Pertandingan Bowling Piala Pengarah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Bowling Piala Pengarah

16 November 2017

Pertandingan Bowling Piala Pengarah

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan Bowling Piala Pengarah.


Pertandingan Bowling Piala Pengarah pada tahun ini (2017) telah diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Oleh kerana tahun ini sambutan sangat menggalakkan maka organizer telah membahagikan pertandingan tersebut kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Alhamdulillah team The Turkey telah diundi untuk sesi petang so tak perlu ler... nak datang semula andai kata sebelah pagi tu menang cos acara penyampaian hadiah akan diadakan pada sebelah petang. Kalau tak menang yang pagi tu memang tak datang dah kot [itu kalau Mrs. A lettew]. Lainlah kalau terlebih rajin memang tak balik-balik bertungku-tangga kat situ muahahhaaaaa....

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih bowlers yang terbaik bagi mewakili company ke pertandingan bowling persahabatan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) pada 18 November 2017 nanti dan juga wakil bagi Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) yang dijangka akan diadakan pada April tahun hadapan.

Okay jom kita layan gambar.

bowling
Haruslah bergambar sebelum bermula. Gaya bebas katanya
bowling
Eh! ini gang netball ni. Yang baju hijau tu sesi pagi tu yang dah dapat lucky draw tu
bowling
Hurm... jauh la pulok!!! banner tu, pasal tu le kecik aje gambarnya
bowling
Eh! haruslah #OOTD
Target Mrs. A tak tinggi mana pun lagipun jari tengah Mrs. A sakit la pulok!!! time tu. Apabila keseluruhan keputusan keluar Mrs. A dapat no 9 jerrr... out of 19 peserta perempuan. Yeay!!! mencapai target untuk mendapat top ten.

Unfortunately The Turkey tidak berjaya mendapat tempat top 5 keseluruhan tetapi untuk kategori individu lelaki salah seorang daripada The Turkey iaitu Hasfi berjaya mendapat tempat ketiga out of 40++ secara keseluruhan.

Tumpang gembira dan bangga juga dengan lain-lain gang netball yang berjaya tersenarai sebagai top ten dan yang paling 'WIN' tu tempat pertama individu perempuan telah dimenangi oleh CT Z semestinya dari gang netball.

Walaupun kemenangan tersebut melayakkan beliau untuk mewakili company dalam sukan bowling tetapi beliau telah menolaknya kerana lebih suka untuk bernetball dan memilih untuk mewakili team  netball. Tahniah dan terima kasih CT Z kerana memilih netball kalau tak susah jugalah team netball yang tak cukup players ini.

Tahniah to both of you.
Moment ketika Tuan Pengarah sendiri yang menyampaikan hadiah.
[kredit photo FB KSR SAINS]

bowling
Top 3 Individu lelaki
bowling
Champion individu perempuan
The End kisah Pertandingan Bowling Piala Pengarah untuk tahun ini. In Sha Allah panjang umur jika diberi kesempatan jumpa lagi tahun hadapan. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus mekar mewangi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.


13 ulasan:

  1. Power lahhhh . Tahniahh :)

    Jemput join ;)
    https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

    BalasPadam
  2. wahhh hebat tuu..lama tak main bowling ni

    BalasPadam
  3. Wah top 10 juga tu mrs A. Tahniah. Lps ni boleh lah aim top 3 pula.

    BalasPadam
  4. Tahniah Mrs A!! Rasa macam nak terjah bowling lak sekarang. Tapi dah malam. Hihi

    BalasPadam
  5. Dapat top 10 tu, kira terror la tu.. heee.. Congrats Mrs A.. XD

    BalasPadam
  6. Pandai Mrs A bermain bowling . Teringin juga nak bermain.

    BalasPadam
  7. Wah, baguslah Mrs.A ni. Hari tu netball. Ni bowling plak.

    BalasPadam
  8. hebat tu termsk dlm top 10

    tahniah semua

    BalasPadam
  9. Salam singgah awak. blog saya https://cararesepi.blogspot.my.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©