Syafakallah Wahai Anak

November 10, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Syafakallah Wahai Anak.


Baru sahaja Along celebrate birthday yang ke 15 tahun tiba-tiba dia jatuh sakit pula. Itulah kalau Allah berkehendak dalam sekelip mata aje Dia mampu. Tiada daya kita sejenis manusia kerdil yang mampu untuk menahannya.

Actually Along dah mengadu demam semenjak hari Ahad lagi time pergi wedding yang di K.L itu pun dia dah tak berapa ceria tapi masih gigih lagi tu menjoinkan diri. Tetapi apa yang Mrs. A geram tu on Monday tu dah pesan suruh pergi klinik dengan babahnya tapi tak pergi juga, Tuesday tak pergi juga. 

Dah malam tu barulah mengadu domba katanya esok nak gi hospital teruslah ibu sakit sangat kat sini katanya sambil tunjuk bahagian kiri perutnya. Bila batuk sakit, bila angkat kaki kiri tinggi sikit pun sakit, jalan tebongkok-bongkok menahan sakit.

Finally Wednesday tu babahnya pun bawa Along ke hospital SALAM, Senawang. Setelah doktor check katanya perlu menjalani CT Scan/ ultra sound untuk tahu apa punca sakitnya tu. Nak tak nak terpaksalah admitted untuk menjalani procedure seterusnya.

Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui dan mengerti apa yang ibubapa rasakan apabila anak mereka ditimpa sakit. Ignore negative vibes. Stay positive. [ingatan untuk diri-sendiri]

Syafakallah
Lama tidurnya setelah menjalani CT Scan/ Ultra sound. 
Dah tiga hari Along admitted. Alhamdulillah keadaan dia bertambah baik. Result CT Scan/ Ultra Sound tidak mampu menunjukkan apa sebenarnya sakit Along. Kemudian doktor advised jalani procedure 'colonoscopy'.

  • Colonoscopy or coloscopy is the endoscopic examination of the large bowel and the distal part of the small bowel with a CCD camera or a fiber optic camera on a flexible tube passed through the anus.Wikipedia

Walaupun Along telah menjalani procedure colonoscopy semalam tapi doktor masih tidak menjumpai apa-apa yang pelik atau punca sebenar sakitnya itu. Menurut doktor kesemua gambar yang ditunjukkan camera keadaan ususnya adalah normal.

Pihak hospital bercadang untuk menjalankan satu lagi procedure. Kalau tak silap Mrs. A mereka nak tebuk perut Along untuk buat laluan. Hurrrmmmm.... oh! rasanya tidak cukuplah setakat ini buat masa ini. Tak sangguplah pula nak biarkan Along ditebuk-tebuk gitew... Lagipun alhamdulillah Along memang dah bertambah sihat dengan ubat-ubatan yang diberikan setakat hari ini.

Mrs. A tahu Along kuat semangat orangnya ditambah pula supporting moral daripada family members Along dah mampu tersenyum kembali.

Syafakallah
Bila Princes Talia datang visit wefie adalah sejenis penawar dan kegembiraan buat Along 
Walaupun apa sebenarnya sakit Along tidak dapat dipastikan lagi tapi Mrs. A serta family dah sepakat nak dischargekan Along.  Biarlah dirawat dengan ubat-ubatan dahulu sambil itu we all akan ikhtiar dengan cara lain pula. In Sha Allah setiap penyakit pasti ada ubatnya. Bersangka baik dengan ujianNYA.

Syafakallah Wahai Anak.

You Might Also Like

14 comments

  1. Semoga Along akan semakin sihat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. semoga diberi kesembuhan buat along... syafakallah along

    ReplyDelete
  3. INSYAAALLAH ALONGAKAN SEMBUH SEPENUHNYA...MUNGKIN ALONG ALAH PADA MAKANAN KOT

    ReplyDelete
  4. Alahai siapa lah yg x riso kalau anak sakit. Semoga along segera sembuh Dan semoga xde pape

    ReplyDelete
  5. Moga cepat sembuh ALong, alhamdulillah tak de pape, legakan.... masih sakit lagi ke MA? Ada tak Along buat exercise mcm angkat kaki ke hape. Manalah tau ototnya cramp ke kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah discharge. Sekarang dah bertambah baik kena makan antibiotics dalam seminggu ni

      Delete
  6. Alhamdulillah Along dah sihat..
    Semoga ada penawar untuk sakit Along..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. hairan juga tak dpt pasti sakit apa. semoga dpt ikhtiar cara lain pula. homeopathy ke? sbb nina nyaris kna operate doc sangka tyroid

    ReplyDelete
  8. Masih boleh tersenyum.
    Harap cepat sehat.

    ReplyDelete
  9. Moga cepat sihat Along.

    Cadangan kalau ada masa cuba dapatkan second opinion hospital. Kadang-kadang memang ada hospital/doktor yang tak mahir nak check sebab musabab penyakit. Cuma syukur kan makan ubat jadi makin baik.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me