#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger! - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

30 Mac 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

As Salam and greetings to dear readers.

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!


Sepuluh hari yang lalu Mrs. A dah terbaca pasal segmen ni. Tapi tulah pilih last day juga baru nak buat post muahahahaaa.... Kalau nak dikira kisah aku seorang blogger. Kisah Mrs. A sebagai seorang blogger biasa-biasa aje. Mrs. A jadikan blog lebih kepada diari bergambar untuk kenangan di masa hadapan dan supaya dapat dibaca oleh anak-anak Mrs. A. Disamping itu dengan berblog dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger a.k.a rakan alam maya. Eh! panjang pula intronya ha! Okay back on trek, menjawab kepada persoalan:-
segmen

Bila blog ditubuhkan?  

Actually Mrs. A dah ada blog sejak tahun 2009 lagi tapi time tu buat-buat entry tapi malu sesangat nak publish to public. So simpan untuk dibaca oleh diri sendiri, lama-lama terus aje deleted blog tu. Tapi pada tahun 2013 barulah Mrs. A berani nak publish entry itupun sebab officemates yang sekarang ini memang ramai yang ada blog compare dengan officemates time Mrs. A kerja di K.L. 

First entry Mrs. A adalah pada 22 Ogos 2013. Bila baca semula entry tu okay lorrr.. tapi dah banyak juga perubahan dari segi ganti nama diri daripada aku dan bertukar kepada Mrs. A. Gambar daripada takde watermark dah ada watermark. Haish! banyak juga penambahbaikkan yang Mrs. A dah buat sebenarnya. Errrceceeece #tolongjangankecam.

Maksud tersendiri nama blog dan url blog.

Pada awalnya sewaktu Mrs. A wujudkan blog ini nama blog Mrs. A adalah nama sendiri iaitu mymaziah.blogspot.my tetapi ada member tegur nama tu skema sangat muahhhaahaaaa.... dan setelah ditegur gitew dan bila Mrs. A fikir punya fikir punya fikir itu yang Mrs. A tukar nama blog ini kepada mrsablogstori.blogspot.my walaupun yang sebenarnya Mrs. A nak tukar kepada Mrs. A sahaja tapi sayang nama itu dah ada orang lain yang punya. 

Idea timbul kenapa Mrs. A pilih A sudah tentulah nama hubby memang ada huruf A dan juga nama arwah Abah Mrs. A memang bermula dengan A. Kids Mrs. A pun nama mereka semua bermula dengan A. Kekdahnya itulah kisah disebalik nama blog Mrs. A

Ceritakan Pahit Manis Sebagai Seorang Blogger.

Alhamdulillah kisah Mrs. A setakat hari ini sebagai seorang blogger hampir kesemuanya manis-manis belaka. Paling seronok dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baik hati. Excited bila blog dapat review daripada segmen review blog oleh yang pakar.

Ada tu ada jugalah yang pahit tapi Mrs. A tak ambil kisah tersebut serius sangat. Contohnya macam pernah menang giveaway tapi hadiah yang dijanjikan tak dapat. Pernah join segmen blogger yang nak review blog tapi sampai ke sudah dah bertahun pun takde pun blog Mrs. A direviewnya. Mrs. A paling suka join segmen blog review dan dua tiga kali jugalah Mrs.A join itu pasal Mrs. A paling ingat ada sejenis blogger ni yang ada anjurkan segmen review blog tapi none hado reviewnya.

Nasihat kepada blogger lain.

Nasihat kepada blogger lain dan juga nasihat untuk diri sendiri. Jadilah blogger yang ada identiti tersendiri janganlah copycat penulisan orang lain, copycat identiti orang lain, hari ini nak jadi Hanis Zalika esok nak jadi cik Epal lusa nak jadi Red Mummy adoiiii susahlah macam tu.

Lagi satu sebagai seorang blogger kita kena rajin terjah blog orang lain dan bacalah entry mereka. Kalau terjah dan singgah blogwalking sekadar tinggalkan jejak pun not nice, kesian tau penat ha! tulis panjang lebar tapi uols touch n go la pulok!!!

Okay done menjawab semua soalan #SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!

10 ulasan:

  1. menjadi seorang blogger memang menyenangkan kok, aku suka jadi blogger

    BalasPadam
  2. gud luck Mrs A...selamat bersegmen

    BalasPadam
  3. slmt pagiii mrs A... tulah kena rajinbw kalau tak mcm mna nk kenal. hehe.

    BalasPadam
  4. lamanya baru published entry... ;-)

    BalasPadam
  5. Wah dah lama Mrs. A berkecimpung dalam dunia blog yer. Apa pun semoga terus semangat berblog dan selamat maju jaya....

    BalasPadam
  6. haii.. singgah dari segmen sama

    BalasPadam
  7. Gud luck MA....
    Hihi.... biasalah mula mula berbloging mmg semuanya entri syok sendirikan MA. Tulis sendiri, baca sendiri semuanya sendirilah hhaha....
    Seronok berblog ni dapat ramai kawan....dapat tudung hihi....

    BalasPadam
  8. Dah 10 tahun blog Mrs. A
    Tahniah.
    Teruslah memblog

    BalasPadam
  9. seronok kan jadi blogger? lagi best bila persahabatan tu berpanjangan ke dunia nyata

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©