Penipuan Melalui Panggilan Telefon.

June 20, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Penipuan Melalui Panggilan Telefon.


Pagi tadi Mrs. A terbaca wall FB rakan sekolah yang berkongsi cerita berkenaan dirinya yang telah hampir terpedaya dengan phone scammer. Walaupun perkongsiannya agak panjang tetapi Mrs. A tetap juga membacanya dari awal hingga habis cos nak tahu kronologi cerita. Dari apa yang Mrs. A baca memang hebat betullah cara scammer ini hendak memperdayakan mangsanya.

Setelah mohon izin dari rakan sekolah berkenaan di sini Mrs. A kongsikan ceritanya. Walaupun agak panjang tapi berbaloi untuk dibaca Mrs. A tak edit apa-apa pun memang copy & paste sejibik habis ngeh! ngeh! ngeh!

no phone scammer
Awas kalau terima panggilan daripada nombor ini. Jangan dilayan

Hari ini dah 12 hari aku terima phone call daripada penyangak-penyangak Scammer tu. Selepas 12 hari baru aku buat keputusan untuk share ceritanya dengan korang semua. Tu pon pasal tadi en somi kata ada 2 orang kawan dia terkena kes yg sama.

Mula-mula rasa malas je nak cerita sebab panjang sangat storynya nanti. Korang bayangkanlah hampir dua jam aku engaged dengan dorang atas phone. Memang dorang dah di train untuk memperdayakan orang. Nyaris-nyaris aku terkena!! Macam kena pukau pon ada jugak sebab dari first jawab phone call tu, aku akur je arahan dorang.

Ceritanya macamni, jumaat lepas dalam pukul 10 pagi camtu, tetiba ada call masuk. Aku tengok kat screen phone tu no yang appear no office atau rumah, so aku pon jawablah. First time aku received call dari no tu.

Once aku jawab, kedengaranlah suara operator machine seperti biasa kita dengar bila call bank-bank tu. Bunyinya lebih kurang camni. "Sila jelaskan tunggakan pinjaman anda! Pinjaman anda tertunggak 3 bulan! Sila tekan 1 jika nak bercakap dengan operator!".

Aku pun peliklahhh...bila masa pulak aku buat loan ni, disebabkan perasaan nak tau aku pon tekanlah no 1. Terus je seorang perempuan melayu jawab call tu. Aku pon terus tanya, hello mis ni call dari mana? Dia jawab, bank ABC HQ puan.


Lagilah aku pelik, sebab aku tak pernah bukak akaun pon dengan bank ABC. Bila aku nak tanya lebih lanjut dia cakap, "Puan, saya sambungkan dengan PIC ye." Aku pon ye kan jelah. Line tu transfer pulak ke sorang lagi perempuan melayu. Katanya nama dia Ain Sofea. Aku pon cakap " Cik Ain, saya nak buat pengesahan tentang call yang saya terimani. 

Mula-mula dia kononnya nak buat semakan dulu nama, no ic dan alamat rumah aku. 3 kali dia baca no Ic aku, kali kedua tu salah pada satu angka. Aku suruh dia baca sekali lagi. kalinya betul semua 12 angka. Ejaan nama aku pon betul jugak dan alamat rumah aku hampir tepat, cuma no rumah dan jalannya salah tapi tamannya betul! Mau tak teperanjat, dahlah masa tu aku sensorang kat rumah. Pelik, aku baru je cakap nama dia dah tau no IC aku.

Aku pun minta detail pasal loan tu semua. Terkejut beruk aku korang. Pinjaman peribadi, jumlah pinjaman sebanyak Rm50K. Loan apply pada 13.02.2017 dan approved pada 20.02.2017. Seminggu je dah approve. Loan dibuat di Bank ABC Georgetown P.Pinang. Acc no 1270 1004 664. Monthly instalment Rm1125. Sekarang tertunggak 3 bulan Rm3375. Masa 5 tahun. Cik Ain tu kata sejak loan approve orang tu tak pernah buat bayaran balik. So total amont outstanding Rm67,500! Mengucap besar aku dengar bila dia bacakan detail tu.

Lepas tu mulalah episod aku seperti kena pukau dan dengar je apa cakap dia. Dia kata " Puan, dari apa yang kami siasat, kemungkinan besar ada orang dalam Bank ABC sendiri yang terlibat dalam kes ni. Sebabnya dia kata biasanya jika amount yg diminta berjumlah Rm50k, pinjaman akan diproses lebih kurang dalam 1-3 bulan, ni seminggu je dah approve. Ada unsur² penipuan disitu. Saya cadangkan puan buat repot polis".

