Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Barakallah Fii Umrik. Kisah campak belakang bulan April yang lalu. Family kecil Mrs. A meraikan ulang tahun kelahiran Aryssa dan Adik. Simple sahaja sambutannya yang penting mesti ada kek. Begitulah selalunya yang diinginkan oleh babahnya ๐๐๐
Barakallah Fii Umrik.
![]() |
Seperti biasa Sha dan Adik akan potong kek bersama-sama |
The boys dah leka menikmati sate sementara Sha dan ibu wefie ๐ |
![]() |
Barakallah Fii Umrik Aryssa dan Aqil semoga dikurnikan umur yang berkat |
Sya dan Adik berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 22 April. Manakala Mr. A pula pada hujung bulan April. Pada tarikh 29 April tahun ini. Mrs. A dan anak-anak dah plan nak sambut birthday Mr. A di rumah seperti kebiasaan yang lain iaitu potong-potong kek selepas isyak.
Aryssa dah siap-siap beli kek SR.
![]() |
Aryssa beli di Aeon selepas dia habis kerja (intern actually) |
Along pulak masa 29 April tu dah belikan satay. Tapi apakan daya kita merancang Allah merancang. Sekali lagi perancangan kami tidak diizinNYA. Lebih kurang sama seperti kejadian tahun lepas [SINI] bila mana nak sambut birthday Mr. A ada kejadian tidak terduga berlaku. Pada hari tersebut anak kawan Mr. A meninggal dunia di hospital HTJ. Jadinya Mr. A ke HTJ menolong menguruskan apa-apa yang patut.
Kekdahnya pada malam tu we all makan ajelah satay itu tanpa Mr. A cuma kek tu tak potong pun simpan terus dalam peti ais tunggulah bila Mr. A dah ada baru potong. Tapi tulah tunggu punya tunggu sampai ke tengah malam baru pulangnya. Masing-masing pun dah ketiduran huhuuuhu... Jadinya takdelah potong-potong. Esoknya tu masing-masing potong makan sendiri sahaja ngeh! ngeh! ngeh!
Lama betul tak memblog rinduuuuu... jadilah hari ini dapat lepas rindu menulis.