Throwback Open House & Open Office 2017

July 25, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Throwback Open House & Open Office 2017


Actually dalam dilema nak publish ke tidak cerita open house & open office ini selain asyik-asyik citer berhari raya jer... macamlah dia seorang je pergi beraya tukan bimbang juga ada yang muntah hijau muahhhahhaaaa...

Eh! rayakan sebulan dan setahun sekali jer... oklah dimaafkan [huhuhu...suka hati ngkolah Mrs. A hoi!!]. Ha! tapikan sedang Mrs. A didalam dilema itu sempat jugaklah Mrs. A membaca semula posting hari raya Mrs. A yang tiga empat tahun dahulu macam yang di SINI eh! eh! eh! serius dah lupa pasal kisah-kisah tu tapi bila baca balik syiok sendiri pula dibuatnya. Tak sangka boleh create post yang agak panjang berbanding sekarang. Sekarang post tak sepanjang dahulu sedih!!! sepatutnya the other way around. 

Time tu Mrs. A masih bahasakan diri 'aku' tak macam sekarang Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! Actually Mrs. A pun dah tak ingat sejak bila boleh bertukar dari 'aku' kepada Mrs. A. Tapi kalau dari tidak kepada berhijab boleh baca SINI

open house
Ooopsss... ini gambar gang lunch tiada kena mengena dengan cerita muahhhahaaa. We all sengaja bergambar memanfaatkan prop hari raya Aildilfiri yang di buat oleh Dept Corporate Comm. company
Kesimpulannya inilah dia kisah Throwback Open House & Open Office 2017.

7 Syawal bersaman 1 Julai. Open House rumah ex-lady bos di Taman Tuanku Jaafar.  Walaupun Puan U dah tak bekerja di company yang Mrs. A masih lagi bekerja sekarang ini. Tapi dia selalu aje mengajak Mrs. A serta keluarga setiap kali dia mengadakan open house. Cuma tahun ini Mrs. A pergi bersama kids je Mr. A tak dapat join cos dia ada program open house bersama rakan-rakan politiknya di Rantau.
open house
Sembunyi di sebalik sebiji gelas
open house
Khusyuknya makan tak sedar ibu snap
open house
Sebelum pulang wajblah berswafoto dulu bersama Puan U
Kata puan U "thanks for coming and I minta maaf banyak-banyak tau. Alhamdulillah I dapat panggilan haji tahun ini doakan my husband and I dapat haji mabrur ya".

"Alhamdulillah semoga Puan dan husband selamat pergi dan selamat kembali. Sampai sana jangan lupa lambai I tau puan, I pun nak ke sana juga", balas Mrs. A.

Masih cerita open house lagi kali ini di rumah bapa saudara Mrs. A yang we all panggil Pak Busu dan Mak Busu. Open house ini waktu malam pada 21 Syawal bersamaan 15 Julai yang lalu. Walaupun depa ajak seluruh ahli keluarga iaitu adik-beradik Mrs. A dan emak tapi mereka semua tak dapat datang kekdahnya Mrs. A sekeluarga ajelah yang wakilkan.

Lagipun rumah Pak/Mak Busu ini dekat aje dengan rumah Mrs. A iaitu di Kampung Jiboi Baru. Meriah tau open house mereka ini giler... tak meriah tokey Cendol Songkok Tinggi tu.

open house
 Tengah-tengah adalah Mak Busu
open house
Pak Busu iaitu adik kepada arwah abah Mrs. A
open house
The cousins tapi Aryssa tak kiralah hehehe
open house
Tudung pink tu yang cousin Mrs. A bersama husband and her kids
open house
Open house yang paling banyak cookies Mrs. A suka.... paling rare ada buah manggis fresh dari ladang tapi sayang lupa pula nak snap
Esoknya tu sebelah petang 22 Syawal bersamaan 16 Julai lagiiiii... open house kali ini ada dua rumah dedua rumah tu rumah kawan Mr. A satu di Taman Tuanku Jaafar Golf Club dan satu rumah lagi Rahang.

Rumah yang di TTJ Golf Club tu kebetulanlah pula wifenya kawan-kawan semasa kecil emak dan mak-mak sedara Mr. A iaitu sekampung di Kampung Paya Luas, Perak. Huk aloh! keciknya dunia. Plannya m.i.l nak datang beraya juga konvoi dengan we all unfortunately time nak keluar adalah pula sedara mara datang so tak dapeklah nak nolong.

open house
Orang kampung m.i.l katanya
Kemudian rumah kedua pada hari itu adalah di Rahang taman tu namanya tak ingatlah apa tapi dekat aje dengan restoren Wadi Ar-Raudhah. Hah! yang ini pula kawan Mr. A abang Ben Bakern tu pula kakak dia yang sekampung dengan Mrs. A pi mai pi mai tang tu juga kekdahnya. Takde mood nak snap-snap dah petang bangat seh!

open house
Huwaaaaa.... time up-load gambar ni teringin la pulak namapk kuah kacang sedappppp
open house
Mr. A sedang amik food
open house
Along snap pun dia tak sedar
Okeh! habis cerita open house kita sambung lagi cerita open office pula. Eh! tahun ini bos sebenar Mrs. A takde buat open houselah. Hurm mungkin tak sempat kot. 

Actually open office company Mrs. A ini ada banyak peringkat tapi Mrs. A cuma pergi yang peringkat HQ aje sebab dekat (Mrs. A kan duk HQ) dan jimat minyak muahhahhaaa... Kalau nak diikutkan ada peringkat Seremban, Rembau, Jelebu, Port Dickson, M&E hah! itu yang Mrs. A ingatlah rasanya macam ada lagi yang lain-lain. 

