MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa. Kisah campak belakang 27 Februari yang lalu ๐Ÿ˜œ baru sekarang datang rajin nak up-entry. Sewaktu preview ini diadakan tempatnya adalah di Selera Coffee House, Klana Resort Seremban (KRS). Pada bulan Ramadan sebenar Mrs. A difahamkan KRS akan buka area buffet sehingga ke Grand Ball Room wow! luas betulkan memang sesuailah temanya 1001 rasa tu. 

Terlampau excited sangat makan-makan pada masa tu tiada pulak Mrs. A snap gambar makanan. Kekdahnya Mrs. A pinjamlah gambar-gambar dari FB Klana Resort Seremban.

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa.

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Kredit photo FB page Klana Resort Seremban

Ramadan Buffet Preview Hikayat 1001 Rasa.

Sebelum tetamu menikmati hidangan pada malam itu ada teaser nyanyian lagu P. Ramlee terhibur  jugaklah we all dengan lagu dan lakonan mereka (kakitangan KRS). Menjamu selera di dalam nostalgia filem melayu lama gittewww... Okay yang bawah ni gambar yang Mrs. A snap sendiri.

Klana Resort Seremban
Seketul gambar bersama LZ ๐Ÿ˜

Klana Resort Seremban
Hidangan pertama Mrs.A ermm yummy!

Klana Resort Seremban
ooo! ot td

Mohon jangan ketawakan Mrs. A tau dah buffet sebenar hampir berakhir baru nak buat post preview ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

Salam 24 Ramadan 1445H
Salam Nuzul Quran 2024

Salam Nuzul Quran 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 


As Salam and greetings to dear readers.

Salam Nuzul Quran 2024 serta selamat berpuasa kepada semua rakan blogger. Lamanya tak memblog rindu...

Salam Nuzul Quran


Pejam celik pejam celik dah 17 Ramadan sekejap sangat rasanya masa berlalu. Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang sentiasa membaca Al-Quran. 


Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Salam Jumaat- Bacaan Yasin Mingguan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan. Salam Jumaat Mrs.A ucapkan buat readers my blog my stori. Alhamdulillah majlis bacaan Yasin online mingguan pada 01 Mac 2024 ini telah dihoskan dari surau Ibupejabat. Kiranya ini adalah kali kedua pada tahun ini Ibupejabat menjadi hos, sebelum itu [SINI]. Majlis pada pagi tadi telah dipimpin oleh saudara Mohamad Idzhar dari Jabatan ICT yang mesra di sapa Idzhar oleh kawan-kawan di Ibupejabat. 

Actually hari ini adalah hari terakhir Idzhar bertugas di SAINS ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Mrs. A difahamkan Idzhar telah mendapat kerja di operator air lain dan akan memulakan tugas pada minggu hadapan. Sempat jugalah Mrs. A bermaafan dengan Idzhar tadi didoakan beliau bertambah maju jaya di tempat baharu. 

Salam Jumaat - Bacaan Yasin Mingguan.

Salam Jumaat
Alhamdulillah selesai sudah

Salam Jumaat
Jemaah lelaki nun di sebelah tirai

Salam Jumaat
Idzhar sedang mengucapkan sepatah dua kata sempena hari terakhir beliau di sini

Selepas majlis bacaan Yasin tadi turut diadakan jamuan ringkas merangkap farewell untuk Idzhar ๐Ÿ˜Š

Salam Jumaat

Salam Jumaat

Jamuan ringkas tersebut adalah hasil potluck daripada kakitangan yang ingin menyumbang dan juga bersedekah memang begitulah tradisinya di Ibupejabat tempat Mrs. A bekerja ini. Semoga Allah memberkati majlis bacaan Yasin dan jamuan tersebut.

Okay itu sahaja nak share Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu dear readers.





Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik.

Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik. Selepas pulang dari majlis perkahwinan anak saudara D.A itu ketika Mrs. A sedang lepak-lepak sementara menunggu Mr.A keluar dari bilik air untuk mandi dan bersiap untuk solat asar tiba-tiba ada satu WhatsApp masuk di group family KerabatHjJuri. Cousin Mrs. A iaitu KZ memaklum yang ayah beliau baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pukul 05.25 petang di rumah Kg Jerlang, Bt 7 Pantai, Negeri Sembilan.

Terus Mrs. A bagitahu Mr. A yang PakNdak Din dah meninggal. Inna lillah hiwainnailai hirojiun... balasnya. Kemudian Mr. A ajak ziarah ke rumah arwah PakNdak pada malam tu juga sebab esoknya tu dia tak dapat nak ziarah kerana tuntutan pekerjaan yang tak boleh nak elak. Kekdahnya malam tu selepas solat maghrib Mrs. A pergi berempat bersama Mr. A, Along dan Adik ke rumah arwah PakNdak. Kesemua anak-anak cucu arwah dah ada begitu juga dengan cousins dan sanak-saudara yang lain.

