Periuk Magic Noxxa

July 14, 2015

Periuk Magic Noxxa hah! apa tuh??? Ngeh!ngeh!ngeh! ianya adalah sejenis periuk elektrik kenapa panggil magic hurmmm mungkin sebab dia boleh memasak dalam waktu yang cepat kot. Oleh kerana kagum dengan magicnya tu Mrs. A pun telah tangkap satu uols... lagipun yang jualnya tu kawan Mrs. A boleh gaklah tolong bisnes kengkawan. Lagi satu yang best kawan Mrs. A ni sediakan khidmat nasihat selepas pembelian. Kiranya dia tak abaikan kita terkontang-kanting tak tahu camne nak guna. Bebila jer.. time kita nak masak tu leh calling-calling or whatsapp dia.

Al-kisahnya last Saturday Mrs. A telah mendapatkan khidmat demonstration periuk magic noxxa. Mrs. A salute betullah dengan kawan Mrs. A yang seorang ini aktif dan rajin betul dengan bisnes yang dibuatnya. Sebelah pagi dia ke Melaka, pastu sebelah petang datang rumah Mrs. A dan malam nanti we all nak gi berbuka. Actually we all memang dah lama tinggal kat Seremban nih! tapi baru tahun ini contact-contact setelah tertubuhnya group whatsapp ex-SDSBR.

Katanya senang bangat masak guna periuk magic nih! tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Amboi! kemain ko yea Ros promote sampai tergoda ai. Time nih! Ros buat demo cara-cara memasak kek marble guna periuk magic ni. Function dia ada memacam high pressure, steam, stir-fry, warm ada dua lagi tak ingat arrr... maklumlah dah tua banyak makan semut pun ya. ngeh!ngeh!ngeh!

periuk-noxxa
Consentrate habis faham kerrr... tu?

Setelah siap membaking adunan tu. Untuk marble kek ni kena choose function steam kemudian setkan time 25 minit. Time demo nih! Ros sediakan semua bahan-bahan untuk buat kek tu kiranya Mrs. A takyah risau pape, mixer pun dia bawa sekali pendek kata nothing to worry.

Tadaaa..

noxxa
Hasil setelah 25 minit

Hurrmmmm... cantikkan kek marble tu dan nampak yummy tapi tak boleh makan daa... kena tunggu berbuka puasa.

Kemudian last night Mrs. A pun try for the first time menggunakan periuk magic dan buat kek marble version Mrs. A. ngeh! ngeh! ngeh! al-maklumlah kat rumah Mrs. A nih! bukannya ada banyak flavor colour-colour. So Mrs. A pun guna jer..  apa yang ada iaitu milo. Lagipun tak plan nak buat tetiba jer... terrrr... rajin nak buat. Tadaaa....

periuk noxxa
Kek marble version Mrs. A

Aryssa, Adik dan Along excited sesangat tak sesabar nak merasanya pepanas lagiks tuh dah potong dan makan. Macam tak pernah makan kek lagaknya. Walaupun rupanya tak secantik kek marble kawan Mrs. A tu tapi rasanya alhamdulillah kids kata sedap ibu. Auwww... blushing tau. Sejak dapat periuk magic ni excited betul nak memasak dan mencuba segala macam resepi. Seronok guna periuk magic coz masa memasak jadi cepat. Kalu nak masak nasi 8 minit jer... choose high pressure. Macam-macam boleh masak.

periuk-magic
Ini dia resepi kek marble Ros kata dia tak reti masak pun boleh buat

Walaupun harga periuk magic ni agak mahal tapi takpelah banyak gunanya dan sangat  sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja coz masa memasak dapat dipendekkan. Tapi kalau malas masak tak guna jugak ngeh!ngeh!ngeh! lagi satu yang best kawan Mrs. A nih sediakan khidmat nasihat selepas beli dan jugak dapat buku resepi percuma. Okeh! bila dah ada periuk magik kenalah rajin-rajin memasak barulah berbaloi-baloi.

If ada readers yang berminat nak tau pasal periuk magic nih! boleh stalk FB page De Rossza Homemade @ Rossliza Razak. Dia bukan jual setakat Negeri Sembilan ajer.. luar Negeri Sembilan pun dia pergi contoh customer dia ada di Batu Pahat, Melaka, Shah Alam, Rawang dan lain-lain luar kawasan.




You Might Also Like

10 comments

  1. Sangat menarik, nasib baik tak boleh keluar merpati , nanti betul betul magic tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Itu dah macam magician la pulak

      Delete
  2. pressure cooker . kat umah ni ada satu . klu mrs A ada tgk entry kek roti gebu saya , masak guna magic cooker ni lah .

    ReplyDelete
  3. Menarik ni..agak2 berapa harga nya eh...nanti email I bleh x? Suriaamanda@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok no problem. Later Mrs. A minta my friend tu email u ya..

      Delete
  4. Waa.. Senang jugak yer.. Berapa harga periuk tu?
    Blogwalking sini.

    Surau Di Suria KLCC

    ReplyDelete
  5. magicnya...kalau beli periuk ni confirm kena rajin masak kalau tak kena marah dgn suami hihi

    ReplyDelete
  6. Geng periuk noxxa gak ni.. salam perkenalan

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me