MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Tooth Avulsion

Tooth Avulsion

Share dari status FB seorang kawan yang share dari status FB seorang doktor. Senang kata kopipes muuahhaaaaaaaa...


Google image


Baru-baru ni, ada seorang patient berumur 13 tahun datang bersama ibunya. Sejurus masuk, ibunya terus hulurkan sebatang gigi yang dibalut dalam tisu.

Bila diperiksa, boleh nampak dengan jelas gigi depan adik ni dah hilang sebatang. Bukan gigi patah atau gigi sumbing ye, giginya memang sebiji 'terkeluar' dari soket gusi.

Ceritanya, si anak terjatuh di taman permainan semalam dan giginya 'terkeluar'. Dia kutip gigi tu, dan terus bawa balik ke rumah. Di rumah, ibunya cuci gigi tu dengan air paip dan 'Colgate', dan balut dalam tisu untuk semalaman. Keesokan harinya baru datang ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Hmm, tak boleh buat camtu ye tuan-tuan dan puan-puan. Salah caranya tu. Silap-silap gigi tu dah tak boleh pakai lagi dah.


*****


Hmm, ramai yang tak tahu nak buat apa kalau jadi kecederaan camni, So, apa yang sepatutnya kena buat?

1. Kutip gigi yang tercabut tu dengan segera.

2. Pegang gigi pada bahagian 'kepala gigi yang warna putih' tu. Jangan sesekali pegang pada bahagian akar gigi! 

3. Kalau kotor, lalukan gigi di bawah aliran air sejuk bersih selama 10 saat dan cuba masukkan balik gigi kat dalam soket gusi.

4. Kalau gigi boleh dimasukkan, ambil sapu tangan bersih dan gigit sekuat-kuatnya.

5. Kalau tak berjaya masukkan gigi, terus rendam gigi tu dalam AIR LIUR ( air liur sesiapa sahaja) atau SUSU SEGAR (fresh milk tau, bukan susu sejat atau susu pekat!)

6. Terus pergi ke klinik untuk rawatan, seelok-eloknya dalam masa 30 MINIT. Jangan tunggu esok baru nak jumpa doktor!

Ibuk-ibuk, bapak-bapak dan guru-guru kena ambik tahu pasai ni naaaa 

P/s: Oh yaa, nama 'sains' yang kita panggil untuk kecederaan camni ialah 'Tooth Avulsion'. Boleh google kalau nak tahu lagi lanjut. Hehe..

Datuk Ustaz Kazim Elias

Datuk Ustaz Kazim Elias

Yeah! penduduk-penduduk di sekitar daerah Seremban dan di mana-mana daerah punlah di Negeri Sembilan bumi bertuah ini In Sha Allah malam ini boleh dengar dan tengok live Datuk Ustaz Kazim Elias punya ceramah perdana.

Cer tengok banner nih!


Sharing is caring. Semoga bermanafaat.
SIMPLEHIJAB Affiliate Agent

SIMPLEHIJAB Affiliate Agent

Bismillahhirrahmannirrahim...


Jom  nak....!!!! sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB. Pastu katanya berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan.  Kalau nak daftar meh arrr...... klik link kat bawah nih!!
Katanya...!! lagi yang best dengan sistem affiliate Simple hijab ni  adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.

2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.

3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.

4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.

Ada lagi.......ada lagi..... ada...  kalau nak tahu jom register  DI SINI


Instagram

Instagram

Instagram... kenapa dengan instagram Mrs. A??? Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru dalam Insta., kalau rasa nak muntah boleh abaikan. Okeh! gelak evil sikit mmuuuahahaahaaaa. Tadaaa... nak jugak tepek walaupun blurrr... ngeh!ngeh!ngeh!

Instagram by my.maziah MRS. A

Oh! sebenarnya Mrs. A dah tertarik la pulak nak tepek Instagram Mrs. A macam uols tuh!! Bila tengok rakan blogger whateverapa-apasahaja tepek kat blog dia haish! Mrs. A pun nak jugak... pastu tengok lagi kat blog nikkhazami.com ish....ish..ish... nak tirunya muahaahaaaa tiru cenggini takpe ("kot") jangan tiru exam sudah! Itu memang tidak dibenarkan.

Tapi.....adoi..laa. apsal ler... instagram Mrs. A ni tak preview-preview nih! dah! dua hari tepek yang keluar cuma dia punya frame. Kawan Mrs. A siap bagi coding html dia suruh compare dengan coding html Mrs. A tapi bila check ok jer... sama, yang beza pun ID itu memanglahkan.