Sebelum ini PakNdak memang dah sakit dan dimasukkan ke HTJS. Alhamdulillah Mrs. A dan adik-beradik sempat ziarah beliau ketika di HTJS. Kami pergi beramai-ramai selepas majlis kahwin anak cousin [SINI] Waktu itu Banglang Mrs. A dan Kaklang sempat bergambar kenangan bersama arwah. Unfortunately Mrs. A dan KakNgah takda pulak snap gambar ๐Ÿ˜ข

Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik. 

Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik.
Tinggal kenangan

Arwah PakNdak adalah adik kepada arwah abah Mrs. A kami adik-beradik boleh dikira rapat dengan beliau. Setiap kali hari raya dan kenduri kendara atau ada sahaja kesempatan waktu beliau selalu hadir berziarah ke rumah di kampung Lubok China. Selepas ini takda lagi dah ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Pada hari pengebumian esoknya 13022024 Mrs. A pergi ziarah berdua dengan Adik sahaja. Jenazah dimandikan dan disolat di Masjid Kariah Pantai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Kami semua yang ingin ziarah diminta terus ke masjid terlebih dahulu kemudian setelah selesai solat akan terus dibawa ke tanah perkuburan Kg Jerlang, Bt 7 Pantai. 

Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik.
Jenazah telah selamat dimandi dan dikapankan untuk disembahyangkan

Kali kedua Mrs. A menjejakkan kaki di tanah perkuburan ini, pertama kali dahulu ketika pengebumian arwah MakNdak [SINI] Lagi tambah tersentuh bila masing-masing yang hadir di tanah perkuburan melibat kubur arwah suami/ isteri sebelah-menyebelah.

Perginya Seorang Bapa Saudara Yang Sangat Baik.
Kubur sebelah atas arwah MakNdak kubur sebelah bawah arwah PakNdak 

Ramai cousin Mrs. A yang hadir samada yang jauh mahupun dekat untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah bapa saudara kami. Alhamdulillah arwah PakNdak telah selamat dikebumikan sebelum waktu zohor. Rezeki arwah semuanya mudah dan lancar. Semoga Allah mengasihi dan mengasehani arwah bapa saudara kami Muhamad Zainudin bin Hj Juri. Ya Allah kurniakanlah syurga tanpa hisab buat beliau. Aaamiiin...




Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur

Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur. Pada hari Isnin 12022024 cuti sempena CNY Mrs. A dikurniakan rezeki masa menyantuni majlis perkahwinan anak saudara sahabat Mrs.A sejak dari kecil dahulu iaitu D.A[SINI] Mrs. A pergi berdua sahaja dengan Mr. A. Along dan Adik tak mahu ikut. Begitulah bila anak-anak dah meningkat remaja mereka lebih suka dengan aktiviti sendiri daripada join aktiviti ibu/babah ๐Ÿ˜‘

 Anak saudara D.A ini adalah anak arwah abang Ngah beliau yang duduk di Wangsa Maju. Mungkin sebab itulah majlis perkahwinan diadakan di Dewan Komuniti Setiawangsa. On the way nak ke Dewan Komuniti Setiawangsa ini ikut jalan belakang Ampang/Ulu Klang kemudian lalu AU3 haish! terimbau jugalah nostalgia sewaktu muda remaja bermastautin di AU3 Menara Rajawali dahulu hahahaaa...[SINI] Pada waktu Mrs. A dah berpindah 2009 Dewan Komuniti Setiawangsa ini masih belum wujud lagi. Meh! sini Mrs. A belanja gambar.

Selamat Pengantin Baharu Ilham Dan Ainur. 

Selamat Pengantin Baharu
Bergambar bersama pasangan mempelai

Selamat Pengantin Baharu
Sekali lagi gaya bebas katanya ๐Ÿ˜

Selamat Pengantin Baharu
Duduk sebelah Mrs. A bonda D.A

Selamat Pengantin Baharu
A childhood friend ๐Ÿ˜

Terima kasih D.A di atas jemputan. Mrs. A dan Mr. A rasa seronok dan excited dapat jumpa ramai kenalan lama dan juga jumpa kawan baharu Syed H looking forward untuk next appointment.

Kepada pasangan mempelai yang sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua aunty mendoakan kalian berdua sabar dan tabah dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Selamat Pengantin Baharu semoga kekal berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi. Alhamdulillah bahagia.



