang patut.

Semua aado...
Thats All.

Tergendala

Tergendala

As salam and greetings to dear readers.


Maaf siaran tergendala sebentar

Walaupun image tu tiada kena-mengena langsung dengan masalah tergendala yang Mrs. A alami sajalah nak tunjuk betapa tergendalanya routine Mrs. A semalam.

Mujur jugaklah sempat hantar Aryssa dulu ke kelas Bestari di sekolahnya. Kononnya nak pi laundry la pulak dah siap minta tolong Along masukkan dua bag plastik hitam bebaju kotor ke dalam kereta, dynamo segala bagai. Tetiba bila nak start si Viva tu tak mahu. Adoyai! kenapa ni tadi elok jer...oh! tidak cuba lagi dan lagi dan lagi tak mahu jugak hidup enginenya.

Pastu masuk dalam rumah cakap kat Mr. A yang tengah tidur tu, "Viva saya tak  boleh startlah" walaupun dah boleh agak macamana reaksinya tapi tetap gak nak habaq Yuuhuuuu!!! Viva saya tak boleh start nih!" "Okay! jawabnya sepatah pastu buat tak tahu dan meneruskan tidurnya.

Oleh kerana aksi tersebut memang telah dijangka. Mrs. A pun okay jer... dah faham, sabar yolah. Ambil semula bag plastik hitam tu pastu, geram punya pasal terus fikir nak relax jer sepanjang hari ini amik laptop dan main internet muahhaaaaaaa....

Mrs. A tahu nanti bila dah sampai masa tahulah apa Mr. A tu nak buat. So duk ajelah diam-diam. Seperti yang dijangka bangun aje tidur dia pulak cuba pegi start Viva tu. Tak boleh jugak, buka tempat engine ntah apa dibeleknya sama jugak tak boleh start. Apsal dengan Viva saya?? tanya Mrs. A. Spark plug kot problem. Kemudian Mrs. A terus masuk dapur nak masak. "Eh! jangan lupa fetching Aryssa dia balik pukul 12.30 tengahari". Unfortunately Mrs. A tak pandai bawa motor nampak gayanya nak kena belajar juga nih!

Dipendekkan cerita Mr. A panggil towing dari CTC Trading & Services yang memang dah familiar dengan we all tu towing Viva Mrs. A. Nanti petang dah boleh siap katanya. Petang you mari datang ambil bos.

Haish! macam-macam pulak ditukarnya si apek cina nih! Hangus dua ratus lebih

Lebih kurang dalam pukul 5.00 petang cenggitu Mr. and Mrs. A pun pergi ler amik Viva Mrs. A yang dah dibaik pulih itu. Alhamdulillah Viva dah tak merajuk lagi dan dah pun menjalankan tugasnya seperti biasa. Mujur lagi Viva yang merajuk kalaulah kereta mewah mahu huru-hara dibuatnya dan mungkin agak susah untuk diambil semula dalam waktu yang singkat kerana itu bukan lagi keperluan itu lebih kepada kehendak.


Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

Bismillahhirahmannirahim...


KLIK
KLIK

Mrs. A tertarik untuk join GA ini kerana syarat-syaratnya agak mudah dan juga sebagai tanda support kepada rakan blogger. Tak lupa juga, selamat hari jadi diucapkan buat puteri sulung blogger Azlindaalin yang bernama Dhia Batrisya. Semoga menjadi anak solehah yang menggembirakan ibubapa dan orang-orang yang disayangi.

Sila klik banner di atas jika ingin turut serta. 



Wordless Wednesday #71

Wordless Wednesday #71


Petang semalam Aryssa called "Ibu kat mana tu? Nanti on the way balik ibu tolong belikan fruits macam yang selalu ibu beli katanya". Layanz....kan ajelah selera orang demam.


Aryssa makan sikit aje orang sihat yang makan lebih

Gambar dari grup WA Tahun 6. Masing-masing tengah khusyuk menjawab soalan BI pemahaman - kredit photo to Mister N guru kelas Aryssa

Walaupun demam tetapi Aryssa nak pergi sekolah juga kerana UB1 itu. Walaupun Mrs. A cakap kat dia kalau tak larat tak perlulah pergi sekolah Aryssa, ujian bulanan aje pun. Lain kali masih ada lagi. Tetapi dia nak pergi jugak masih larat katanya. In Sha Allah Aryssa boleh yang penting semangat. 

Aryssa Demam, Ibu Emergency Leave

Aryssa Demam, Ibu Emergency Leave

As salam and greetings to dear readers.

