MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Corat-coret 1 Syawal 1444H

Corat-coret 1 Syawal 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Corat-coret 1 Syawal Mrs. A sekeluarga seperti tahun-tahun sebelumnya akan pulang beraya ke kampung Mrs. A di Kg. Hj Sulaiman, Panchang, Linggi Lubok China. Kampung Mrs. A ni dalam daerah Rembau bersempadan dengan Melaka kiranya kalau nak ke pekan tu yang paling dekat adalah Pekan Lubok China, Melaka gittewww... Tahun ini Mrs. A balik sehari sebelum raya. Kebiasaanya memang begitu akan balik sehari atau dua hari sebelum raya untuk menolong emak membuat persiapan akhir raya eecewah! ๐Ÿ˜Š

1 Syawal tahun ini semua adik-beradik Mrs. A beraya di kampung. Beza dengan tahun lepas adik bongsu a.k.a Maksu beraya di Kelantan dulu sebelah husband. Tahun ini dia dah balik kampung paling awal iaitu 3 hari sebelum raya. Ntah! di mana silapnya Mrs. A takde pulak snap gambar 1 Syawal tu bersama family Maksu dan Along a.k.a Paklong asyiklah duk minta depa snap gambar we all sebabnya nak gerak ke Jiboi pulak tapi tak pulak ajak bergambar bersama bengong betul! 

Tahun lepas tema dusty green [SINI] tahun ini tema kuning diraja. Meh! Mrs. A belanja gambar corat-coret di 1 Syawal. 

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Gambar-gambar di kampung Mrs. A sebelum gerak ke Jiboi.

1 Syawal 1444H
Dalam banyak-banyak snap tu inilah gambar paling menjadi tapi Mrs. A tidur pulak ๐Ÿ˜€

1 Syawal 1444H
Tangan dihulur maaf dipinta gittewww...

1 Syawal 1444H
Tahun ni mak sedondon dengan family the A's ๐Ÿ˜

1 Syawal 1444H
Niece yang terpaling comel

1 Syawal 1444H
Panas leting ha! gigih ๐Ÿ˜… sebelum gerak ke Jiboi

Dah settle bergambar lebih kurang pukul 11.00 pagi we all gerak ke Seremban pula. Dalam group WhatsApp Jiboi dah ada yang bertanya di mana we all? Depa tunggu ni nak bergambar katanya. Tahun ini Mr. A singgah ke makam Tuan Hj Said terlebih dahulu untuk ziarah kubur arwah ibu mertuaku. Adeh! salah percaturan betullah dia ni huhuhuu... jalan dalam makam tu traffic jem uols dek ramainya sanak-sedara yang menziarah kubur sedara-mara masing-masing ada juga yang menjual bunga kekdahnya. Tahun lepas we all ziarah petang sebelum pulang semula ke Lubok China jalan clear jer.. 

Corat-coret 1 Syawal 1444H.

Alhamdulillah dah sampai Jiboi tu terus aje bersalam-salaman dan bergambar tak sempat makan/ minum uols! muahahaaahaa...

1 Syawal 1444H.
the A sekeluarga bersama Atok. Sama macam tahun lepas baju Atok sedondon Mr. A tempahkan sekali untuk abah dia ๐Ÿ˜

1 Syawal 1444H.
Seperti yang diwar-warkan tema paling banyak tahun ini hitam.
Family ateh dan along pun tema hitam. 

1 Syawal 1444H.
S.i.l sekeluarga bersama Abah

1 Syawal 1444H.
Alang (b.i.l) sekeluarga tema kuning jugak, tak janji pun ditakdirkan sama pulak temanya
dengan we all ngeh! ngeh! ngeh!

