Perfume Mini Power Bank

July 24, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Perfume Mini Power Bank.

Apo ko bondo ea tu? Perfume ke? Hahhahaa... Perfume Mini Power Bank bukanlah perfume uols ianya adalah power bank sebenar yang boleh digunapakai untuk mengecas phone. Walaupun Mrs. A dah ada power bank tetapi ianya agak bulky rasa macam membebankan bila nak guna kalau setakat keluar lunch time office tu. [pssssttt cakap berdasarkan pengalaman]

Mrs. A sedar kewujudan Perfume Mini Power Bank ini pun time nak mencukupkan amount voucher Lazada yang Mrs. A menang baru-baru ini tu sedang scroll-scroll website Lazada sambil mencari-cari apalah yang aku nak beli dengan balance lagi 18 hengget nih! Tetiba melintas pulak benda seperti di bawah ini.

power bank
Perfume Mini Power Bank 2600mAh
Macam menarik je harga pun ngam kurang dari lebihan voucher tu, baca review tentang product tu pun ok je positif. Apa lagi Mrs. A pun terus aje beli.

Time keluarkan dari kotak tu apa yang ada dalam tu adalah satu usb, satu stainless steel ring dan perfume mini power bank itu lerrr. Actually ada macam-macam color tapi Mrs. A nak color mak ko hijau.

Memula dapat tu kenalah charge dulukan. Alhamdulillah ianya berada di dalam condition yang baik. Tau ajelah bebenda elektronik cenggini manalah tau nasib tak baik dapat yang condition nan hado hah! tak ke anti-klimaks namanya tu.

power bank
Time charge tu indicator tu akan blinking sekejap biru sekejap merah
Tidak berapa lama kemudian (kurang lebih satu jam) tiba-tiba dah biru aje statik. Mengikut common sense Mrs. A sebagai seorang manusia normal dah fully charged lettew.

Power bank
Statik membiru merah dah hilang
Setelah tiga empat hari menggunapakai Perfume Mini Power Bank (PMPB) tersebut, berdasarkan pengalaman Mrs. A ianya hanya mampu mengecas hanphone Mrs. A setakat 30% sahaja. Katalah bateri dah tinggal 20% then Mrs. A pun charge apabila bateri dah sampai lebih kurang 50 ke 60% PMPB akan blinking bagi amaran lettew then lebih kurang 10 minit cenggitu ia pun padam terus. 

Maknanya Mrs. A hanya boleh guna untuk sekali cas sahaja kemudian kalau nak guna lagi perlulah dicas semula berbeza dengan power bank Mrs. A yang besar gedabak tu boleh fully charged then power bank tu tak perlu charge pun masih lagi berkuasa untuk mengecas dalam dua kali lagi. Hah! itulah bezanya kuasa 20000mAh dengan 2600mAh. Iyaaa... dok? Tak adillah kalau nak buat perbandingan.

Anyway oklah kalau nak guna untuk emergency time keluar lunch office hour tu Mrs. A suka dengan kecomelannya itu.


You Might Also Like

10 comments

  1. OKLH TU BOLH GUNA PB TU KALA SGT MEMERLUKAN...TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar Mrs A

    Salam hari isnin

    Wah dapat ya power bank tu dengan harga rm18

    Walaupun dapat caj tak banyak naik

    Untuk waktu kecemasa pun kira oklah lah

    Boleh buat panggilan

    Kalau pakai internet memang tak lepas

    Cuma kena ingat nak caj sajalah

    Nanti bateri hp habis

    Powerbank lupa caj

    Hehe

    ReplyDelete
  3. Mudah kan sekarang... gi jalan mana2 pun tak risau bila dah ada powerbank ni.. ringan pulak tu..

    ReplyDelete
  4. alamak.. kalau nak travel payah nih MRS A.. hee~ tak cukup naktampung keperluan..

    ReplyDelete
  5. Saya ada jugak masuk ke web lazada. Cantik2 barang dia tapi belum pernah beli dari web tu.

    Mungkin satu hari saya beli jugak dari web tu.

    ReplyDelete
  6. Dah fizikalnya pun halus MA....dah tentulah kemampuan dia pun sikit. Tak perlah... nak guna untuk keluar lunch je kan. Nak gi travel sila guna yg besar gedabak tu ek..

    ReplyDelete
  7. Mek ad ni dlu ! Senang nk bwk sbb kecik tp kuasa xckup boom 😌

    ReplyDelete
  8. New follower 317 ..
    CCL ada satu powerbank camnie . Comelkan . Tapi sayang lasak sangat , jatuh powerbank tue sampaikan patah tempat usb tu

    ReplyDelete
  9. ok laa tu kalu gn utk saat2 kecemasan

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me