Family Get Together - Jiboi pt2

Family Get Together - Jiboi pt2


Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Get Together - Jiboi pt2. Sambung kisah family get together [SINI]. Selepas tamat games anak-anak fruit masing-masing mandi membersihkan diri bersedia untuk solat maghrib berjemaah seterusnya tahlil dan solat isyak berjemaah. Oleh kerana Mrs. A, ABC so kena duduk dapurlah menghidangkan apa yang patut.

Family Get Together - Jiboi pt2. 

Family get together
Jenguk jap ke depan dah selesai solat maghrib waktu ni

Setelah selesai jemaah isyak. Kita makan dulu.... eh! ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜Š Gambar makanan di meja hidangan takde pulak Mrs. A snap huhuhu... hurm memang selalu begitu. Setelah selesai makan-makan ada acara potong kek untuk November dan juga Oktober babies.

Family Get Together - Jiboi pt2
Novemberian

Family Get Together - Jiboi pt2
Oktoberian

Kemudian acara penyampaian hadiah games petang itu. Sambil itu ada juga cabutan bertuah dapat RM sebabnya RM ada lebihan selepas pembelian segala hadiah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Hormat f.i.l. 

Family Get Together - Jiboi pt2
Juara games onty&uncle Pakteh&Makteh

Family Get Together - Jiboi pt2
Naib juara onty&uncle Babah&MakNgah

Family Get Together - Jiboi pt2
Tempat ketiga games onty&uncle D&U (onty tu adik kaklong)

Family Get Together - Jiboi pt2
Saguhati games onty&uncle Maksu&Paksu

Family Get Together - Jiboi pt2
Saguhati games onty&uncle Papa&Mama

Family Get Together - Jiboi pt2
Tempat kedua games anak-anak fruit

Lagi dua group gambar pemenang anak-anak fruit tiada pula dalam gallery phone Mrs.A huhuhu ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜” so tak dapatlah nak share.

Lagi gambar adalah pemenang cabutan bertuah berbentuk RM20, RM50, RM10 dan RM5 wow! rezeki mereka. Mrs.A punya nombor tak naik pulak malam tu kuciwa iols! ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž

Family Get Together - Jiboi pt2
Salah seorang pemenang lucky draw 

Family Get Together - Jiboi pt2
Lagi pemenang lucky draw banglong S yang ni RM50 suka betul dia

Kalau tak silap ada tiga orang lagi pemenang lucky draw. Unfortunately tiada gambarnya. Okay itu sahaja kisah Family Get Together - Jiboi pt2. 

Salam Jumaat selamat bercuti dear readers.



Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A. Syukur alhamdulillah dikurniakan rezeki masa dapat memenuhi jemputan kahwin anak cousin Mrs. A. Cousin Mrs. A ini mesra di sapa Kaklang Nora. Kaklang Nora adalah cousin Mrs. A di sebelah arwah abah, arwah abah Mrs. A dan emak Nora adalah adik-beradik.

Majlis diadakan di Astana Kayangan Zemi, Seremban 2. Beberapa hari sebelum itu Alang, Angah dan Mrs. A dah berpakat nak hadir dan janji masa sampai di dewan lebih kurang sama. Alang yang dari KL balik ke kampung sehari sebelum majlis. Lagipun memang dia dah plan nak bawa emak sekali. Sementara Angah dari Melaka terus ke dewan begitu juga dengan Mrs. A. Untuk majlis kali ini Mrs. A hadir bersama Along dan Adik sahaja Mr. A tidak dapat hadir kerana ada program lain.

Pengantin perempuan adalah anak sulung Nora. Kiranya ini majlis kenduri kahwin sulung buat Nora. Risau betul dia, banyak kali beliau minta doakan majlis berjalan lancar ialah mesti berdebar-debarkan dahlah seorang diri menguruskan kerana suami beliau telah pergi dahulu menemui penciptaNYA.

 Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A.

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Sedara-mara bergambar bersama pengantin

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Sini ada cousin anak arwah Makngah Jelebu, arwah Paklong Paroi dan arwah abah Mrs. A depa panggil Pakcik Lubok China cuma yang sorang berdiri baju hijau cair tu mak busu

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Emak dan sister-in-law nieces/ nephews Mrs. A 

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Mrs. A ajak emak selfie tapi tak tahu nak pandang mana hahahaa...

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Baju purple kaklang Nora emak perantin sebelahnya Mrs.Shamsul

Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Paling happy dapat berjumpa dengan ramai cousin Mrs. A dan juga sedara-mara yang hadir. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar hingga ke Jannah.

Buat anakanda Nora, Syaza dan Azmi aunty ucapkan selamat pengantin baharu moga kekal berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi.





MRS.A my blog my stori ©