MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Contest Buy AVON Online

Contest Buy AVON Online

Bismillahhirahmannirrahim

Contest Buy AVON Online



Sewaktu Mrs. A singgah di blog rakan blogger iaitu kak Ana terlihat giveaway buy AVON online ini. Oleh kerana syarat-syaratnya simple dan semudah 123 so apa lagi dengan lajunya Mrs. A joint. Syarat yang mudah hadiah yang menarik In Sha Allah kalau ada rezeki tidak kemana. Apa tak percaya ??? Cer click banner di atas.


Takziah Diucapkan Buat Kak Hajerah Serta Keluarga

Takziah Diucapkan Buat Kak Hajerah Serta Keluarga

Ajal dan maut Allah yang tentukan, siapa sangka anak akak yang dulu pergi tinggalkan akak sepatutnya akaklah dulu katanya itulah di antara kata-kata kak Hajerah yang Mrs. A ingat. Petang semalam Mrs. A dan seorang lagi kawan Mrs. A yang tinggal setaman dengan Kak Hajerah itu datang melawat dia. Actually kak Hajerah inilah guru mengaji anak-anak Mrs. A dan seorang lagi anak perempuan dia nama Soleha yang ajar mengaji.

Yang meninggal adalah anak sulung dia yang nama Aliff masih muda lagi umur baru 22 tahun. Aliff baru aje habis belajar kat Indonesia belum pun sampai setahun lagi kembali ke pangkuan keluarga. Kak Hajerah kata Aliff anak yang baik dan rapat dengan adik beradik terutama sekali Soleha. Bawah arwah Aliff adik lelaki dia yang berumur 21 tahun, pastu Soleha, Musa, Hassan dan yang kecik sekali Zulaikha. Menurut kak Hajerah lagi arwah rapat sangat dengan ayahnya. Tapi dah memang takdir Allah sewaktu kemalangan ni ayahnya iaitu suami kak Hajerah takde kat Malaysia dia berada di India atas urusan kerja dah sebulan ada kat sana dijangka pulang bulan puasa nanti. Walaupun dia dah diberitahu, kalaupun dia nak pulang ke Malaysia ambil masa dua ke tiga hari jugak kata kak Hajerah rasanya tak perlulah.

Sewaktu kawan Mrs. A tanya ada tak arwah tunjukkan apa-apa tanda, kak Hajerah kata itulah dia beli barang-barang dapur banyak sangat kira-kira stok untuk tiga bulan. Katanya nanti senang tak payah beli lagi stok ni In Sha Allah cukup sampai ayah balik dari India. kak Hajerah kata Ayah dia pesan minta jaga emak dan adik-adik sewaktu ayah takde ambik hantar adik-adik pergi sekolah. Mungkin sebab itulah agaknya dia beli stok siap-siap. Lagi satu kak Hajerah kata arwah selalu aje mengadap telefon sampai kadang akak tegur janganlah asyik sangat nanti rosak mata. Tapi dua tiga hari ni dia langsung tak pedulikan handphone dia sampai akak pulak hairan. Arwah Aliff telah selamat dikebumikan di makam Tuan Haji Said, Seremban. Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T.

Berita tentang kemalangan ini ada disiarkan di akbar Metro Ahad dengan title 'imam muda maut'.

Keadaan kereta dipandu Muhammad Aliff yang terbabit kemalangan di Kilometer 2 Jalan Tampin-Seremban

Mrs.A sekeluarga pun lambat dapat tahu petang Sabtu lepas dia dah kebumi baru tahu coz kawan Mrs. A yang setaman dengan kak Hajerah tu balik kampung cuma husband dia aje yang datang ziarah dan hantar ke kubur. Bila tanya kak Hajerah kenapa tak bagitau Mrs. A katanya akak pun kelam-kabut tak ingat apa dah! iailah Mrs. A pun faham tu. Arwah dimandikan dan dikapankan terus di hospital Tampin atas permintaan kak Hajerah serta keluarga tiada bedah siasat dilakukan. Tak perlulah itu semua katanya lagipun arwah tiada insuran nyawa yang perlu procedure buat bedah siasat untuk claim insuran. 

