MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Wordless Wednesday #1/2022 - Jalan-Jalan Cari Makan

Wordless Wednesday #1/2022 - Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #1/2022 - Jalan-Jalan Cari Makan. WW pertama Mrs. A di tahun 2022 kisah jalan-jalan cari makan ๐Ÿ˜Š Last weekend 16012022 pergi tempah baju tema kahwin niece selepas itu singgah lunch di ๐Ÿ‘‡

WW - Jalan-jalan cari makan Mee Hiris China Muslim Senawang

WW - JJCM
Mrs. A order yang ni cause lapar nasi ๐Ÿ˜™ Fungus & Meat with rice

WW - JJCM
Braised Chicken with rice Aryssa punya

WW - JJCM
Untuk semua Handmade dumpling beef

Selepas singgah di Popular Bookstore, Senawang membeli barang-barang Aryssa singgah pula di     WW - Jalan-jalan cari makan Big Bowl Ice Senawang.

WW - JJCM
Beli 1 free 1 ini yang free ๐Ÿ˜Š Bubble tea snow ice with 2 toppings

WW _ JJCM
Matcha snow ice with oreo

WW - JJCM
Milk snow ice with mangoes ice cream

WW - JJCM
Sempat snap gambar, nasib baik tak makan lagi staff salah hantar menu kekdahnya๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

WW - JJCM
Ibu/Ummi dan anak pompuan tunggal memasing

Sambung lagi kisah jalan-jalan cari makan di cuti umum Thaipusam 18012022 pula. Selepas final meeting sempena niece nak kahwin di Jiboi, we all sambung lagi meeting makcik-makcik sambil makan-makan di Seremban 2 pulok muahahhaaaaaa. 

WW - Jalan-jalan cari makan Foodie Republik Dataran Centrio Seremban 2

WW - JJCM
Mee Kari Mak Su nama menu ni ๐Ÿ˜‰ Mrs. A yang punya

WW - JJCM
Tak pasti nama menu ni biras N yang order

WW - JJCM
Chicken chop order by bakal perantin ๐Ÿ˜

Sebenarnya ada lagi banyak menu tapi sempat snap 3 ni ajelah. Sempat jugaklah Mrs. A merasa menu-menu jiran sebelah dan hadapan ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Mrs. A join 'Superhost Giveaway'

Mrs. A join 'Superhost Giveaway'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join 'Superhost Giveaway'. Semalam dah terbaca berkenaan giveaway ini. So hari ini baharulah berkesempatan untuk turut serta ๐Ÿ˜Š. 

Mrs. A join 'Superhost Giveaway'. 
Mrs. A join giveaway
KLIK

Syarat-syarat Superhost Giveaway ini mudah aje.

1. Follow blog penganjur dan komen di posting giveaway beliau - DONE ✅
2. Subscribe channel youtube: #Family Factor - DONE ✅
3. Optional (tak buat tak pa) Teka penganjur asal dari negeri mana. Mrs. A teka - NEGERI KEDAH
4. Buat post giveaway dan link ke posting penganjur - DONE ✅

Tarikh tutup giveaway: 22 Februari 2022

Hadiah untuk pemenang Superhost Giveaway ini memang sangat menarik. Jika nak tahu lebih terperinci sila  klik banner di atas untuk ke blog penganjur.

Semoga adalah rezeki Mrs. A menang ๐Ÿ˜



Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti

Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti. Ada officemate dan juga kawan lama Mrs. A tanya bila pergi bercuti kucing-kucing macam mana? Sejujurnya Mrs. A tinggalkan aje bulus-bulus itu di rumah. Sewaktu di rumah lama. Kucing-kucing Mrs. A jenis yang indoor dan outdoor. Ketika bercuti Mrs. A akan biarkan mereka outdoor. 

Ketika itu memang minta jasa baik jiran sebelah yang mesra disape uncle Gaza oleh anak-anak Mrs. A untuk bagi makan. Biasanya Mrs.A akan sediakan stok makanan secukupnya kemudian uncle Gaza akan top up 2 kali sehari ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ sekali di waktu pagi dan sekali lagi selepas magrib. Kira macam pet sitter gitteww... beliau masuk kat area porch Mrs. A dan letak makanan dalam bekas yang biasa Mrs. A bagi makan untuk kucing-kucing Mrs. A. Tapi bukan setakat uncle Gaza je yang tolong top-up anak-anak dia pun join sekali muahahhaaa... Anak-anak uncle Gaza memang mesra dengan Koko depa pun suka aje panggil-panggil Koko kekadang sampai buat Aryssa dan Mrs. A jeles hahahaa... Tapi itu semua dah tinggal kenangan.