1 Syawal 1444H.
Family Along incomplete ini aje yang ada 2 orang kerja 3 orang lagi raya Serting dulu.

1 Syawal 1444H.
Abah bersama menantu-menantunya Kaklong je takde

1 Syawal 1444H.
Mr. A bersama Abah dan adik-beradiknya

1 Syawal 1444H.
Gambar beramai-ramai kuning vs hitam ๐Ÿ˜†

1 Syawal 1444H.
Girls only ๐Ÿ’›๐Ÿ’š❤

Seperti kebiasaanya sebelah petang selepas asar Mrs. A sekeluarga akan balik semula ke kampung cenggitulah we all pulang-balik-pulak balik aje syukurlah sebab dekat aje Seremban dengan Linggi Lubok China tu. Kalau sebelum ini otw ke kampung tu akan singgah beraya rumah bapa saudara Mr. A yang di Taman Tuanku Jaafar tu tapi bermula tahun lepas dah tak singgah dah sebabnya Pakteh dan Makteh dah tiada lagi dunia yang fana ini. Ada pun anak-anak beliau tapi 1 Syawal memang tiada orang kerana balik kampung masing-masing.

Oh! petang tu actually Mr. A ada surprise untuk Aryssa dan Adik sempena birthday mereka yang sama tarikh dengan 1 Syawal iaitu 22 April 2023. Pagi tadi tu sebelum gerak Jiboi Mr. A bagi duit dan mintak tolong Paksu a.k.a adik ipar Mrs. A untuk belikan kek dan KFC. Kiranya balik dari Jiboi nanti sajalah buat small celebration potong kek dan makan kepci bersama sepupu-sepapat yang ada.

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Sambut birthday Aryssa dan Adik yang sama tarikh dengan hari raya.

Corat-coret 1 Syawal 1444H.
Tarikh lahir sama 22 April

1 Syawal 1444H.
Kek red velvet SR yang ramai suka

Alhamdulillah walaupun sekadar potong kek sahaja anak soleh dan solehah ibu/babah tetap happy katanya. Kemudian bila petang tu dah lepak-lepak di luar verandah Aryssa cakap ibu kita takde gambar berdua lagi... teruslah we all bergambar dengan stand ring light yang siap dibawanya dari rumah Seremban tu. Kemudian bila Mrs. A scroll gambar di phone gambar Mrs. A dan dan Mr. A berdua pun langsung takde hurm... sabar yolah.

1 Syawal 1444H.
Ada banyak pose tunjuk satu jelah

Sebelah malam tu pulak sebelum main bunga api Alang ajak semua bergambar katanya bukan selalu semua ahli keluarga cukup semua berkumpul macam ni. Alhamdulillah memori tercipta walaupun tema caca-merba tak kisahlah yang penting dapat bergambar.

1 Syawal 1444H.
Family sebelah Mrs. A

Corat-coret 1 Syawal 1444H. Dah-dah jom main bunga api macam-macam ada, merdeka, ace, butterfly, das eh! ntahlah tak tahu semua nama bunga api tu.

1 Syawal 1444H
Setahun sekali ๐Ÿ˜”

Alhamdulillah syukur di atas rahmat dan nikmat kurniaanya.

ูَุจِุฃَู‰ِّ ุกَุงู„َุงุٓกِ ุฑَุจِّูƒُู…َุง ุชُูƒَุฐِّุจَุงู†ِ
Fa bi`ayyi ฤlฤ`i rabbikumฤ tukaลผลผibฤn
Ertnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

[Surah Ar-Rahman ayat 13]

4 Syawal dah kembali bekerja

4 Syawal dah kembali bekerja

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

4 Syawal dah kembali bekerja. Aduhhh! kalau ikutkan hati memang malas jer... nak pergi kerja tapi tu lah dah namanya makan gaji kenalah ikut peraturan gitttewww... Pagi-pagi subuh tadi cakap dengan Mr. A macam malaslah nak gi kerja mata kanan saya ni sakit macam nak ketumbit jer... tapi yang kelakarnya ambil baju kerja pi iron turun bawah ke dapur masak air, buat air nescafe tapau bawa gi kerja dah tu terus bersiap. Hurmmm...percakapan tak seiring perbuatan muahahhaahaaa...