Open office peringkat HQ ini diadakan pada 23 Syawal bersamaan dengan 17 Julai. Timenya adalah dari pukul 12.00 tengahari sehinggalah pukul 4.00 petang. Kali ini tak perlu bawa apa-apa aka 'say no to pot luck' cos top management menggunapakai wang keraian yang telah diperuntukkan buat mereka untuk staf marhaen hah! gitu. Okey lettew habis tu ko dapat duit keraian tu untuk apa tak kan makan sorang kot oopsssss laser tau.

Jom layan gambar sekitar majlis dari phone Mrs. A.

open office

open office
Booth Cendol Songkok Tinggi
open office
Kuih - muih
open office
Ketupat palas dan rendang huhuhu tak makan pun time tu sekarang baru rasa rugi

open office
Suka tudung berbulu kakak ni hasil jahitan dia sendiri
Walaupun ada pelbagai hidangan makanan tapi kalau dah namanya Mrs. A mesti akan cari nasi juga kah..kah..kah... nasi beriyani yang Mrs. A makan dulu itu pasal bila dah kenyang food lain dah tak hairan. Tamat kisah open office sendiri.

Okeh! akhir sekali open office dan acara perasmian bangunan pejabat yang berjaya Mrs. A serta officemate penuhi undangan adalah daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang NS. Kononya nak pergi sekali dengan encik bos tapikan mujurlah tak jadi cos encik bos dot..dot..dot... kekdahnya Mrs. A and the gang aje ke sana. Majlis ini agak protokol kena RSVP tekau! 

Undangan terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sembilan, ada juga yang dari Putrajaya most of them lawyer ler.. kot. Ada ramai VVIP semestinyalah ada YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan selain itu hadir juga peguam negara iaitu Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian daripada kumpulan kebudayaan Negeri Sembilan sambil makan we all disajikan juga dengan nyanyian lagu-lagu raya.

Meh! belanja gambar agains from my phone cap ah yam jer....

open office
We all jer wakil dari SAINS bos-bos tak dapat hadir
open office

open office
1st time makan benda alah nih! tapai pulut campur ais-krim. hurm.. yummy kena dengan selera Mrs. A
open office
Sempat snap gambar DSU nak ajak wefie seremmm....
open office
Bergambar bersama Kak L PA Dato' LA
open office
Apa ntah motif gambar ni. Oh nak bagi tau we all parking jauh depan IPK kot muahhhaaaaaa....
Alhamdulillah majlis berakhir dengan meriah terima kasih Kak L atas jemputan terima kasih juga ukhwah.

The End kisah Throwback Open House & Open Office 2017

You Might Also Like

15 comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi selasa

    Kerja polis rupanya mrs a ni

    Hari raya pun dah habis semalam

    Seronok dapat lihat orang jalan beraya

    Dan dapat jamu orang makan

    Semalam Maznee baca, nak murah rezeki kerana selalu belanja orang susah makan

    Jika niat ikhlas

    Insyaallah akan di permudahkan urusan cari rezeki tu

    Sebab tu di katakan majlis yang baik adalah majlis yang ada orang susah

    Majlis yang paling buruk adalah majlis yang jemput orang kaya saja

    Semoga semangat jamu orang makan ni berterusan

    ReplyDelete
  2. Wahh penuh undangan open house jw mrs A. Alhamdulillah rezeki Allah bagi ye. Seronok ana tgk.

    ReplyDelete
  3. tamatlah sudah bulan makan2 hahhaha

    ReplyDelete
  4. SYAWAL DH TINGGALKAN KITA TAPI RUMAH TERBUKA MMG SERONOK DIHADIRI MEWAH SEKALI REZKI-YA UTK KITA DI RUMAH TERBUKA

    ReplyDelete
  5. wah pergi open house sesaje yer Mrs.A. Rezeki tu. Rasa cepat je raya sebulan dah habis. Semoga kita diketemukan lagi dengan Ramadhan & Syawal tahun depan.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi makan tapai dgn aiskrim. Sedap ea?

    ReplyDelete
  7. Blogwalking here.bestnya rumah terbuka

    ReplyDelete
  8. Haha...lantaklah MA depa nak muntah hijo pun dengan cite Raya kita yg penting kita tak muntah hijo tengok gambo banyak dlm hp tak terpublish hihi....

    Aduhhh....jeles betul tengok org slim, orang slim ni pakai apa pun cantik....

    ReplyDelete
  9. Dh hbis raya ni rindu pulak kat open house 😁
    Nntkn mek punya entry pulak

    ReplyDelete
  10. akak keja kat balai polis ke? patut laa meriah open house kat ofis tu.. hihi

    ReplyDelete
  11. Bulan Syawal pun dah berlalu.
    Open house pun dah tutup pintu.
    Istimewanya cerita raya tak akan habis2.

    ReplyDelete
  12. Baru beberapa hari Syawal berlalu, dah rasa rindu makanan Raya..

    ReplyDelete
  13. Tengok kuah kacang Tu teringin Pula rasanya nak mkn ketupat

    ReplyDelete
  14. puasa sebln raya pn sbln yaaa ;-) opis sy lps raya br buat jamuan... last week pn sy masih dpt jemputan open house dasat sggh org kite ni beraya kan hehehe

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me