Setelah berpindah ke rumah sekarang [SINI] kucing Mrs.A tinggal 6 ekor indoor dan seekor tu indoor dan outdoor. Enam ekor tu adalah warga rumah baharu iaitu rumah sekarang ini yang seekor lagi tu si Marble adalah dari rumah lama dan satu-satunya yang masih tinggal sementara Koko, Awanikenet, Tiga, Kuning, Oren dan Bobo telah hilang (mia) ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Eh! hai masuk habuk pulak mata ni nak meneruskan citer. Okay back on track tinggalkan kucing di rumah semasa bercuti. Mrs. A sediakan automatic food feeder dan isi feeder tu dengan food mereka banyak-banyak agak-agaklah banyaknya tu kira berapa hari kita nak tinggalkan semasa bercuti.

 Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti.

Tinggalkan kucing
Ketiga-tiga food feeder nih! beli online. Dua serupa tu di Shopee, satu di Lazada

Untuk air dia ekor pulak Mrs. A sediakan di tiga tempat berlainan. Yang sebelah corner food feeder ni pun ada bekas air tapi tak snap gambar pulak.

Tinggalkan kucing di rumah
Ini air yang di atas kabinet dry kitchen

Tinggalkan kucing di rumah
Walaupun Mrs. A selalu marah dia ekor minum kat sini tapi isi jugak penuh-penuh
 biarlah lantak dia ekor situ muahahhaaa....

Setakat ini paling lama Mrs. A tinggalkan pun adalah 4 hari sahaja iaitu ketika ke Kuantan baru-baru ni. Kalau lama lagi tak sesuai kot. Rasanya kalau lebih dari 4 atau 5 hari Mrs. A akan panggil pet sitter datang rumah.

Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti. 

Tinggalkan kucing di rumah
Cat litter dia ekor tapi Mrs. A panggil jamban jerrr.....๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Ketika hari-hari ada orang di rumah jamban dia ekor tu tiga sahaja bila hendak pergi bercuti Mrs. A tambah satu lagi jadi empat. Jamban dia ekor ni Mrs. A letak di bilik air dapur. Bila malam lampu bilik air memang dibiarkan buka (switch on) sama jugak ketika bercuti lampu dibiarkan buka. Bilik air ni jarang guna untuk mandi-manda. Guna setakat basuh kaki, basuh mop dan membuat pelaburan ngeh! ngeh! ngeh!
 
Lazimnya jika Mrs. A pergi bercuti atau balik kampung 6 ekor indoor tu Mrs. A biarkan aje bebas di dalam rumah kecuali bilik. Bilik memang tak dibenarkan masuk kecuali sekali sekala atau ada orang kat dalam bilik. Manakala seekor lagi yang indoor dan outdoor si Marble namanya Mrs. A akan biarkan outdoor. Sama seperti yang indoor yang outdoor juga Mrs. A sediakan automatik food feeder dan air minum di beberapa tempat. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Marble lebih suka berada di luar apabila tiada orang di dalam rumah. Jika dia keluar merayau pun dia pandai balik. Selalunya Marble akan lepak atas bumbung kereta dan tidur je kerjanya.

Tingkap-tingkap memang Mrs. A tutup terus. Tak mahu mengulangi kesilapan lalu. Pernah dahulu ketika bercuti ke Penang (September 2020) Mrs. A biarkan satu tingkap terbuka sedikit tujuannya untuk kucing-kucing yang indoor dan outdoor tu keluar masuk kerana mereka memang pandai keluar masuk ikut tingkap iaitu Koko, Awanikenet dan Marble pada masa itu Koko dan Awanikenet belum hilang. 

Tetapi boleh pulak Ipin yang hilang. Ipin dan Upin tu fully indoor walaupun tingkap terbuka dia ekor tak berani lompat pun ketika itu dia ekor masih budak. Simba, Bobot, Ciki dan Ciko masih kitten lagi baharu seminggu dua lahir kalau tak silap. Sampai-sampai aje seperti biasa Mrs. A akan kira cukup tak bilangan dia ekor tengok-tengok Ipin takde. Allahu kemurungan masing-masing. Tapi mujurlah selepas dua hari Ipin jumpa jalan pulang ditakdirkan masa tu Mr. A ternampak dia mengiau-ngiau kat lorong belakang rumah terus buka pintu alhamdulillah Ipin pun masuk terus.

Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti. 

Tinggalkan kucing di rumah
Marble

Tinggalkan kucing di rumah
Upin, Ipin, Simba, Bobot, Ciko dan Ciki

Tinggalkan kucing di rumah
Hasil pelaburan 4 hari ๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต

Maaflah kalau gambar last tu agak mengganggu ketenteraman readers ya... Ha! apa lagi ibu bersihkanlah kah! kah! kah!. Begitulah selalunya balik-balik bercuti aje kena kemaskan jamban dia ekor dan ngecek food dia ekor. Kira jugak cukup tak bilangan dia ekor hiks! Alhamdulillah time Mrs.A balik bercuti tu dia ekor sihat-sihat sahaja maintain gebu-gebas. Rumah biasalah memang kena vacumlah jawapnya. Any woman can be a mother but it takes someone special to be a cat mom. Tiiiberrr...




Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah. Late post huhhuhu.. Actually beliau telah pun selamat kembali ke tanahair pada Ahad 26122021 yang lalu touch down di KLIA lebih kurang pukul 9.30 malam. Rasanya macam baharu sangat hantar ke KLIA [SINI] know-know dah balik ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Kuarantin di rumah a.k.a Home Surveilance Order (HSO) pun telah selesai dilalui. Selamat potong gelang terpaling mahal itu pada sebelah pagi Saturday 01012022. Terdapat 36 orang dalam rombongan umrah beliau dua orang sangkut di Jeddah (swab test result positif covid19) kena menjalani tempoh kuarantin 10 hari di sana. Selebihnya ada yang positif covid ketika telah sampai di KLIA dan ada juga positif setelah dua ke tiga hari berada di rumah. Jemaah yang dibenarkan pulang ke rumah untuk (HSO) (negative Antigen Rapid Test Kit-RTK) telah juga menjalani swab test di KLIA (result 3 hari selepas itu). Namun dinasihatkan juga untuk membuat RTK sendiri setiap hari di rumah. Syukur keputusan RTK Mr. A hampir setiap hari adalah negative. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Mr. A dilindungiNYA dari virus Covid19. Dah! dah! cukuplah citer SOP nih! jom layan gambar pulak 

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Mr.A-Umrah
Ketika melawat muzium di Mekah

Mr.A umrah
Buat umrah

Mr.A umrah
Umrah lagi

Ini bukanlah kali pertama Mr. A pergi umrah sebelum ini telah dua kali beliau ke sana cuma ini adalah yang pertama setelah dunia dibadai virus covid19. Menurut Mr. A yang baiknya ketika ini adalah tidak ramai sangat orang lebih mudah untuk menunaikan segala rukun umrah. Paling bersyukur katanya dapat solat betul-betul dihadapan kaabah. Yang tidak berapa disukai pun ada juga iaitu banyak sangat SOP yang terpaksa dipatuhi. Kalau di Malaysia kita kena ada applikasi MySejahtera di Arab Saudi pula kena ada applikasi Tawakkalna dan juga aplikasi Eatmama. Dua applikasi ini mempunyai peranan bagi memudahkan urusan untuk check-in di mana-mana sama jugalah sebagaimana peranan MySejahtera.

Kata Mr. A lagi hanya mereka yang hendak menunaikan ibadah umrah sahaja boleh memasuki kawasan Kaabah kalau saja-saja dari hotel terus nak solat di kawasan depan Kaabah tidak dibenarkan ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Sebelum masuk ke kawasan Kaabah tersebut kena scan applikasi terlebih dahulu.

Mr. A umrah
Lambaian Kaabah tengok gambar ni terasa macam sebelah kaki Mrs. A pulak dah sampai sana InSyaAllah doa-doakan ya

Mr. A umrah
Motif apa ntah bergambar cenggini hahaha... melawat tempat perang Badar

Mr.A umrah
Di Taif last day sebelum pulang ke tanahair

Subhanallah memang rezeki betullah Mr. A ni, pergi tak dirancang balik sihat-sihat sahaja. Sepanjang 10 hari termasuk di Madinah dan Mekah beliau sihat-sihat sahaja lebih sihat dari di Malaysia katanya. Bila tengok gambar-gambar yang beliau kirim memang teringin sangat nak ke sana. Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu pada tahun ini.