Berkali-kali aku kata aku tak tau menahu pasal loan tu. Bank ABC account pon aku tak ada. Tapi dah disebabkan nama dan no ic aku dah digunakan aku pon akur je cadangan untuk buat repot tu. Aku tanya Si Ain tu, so..saya kena pergi Bandar P ke nak buat report? Dia kata, " tak perlu puan, saya boleh tolong puan puan report secara on line. Saya boleh sambungkan line ni terus ke IPD ABC." ..mulanya aku pelik juga..aku tanya dia, "boleh ke macam tu?". Tak pernah pulak aku dengar boleh buat repot polis secara on line. Dia jawab, "boleh puan, kami ada talian khas kecemasan untuk kes2 macamni.!.

"Sebelum saya sambungkan talian, puan tulis dulu detail2 yang saya cakapni ye. Nama saya Ain Sofea bt Mohammad, ID card saya ABC0078. No file loan A8770. Loan dibuat di bank ABC Penang Times Square, Jalan Dato Keramat, Georgetown P.Pinang. Aku pon gi tulislah detail2 yang dia sebutkan tu.

Lepas tu dia tanya aku, "puan dah bersedia ke untuk saya sambungkan talian pada balai polis ABC?Dalam kepala aku tak de fikir lain, aku nak settle kan bendani secepat mungkin. Buatnya betul ada orang apply loan guna nama dan ic aku, tak ke bala tu. Aku tak nak lah semak² kepala nanti. Dahlah dekat nak rayani..macam² hal pulak lah.

Aku pon kata " oklah saya bersedia", dia siap cakap. "Puan, nanti saya akan faxkan juga detail kes ni kepada balai ABC, puan boleh mention nama dan Id no saya pd polis nanti" ...Aku cuma kata ok je!! Kepala aku dah mula semak, fikir macam², buatnya betul² je bendani jadi..naya!



So...line tu pon ditransfer pulak ke tempat lain(kononnya IPD ABC). Yang jawab call tu pon pompuan jugak! Dasat betul pompuan sekarangni..dah sama level dengan lelaki dlm bab menipu ni!!. Kononnya nama dia Sarjan Nora! Aku pon storylah kat dia, aku kata nama dan no ic saya digunakan orang untuk buat personnel loan kat bank ABC Penang. Tak saya tak pernah ada akaun dengan bank ABC, so saya nak buat repot. Ni pon sebab pehak bank sendiri yang minta saya repot sebab bank kata ada unsur² penipuan.

Lepas line tu di transfer ke "Sjn Nora" tu, ada lagi satu bala pulak lagi timbul! Suara Sjn ni boleh tahan kasarnya...Sjn lah katakann. Lepas dia dengar apa yang aku cakap , dia kata" baik puan, sebelum saya terima lapuranni, saya minta puan semak /google no phone IPD ABC kat internet. Catatkan, nanti sàya akan call puan semula sebab line sekarangni adalah line kecemasan, saya tak boleh nak rekod" . Aku tak terfikir langsung nak call Suami aku ke, untuk share atau tanya pasal ni kat dia.

Aku matikan phone, dan google IPD ABC, aku tulis no tu kat buku. Kejap je lepas tu ada call in no 04-222 1152. Sama dengan no IPD ABC yang aku tulis tadi. Tak taulah cammanalah penyangak² tu buat sampai boleh cross line dgn no balai polis. Lagilah buat aku percaya yang bendani memang betul!😞

Bila aku jawab call, Sjn Nora pon bagi taulah aku procedure untuk buat repot secara on line. Macam² dia tanya detail aku dan family. Duduk mana, kerja apa, suami kerja dimana, anak berapa org....semuanya aku jawab dgn jujur..macam orang kena soal siasat kat balai tu.

Dia tanya aku, " puan pernah terlibat dengan kes jenayah sebelomni? Pernah dibabitkan kesalahan? Pernah tak buat lapuran polis atas apa² kes?" .semua aku jawab tak pernah! Dia mula ugut aku. " Puan kena bercakap benar, perbualan kitani dirakam, dan akan digunakan jika ada perbicaraan di mahkamah nanti. Kami boleh check IC puan, jika ada apa² kesalahan atau ada lapuran polis atas nama puan dibuat, puan lagi susah nanti!!

Aku katalah..aku tak pernah pon hilang IC, kalau ada aku dah buat repot polis...pernah sekali buat repot polis sebab ada "gangguan " panggilan telefon dari orang yang saya tak kenal dua tahun lepas. Tu jee.. Lepas tu dia cakap, ok puan, sekarang saya nak check IC puan, nak tengok ada sangkut apa² kes tak. Masa ni aku masih boleh gelak² lagi..yelahh aku tak ada bermusuh dengan sesiapa..aku tak pernah buat jenayah pon..aku cakap ok Sarjan.

Dia pon sambungkan satu line lagi, kononnya pegawai dr dept untuk check IC, aku boleh dengar suara orang tu, kalini lelaki pulak. Sjn Nora cakap, " puan dengar ye, orang saya check ic puan, boleh dengarkan?? ...aku kata dengar..cuma tak berapa jelas. Polis lelaki tu sebut nama dan no ic aku 2 kali... Kali ni aku mula panik sebab ada lagi satu kes babitkan nama dan no ic aku, kalini dengan bank XYZ pulak...dan kes ni lebih besar sebab ada terbabit kes jenayah!!! Orang yang terlibat dalam kes ni dah ditangkap minggu lepas, dan orang tu adalah bekas pengurus bank XYZ sendiri.!!

