Ogos 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Ogos 2021
Pengalaman Vaksin Mrs. A

Pengalaman Vaksin Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pengalaman Vaksin Mrs. A. Alhamdulillah dengan izinNYA Mrs. A telah selamat mendapat kedua-dua dos vaksin sebagaimana yang disarankan. Fuhh!!! bersawang betul My Blog My Stori nih! huhuuuuhuu... hampir sebulan tiada sebarang entry busy ya'amat ha! ngeh! ngeh! ngeh! Kerana rindu yang terlalu  mendalam pada hari Jumaat penghulu segala hari ini Mrs. A rajinkan jugalah diri ini untuk up-date kisah pengalaman diri sendiri mendapat vaksin gittewww....

Sejujurnya Mrs. A dapat temujanji ini melalui syarikat, almaklumlah syarikat Mrs. A kerja ni essential company jadinya ada kelebihan di situ. Di awal-awal dulu Mrs. A tak berminat pun nak masuk nama sebab tak nak Sinovac boleh! gitu? Macam confident je boleh dapat pfizer muahahhaa...[buruk jugak perangai ko nih! Mrs. A kan] Tapi bila  kali ni HR tanya nak tak masuk nama untuk divaksin cause ada beberapa nama terpaksa dikeluarkan disebabkan mereka telah positive covid dan ada jugak yang under kuarantin. Mrs. A cakap bolehlah sebab bila dapat tahu team terbaharu sebelum Mrs. A dapat pfizer dan baca jugak kat news selepas ini kiranya starting Julai kerajaan akan bagi pfizer pulak mana-mana negeri yang sebelum ini dapat Sinovac. Tengok jugak kat IG YB Hishamudin time Mesia dapat sumbangan sejuta dos pfizer tu. Walaupun ada kengkawan Mrs. A menganjing alah pfizer dah nak expired yang ko dapat tu hahahaa... Ahhh! ada aku kisah! jeles lettewww...

Pengalaman Vaksin Mrs. A.

vaksin
1st dose. 19 Julai 2021 di Dewan Majlis Bandar Raya Seremban (MBS)

Pada hari tersebut adalah giliran Mrs. A bekerja dari office so Mrs. A pergi office dulu macam biasa kemudian dalam pukul 9.00 pagi baru gerak dari office. Kononnya nak pergi sendiri tapi boleh pulak handphone tertinggal kat rumah. Kekdahnya Mrs. A balik rumah dulu kemudian mintak tolong Mr. A yang hantarkan ngeh! ngeh! ngeh!

Sesampai di dewan MBS tengok ramai yang tengah duduk queue. Tapi cepat aje giliran menunggu tu nak selpi selpot pun tak sempat hahahhaaa... harus dipuji PPV di dewan MBS ni cehwahhh!!! tiiiberrr... Seperti di lain-lain PPV section pertama berjumpa dengan staff yang up-date Mysejahtera tu sambil disuruh isi borang consent, kemudian section kedua berjumpa petugas kesihatan (dr ka nurse ka mo ka tak pasti la pulak). Kemudian baharulah ke section nak masuk bilik-bilik kecik untuk dicucuk tu. 

Time nak cucuk tu nurse tanya nama dulu, kemudian bagitahu Mrs. A dapat pfizer [dalam hati alhamdulillah, tercapai jugak hajat] kemudian nurse tanya nak cucuk belah mana kiri ke kanan? Mrs. A pilih kanan. Haish! selepas dah cucuk tu terfikir pulak patutnya pilih kiri cause Mrs. A ni right handed people so banyak gunakan belah kanan errmmmm... hadap yolah.

Selepas dah dapat jab tu balik rumah dulu. Makan roti canai yang Mr. A dah beli untuk breakfast actually. Kemudian amik panadol biasa 2 biji terus tidur dan berehat. Dah dekat nak pukul 1.00 tengahari Mrs. A terjaga rasa macam okay je terus pergi office semula ha gigih kau! Kesan dos pertama kepada Mrs. A takdelah teruk. Terasa panaslah sikit malam pertama hingga ketiga selalu Mrs. A tidur berselimut nampak muka je cause Mr. A suka on aircond tapi tiga malam tu langsung tak berselimut tidur fuh! panas uols!

Pengalaman Vaksin Mrs. A.

vaksin
2nd dose. 9 Ogos 2021 tempat yang sama MBS

Untuk yang 2nd dose ni Mrs. A apply annual leave sengajalah nak rilexs bebetul lagipun esoknya tu  Public Holiday tak yah fikir pasal kerja. Yang 2nd dose tu Mrs. A pergi dewan MBS dengan Along anak sulung Mrs. A kebetulan hari yang sama Along pun dapat temujanji vaksin 1st dose tapi tempat yang berlainan. Pagi dalam pukul 9 macam tu Mrs. A dah gerak dari rumah. Walaupun ada drive thru tapi Mrs. A lebih selesa walk-in. Untuk yang 2nd dose sangat cepat Mrs. A sampai terus ke tempat petugas tu bagi kad vaksin sekejap sangat tunggu baru nak duduk dah kena panggil ngeh! ngeh! ngeh! Masuk bilik untuk di jab tu kali ni terus Mrs. A cakap nak jab sebelah kiri nurse pun okay jer... Selesai aje jab terus ke kaunter nurse yang comel dia up-date di kad Mrs. A dan terus boleh balik katanya. Eh! balik terus takyah tunggu 15 minit ke tanya Mrs. A tak  payah puan dah boleh terus balik. Oh! pulak Mrs. A okay je tapi haruslah sempatkan diri bergambar untuk 2nd dose ngeh! ngeh! ngeh!

Kemudian terus hantar Along pulak untuk 1st dose vaksin. Tindak balas badan Mrs. A untuk yang 2nd dose nih! teruk sedikit dari yang pertama. Migraine attack Mrs. A berhari-hari tak elok. Berdasar pengalaman Mrs. A kalau kena migraine lepas makan ubat tidur bila bangun dah okay. Tapi time lepas vaksin tu lepas makan ubat tidur bangun tak hilang pun migraine tu lebih kurang tiga hari jugak menanggung tu. Tapi alhamdulillah sekarang ni dah okay. Semoga usaha dan tawakal kita dengan mengambil vaksin akan kurangkan risiko untuk dijangkiti.

Apa-apa pun vaksin yang kita dapat InShaAllah itulah yang terbaik untuk kita. Wallahualam.



MRS.A my blog my stori ©