Dah berkira-kira jugaklah dengan biras Mrs.A nak pergi sesama tiba-tiba kerajaan umum ibadah umrah telah ditangguhkan semula sehingga satu tempoh masa yang akan dimaklumkan kemudian. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Itulah kalau Allah tak izin buat macam mana pun tak jadi jugak. Manusia merancang Allah merancang sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Sabar teruskan berdoa yang baik-baik.



Kisah 01 Januari 2022

Kisah 01 Januari 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah 01 Januari 2022. Sengajalah nak mencoret di blog kisah 01 Januari 2022 biar jadi kenangan di masa-masa akan datang. Mrs. A plan dengan Aryssa nak ke Mydin untuk grocery shopping pada Saturday 01 Januari 2022 tu. Entah macam mana Along pun memang bercadang nak ke Mydin untuk shopping jajan, stok untuk dibawa pulang ke hostel katanya. Sedang Mrs. A berborak dengan Along tu Mr. A pulak mencelah kalau macam tu lepas ibu dengan budak-budak shopping nanti kita lunch kat luarlah. Lunch tempat biasa katanya. [SINI]  yesszaaa.... lompat bintang Mrs. A cause tak payah memasak ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Kononnya nak gerak ke Mydin Senawang pukul 11.00 pagi selepas Aryssa habis seminar online. Inilah namanya janji melayu kot janji pukul 11.00 nak gerak tapi lebih kurang pukul 11.40 barulah gerak. Sebelum ke Mydin tu singgah dulu ke petshop Harmony Cat World Ent., Senawang untuk top-up stok cat food dan cat litter anak-anak bulus. Suka pergi petshop yang ni cause senang satu jalan nak ke Mydin.

Kisah 01 Januari 2022 - Grocery Shopping Mydin Senawang

01 Januari 2022
3 beradik sedang memilih barang

Selalu yang pergi grocery shopping Aryssa dan Mrs. A sahaja tapi pada 01 Januari 2022 tu 3 beradik bergabung. 
01 Januari 2022
Meriah troli ha๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Sebelum ke Mydin tu Mrs. A dah plan baik punya nak guna kad Meriah Mydin yang baharu apply bulan lepas. Ialah sebelum-sebelum ni setiap kali nak bayar mesti cashier akan tanya ada kad meriah tak? Mampu geleng kepala ajelah takde huh! lerrr mahh! Unfortunately pada 01 Januari 2022 tu Mrs. A dah ada kad meriah boleh pulak cashier tu tak tanya ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž

01 Januari 2022
Punyalah panjang dan meriah bilnya tu malangnya takde rezeki nak kumpul point 

Mrs. A pun boleh pulak terlupa dah ada kad meriah, bila dah settled bayar baru teringat. So adik chasier tu pun panggillah supervisornya tu nak swipe kad tu tapi so call supervisor tu cakap tak boleh sudah cause dah bayar. Ha! lah hai! rugilah sis setengah k tu dik! depa hanya tersenyum kelat sahaja. Choi! ntah pape je hampeh! tul emo iols! muahhaaa.. tetiba jadi kad tak meriah sudah! [astaghfirrullahalazim takde rezeki la Mrs. A oii!]

Disebabkan kejadian itu Mrs. A terus cepat-cepat nak balik aje nak pergi makan sedap hilangkan perasaan geram gittewww... On the way nak balik tu Aryssa dah call babahnya siap-siap (babahnya kat luar jumpa kawan) cause sebelum tu babahnya pesan on the way balik dari Mydin calling-calling dulu nanti senang nak timing.

Just nice bila sampai rumah sorting barang ke dalam rumah pun belum habis lagi Mr. A dah muncul. Terus ajelah we all gerak ke Casa Lagenda Seremban 2. Okay jom layan gambar makan-makan. Tak payah reviewlah ya cause dah pernah review.

Kisah 01 Januari 2022 - Lunch di Casa Lagenda Seremban 2

01januari 2022
Alhamdulillah semua ada I'm so happy

01 Januari 2022
Yeay! pucuk keledek favorite ada kali nih!

01 Januari 2022
Alhamdulillah semua menu favorite masing-masing ada craving satisfied ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹.