4 Syawal dah kembali bekerja.

4 Syawal 1444H
Perasan tak mata kanan Mrs. A tu ada sembab sikit ๐Ÿ˜

Keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi jalan clear ya'amat. Tengok jam masih awal sempat singgah 7-E Bukit Chedang beli roti dengan semekut sebab dah boleh agak mesti kedai belakang office tutup lagi huhuhu....

4 Syawal 1444H
Nak roti flavor bilis tiada pulak. Ada semekut blackpink ๐Ÿ˜

Hari ini Mrs. A pergi office drive the blue sebabnya Along, Aryssa dan Adik nak pi beraya drive the red. Aduhh!!! kekok sikit drive the blue sebab dah lama tak driving maafkan ibu the blue dah lama tak bertegur sape.

4 Syawal dah kembali bekerja

4 Syawal 1444H
the blue yang banyak jasanya

Alhamdulillah selamat tiba di office sebelum pukul 8.00 pagi. Sunyi aje office pagi ni al-maklumlah masih ramai lagi yang bercuti raya. Haish! bertabahlah ya seorang Mrs. A. Okay siapa yang dah mula kerja tu sep sikit kita geng gittewww...


Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H. Ha! tu dia orang dah nak sambut raya Mrs. A masih nak up kisah menu berbuka puasa ngeh! ngeh! ngeh! sambung kisah  imbas kembali menu berbuka [SINI]

Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

8 Ramadhan 1444H/ 30032023

Wordless Wednesday
Dua lauk Mrs. A beli yang lain-lain Mr. A beli ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

9 Ramadhan 1444H/ 31032023.

9 Ramadhan Mrs. A berbuka di luar ada majlis berbuka puasa anjuran syarikat. Mr.A pun sama berbuka di luar for business katanya. Kekdahnya tinggallah adik berbuka seorang diri di rumah. Hidangan berbuka untuk Adik babah/ibu dah sediakan tapi tak teringat pulak nak snap gambar menu di rumah petang tu. 

Wordless Wednesday
Menu berbuka di majlis berbuka puasa SAINS bersama YAB MBNS

Wordless Wednesday
Salam 500 katanya Alhamdulillah dapat saguhati hariraya ๐Ÿ˜˜

10 Ramadhan 1444H/ 01042023.

Wordless Wednesday
10 Ramadhan menu masak sendiri gambar snap selepas berbuka
itu yang portion dah susut

11 Ramadhan 1444H/ 02042023.

Wordless Wednesday
11 Ramadhan menu as usual pilihan hati Mr.A

12 Ramadhan 1444H/ 03042023.

Wordless Wednesday
Menu beli di restoran Nelayan 

13 Ramadhan 1444H/ 04042023.

Wordless Wednesday


14 Ramadhan 1444H/ 05042023.

Wordless Wednesday
Cencaru sumbat selalu ada sebabnya favorite Mr. A ๐Ÿ˜‹
Adik dan Mrs. A okay jerrr....

15 Ramadhan 1444H/ 06042023.

Pada 15 Ramadhan Mr. A sponsor family Jiboi berbuka puasa bersama-sama di Hotel Royal Chulan. Alhamdulillah rezeki hampir semua family hadir. Untuk family Mrs. A sendiri Along dan Aryssa takde depa nun sorang di Penang dan Sorang lagi di Alor Gajah menuntut ilmu.

Wordless Wednesday
Ada macam-macam menu cuma ini aje yang Mrs. A sempat snap

Wordless Wednesday
Mr. A jemput jugak besan-besan f.i.l  Dua orang hadir dan dua orang lagi tak hadir
sorang yang tak hadir tu emak Mrs. A ler... dan sorang lagi bapa mertua Ateh sebab kurang sihat

Wordless Wednesday
Adik #antisosial

Wordless Wednesday
๐Ÿ’•

16 Ramadhan 1444H/ 07042023.

Wordless Wednesday
Menu berbuka beli di restoren Man Tomyam kecuali gulai telor itik.
Pulut mangganya sedap ๐Ÿ‘

17 Ramadhan 1444H/ 08042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A masak kecuali ayam gunting

18 Ramadhan 1444H/ 09042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A yang masak.
Kebiasaannya bila hari cuti Mrs. A akan main masak-masak ๐Ÿ˜

19 Ramadhan 1444H/ 11042023.
Wordless Wednesday
Time ni ada menu T20 muahhhahhaa gulai ikan krai masak tempoyak
 from Restoren Nelayan

20 Ramadhan 1444H/ 12042023.

Pada 20 Ramadhan Mrs. A dan beberapa orang officemate yang berkaitan sahaja dapat jemputan berbuka puasa dari syarikat MRSB. Alhamdulillah dengan izin Mr. A dan rezekiNYA dapat memenuhi undangan.

