Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro

June 01, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro. Ooppss.... ini post untuk wanita khasnya kaum-kaum ibu yang consume planning pil ngeh! ngeh!ngeh! Tiga hari lepas Mrs. A telah tersinggah tanpa sengaja [ayat kemain hiks!] di Farmasi Alpro yang baharu sahaja dibuka di area office Mrs. A. 

Plannya nak pergi farmasi yang selalu Mrs. A pergi tu, kat area yang sama tetapi tiba-tiba mata tertancap pulak kat kalungan-kalungan bunga di lorong pejalan kaki depan farmasi Alpro al-maklumlah depa dapat bunga ucapan tahniah gitu. Terus ajelah Mrs. A singgah mana tau sebab baharu buka kot-kot depa buat diskaun 'pembukaan'.

Amvoi!!! peramahnya lak hai!!! pekerja dia tu. Bila Mrs. A tanya planning pil jenama Loette ada ke tidak? Kemudian dia pun cari dan jumpa bila tanya harga pulak "RM23.00 only mem". Dua kali Mrs. A tanya ha! "how much?" ialah manalah tahu kot-kot Mrs. A salah dengar RM33 ke? RM23.00 katanya lagi sambil menerangkan yang mereka bagi harga minimum, "agak susah untuk dapat harga ini di mana-mana tempat lain kecuali yang beli direct daripada pengeluar" tambahnya. Hah! Mrs. A pun apa lagi terus ajelah membeli dan terus jugak menjadi 'members Alpro'.

Kalau ikutkan Mrs. A ini susah jugaklah nak termakan kata-kata promotion yang suruh kita join members ini, tapi disebabkan jadi members cuma RM10.00 sahaja seumur hidup, terus tergoda tambahan pulak harga Loette tu kat Alpro ini memang berbaloi-baloi.

Loette
Alpro insured RM1,000,000 genuine medicine
Berdasarkan pengalaman Mrs. A yang dah banyak tahun consume planning pil Loette ini harga di Alpro ini adalah serupa time mula-mula Mrs. A ambilnya dulu iaitu kira-kira lapan tahun yang lalu. Time tu Mrs. A beli di klinik Dr. R di Plaza Dwitasik amvoi!!! jauhnya membeli muahahhahhaaaaa.... Takdelah time tu Mrs. A kerja company lain dan projek office di Plaza Dwitasik.

As time goes by Mrs. A pun dah tak kerja di sana lagi dan kenalah beli kat tempat lain banyak sangat tempat dah Mrs. A beli kat farmasi area taman Mrs. A, di Senawang, di Watson, di Guardian, di farmasi kat kampung haish! banyaklah mana-mana tempat yang menawarkan harga terendah pasti Mrs. A akan terjah dan biasanya beli dua ke tiga kotak buat stok. Namun kesemua harga tak mampu nak beat tempat baru yang Mrs. A jumpa ini iaitu farmasi Alpro. [oiiii... Alpro ko dengar tak nih!?] Itulah kesian ko Mrs. A Alpro dah lama wujud yang ko tak pergi kenapa huhuhuhu....

Kenapa Mrs. A pilih planning pil jenama Loette dari pelbagai jenis planning pil yang ada di antara sebab utamanya adalah Mrs. A tak gemukkkk....!!! bila ambil Loette. Actually time mula-mula nak consume planning pil dulu adalah dua tiga jenama lain yang Mrs. A dah cuba seperti Gynera, Yasmin, ada satu lagi tak ingat pulak apa ke namanya hah! gebu-gebas badan iol.

Bila dah gebu-gebas tu Mrs. A pun minta advise Dr. R kat klinik di Plaza Dwitasik tu, cakap dengan dia 'Doc I nak consume planning pil yang tak menggemukkanlah' then Dr. R pun suggest Loette. Ini berdasarkan cerita Mrs. A kat dia yang dah consume lain-lain planning pil yang Mrs. A sebut tadi tu.

Katanya cubalah Loette kita kena tengok jugak jenis hormon masing-masing setiap individu berbeza. Actually planning pil tu ada dos-dos hormon tertentu yang berbeza-beza peratusnya. Contohnya hormon esterogen maybe dalam jenama A peratusnya 20% dan jenama B pulak 10%. So kalau hormon esterogen dalam seseorang individu itu banyak dia maybe sesuai dengan jenama B. Oooopppssss apa-apa pun kena minta advised dari yang pakar ya... Mrs. A sekadar berkongsi pendapat sahaja berdasarkan pengalaman. Janganlah ambil serius pula terus nak tukar jenama nanti kalau menggemuk jugak hah! janganlah salahkan Mrs. A pulak huhuhuhu....

Pssstttt.... tapi kalau nak murah lagi ada jer... ambil yang kat klinik kesihatan tu muahahhahaahhaaa...

Eh! nak share jugak gambar card membership Alpro.

Pharmacy Alpro
Selain card dapat jugak key-chain Alpro
Selepas ini dah tentulah Mrs. A akan terus sahaja membeli Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro.

The End.

You Might Also Like

7 comments

  1. mmg pun Gynera tu bagi badan gebu gebas..buktinya kt akk ni..sampai la payah nk turun walau tak consume Gynera dah...huhu

    ReplyDelete
  2. So far ana tak consume apa2 pil. Takut nak cuba sebenarnya. Apa pil pun ana takut. Even panadol pun. Rasa tersekat2 bila nk telan. Haha

    ReplyDelete
  3. ooo br tau ada yg boleh menggemukkan hehehe

    ReplyDelete
  4. Menarik topik ni Mrs. A... sbb ai pun terpikir jugak nak start merancang. Pecaya tak, ai cuma sekali je makan pil perancang ni. Maksudnya satu round, tapi tak habis pun satu strip. Sbbnya masa mid-cycle cramp kuat sgt mcm period pain tapi tak period. Jadi selama ni ai cuma keep track pakai app je, main kira-kira ala ahli falak gitu je lah. Tapi rasanya nak try lagi sekali lah. Sbb main kira2 ni kadang2 pening jugak... nak2 pulak bila tersalah kira. Gugup jantung wehh menunggu kunjungan cik p. Kalau lambat tu, kusss semangat! =D

    ReplyDelete
  5. Murah dah harga tu.. Mmg berbaloi2... Lea x amek pun pils..

    ReplyDelete
  6. Wah baguslah farmasi Tu mmg murah

    ReplyDelete
  7. Tak pernah berpengalan makan pil planning sebab dah kena potong terus haha...

    Apa pun kalau dah sesuai dgn badan kita, eloklah teruskan ye MA. Kang terberanak tanpa dirancang pulak hihi...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me