Selepas lunch kali ini terus pulang rumah aje. Babah a.k.a Mr. A ada appointment lain pulak haish! busy nau-nau. Apa-apa pun we all tetap gembira terima kasih Allah atas rahmat kasih sayangMU.


Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021. Seperti tahun-tahun sebelum ini [SINI] seakan telah menjadi satu kemestian bagi Mrs.A untuk buat satu entry penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang selalu singgah dan suka meninggalkan komen di blog picisan Mrs. A ini. Sepanjang Mrs. A berblog rakan-rakan blogger datang dan pergi tak kurang juga masih ada yang kekal singgah hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Tanpa membuang masa lagi jom Mrs. A share siapakah pengomen-pengomen tegar blog Mrs.A di sepanjang tahun 2021.

1. Pemilik blog - Pencarian Jiwa Diri Saya lebih dikenali sebagai NA. Mrs. A yakin mesti ramai yang kenal blogger NA kan...masih kekal pengomen nombor satu blog seperti tahun lepas.

Pengomen tegar

2. Pemilik blog - Orang Bukit atau Nohas. Siapa yang belum pernah singgah di blog beliau cubalah singgah pasti tidak mengecewakan gitteww...


3.Pemilik blog - imwritingformyself dalam bahasa melayunya ...dan aku menulis untuk diri sendiri Encik Afeezz kali ni tak yah sedih-sedih dah ya ngeh! ngeh! ngeh cause awak tersenarai ๐Ÿ˜Š

pengomen tegar

4. Pemilik blog - aniesandyou a.k.a  Anies.  Anies adalah di antara blogger yang dah lama Mrs. A kenal di alam maya pernah juga dapat hadiah dari Anies. Anies memang pemurah suka bagi-bagi souvenir buat pembaca blog beliau.
pengomen tegar

5. Pemilik blog - Karyaku... Paridah lebih mesra di sapa Kak PI beliau juga merupakan seorang penulis. Kagum dengan semangat beliau.


6. Pemilik blog - Warisan Petani beliau merupakan blogger lelaki yang sangat rajin meninggalkan komen-komen di blog bukan sahaja di blog Mrs. A rasanya diblog rakan-rakan blogger yang lain pun sama. Suka singgah di blog WP tengok tanam-tanam yang beliau tanam selalu menjadi.

Pengomen Tegar

7. Pemilik blog - Ako Tetap Ako kenalan baharu yang baru masuk senarai pengomen tegar blog Mrs. A eh! ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ 
Pengomen Tegar

Buat readers dan rakan-rakan blogger yang lain andainya tidak tersenarai mohon jangan berkecil hati pula ya. Doa Mrs. A semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T jua.
Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2021.



Selamat Tahun Baharu 2022

Selamat Tahun Baharu 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baharu 2022. Buat readers blog Mrs. A my blog my stori selamat tahun baharu Mrs.A ucapkan. Didoakan sentiasa di dalam rahmat Allah S.W. T jua. Actually Mrs. A pun tak tahu nak tulis apa tapi tertarik dengan posting Ustazah Asma Harun ini so bolehkan kalau Mrs. A nak share kat blog pula ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

2021 pergi
meninggalkan pelbagi memori, 
pahit tak terperi,
manis tak bertepi,
Tuhan menduga fitrah insani,
masih menongkat langit tinggi,
 atau tunduk sujud ke bumi,
masih menjadi raja pada diri atau bergantung pada Ilahi.

2022 terus kuat sahabat, kita semua sama, 
hamba Allah yang sedang berjuang hari demi hari.
Bersyukurlah atas semuanya baik yang pahit ataupun yang manis.
Pilihlah untuk melangkah walau di depan masih kabur, 
makin kuat dilempar batu.
Pilihlah untuk senyum dan senyum, walau pahit menelan perit.
Pilihlah untuk terus bangun, 
walau terduduk dan berasa pegun.

Mrs.A
01012022

Selamat Tahun Baharu 2022 sahabat blogger semoga ukhwah di alam maya akan terus mekar mewangi.
Dari lubuk hati yang paling dalam Mrs. A juga mohon ampun dan maaf andai ada kata-kata dan komen-komen yang mengguris hati dan terasa.






MRS.A my blog my stori ©