Wordless Wednesday
Mrs.A snap gambar dengan girls only ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
Perasan tak tempat ni hiks! betullah tu this is Royal Chulan Seremban.
Kali kedua Mrs. A berbuka di sini pada Ramadhan tahun ini.

21 Ramadhan 1444H/ 13042023.
Wordless Wednesday


22 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Menu terlebih-lebih time ni huhuhuuu.

Disebabkan communication breakdown itulah jadinya Mrs. A membeli dah tu pulak Mr. A pun membeli. Pagi tu sebelum pergi kerja Mr. A bagitahu suruh beli lauk untuk berbuka sebabnya dia kena pergi mindef ada kerja mungkin tak sempat nak beli lauk berbuka. Bila balik petang tu Mrs. A masuk bilik tengok dia dah balik tapi sedang tidur. 

Mrs. A pulak tak cakap pun yang dah beli lauk. Selepas solat asar dia turun boleh pulak dia tak check bawah tudung saji tu dah tersedia lauk-pauk. Di perginya membeli lauk adoila... poning masing-masing. Nak bagi jiran sebelah takde rumah pulak. Sudahnya makan yolah sampai lebam.

23 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Waktu berbuka terlupa snap ini gambar waktu bersahur ๐Ÿ˜„


24 Ramadhan 1444H/ 15042023.
Wordless Wednesday
Kalu setakat 2 ke 3 lauk aje tu maknanya Mrs. A yang masak ๐Ÿ™ˆ


25 Ramadhan 1444H/ 16042023.
Wordless Wednesday
Masak kari sardin dan sayur buncis. Ayam Mr. A beli

26 Ramadhan 1444H/ 17042023.
Wordless Wednesday
Murtabak cheese sedap banyak isi.
Waktu ni Aryssa dah berbuka sama-sama dah sampai dari Penang petang tu 

27 Ramadhan 1444H/ 18042023.
Wordless Wednesday
Menu berbuka 27 Ramadhan ada cempedak goreng ๐Ÿ˜˜

Okay itu sahaja kisah Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

Up-dated post menu 28 Ramadhan hingga 30 Ramadhan di sini aje, tak best pulak feeling ni bila tak habiskan kisah hingga ke akhirnya ngeh! ngeh! ngeh! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

28 Ramadhan 1444H/ 19042023.
Wordless Wednesday
28 Ramadhan Along pun dah balik alhamdulillah cukup kuorom. Menu special gulai udang masak lomak cili api from Nelayan Restoren ๐Ÿ˜

29 Ramadhan 1444H/ 20042023.
Wordless Wednesday
Bunga api merdeka showtime ๐Ÿ˜œ

20 April Khamis tu Mrs. A dah mula bercuti. So pergi shopping last minutes bersama Aryssa. Tiba-tiba baca kat group WhatsApp s.i.l ajak semua adik-beradiknya berbuka di Jiboi. Mr. A pun siap reminder suruh pergi berbuka ramai-ramai di Jiboi kekdahnya Aryssa dan Mrs. A sampai ngam-ngam waktu azan berkumandang terus aje berbuka sebab dah kena sound buka dulu, buka dulu huhuuu...

