Shopping Raya Girls Only - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Shopping Raya Girls Only

23 Jun 2017

Shopping Raya Girls Only

As Salam and greetings to dear readers.

Shopping Raya Girls Only


Kalau nak shopping lama-lama haruslah girls only. Kalau ada the boys mereka nak cepat aje kalau lama-lama nanti muncung panjang sedepa sampai boleh ditanjul. Setuju tak girls? Oleh kerana Mr. A sibuk memanjang bila Aryssa duk nyanyi-nyanyi kat dia bila nak shopping raya? Lalu Mr. A pun suruh Mrs. A aje yang pergi shopping dulu dengan Aryssa. "Along dan Adik nanti pandailah saya arrange" katanya.

Mrs. A dan Aryssa okay jer... Yahoooooo... suka-suka asalkan RM dibagi. Kekdahnya last Saturday girl days out buat Aryssa dan Mrs. A. Lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi dah gerak dari rumah cos Mrs. A nak ke TM Point, Jalan Pasar di Bandar Seremban terlebih dahulu. Tujuan ke sana adalah nak terminate phone talian tetap yang di kampung Mrs. A. 

Actually emak Mrs. A yang minta tolong terminatekan line tu katanya dah lama sangat phone tu tak boleh digunakan dah buat aduan pun sama jugak walaupun orang TM dah tukar phone nanti sekejap aje okaynya adalah dalam seminggu dua kemudian ko semula. Bil tetap jugak kena bayar tapi phone tak boleh guna baiklah terminate aje kata emak lagipun phone tu atas nama arwah Abah. Nanti bila line di kampung dah okay pasanglah semula gunalah nama orang yang masih hidup ha gitu katanya

Hah! bercerita tentang nak terminat line orang yang dah meninggal ni waris kena pergi sendiri tak boleh sekadar calling-calling sahaja. Tapi tulah time Mrs. A call tu staff tu kata mana-mana cawangan TM Point yang penting kena ada death certificate.  Mrs. A pun pergilah terus TM Point yang kat area office nih! Sampai sana "kak branch tak buatlah terminate line akak kena pergi HQ di Jalan Pasar haish! macam tu pulak tapi bila akak called katanya mana-mana TM point. Eh! taklah kak salah info tu. Huh! dalam hati hampeh betullah membazir masa aku jer... mujur naik kaki aje kalau naik kereta dah membazir minyak la pulak.

girls only
Ambil no kemudian silalah tunggu ya!!
Eh! ini sebenarnya nak cerita shopping raya ke terminate line TM nih! muahahhahah... okaylah dipendekkan cerita alhamdulillah last Saturday tu dah berjaya pun menyelesaikan amanah emak supaya terminate line phone. Mudah aje isi borang dan lampirkan bersama death certificate arwah Abah. Kemudian kaunter akan check ada balance tertunggak ke tidak. Dalam kes Mrs. A tiada then tanpa banyak soal staff bertugas terus aje terminate line tu. Alhamdulillah settled.

Selesai urusan di TM Point Aryssa dan Mrs. A pun gerak nak gi shopping actually tak decide lagi nak ke mana on the way Mrs. A tanya Aryssa nak ke mana? Seremban Prima ajelah ibu katanya, Hurmmm... okaylah lepas tu baru kita gi Mydin Senawang pulak. Waktu dan ketika ini bandar Seremban hujan lebat. Kenderaan slow moving.

Ingatkan we all aje yang nak ke Seremban Prima rupanya berduyun lagi yang lain basement tak boleh parking dah full kenalah naik tingkat atas. Haish! jalan nak menuju ke tingkat atas pun boleh jem. Level 1 atas full kena naik lagi satu level mujur ada parking.

Aryssa nak beli baju kurung lagi satu katanya lain-lain nak beli baju jalan-jalan. We both terus aje menuju ke Tewah cos dah tahu kat sini ada banyak pilihan, harga pun mampu milik.

Shopping raya
Macam-macam ada tak tahu nak pilih mana satu
shopping raya
Yang macam patung tu cantik. Tapi Aryssa tak berkenan la pulak
shopping raya
Aryssa suka yang macam ini
Aryssa beli sepasang baju kurung moden di Tewah. Mrs. A belikan baju untuk emak saudara yang dua orang tu, seorang sepasang. Pada mulanya nak belikan untuk emak Mrs. A juga tapi confuse emak size apa 46 ke 48, bila WA Kakngah Mrs. A tak jawab so tak beli. Next time ajelah cari kat tempat lain. 

Kemudian we both beralih arah pula ke Parkson Grand memula ke jualan gudangnya terlebih dahulu. Hurm...depa punya banner iklan bukan main maut lagiks! kenyataannya sekadar okay lorrr.... sahaja.

shopping raya
Ibu: Mana satu cantik Sha?
Aryssa: Dedua pun cantik ibu.
Haish tak menjawab soalan langsung
Di Parkson Grand apsal ntah tak snap-snap hurm... maybe dah lotih kot. Time |Aryssa fitting baju sempatlah Mrs. A duduk rilex sekejap kemudian tengoklah jam ditangan. Astaghafirrullah Aryssa.... dah pukul 3.43 petang rupanya. Tak sedar masa berlalu punyalah khusyuk menyoping macam tak pernah shopping pun ada. Alhamdullilah setelah fitting, Aryssa dapatlah 4 pasang baju jalannya. Mrs. A pun terjebaklah jugak 2 helai baju kerja dan seketul handbag tidak dilupakan juga untuk si cilik Puteri Talia 2 helai gaun. 