Seminggu ni tiada ngaji ya Aryssa, Haiqal dan Aqil kata kak Hajerah time Mrs. A dah nak balik tu. Ialah kami faham tu akak banyak-banyak sabar ya itu jelah yang mampu Mrs.A ucapkan. Mrs. A pun terasa sedih sangat apatah lagi kak Hajerah besar sungguh dugaan dia. Semoga kak Hajerah, Soleha dan kesemua ahli keluarga yang lain sabar dan tabah menempuh dugaan ini. Allah menguji seseorang hambaNya mengikut kadar kemampuan hambanNya itu. 


Pertandingan Bowling Amal Piala Professor Dato Dr Sufian Alumni STAD 2015

Pertandingan Bowling Amal Piala Professor Dato Dr Sufian Alumni STAD 2015

Banner yang berkibar megah di pintu masuk [kau hade!!..]

Credit photo to FB Hamidah Sulaiman/ Zam Ibrahim/ Nizam Shahbudin/ Kuch Kay Kuchai

Saturday 04042015 baru-baru ini Mr. A dan Mrs. A telah menyertai pertandingan bowling amal bersama ex-STAD. Kepada sesiapa yang masih belum tahu apo kobondo ea ex-STAD ni ex tu actually in english. Dalam bahasa maknanya 'bekas', STAD tu Sekolah Tunku Ampuan Durah a.k.a Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (SMKTAD). Pertandingan bowling ni adalah annual event Alumni STAD tahun 2015 adalah kali ke 3. Kali pertama dulu Mrs. A tak joint pun yang kedua jer...Mrs. A start joint klik sini

Tahun ini team tiada syarat tertentu seperti tahun lepas contoh macam tahun lepas setiap team kena ada 2 lelaki dan 2 perempuan tetapi tahun ini suka hati uuools janji ex-Stad. Had umur memang setiap tahun tiada had umur ditetapkan that is why meriah sesangat dengan otai-otai.

Ikut aturcara majlis pukul 8.00 pagi dah ketibaan bekas-bekas pelajar. Humang! aiii... pagi yang amat bowling center pun tak open lagi jah! Walaupun cenggitu we all antara yang awallah jugak tapi breakfast dulu kat NKI Bistro pastu terjumpa dengan gang yang baru turun dari Ampang Superbowl Seremban Prima di mana di situlah pertandingan akan berlangsung katanya rileks-rileks moh! kita breakfast dulu. Semestinyalahkan so Mrs. A dan kids pekena roti canai dulu.


Ada GST tak? cousin Mrs. A tanya alamak babahnya yang bayar so tak tengok resit la pulak

Setelah selesai breakfast barulah bertenaga nak pi bertandingkan, ngeh..ngeh..ngeh... macam teror sangat gayanya. So we all pun geraklah ke Ampang Superbowl Seremban Prima yang terletak di tingkat atas. Oleh kerana baru pukul 9.00 pagi time tu kekdahnya Mall pun tak open lagi so kena ikut jalan belakang ye! uools jalan di parking lot mundar-mandir sana sini pastu terjumpa acik guard tanya camne nak ke bowling center mujur acik guard tu baik sangat terus dia tunjuk arah. Thank you acik guard for your kindness.

Team Mrs. A, Mrs. A adalah ahli yang pertama sampai terus registered amik goodies bag kat dalam tu ada T-shirt so harus tukar ke T-shirt yang telah disediakan dan ada juga name tag yang harus dipakai da... Sebelum acara pertandingan dimulakan sesi suai kenal bersama-sama teams yang bertanding.

Tahun ini Mrs. A package laki bini muahaaaa...

Team '92 Najihah' yang otai tu team lain merangkap emcee/AJK

Selesai sesi suaikenal ada juga acara potong kek perasmian dan juga kek birthday sempena peserta-peserta yang kebetulan date of birth jatuh hari yang sama. Kemudian diikuti bacaan doa dan juga acara dimulakan dengan simboliknya Dato' Norzam Mohd Nor membuat balingan. 


Credit photo to FB Hamidah Sulaimah/ Zam Ibrahim/ Nizam Shahbudin/ Kuch Kay Kuchai

Jom layan gambar sekitar pertandingan bowling tu.
[photo ada watermark credit untuk diri sendiri muaahaaaa]

Ku lihat hijau....
Bapak-bapak dari batch 1992

Ibu-ibu vogue dari batch 1992

Strike please!