30 Ramadhan 1444H/ 21042023.
Wordless Wednesday
Dah habis berbuka baru teringat nak snap gambar.
Time ni Mrs. A dah repeat makan nasi impit kuah kacang emak yang baru siap masak ๐Ÿ˜‹

21 April tu Mrs. A dah sampai kampung. Alhamdulillah pada 30 Ramadhan tu dapat berbuka bersama-sama emak di kampung. Semoga dapat bersua lagi dengan bulan Ramadhan di tahun akan datang InsyaAllah.
Aktiviti Last Saturday

Aktiviti Last Saturday

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aktiviti Last Saturday.  Kisah last Saturday outing bertiga nak ambil baju raya Aryssa dan Mrs. A yang dah siap dan juga beli barang Adik. Alhamdulillah baju raya tema sedondon the girls ๐Ÿ˜Š Aryssa dan Mrs. A dah siap. Mulanya Mrs. A planning nak pergi ambil sendiri aje. Tapi bila bagitahu Mr. A dia ajak pulak outing sama-sama sekali dengan Adik dan dia eh! lagilah Mrs. A suka tak payah nak drive sendiri ke Yi Mei Ent. di Taman Desa Dahlia ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ tempat the girls tempah baju. Okay belanja gambar baju untuk readers Mrs. A my blog my stori.

Aktiviti Last Saturday.

Aktiviti
Tema kuning diraja tapi girls punya dua tone biar lain sikit dari the boys

Mr. A ajak outing sekali sebabnya dia plan nak belikan barang-barang Adik. Katanya nak belikan T-shirt dan jugak jeans sehelai dua. Kemeja dan baju sedondon yang ditempah untuk the boys tu belum siap lagi so tak dapatlah nak ambil sekali last Saturday tu. 

Kekdahnya on Saturday lebih kurang 11.00 pagi tu pergi ambil baju Aryssa dan Mrs. A dulu kemudian barulah ke kedai Jeans Levi di tengah-tengah Bandar Seremban tu. Mr. A suka pergi situ sebabnya ada servis alter. Macam kes Adik tu jeansnya muat elok tapi kaki jeans panjang terlebih so terus alter jer... cuma we all tak amik time tu sebab malas nak tunggu. 

Destinasi seterusnya adalah ke kedai komputer S2 IT Avenue di Aeon Mall sebabnya Adik request nak beli laptop. Dua tiga hari sebelum tu Adik bagitahu Mrs. A dia nak beli laptop sebab senang nak buat kertas kerja subjek perniagaan dia. Teruslah Mrs. A menyampaikan hasrat Adik tu kepada babahnya. Alhamdulillah rezeki Adik dapat beli laptop yang dia nak. Adik ni dia suka pilih sendiri apa yang dia nak itu yang kalau beli barang-barang eloklah bawa dia sekali so nanti takdelah ada kes-kes tak puashati dan tak berkenan ha! gittewww...

Aktiviti Last Saturday.

Aktiviti
Adik sedang key-in ID email dan create pw untuk Microsoft office berlesen ๐Ÿ˜ 

Urusan di kedai komputer ni ambil masa juga. Mulanya bila dah bayar tu sales person tu suruh jalan-jalan dulu selepas satu jam datang semula sebab dia nak install Microsoft office tu.Kekdahnya dalam masa satu jam tu sempatlah rounder-rounder di outlet di ground floor tu cari-cari Tshirt Adik tak banyak choice pun ada sehelai je yang dia berkenan. Kemudian Mr. A terbekenan pulak dengan set bedset so rembat 2 terus sebab ada offer sempena hari raya gittewww...

Selepas satu jam kembali semula ke kedai komputer ingatkan dah settle haish! belum settle lagi urusannya sales person yang incharge laptop Adik tu cakap sorry bos tadi ramai sangat orang belum sempat key-in lagi. adoiiilaa sabar yolah lebih kurang satu jam lagi duk melepak kat kedai komputer tu. Selain dari beli laptop Adik. Mr. A beli jugak printer sebabnya printer kat rumah dah buat perangai. Bila Mrs. A mintak hantar servis katanya lecehlah baik beli baru jerrr... haish! suka hatilah darling bukan duit I pun.

