Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding

20 Februari 2018

Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding

As Salam and greetings to dear readers.

Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding.

Readers bercuti ke mana sempena CNY last Friday? Kalau tanya Mrs. A bercuti balik kampung aje kemudian konvoi pergi wedding anak cousin Mrs. A yang sebelah arwah Abah di Seremban 2. Walaupun plannya nak balik di awal pagi pada Friday tu namun nan hado!!! kekdahnya lepas Zohor juga baru geraknya. Ialah macam-macam hal ibu nak kena settle dulu barulah senang hati nak meninggalkan rumah kans....

Time Mrs. A tengah bersiap-siap tu tetiba Aryssa bagi tahu Maksu & Paksu dia nak turun Seremban juga dia ajak Sha katanya. Nanti Sha baliklah ikut Maksu & Paksu. Mrs. A okay jerrr... just nice timingnya time Mrs. A nak gerak depa pun dah dekat nak sampai Seremban so berjumpalah we all di MRR Rasah aje depa terus ke Seremban 2 Mrs. A terus balik kampung exit tol Seremban-PD.

Sampai kat highway adooiiii... banyaknya keta. Tapi mujur juga pilih exit Seremban-PD ni so bila tengok keta banyak bolehlah membuat pilihan keluar semula ke exit Senawang dan ikut jalan lama. Alhamdulillah pilihan yang bijak time ni jalan lama bergerak lancar. Cos kadang-kadang percaturan ikut jalan lama ini pun tak berbaloi pernah juga terjadi jalan lama pun sama trafik jammed.

Alhamdulillah dalam pukul tiga dah sampai kampung. Emak dan mak-mak sedara aje yang ada. Biasalah soalan pertama keluar dari mulut emak a.k.a nenek depa dah makan ke belum? Pergilah makan nenek dah masak tu kari daging huwwaaa..waa..waaa... nak nages tau Mrs. A dengar.

Eh! tetiba lak gambar si princes ni hehehe... Aksi dia bila dah sampai Kelantan. Family Adik Mrs. A tak join pun konvoi ke wedding tu depa balik kampung juga ke Kelantan.
Esoknya tu iaitu Saturday family Angah dan Mrs. A ke Seremban 2 to be exact Dewan SMK Seremban 2 bawa emak memenuhi jemputan kahwin anak cousin we all.

Moh! le kita layan gambar pula.

Kita makan dulu
 

Along bersalaman dengan Tok Ndak a.k.a bapa sedara Mrs. A adik arwah Abah
Dah habis makan sambung borak.

Mak sedara dan anak sedara (emak pengantin lelaki)
The cousins
Parents pengantin lelaki yang perempuan tu cousin Mrs. A
Selamat pengantin baru Khairei & Sofia semoga berbahagia till Jannah
Lama betul we all merewang kat majlis ini al-maklumlah bukan senang dan selalu Mak Limah dapat berjumpa dengan adik-beradik sebelah arwah Abah bila dah berjumpa sekali reramai mestilah banyak story nak up-date.

Punyalah sembang tu sampaikan terlupa pula nak bergambar dengan pengantin muahahaaaaaa.... takpelah tepek jelah gambar yang dikongsi dalam grup WA Kerabat Haji Juri tu.

That all kisah Cuti CNY : Balik Kampung & Pergi Wedding.

8 ulasan:

  1. cuti cny mmg penuh ngan kenduri kawen... amboiii borak sakan ya bla jumpa sedara mara😊

    BalasPadam
  2. seronok balik kampong dengan suasana meriah.(^_^)

    BalasPadam
  3. Bestnya mkn lauk kenduri. Mmg sesekali jumpa saudara mara, byk benda nk borak kan....

    BalasPadam
  4. suka pergi kenduri kawin... dapat jumpa sedara-mara & makan sedap :)

    BalasPadam
  5. mek pun raya balik kg jugak
    biasa biasa je.
    kenduri pun banyak. hahahah

    BalasPadam
  6. Rajin awak gi Kenduri kawenkan MA.... Baguslah. Lagi pun wajib datang pun kan sebenarnya...Masa nilah nak dapat jumpa kaum kerabat jauh dekatkan ...
    Buat Pengantin Baru, moga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya

    BalasPadam
  7. Hehe biasa lah weekend kan. Memang penuh dengan wedding je :) Boleh dikatakan memang setiap minggu ada jemputan.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©