Aryssa Demam, Ibu Emergency Leave

This morning sewaktu sedang bersiap-siap nak pergi kerja, tetiba Aryssa yang baru aje lepas mandi datang ke bilik Mrs. A. "Ibu.. pening la kepala Sha nih! la kenapa makan apa kat Jiboi semalam?" makan ayam jer... malam tadi dah pening sikit-sikit ingatkan pagi ni dah ok. Lepas mandi pun sakit lagi". "Hurmm.. takpelah tak yah gi sekolah nanti kita pergi klinik". Mrs. A cakap kat dia.

Oleh kerana babahnya ada urusan luar hari ini kekdahnya Mrs. A terpaksalah amik Emergency Leave aka E.L, Mujurlah boleh EL dengan senang hati kerana dari minggu lepas memang tiada urusan kerja urgent pun yang harus di settle at least untuk hari ini.

Nampak gayanya pagi ini adik pergi sekolah seorang ajelah. Mujur adik okay tak buat hal kata tak nak pergi sekolah sama, walaupun adik tu bukanlah sihat sangat. Nampak gayanya dah tiga orang ahli keluarga Mrs. A dilanda sakit memula babah. Lama jugak demamnya hampir seminggu tapi penakut nak admitted tu yang duk rumah aje makan ajelah ubat yang doktor bagi tu. Itulah kekadang tak faham orang lelaki nih! nampak aje macho tapi time diminta masuk hospital penakut lebih rela tanggung sakit kat rumah. Syukur alhamdulillah sekarang babah dah sihat pun.

Tadi dalam pukul  9.30 pagi Mrs. A pun bawa Aryssa pergi klinik. Klinik yang biasa family we all pergi. Ramai jugak orang kat klinik dah tu pulak terjumpa dengan officemate Mrs. A dia pun tak sihat nak jumpa doktor la jugak. Hurmm... musim panas dan kering memang musim penyakit. Tak lama tu turn Aryssa pun sampai bila doktor check Aryssa katanya demam suhu dia 38.7 darjah C, tekak dia pun merah pastu doktor bagi MC 2 hari katanya takut jugak berjangkit penyakit babahnya. Doktor kata kalau tak baik lagi. Hari Rabu kena datang semula nak check darah.

Alahai! Aryssa please be strong esok ada UB1. Pagi tadi sempatlah WA cikgu kelas Aryssa pastu cikgu siap remind noted puan tapi esok ada UB1 ya puan. Huhuuuhu...semoga esok Aryssa dah sihat lebih baik dari hari ini.

Eh!eh!eh! apasal pulak tetiba gambar Marble nih!??? Oh! actually nak bagi tahu Marble tu dah sihat ini gambar dia setakat petang ini time Mrs. A tengah type nih ternampak pulak Marble tengah nap dengan lenanya. Mrs. A pun amiklah gambar itu pun dia tak sedar.

Perut dah kenyang tidur lerr..

Marble

Marble

As salam and greetings to dear readers.

Dua hari lepas Mrs. A perasan si Marble tu dari pagi sampai time Mrs. A dah balik kerja tak nampak muka dia. Esoknya tu pun sama Marble takde time yang lain-lain sibuk bising-bising nak makan. Bila tanya dengan kids mereka pun kata tak nampak Marble.

Ada jugaklah suruh Along pergi cari time pagi hari kedua yang Marble tak balik lagi tu Along kata dia dah cari tapi takde pun Marble. Sebelah malam sewaktu Mrs. A dah tertidur di sofa merah tetiba ada seekor makhluk yang familiar sesangat tapi rupa fizikal dah berubah dari biasa.

"Eh! Marble dah balik pun kau ya... Astagafirrulahhalazim... apsal kau jadi cenggini Marble oiii..." kurus, lemah kaki tangan comot teramat pastu kat seluruh badan ada pasir-pasir. Kemudian Mrs. A angkat dia ke tempat makanan suruh dia makan tapi dia tak makan pun pastu dia macam nak minum air disua-sua aje muncung macam nak minum tapi tak minum pun. Mula Mrs. A fikir nak mandikan dia malam tu jugak tapi fikir balik nanti sejuk pulak dia kesian. Pastu tengok dia bergerak ke sofa merah dan tidur kat situ, oh nak tidur sini ya oklah tidurlah ya.

Pagi esok tu sewaktu Mrs. A bangun dia masih ada tidur kat sofa tu, kemudian Aryssa perasan jugak "ibu Marble dah baliklah" katanya. "Iya tapi dia dah jatuh sakitlah Sya, ntah dah terperangkap kat lubok mana agaknya tu yang tak lepas balik kot". Camne ibu tahu kata Aryssa. "Ibu agak jer.. sebab tengoklah dia tu kaki tangan comot hitam macam kesan air lumpur". Nanti lepas balik sekolah Sha mandikan dia tau, malam tadi ibu nak mandikan tapi takut dia kesejukan pulak".

