Kisah PRU Mrs. A #malaysiamemilih

May 08, 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah PRU Mrs. A #malaysiamemilih

Wow! bahang pilihanraya umum kali ke 14 (PRU14) dah hampir sampai ke kemuncaknya tinggal satu hari aje lagi. Selamat mengundi Mrs. A ucapkan buat readers dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana jua berada.

Pagi tadi time Mrs. A on the way nak pergi office jalan raya telah sedikit lengang, dalam hati Mrs. A eh! mana pegi kereta nih! kemudian Mrs. A terfikir sendiri oh! mungkin ada yang dah balik kampung untuk mengundi. Makna kata yang jauh-jauh di luar Negeri Sembilan tulah dah balik dulu. Syabas Mrs. A ucapkan buat mereka yang dah pulang mengundi itu. Tahniah! anda memang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Amvoi! kemahen... intro ko Mrs. A oiiii...

PRU14
 Google Image
Bercerita tentang sejarah PRU bagi diri Mrs. A sendiri PRU14 adalah PRU ke 5 bagi Mrs. A. Tahun pertama yang Mrs. A telah cukup umur untuk mengundi adalah pada tahun 1999 (PRU10) tapi tahun ini umur masih muda lagi (muda? konon! perasan) dan kesedaran pun tak berapa nak hado kekdahnya Mrs. A tak daftar SPR pun so memang tak mengundilah jawapannya. #tolongjangankecam.

Kemudian pada tahun 2004 (PRU11) Mrs. A dah timbul sedikit kesedaran time ni memang berkobar-kobar semangat nak mengundi. Lagipun kawan-kawan office support baik punya suruh daftar, kalau tak silap time tu lunch hour tengah jalan-jalan kat JJ Wangsa Maju, K.L terjumpa pula booth SPR bergerak (macam booth nak bayar zakat tu) khas untuk mereka yang nak register mengundi terus Mrs. A dan seorang lagi gang office register. Tapi.... ntah dimana silapnya kalau tak salah Mrs. A, SPR announce mereka yang register pada tarikh sekian ke sekian dikira tak layak undi kerana lewat mendaftar hew! hew! hew! then again tak layak undi lagi kekdahnya.

Alhamdulillah kemudian tiba lagi musim pilihanraya pada tahun 2008 (PRU12) time ni semak daftar pemilih yes nama dah ada dalam senarai layak mengundi. Tapikan uols di K.L la pulok! tempatnya bukannnya di kampung huwaaaaa..... haish! okay terima ajelah dah tentu-tentulah ko register kat Wangsa Maju time tu Mrs. A oiii... so undi ajelah ha amik ko P.118 Setiawangsa cos Mrs. A guna alamat AU3, Keramat.

Kemudian berjumpa lagi Mrs. A dengan PRU13 tahun 2013 dan pada tahun ini buat pertama kalinya DSN menjadi PM. Unfortunately time ni Mrs. A ingat Mrs. A tidak membuang undi cos balik kampung. Tempat mengundi pula kat K.L habih camno? mungkin juga Mrs. A menjadi hantu a.k.a pengundi hantu oooppssss... laser tau.

Pejam celik, pejam celik dah tiba lagi musim PRU14 rasa macam sekejap sangat 5 tahun tu berlalu. PRU14 pada tahun 2018 ini dasat betul gelombangnya sampai keluarlah statement DSN menyatakan PRU14 adalah "ibu segala pilihanraya". Mana yang faham-fahamlah ya! hehehehe.... Namun apa yang pasti MB den dah monang. #teamtokmat.

Mrs. A tidaklah begitu fanatik dengan dunia politik ini. Mrs. A sejenis yang biasa-biasa aje biarlah apa orang nak kata janji undi itu rahsia Mrs. A dan hak Mrs. A. Dengar aje semua pihak punya kempen tapi time pangkah kita pangkahlah apa yang kita mahu dan pilihlah guna akal dengan bijak. Semoga Malaysia terus aman damai dan rakyat hidup harmoni dengan pelbagai kaum dan etnik yang sedia ada.

Okay kepada mereka yang nak keluar mengundi esok jangan lupa semak dulu ya ini akan lebih memudahkan kita juga nanti dah tahu saluran berapa, DUN mana, Parlimen mana, dan juga siapa calon-calon yang bertanding. Sempat lagi nak buat semakan di SINI ataupun download di google playstore MySPR Semak.

Itulah dia kisah PRU Mrs. A. Selamat mengundi semua di PRU14 ibu segala pilihanraya.

You Might Also Like

9 comments

  1. ramai dh bercuti blk kampung..tu jln clear tp blk kj jammed haha...xsbr tgu pengumuman cuti benornya haha...saper pn yg menang sila jlnkan tanggungjawab sebaik mungkin utk rakyat..selamat mengundi

    ReplyDelete
  2. Salah register, memang haru la jadinya kan Mrs.A..? Umm.. The moment I read this, Tok Mat is no longer ours but still, #teamtokmat jugak..!

    ReplyDelete
  3. semoga kerajaan baru ni boleh melonjakkan ekonomi Malaysia dan perihatin kepada rakyat

    ReplyDelete
  4. PRU 14 sudah pun berlalu.. Didoakan semoga kerajaan baru dapat mentadbir dengan lebih baik lagi dari kerajaan sebelum..

    ReplyDelete
  5. Ana undi kali ke-2 tahun ni. Memang lengang jalan KL last week. Seronok rasanya. Semalam dah start sesak balik. Apapun semoga Malaysia terus maju.

    ReplyDelete
  6. Sha baru 2 kali mengundi.. sebelum-sebelum ini dah daftar tapi tak semak.. kesedaran kurang.. ingatkan dah daftar, dah lah.. rupanya kena semak juga.. tu yang baru dua kali je mengundi..

    ReplyDelete
  7. siapa pun yang menang kita harap malaysia makin maju dan kekal aman

    ReplyDelete
  8. tp suasana pru kali ni mmg berbeza sgt...sblm ni mengundi lps zohor, tmpt mengundi pun mcm dah lengang. ni dah nk msk asar pun org still ramai mengundi... mungkin faktor media sosial yg byk mendorong org ramai utk mengundi berbanding 10 - 20 thn lps...

    ReplyDelete

TOP COMENTERS