Lagi satu Mr. A beli adalah mesh wifi tahu pasal mesh wifi ni pun dari orang yang delivery TV ke rumah we all sebelum ni. Bila mana dia nak install app samsung online kat smart TV tu meloading slow ya'mat. Al-kisahnya line Unifi kat rumah Mrs. A area tingkat bawah memang selalunya ada satu atau 2 bar aje. Itu yang deliveryman tu suggest guna mesh wifi sebab bila guna mesh wifi ni boleh dapat full bar. Pung pang pung pang dia bercerita pasal mesh wifi tu sebab dia pun guna kat rumah dia. Hurm... terus Mr. A terjebak membeli mesh wifi. Inilah yang menambah masa lagi di kedai komputer tu sebab nak menunggu dia settingkan mesh wifi tu jugak. Ding dong ding dong dah pukul 3.00 masa tu so kekdahnya terus pulang ke rumah aje lagipun Mrs. A nak kena masak untuk berbuka.

Esoknya tu Adik dan Mr. A sambung lagi shopping ke Seremban Prima pulak sebab nak cari Tshirt dan amik jeans yang depa alter tu. Mesh wifi tu pulak we all dah pasang pun so far so good nanti kalau rajin InSyaAllah Mrs. A review.



Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444H

Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444H. Sedar tak sedar dah dua minggu kita menjalani ibadah puasa. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Singgah di blog rakan blogger seronok baca mengenai menu iftar/ berbuka masing-masing. Eh! blog sendiri masih tiada satu pun kisah Ramadhan 1444H. Okaylah sementelah rajin ni sajalah Mrs. A nak imbas kembali menu dan diari Ramadhan seorang Mrs. A gittewww...

Imbas Kembali Menu Berbuka 1 Hingga 7 Ramadhan 1444H.

1 Ramadhan 1444H bersamaan 23 Mac yang lalu alhamdulillah Mrs. A dapat berpuasa. Mrs. A tak mohon cuti pun kekdahnya bekerja ajelah seperti hari-hari biasa cuma bezanya dapat pulang awal setengah jam. Jika waktu kerja hari biasa balik pukul 5.00 petang bulan Ramadhan dapat balik pukul 4.30 petang ๐Ÿ’ƒ.

Adehhh! walaupun dapat pulang awal setengah jam tapi pada 1 Ramadhan tu traffic jam terok huhuhu... keluar office lebih kurang pukul 4.30 petang sampai rumah nak dekat pukul 6.00 ha! adoila... nasib badan sabar yolah... Apa-apa pun syukur alhamdulillah terima kasih kepada Mr. A sebab dah siap beli lauk-pauk. Kekdahnya seorang Mrs. A cuma perlu memasak nasi sahaja ngeh! ngeh! ngeh!

01 Ramadhan 1444H.
Menu Berbuka Puasa
Menu tunjuk jer... oleh Mr. A. Alhamdulillah syukur Mrs. A dan Adik suka jer...๐Ÿ˜‹ 

02 Ramadhan 1444H.
Yang sambal udang petai tu menu panaskan semula semalam punya ๐Ÿ˜Š

Pada Jumaat 2 Ramadhan tu Along ada balik sebab IKTBN benarkan pelajar balik bermalam. Sambal udang petai tu favorite dia mujurlah masih elok lagipun tak elok membazir makanan gittewww...

03 Ramadhan 1444H.
Menu Berbuka
Macam-macam menu ada hasil pot-luck Jiboi clans ๐Ÿ˜‰

Pada Sabtu 3 Ramadhan tu S.i.l sekeluarga balik ke kampung husband dia. So f.i.l tinggal seorang kekdahnya b.i.l Mrs. A yang Alang ajak berbuka secara pot-luck di Jiboi. Family Mrs. A join sekali yang lain-lain tak dapat join. Adapun wakil family Along/Kaklong anaknya Kakngah A tapi itupun menu dah meriah yang amat. Mrs. A bawa ikan bawal masak kari dengan ikan masin jeruk, nasi pun we all bawa sekali sebab join pun last minutes takut f.i.l tak sempat masak nasi ngeh! ngeh! ngeh! Seperti biasa selepas berbuka solat maghrib kemudian Isyak dan seterusnya terawih berjemaah.