Ini time dia sihat beberapa minggu sebelum

Ini pun sama tengahari balik rumah terus aje tidur dengan gaya tak boleh blah sampai tercicir collar dia kat rumah neighbour

Time petang selepas balik kerja sesampai aje rumah Mrs. A terus ternampak Marble dengan bulu meremang tak siapnya tengah berjemur kat panas atas rumput sambil menjilat-jilat badannya. Astagafirrulahhalazim... buruk sangat rupanya terus tanya Aryssa "dah mandikan Marble ke belum katanya dah tapi tak sempat lap dia dah lari". Laaa... patutlah pastu Mrs. A amik dia tengok lemah sangat kemudian terus decide nak bawak dia gi jumpa Vet. Selepas Aryssa dan Aqil siap we all pun bawa Marble gi jumpa Vet di SINI



Marble dalam carrier on the way nak gi klinik. Muka sakit pasrah yolah tak mampu melawan.

Siap tulis nama Marble tau. Kat klinik pun ada jual pelbagai keperluan untuk haiwan kesayangan anda

Kebetulan time Mrs. A datang tu terserempak dengan boyfriend kak Ngah (anak sedara Mr. A) dengan Mama dia. Dia hantar Aslan (kucing yang my Mil bagi dia) pun sama kes dah beberapa hari tak balik bila balik tempang kaki sakit katanya mungkin bergaduh. Sempat pulak boyfriend kak Ngah tu kenalkan Mrs. A dengan Mama dia, katanya Ma ini aunty Anis. Oh! yeke patutlah tahu Aslan katanya. Amboilah hai! bertuah kak Ngah Mil to be friendly and sporting.

Tak sempat nak chit-chat panjang Vet dah panggil Marble untuk diperiksa. Vet yang sama dengan yang check Koko tak lama dulu. Kenapa tanyanya? Dah dua hari tak balik Docr bila balik jadi camni. Bila Docr periksa tengok mulut Marble "la kesian merah mulut dia demam ni". Kemudian dia bagi ubat dan injection. Lagi satu ubat telinga sambil tunjukkan kat Mrs. A cecara nak letak ubat telinga tu "masukkan dalam telinga dia picit 4 kali pastu urut-urut lembut telinga dia macam ni katanya biar ubat tu meresap masuk". "Kurung dia dulu jangan bagi dia merayau dan bercampur dengan yang lain-lain demam ni boleh berjangkit" kata Docr lagiks.

Oleh kerana Docr pesan bagi dia makanan lembut terus beli wet food kat situ rege dalam RM5.50 plus RM58.00 ngalahkan harga manusia yang sakit. Redha ajelah. Sampai aje rumah terus masukkan Marble dalam cage siap letak wet food dengan air dan juga Purina tidy cat litter. Dua jam ke tiga jam aje dia elok diam tidur pastu dah bising meronta nak keluar. Sampai tahap dia mengamuk terbalik litter dia tu dikerjakan sampai masuk dalam bekas makanan dia. Huh! tak koser nak layan terus keluarkan aje dia dari cage tu. Dia pun terus cari sofa merah dan tidur kat situ.


Ini la rupa Marble setakat pagi tadi

Nampak gayanya dia macam dah okay sikit. Dah mampu makan kibble dia dan minum air. Marble pun dah bagi respon bila Mrs. A panggil dia. Semoga Marble dikurniakan kesembuhan seperti biasa dengan kadar segera. Dear readers pun tolong ya doa-doakan Marble, semoga dia cepat sembuh seperti sediakala.




Printer

Printer

As salam and greetings to dear readers.

Printer, akhirnya berjaya juga mendapatkan printer yang Mrs. A mahukan. Actually ini adalah pertama kali Mrs. A membeli printer untuk kegunaan sendiri di rumah. Sebelum ini kalau pun pernah guna printer kat rumah, bukan rumah Mrs. A pun tapi rumah parents in law di Jiboi. Biasanya kalau nak print-print ini guna aje printer office muaaahaaaaaa..... tak pun pergi aje CC minta print of course kena la bayarkan.

Tetapi memandangkan printer dah menjadi satu keperluan dan bukan lagi  kehendak di rumah Mrs. A tu kekdahnya haruslah jugak membeli printer. Setelah bertanya kepada yang pakar (amboi! pakar uols) maka Mrs. A telah dicadangkan membeli printer Canon Pixma G3000. 

