Salam 9 Syawal 1438 H

July 03, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Salam 9 Syawal 1438 H. Semalam genaplah 9 hari my blog my stori sendu dari up-date. Rasanya memang dah setiap kali raya blog pun sama bercuti da....Alasan paling 'win' adalah line internet di kampung Mrs. A teruk paling banyak pun dua bar tetapi selalunya adalah pangkah terus tiada bar langsung. Kalau nak check WhatsApp kena pi bawah pokok ceri muahhhaaaaaa.....

Okaylah enough dengan alasan APTB tu yang penting hari ini Mrs. A nak up-date jugak blog kesayangan Mrs. A ini. Cerita raya memang seronok tapi itu nantilah ya... hiks! Last entry tak puas lagi nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat readers. Macam mana raya tahun ini meriah ke idok?

Mrs. A seperti tahun-tahun sebelumnya hari raya pertama adalah di kampung Mrs. A di Lubok China. Actually sebelum raya lagi dah pulang ke kampung iaitu pada hari Jumaat 23.06.2017. Kemudian pada hari Sabtu tu emak Mrs. A buat lemang. So Mrs. A menolonglah apa yang patut. Biasanya part jaga lemang memang Mrs. A rajin menyibukkan diri. Tapi ada seorang kawan Mrs. A kata "aku rasa ko selphi yo lobih yang jago api ea tu mak-mak sedara kau" muahhahhhaaa....

Actually gambar ini dah pernah post kat IG @my.maziah (kalau sudi follow ler... IG kiter....) sekarang share kat blog pula.

9 Syawal 1438H
Tu dia 19 batang lemang. habis dalam masa 2 hari sahaja huhuhuu.....
Haish! nampak aje bara api tu jauh tapi panasssss...uols! hanya penjaga lemang yang bisa ngerti.

9 Syawal 1438H
Hentak jangan tak hentak
Tak lupa juga Mrs. A nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan blogger Nina Mads kerana sudi mengirim kad raya buat Mrs. A. 

9 Syawal 1438H
Kad raya special dari Nina Mads
Ha!! cantikkan kad raya dia!? Mrs. A suka jer...

Okay!!! once again Selamat Hari Raya Aidilfitri buat readers my blog my stori serta mohon maaf zahir dan batin. Terima kasih ukhwah. 

Salam 9 Syawal 1438 H

You Might Also Like

12 comments

  1. Selamat hari raya juga.
    Maaf zahir batin.
    Baru raya ke 9, ada 21 hari lagi.

    ReplyDelete
  2. "Hentak jangan tak hentak" . . . lemang jadi cantik kan . . .

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Mrs. A..
    Maaf andai ada salah dan silap.
    Seronok bila pandai buat lemang sendiri, puas hati berbanding beli.. :-)

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri Mrs. A. RINDU pulaj dengan lemang&rendang. Huu

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri Mrs A. Nasib baik ada lagi orang jual lemang area subang ni. Kalau tak, kempunan la duk tengok gambar lemang.

    ReplyDelete
  6. Waaaa banyaknya lemang Mrs.A! Syed nak satu boleh dak haha.
    Selamat Hari Raya kak! :)
    Maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara.

    ReplyDelete
  7. Wah bakar lemang sendiri, rajinnya.... saya beli je... susah cari buloh... huhu...

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya Mrs A.. mintak maaf kalau ade salah silap ye..

    raya e'in tahun nie excited sikit sebab ade ecad.. hihi

    ReplyDelete
  9. Hihi... bab kena tuduh posing lebih tu mmg bestlah. Tak pernah buat lemang. Tau makan je itupun boli.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mrs. A

    Syok bakar lemang ya.

    ReplyDelete
  11. Bestnya bakar lemang sendiri. Ana bakar dekat kedai je Mrs A. Hehe.

    Selamat hari raya Mrs A. Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  12. aida x pernah membako lemang.
    famili x buat.
    dah camne nak ada pengalaman? :) hi hi

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me