04 Ramadhan 1444H.
Menu berbuka
Rendang ayam dan pucuk paku aje yang Mrs. A masak lain-lain hasil tunjuk

Alhamdulillah 4 Ramadhan berbuka di kampung dengan emak Mrs. A. Oleh kerana hendak menghantar Along balik ke hostel yang memang akan melalui jalan yang sama. Kekdahnya Mr. A plan selepas hantar Along tu we all akan berbuka aje di kampung. Along tak dapat nak berbuka sekali sebabnya dia perlu pulang ke hostel selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang. Jadinya Mrs. A itu yang Mrs. A masakkan dia rendang ayam satu lagi lauk favorite dia.

05 Ramadhan 1444H.
Menu Berbuka
Menu masak sendiri campur menu tunjuk-tunjuk

Pada hari Isnin 5 Ramadhan tu Mrs. A tak berapa sihat sangat tapi gigih jugak pergi kerja sebabnya pagi tu ada Pra-Mesyuarat Lembaga Pengarah yang mana sekretariatnya adalah Mrs. A. Masa mesyuarat tu pun chairman mesyuarat dah perasan Mrs. A tak sihat ialah sebabnya sok-sek-sok-sek selsema tapi wajiblah Mrs. A memakai face mask kan... so oklah boleh cover muka tak sihat tu. Chairman siap cakap habis meeting nanti terus pergi klinik katanya. 

Lagi satu inciden yang tak boleh dilupakan pagi Isnin tu adalah bila dah sampai ofis cari-cari kasut kat dalam kereta hah! sudah satu kasut pun takde yang ada hanyalah selipar jamban ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“ panik sekejap. Adoila... terlupa nak amik kasut yang dah dikeluarkan oleh Mr. A actually dia dah remind malam tu esok jangan lupa kasut katanya tapi terlupa jugak!

Tapi Mrs. A keluar juga kereta dengan selipar. Terserempak dengan MM terus dia kata sis y u wearing selipar je. Huwaaa... teruslah Mrs. A mewarwarkan kepada dia tolong tanyakan sesiapa ada kasut saiz 8 nak pinjam sekejap nak masuk meeting. Adoii! malu iols! bila mana 2 tiga orang tanya dah jumpa kasut ke belum muahahaaa... consentnya mereka. Alhamdulillah mujurlah ada si F cubicle sebelah Mrs. A ni saiz 8. Dia yang baik hati tu pun bagi Mrs. A pinjam kasut dia sementara nak masuk meeting tu fuh! lega syukur dipermudahkanNYA. Always remember nak masuk bilik mesyuarat tak boleh pakai selipar nak-nak kau terlibat sama dengan meeting tu ha! gittewww...

Lagi satu kejadian pada hari Isnin tu semua diminta meninggalkan office pada pukul 11.30 pagi dan masuk semula pada pukul 2.00 petang gara-gara tiada bekalan elektrik disebabkan kerja-kerja maintenance oleh TNB kalau tak silap Mrs. A. As for Mrs. A pulak selepas meeting tu terus ke klinik dapat MC dan terus tak pulang ke ofis. Pulang awal ke rumah itu yang sempat masak tu kari sardin dan goreng sayur Bakchoy. Eh! panjang pulak kisah 5 Ramadhan nih!

06 Ramadhan 1444H.
Menu Berbuka
Lebih kurang sama ajekan menunya ๐Ÿ˜Š

07 Ramadhan 1444H.
Menu Berbuka
Adeh! sedihnya gambar ๐Ÿ˜‚

Dah seminggu puasa azam nak snap gambar menu berbuka puasa sebulan pun dah ke laut muahahaaa... Actually pada 7 Ramadhan tu terlupa snap gambar waktu sebelum berbuka. Sudahnya snap gambar selepas berbuka itu yang dah susut portionnya tu huhuhuuu...

Okaylah nanti Mrs. A sambung lagi kisah menu Ramadhan yang seterusnya. InSyaAllah.




MRS.A my blog my stori ©