Survey kat beberapa kedai tanya harga, semua harga hampir sama aje, maka kesimpulannya itu memang adalah range harga printer itu. Memang tak jumpa pun harga yang kurang banyak dari RM700 tu. Pastu kononya nak beli kat kedai IT di Aeon S2 tu unfortunately takde stok. "Kakak itu printer tengah hot sekarang ramai orang cari. Nanti bila stok sampai kita inform". Huh! berapa lama tu nak tunggu takpelah I nak guna dalam masa terdekat ini. Anyway Lazadakan ada. Mujur ada Lazada. (oii... Lazada dengar tak nih??)

Kepada sesiapa yang dah biasa membeli di Lazada pasti akan dapati ada banyak benda yang sama tetapi berlainan supplier, so pandai-pandailah gunakan kebijaksanaan sendiri untuk memilih mana yang terbaik. Contohnya dari segi delivery charge harganya berbeza-beza berdasarkan supplier yang berbeza.

Ok back to the printer story, pada 29 Februari 2016 di tahun lompat (hahahaa... siap mention tahun lompat perlu kerrrr....) sampailah my G3000 printer kat office. Oooppsss berat hokeh! nak bawa ke kereta mujur ada adik UKH tolong hantar kat kereta.

Maka malam itu haruslah membuat operasi untuk set up printer tu. Adoyai!!! bila bukak kotak dia tengok dalam printer tu ada macam-macam step harus dilakukan walaupun ada manual tetapi terasa sangat complicated uols. Tapi kena acting macam pandai because tak mahu kena bebel dengan Mr. A tu. Macam-macam kena buat memula haruslah masukkan ink dia ada black (tersedia 3 botol sebab Mrs. A pilih free refill ink) dan ada colors Cyan, Magenta and Yellow. Setelah masukkan kesemua ink tu ada lagi dua benda kena slotkan kat tengah-tengah dalam printer tu benda tu dipanggil C and D. Ikut Mrs. A time tu macam nak give up dah tapi mujur ada Along bila minta tolong dia perhatikan apa yang ibu buat betul tak pastu dengan otak teenager dia yang cepat pick-up tu mujurlah menjadi jugak kesemua benda yang perlu di setkan itu berjaya di letakkan di tempat yang sepatutnya.

Tetapi bila tiba masa untuk printing huwawaawaaa.... tak boleh la pulak!!!!!!!!! Hurmmm... stresssed..... iols dibuatnya. Kekdahnya sambung kerja setting printer tu esoknya. Di office Mrs. A pun tanyalah kat officemate di IT department katanya akak dah install ke printer driver dia. Samada dia ada bagi CD ataupun download kat internet. Muaahhaaaaa gelakkan diri sendiri apa ke hal kau vongok sangat Mrs. A hoi!! kau tengok ada CD pastu kau simpan jer... apa ingat CD tu saja-saja bagi jer...

Esok petang selepas balik kerja terus aje cari CD tu dan try and error download printer driver tu dari CD mujur senang aje press next, next dan next aje berjaya jugak mendownload printer driver tu. Kemudian cubalah print unfortunately walaupun dan tulis status printing tetapi masih tak keluar lagi test paper tu. Kemudian keluar pop up bla...bla...bla... ink kena check katanya. Lagi sekali terpaksa buka dalam printer itu semula check ink apa yang tak kena pastu adik perasan ink black tu kurang katanya. "Ibu ink ni kena paras inilah (ada garisan level kat situ) ibu kena tambah ink black lagi sebab itulah dia bagi tiga botol cer ibu tengok yang color tu semua kat paras garisan level tu. Mrs. A pun ikutlah cadangan adik tu mana tau betul.

Jeng....jeng...jeng....

Finally berjaya juga set up printer to print, scan and copy

Alhamdulillah syukur berjaya jugak usaha selama dua hari itu. Printer Canon Pixma G3000 ni boleh print, scan dan jugak copy.

Moral of the story never ever give up.


Wordless Wednesday#70 : MANGGA ASAM BOI

Wordless Wednesday#70 : MANGGA ASAM BOI


Dalam WA grup iklan dia cenggini. Salam hi esok (Rabu) saya nak cod jeruk asam boi ada mangga, jambu, nenas, kedongdong. Kalau nak boleh selit order. Saya tolong forward jer.. dah pernah beli banyak kali memang sedap dan buah fresh. 

Akhirnya Mrs. A pun tergoda dan terus selit order. Reaksi pertama Mrs. A 1st time dapat laaa...!!! cer onet ni jer... sepoh hengget.

Asam tak campur tapi yang ni Mrs. A dah campur

Ini pulak setelah di shake-shake uols

Tetapi terus diam terpaku bila rasanya memang berbaloi-baloi patut arrr... rege cenggitu.

Moral of the story kalau nak murah buat sendiri.


MRS.A my blog my stori ©