Kemudian cepat-cepat ke bahagian kasut punyalah banyak kasut satu pun Aryssa tak berkenan. Kesudahannya we both balik aje tanpa kasut raya Aryssa. Katanya beli kat tempat lainlah ibu dah letih la... jom kita balik. Kesudahanya balik aje terus takde maknanya nak ke Mydin Senawang pula, maybe next time aje.

Alhamdulillah selamat sampai rumah lebih kurang pukul 5.00 petang. Bila sampai rumah Along dan Adik tanya kenapa lambat sangat? Hehehhe... shopping la jawab Aryssa. Tengok muka the boys annoying aje kesian.... Pastu babahnya pulak cakap hebat betul ibu kau shopping dari pagi sampai ke petang. Mrs. A pun ketawa ajelah kah!kah!kah!!! sabar yolah.

Itu kisah shopping bersama Aryssa. Sambung lagi Shopping Raya Girls Only bersama officemate pulak. Kali ini Mrs. A pergi shopping jauh sikit iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, K.L #shoppinglahsangat.

Sengaja nak pergi Jalan TAR cos nak mengimbau kembali kenangan time Mrs. A kerja di Menara Multi Purpose dahulu memang kalau di bulan puasa setiap hari time lunch hour akan tawaf Jalan TAR ini bersama buddies. Belinya tidak berjalan yang lebih muaahahaha....

Jom layan gambar. 

shopping raya
Kecik sangat gambar banggunan Menara Multi Purposenya. Terlupa pulak nak snap bangunan MMP time duduk kat bus stop depan jalan hari itu
shopping raya
Eh! color grey la...
shopping raya

shopping raya
Semua House masih di situ
Kemudian we all ke SOGO pula cos officemate nak beli kasut. 

shopping raya
Mrs. A pun jumpa kasut yang terbekenan terus beli. Nak belikan Aryssa tapi tak confident pulak dengan sizenya.
shopping raya
Suri Hati Mr. Pilot eh bukanlah Miss Suri
Jalan punya jalan tetiba dapat WA dari bos dah ke belum kwang...kwang..kwang... belum lagi bos. Pastu bos balas dengan caption ketawa besarnya. Okay! setengah jam lagi ya...katanya lepas ni nak ke KLCC pula.

Lebih kurang seperti masa yang dah dijanjikan we all ke KLCClah pulak cos bos nak pergi Mark & Spencer. Mrs. A and officemate takde apa dah nak beli ikut ajelah bos. Sementara tunggu bos tu kita snap gambar sendiri dulu tak koserlah pulak nak snap gambar kawasan sekitar muahhahaha.....

shopping raya

Okay last sekali gambar puan blog ya...

shopping raya
Kat lorong Uniqlo pun bolehlah line clear
Okay itu sahaja kisah Shopping Raya Girls Only. Readers macam mana persiapan raya semua dah sedia ke? Tak semestinya semua kena serba baru berbelanjalah ikut keperluan. Tak perlulah ikutkan sangat kehendak dan ikut-ikut orang jadilah diri sendiri yang penting lepas raya kita masih happy tak haru-biru memikirkan dah over budget.

Readers dah cuti raya ke? Mrs. A esok baru mula cuti kemudian sambung lagi 3 hari selepas raya tu. Andainya tak sempat up-date lagi selepas entry ini. Mrs. A mohon maaf zahir dan batin in advance ya. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa manis-manis sahaja. Maaf zahir dan batin. Drive safely ingatlah orang yang tersayang.

13 ulasan:

  1. Kalau perempuan pilih baju memang jenuh nak tunggu, tapi nak buat camne kan, raya setahun sekali kan... hehe

    BalasPadam
  2. ambai kak shopping sakan, dari jaln TAR masuk ke Sogo, lepas tu jalan shopping lagi..hahaa

    BalasPadam
  3. best laa kak ade geng shopping gigirl.. e'in terpaksa bawak asben sekali.. tak kira ah die muncung ketak sebab die banker.. haha

    BalasPadam
  4. Saya belum shopping lagi huhuhu..

    Awek dah siap beli semua..

    BalasPadam
  5. Kita pun agak kureng sikit bab2 shopping raya nie

    BalasPadam
  6. Selain membaking shopping membuat kita terasa sangat suasana raya. Selamat Hari Raya.

    BalasPadam
  7. tudiaa.. perempuan dan shoping..hehehe

    selamat hari raya..

    BalasPadam
  8. :D :D biasa la tu kalo meyoping kan.. mmg lama..
    tm tu lain kali kena tanya betul2 tu nnti xpaasal2 info tu salah.. :D

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya maaf zahir batin MA....
    Hihi...biasalah bab soping ni mmg senang kalau gegurl je yg pergi, kalau bawak depa nanti asyik mengajak balik je ....Tak tenang nak soping! Kira berbaloi jugaklah kan walaupun lama soping banyak jugak barang yg dirembat tu

    Cantik pulak beg coklat yg awak pegang tu MA...

    BalasPadam
  10. tahun ni tak shopping di Jalan TAR...tahun2 sudah tak pernah miss shopping raya di situ..

    BalasPadam
  11. thn ni aida x ke jalan TAR.
    tahun lepas gi sehari sebelum puasa.
    asben serik! hadoi lah...
    heaven tu gi jalan TAR, kan? :)
    da kata kat dia, nanti lepas abis raya, one of the weekend nak ajak dia ke KL.
    bwk anak2 naik komuter.
    saje jalan-jalan makan-makan :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©