Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017

17 Ogos 2017

Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017.


Last Saturday 12082017 adalah hari Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship atau dalam bahasa melayunya Pertandingan Kriket Bawah 11 Tahun Peringkat Negeri Sembilan di mana Adik telah terlibat sama. Adik telah terpilih untuk mewakili team sekolahnya. Sekolah Adik iaitu SKKGV telah menghantar dua team iaitu team A dan team B. Adik adalah di dalam team B. 

Saturday morning tu kemain gigih lagi Adik pepagi lagi dah bangun tak payah susah-susah Mrs. A nak kejutkan. banyak kali betul malam tu dia ingatkan Mrs. A "ibu jangan lupa tau pukul 7.00 pagi semua mesti dah berkumpul kat sekolah, breakfast semua cikgu yang sediakan".

Punyalah bersemangat waja nak pi main kriket. Actually semua sekolah yang terlibat dalam pertandingan kriket tersebut adalah sekolah-sekolah dalam Daerah Seremban sahaja. Kenapa daerah-daerah lain dalam Negeri Sembilan tidak terlibat sama tidak pasti pula Mrs. A. Cuma sewaktu ucapan penutup pertandingan tersebut presiden kriket Negeri Sembilan ada menyebut yang mereka akan kembangkan lagi pertandingan berkenaan ke semua peringkat daerah di Negeri Sembilan.

cricket
Adik team B berjersi purple. Muka masing-masing dah hitam dek sun-burn
cricket
Team A SKKGV. Inilah dia sebahagian muka-muka JUARA pertandingan tersebut
Okay share sikit jadual pertandingan Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017 yang Mrs. A copy paste dari FB NS Cricket Association. Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyiur.

cricket

Walaupun pertandingan tersebut bermula di awal pagi tetapi Mrs. A dan Aryssa hanya datang di sebelah petang iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang. Mr. A dan Along dah sempat singgah menjenguk Adik terlebih dahulu sementara menunggu masa nak fetching Aryssa dari sekolah. Kebetulan hari yang sama Aryssa ada kursus pengawas.

Setelah Aryssa balik dari sekolah, selepas lunch dan solat zohor barulah we both gerak. Time Mrs. A sampai tu team Adik tengah berehat. "Kejap lagi sambung" kata Adik sempatlah Mrs. A nonton Adik untuk satu perlawanan time tu nak tentukan tempat ketiga dan keempat. Team Adik iaitu team B SKKGV menang tempat ketiga. Jadilah Adik adat pertandingan begitulah dapat pingat gangsa pun syukur alhamdulillah.

Jom sambung lagi tengok gambar.

cricket
Hurm... camne kiraan matanya ni dik oiiii tak faham ibu kwang...kwang..kwang...
Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017
cricket
Presiden sedang memberi ucapan
cricket
Team Adik iaitu team B SKKGV sedang menerima pingat gangsa
cricket
Bergambar beramai-ramai
cricket
Tahniah! buat mereka yang berjaya kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Tahniah sekali lagi diucapkan buat mereka yang berjaya meraih pingat. Kepada mereka yang lain syabas dan juga tahniah diucapkan kerana berjaya mewakili sekolah masing-masing di Negeri Sembilan U-11 State Cricket Championship 2017. Akhir kata majulah sukan untuk negara.


11 ulasan:

  1. Tahniah pada adik dan mamanya

    Sukan kriket ni kurang popular di Malaysia

    Kalau india dan pakistan tu memang fanatik betul dengan kriket

    Dapat gangsa, alhamdulillah

    BalasPadam
  2. melentur buluh biar dr rebungnya... tahniah!! moga2 wajah2 inilah 1 hari nnt akan membanggakan negara aminnnn

    BalasPadam
  3. saya tak tahu cara mainnya...tengok kat tv je...itu pun dalam citer hindustan atau tamil, ahaks!

    BalasPadam
  4. Boleh jdi atlet kriket Malaysia nnti ni..

    BalasPadam
  5. My siblings pun active dgn cricket ni. Congrats to them btw.

    BalasPadam
  6. bestnye adik main cricket.. "Kak E'in" dulu wakil softball.. hihi

    BalasPadam
  7. Apa2 sukan pun mmg elok digalakkan bagus utk anak2

    BalasPadam
  8. seronok tgk adik main... meriah sambutan

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©