Finally yesterday Mrs. A terfikir agaknya sebab instagram Mrs. A ni setting private that is why iconosquare.com tak boleh nak access al-maklumlah depa tu third party so apa-apa yang depa nak buat perlu approval dari tuan punya instagram, dengan lajunya Mrs. A pun tukar setting ke public. Kemudian cuba godek-godek lagi... Hah! ai tell u... uols terus menjadi [ayat kemain dramatik sangaattt]

Powered by iconosquare

Perlu ke ada Instagram??? Suka hati. Bagi mereka yang bisness online Instagram mungkin suatu keperluan kepada mereka. Begitu juga kepada mereka yang lebih suka bergambar dari berceloteh Instagram pun adalah suatu keperluan kepada mereka. Tetapi bagi Mrs. A lebih kepada kehendak tapi oklah tak menyusahkan pun. Ada pun ok takde pun takpe. [takpe kerrrr...???]

Moral of the story kalau ko dah berkira-kira nak tepek Instagram feed ko kat blog so tak payah lah nak private sangat hokeh!


Wordless Wednesday #49

Wordless Wednesday #49


Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

Bismillah

 stnrsyfh.blogspot.com
clicks!!

1st of all thank you to Yaya coz sudi singgah di blog Mrs. A. As usual setiap blogger yang meninggalkan jejak pasti Mrs. A akan menjejaki semula so far without failed ya. Yeah! sila beri tepukan untuk diri sendiri clap! clap!clap! Kekdahnya terjumpalah segmen ini, tanpa berlengah dan dengan penuh minat Mrs. A pun joint. Uols pun boleh joint sama if interested syarat dan peraturanya mudah aje itu pasal yang Mrs. A joint. If susah-susah i dont likes muahhaaaaaa.

Jom....!! click banner di atas untuk sertai.

Due Date: Bila List Dah Penuh katanya.


Collar Pink & Oren

Collar Pink & Oren

Collar pink & oren. Apo ko bondo collar tu? ngeh!ngeh!ngeh! collar yang Mrs. A maksudkan adalah rantai untuk kucing. Dua hari lepas time lunch breaks Mrs. A belikan Koko dan Lilo collar ini....

Oren color for Lilo haish! tak pandang 

Pink for Koko, dah! kenyang tidur

ntah pape... si  Mrs. A ni kacau jer aku nak tidur

Lepas tidur bergurau senda
Persepsi Mrs. A dulu lain tentang pemakaian collar ni rasa macam tak patut dan kejam jer .... Tapi sekarang dah berubah bila mengira-ngira perangai Koko & Lilo yang suka pergi merayau dan melangok ke rumah jiran bukan setakat jiran sebelah atau dua tiga belah rumah. Tetapi jauh berbelah-belah rumah uols.

Mrs. A perasan petang time balik kerja bila keta we all lalu aje kat rumah nun di satu simpang tiga maka Koko & Lilo pun akan sama-sama berlari-larian pulang ke rumah. Amboi! Koko... Lilo jauhnya merayau-rayau tapi tulah kagum dan impressed coz Koko & Lilo boleh tahu yang pulang tu adalah tuan depa.

Pernah jugak terjadi si Lilo tu keluar ikut depan pastu time nak masuk tetiba dah ada kat pintu belakang. Walhal nak ke pintu belakang tu kena buat satu perjalanan yang agak jauh nak-nak kucing. Melainkan dia masuk rumah jiran sebelah dulu pastu jiran tu keluarkan dia ikut pintu belakang. Tapi rasanya tidak. Memang dia berjalan jauh yang uniknya tu dia boleh kenal mana satu rumah tuan dia. Itulah kuasa Allah kan haiwan pun tahu dan kenal mana tuan dia.

Kalau ikut logik akal Mrs. A alahai kucingkan apalah yang depa tahu haiwan jerr... pun mana ada akal. Tapi tidak uols walaupun depa haiwan tapi depa ada naluri tersendiri yang bijak dan tak tercapai dek akal manusia.

Moral of the story Mrs. A pakaikan collar tu supaya orang tahu yang Koko & Lilo tu ada tuan. Harap tiada yang ambil ataupun buang depa. So far depa ok jer... dengan collar tu tak nampak pulak kurang selesa. Elok aje gegurau dan lincah seperti biasa. Cuma Mrs. A kena selalu cek dan basuh.

MRS.A my blog my stori ©