Kuch Kay Kuchai yang juga AJK 

Us

Yeah! ada juga top 10 woman dari team 92 Najihah. Tapi bukan yang duduk tu yang berdiri tu ngeh!ngeh!ngeh!
Tak sia-sia yang belakang tu atur strategi monang yo... kito monang

Finally batch 92 Durah berjaya merampas piala pusingan dari batch 1991 [nama team tak ingat]

Aksen sangat tau yang duduk 4 orang tu. Taulah menangkan. Meh! tumpang meh! tumpang amik gambar katanya

We are batch 1992 terbaeik!!! katanya. Habis kena booooo dengan batch-batch lain.

Alhamdulillah tak menang tapi dapat lucky draw yang best [we all tumpang lucky]

Oh! ya oleh kerana terdapat 'Team' yang semua ahlinya perempuan dan semua lelaki pihak penganjur telah memberikan handicap 10 points kepada setiap peserta perempuan. Tapikan..kan..kan... macam tak membantu jer... muaaahaaaaa... Lebih kurang pukul 2.30 petang cenggitu barulah acara tamat. Alhamdulillah rasanya semua peserta enjoy. Hadiah dan lucky draw memang banyak macam semuanya dapat jer... cuma amount jer yang berbeza-beza. Ada ke yang tak dapat? Tapi yang pasti Mrs. A and the gang semua mendapat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur pertandingan dan juga kesemua AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. You all memang awesome tanpa usaha dan committment you all mungkin susahlah juga rasanya nak merealisasikan event yang besar dan meriah seperti ini.


Sebahagian daripada AJK-AJK yang terlibat untuk event ini

Piala-piala adalah sumbangan Zakir Z Rich bussinesman keluaran ex-STAD



Jom kita snap photo beramai-ramai

Semoga ukhwah yang terjalin diantara kami akan berterusan hingga ke akhir hayat. The End.
Wordless Wednesday #35

Wordless Wednesday #35

Credit to ikim.fm photo
Kitiki Yang Pulang

Kitiki Yang Pulang

Mrs. A pernah cerita pasal kucing we all yang tetiba aje hilang ghaib entah ke mana. Mrs. A dan kids pun rasa macam dah give up dan tak berharap sangat yang kekucing tu akan pulang.

Tapi siapa sangkakan Kitiki akhirnya pulang. Monday morning 31032015 sewaktu Along bersiap-siap nak pergi mengaji dia ternampak macam Kitiki sedang berlari-lari anak dari simpang jalan tak jauh dari rumah we all, Along pun panggil-panggil nama dia terus laju aje dia datang dan masuk ke rumah sambil mulutnya bising mengiau-ngiau kata Along seolah bercerita mana dia hilang kira-kira hampir sebulan itu.

Mrs. A memang terkejut yang amat yang Kitiki berjaya mencari jalan pulang dan bersyukur sangat yang dia selamat cuma dia agak kurus dan tak tahu kenapa kat bahagian atas sikit mata dia macam luka melecet dua-dua belah pulak tu.

Kitiki lepaking kat tempat favorite 
Kemana dia menghilang selama hampir  sebulan itu tidaklah we all tahu sebab musababnya. Walaupun dia memang becok mengiau-ngiau seolah bercerita apa yang berlaku ke atas dirinya tapi manalah we all faham bahasa diakan..kan.. Tidak mustahil juga yang sedikit waktu nanti Come pula yang pulang. Alhamdulillah syukur thank you Allah Kitiki telah pulang kepangkuan we all.

Happy Birthday To You All

Happy Birthday To You All

Ini petang semalam punya citer 01042015. Mrs. A telah joint kengkawan yang celebrate birthday untuk bulan Februari & Mac. Actually they all bukanlah dari unit Mrs. A pun tetapi walaupun berlainan unit tapi we all boleh dikatakan satu kepala mungkin sebab tu Mrs. A terjebak sama. Tiada paksaan pun dalam grup yang diberi nama grup besday ni sekadar suka-suka sambil merapatkan ukhwah sesama kengkawan. Walaupun tak segah mana yang dapat we all persembahkan tapi bak kata depa tiga orang tu terharu sangat yang penting ingatan uuolls.. sob..sob..sob..touching kekdahnya.

Jom layan gambar. [Gambar ihsan dari whatsapp puan S]
 Overlah pulak yang peace yo tu. Cer teka siapakah gerangannya itu?

Busy snap-snap hingga kena snap

Tiup jangan tak tiup

Potong jangan tak potong

Peace yo!

Akhir kata, Kawan biar beribu, kasih biar satu. The End.





Wordless Wednesday #34

Wordless Wednesday #34

malaysianreview.com
MRS.A my blog my stori ©