Happy New Year 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Happy New Year 2018

4 Januari 2018

Happy New Year 2018

As Salam and greetings to dear readers.

Happy New Year 2018.

Eh! dah empat hari berlalu baru nak post entry happy new year. Haish! tak kisahlah janji happy dan kenangan pun berjaya disimpan dalam Mrs. A my blog my stori. Malam tahun baru yang lalu readers ke mana ya!? Celebrate ke or duduk rumah aje nonton T.V. ?

Kalau ikut diri-sendiri Mrs. A nak duduk rumah aje nonton TVN movie cerita Fabricated City lakonan Ji Chang Wook ha! nampak tak, nampak tak, betapa Kdramanya Mrs. A dan peminat JCW yang comel tu. Tapikan rasa macam tak sedap hati pula cos Mr. A ajak keluar dan kids duklah nyanyi-nyanyi nak pergi lepak Dataran Centrio, Seremban 2 tengok bunga api, sambil tu dapat gak teman Mr. A monitor Car Boot Sale (CBS). Lagipun hashtag #ilovemyfamily more hew..hew..hew... [poyo la kau nih! Mrs. A oiii!!!]

Lebih kurang pukul 9 malam we all pun gerak cos nak dinner dulu di [ SINI ]

Sebelum food sampai kita swafoto dulu
Malam tu semua pun order western maybe kat rumah dah kenyang makan nasi kot.

Kids order roasted chicken chop and Mrs. A order burger daging hancur, Mr. A minum je
Selepas dinner tu lambat lagi nak count down sambil tengok bunga api tu. Apa lagi kids pun menjalankan aktiviti yang mereka sukalah bila datang sini iaitu bermain permainan yang macam-macam ada. Untuk pengetahuan readers di Dataran Centrio ini pada setiap weekend malam ada pelbagai aktiviti tersedia expecially untuk kids. Memang sesuai untuk aktiviti riadah sekeluarga. Cumanya kena sediakan ongkosnyalah.

Adik and Akmal main RB. Aboy naik keta (gambar lama)
Malam new year Adik main hover board
Ada basikal elektrik, keretapi dan beca putrajaya mali dan jugak macam-macam jualan CBS
Sementara itu aktiviti Mrs. A pula adalah buat urutan tapak kaki a.k.a refleksologi setengah jam RM20.00. Actually ini 1st time Mrs. A buat urutan tapak kaki ni biasanya Mrs. A urut satu badan je... [tukang urut kat kampung] tapi okaylah best juga cos sambil urut-urut tu kakak yang urut tu duk bagi tahu point-point tu ada kaitan bahagian badan yang mana. 

Rupanya kakak ni ada kedai massage and spa, nak buat bekam pun boleh. Kebetulan pula kedai massage and spa dia tu kat area ampangan shop lot depan KBS Paroi tu lagilah semangat Mrs. A nak cuba nanti. In Sha Allah Mrs. A nak buat bekam nanti 10 cup RM70.00 katanya.

Bercerita tentang happy new year ni memang tak sahlah kalau kita tak bercakap pasal azam tahun baru kan? Apa azam tahun baru readers? Mrs. A ni sejenis yang takde azam muahahhaaaa.... hazab sangat kan...

Kalau ada pun azam yang petty-petty untuk diri sendiri itupun dah berazam banyak kali tercapainya tak juga. Contohnya macam last year Mrs. A berazam nak iron baju seminggu sekali untuk sekeluarga huh! nan hado uols. So kekdahnya tahun ini nak carry forward semula azam tu doakan Mrs. A ya, semoga tahun ini terlaksana azam tersebut.

Azam untuk blog pada tahun lepas pun sama juga nan hado ha! kononnya nak up-date post sehari satu entry memula aje semangat dah masuk tiga ke empat bulan ke laut jadinya. So untuk tahun ini Mrs. A tak berapa berazam sangat untuk blog. Eh! iya kerr... rasanya adalah azam untuk blog di new year 2018 iaitu nak hapuskan kesemua broken link yang telah terwujud di blog ini. Broken link di blog Mrs. A ini sangat banyak uols! huwaaa...waa...waa... nangis tau nak remove satu persatu. Kalau ada readers yang tahu macam mana nak remove secara pukal mohon share ya.

Lain-lain azam Mrs. A pada tahun lepas adalah dari segi rohani azamnya nak solat di awal waktu. Alhamdulillah yang ini ada peningkatan walaupun bukan semua waktu dapat solat di awal waktu tapi syukur 3 out of 5 berjaya. Tahun ini pula Mrs. A berazam nak buat yang sunat tu banyak-banyak dan wajib tu jangan ada yang tertinggal. Ada satu rancangan yang Mrs. A tonton iaitu rancangan bersama Dato Seri Vida katanya dia buat solat sunat 10 kali sehari, satu sebelum solat wajib dan satu sesudah. Pheww!!! I'm impress. Rasanya tak mampu Mrs. A tapi tulah sekurang-kurangnya dapat dua kali sehari pun jadilah.

Okay itu sahaja nak share kisah Happy New Year 2018. Semoga tahun ini azam tercapai. In Sha Allah.
 

11 ulasan:

  1. keluar berjimba jimbi dgn family ya sis...


    btw SELAMAT TAHUN BARU. semoga terus istiqamah dgn azam yg dibina

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru! ^^ Good Luck for everything!

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru mrs.A! semoga lebih sukses dalam kehidupan dan blogging! saya balik Muar n since Johor x amik cuti new year as public holiday duduk rumah jelah sebab esok tu sedara mara semua nak sekolah n keje. semoga lebih sukses dalam kehidupan dan blogging!

    BalasPadam
  4. Kita selalu lalu je dataran centrio tu sebab lagi suka tngok groceries so normally pegi tesco or mydin dgn family.. hehehe

    BalasPadam
  5. SLMT TAHUN BARU MRSA MOGA AZAM TRCAPAI

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru juga.. Semoga tahun ni berganda2 rezeki :)

    BalasPadam
  7. Selamat Tahun Baru Mrs. A!
    Semoga berjaya melaksanakan azam tahun baru, in shaa Allah..

    BalasPadam
  8. Selamat menambah usia.
    Semoga azam2 tahun baru ini akan terlaksana.

    BalasPadam
  9. Selamat Tahun Baru.. Semoga segala impian tercapai untuk tahun ni.
    Kalau tak dapat, boleh cuba lagi tahun depan. Hehehehe..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©