Korang bayangkan apa perasaan aku masa tu??..ingat satu kes..rupanya ada dua kes pulak...dan terbabit kes jenayah pulak!!!😭 Sarjan Nora soal siasat aku bertalu-talu..dia tanya apa hubungan aku dengan si M tu.? Aku cakap aku tak kenal pon manusia tu...sebab si M cakap dia deposit wang Rm200k ke akaun aku!!! Huhuhu!

Hahahaha..tambah satu bala pulak lagi dahhhh...sebenarnya macam2 "Sjn Nora" tu ugut masa soal siasat aku..siap cakap jika sabit kesalahan puan boleh dihukum penjara bla..bla..bla...sebab terlibat dengan penjenayah!! Dia cakap lagi, sebenarnya waran tangkap atas nama aku dah keluar pon..huhuhu!

Walaupon panik, tapi aku masih boleh berlawan cakap dengan dia. Mestilah aku menafikan semua benda tu..So last sekali dia cakap..macamni lah puan, jika puan bekerjasama dengan kami..in sha Allah kes ni boleh selesai cepat..sebab siasatan pon dah hampir selesai sebenarnya, bersama dengan si M ada 8 lagi lelaki melayu ditangkap. Masa M ditangkap ada 200 keping IC palsu dan beberapa kad Atm bank, salah satunya kad bank XYZ atas nama puan. Dan si M kata dia dah depositkan wang berjumlah RM200k dàlam akaun aku!!

Sekarang polis tengah cari balik wang Rm200k tu..huhuhu. Sekali lagi Sjn Nora minta aku beri kerjasama. Aku akur je. Dia mula tanya aku ada berapa akaun bank? Dan berapa jumlah saving yang ada dalam setiap bank. Aku kena jawab dengan jujur, jika didapati statement aku bercanggah dengan jumlah sebenar, duit tu semua akan dirampas.

Aku pon jawablah..dalam bank A ada sekian, bank B ada sekian. Saya ni tak kerja pon, berniaga on line je..manalah dalam bank saya ada sampai dua ratus ribu..Agaknya dia mula rasa yang dia tak akan dapat apa yang dorang nak dari aku, akhirnya dia cakap, " ok puan, kejap saya print repot dan tunjuk pada IO saya, puan tunggu ditalian. Lepas tu aku dengarlah bunyi printer..sebijik macam bunyi printer kat balai polis cam dalam tv tu. Sampai macam tu sekali dorang punya preparation untuk tipu orang.


Tak lama lepas tu, Sjn Nora cakap dengan aku "ok puan, saya dah tunjuk repot pada IO saya, dia kata kes ni dah selesai sebab jumlah wang dalam akaun puan tak sampai Rm10k. Dan kami dapati puan memang tak bersalah dan waran tangkap keatas puan juga dah dibatalkan ".

Sjn Nora siap cakap, " kan saya dah kata, jika puan memang tak bersalah, bagi kerjasama sepenuhnya kes ni boleh selesai cepat. Saya tau puan orang yang baik² je." "Sebelum saya letak phone, saya minta puan jangan bagi tau sesiapa pun kes ni, dengan suami dan anak² pun jangan!" Aku tanya kenapa dengan suami pun tak boleh cerita? Dia cakap, "kalau puan cerita dengan suami, dia akan risau, bila risau dia akan mula cari jalan nak tolong puan selesaikan kes ni. Dia akan tanya sana sini, takut akan menganggu sesiasatan kami yang hampir selesai ni." Aku pon ya kan je....

Tu lah cerita panjang lebar yang terjadi pada jumaat lepas, hampir dua jam penyangak² tu try perangkap aku dengan soalan macam², siap ugut² lagi. Alhamdulillah, Allah lindungi aku daripada jadi mangsa penyangak² ni. Nasib baik dia tak tanya no akaun bank² aku tu sebab aku dah macam terpukau siap gi ambik buku bank lagi. Tak lama lepas dia letak phone, suami aku call tanya dah siap belum, sebab sebenarnya kami nak berangkat ke PD pukul 12 tu. Masa tu baru aku macam tersedar dan cepat² mandi dan bersiap.

Macam² cara sekarang penyamun² ni cari jalan untuk tipu daya orang, lagilah dah dekat nak raya ni. Nak cari duit mudah je. Kerja tak nak! Sekarang ni macam² cara boleh cari duit. Duk rumah pon boleh cari duit, cam aku ni jual #jus_durian_belanda dan #krimkurus_viral_20hengget je pon. Asalkan usaha dan niat nak cari rezeki halal, in sha Allah ada je peluang dan jalannya. Walaupon saving aku belum sampai Rm200k lagi..hahaha in sha Allah sentiasa cukup je buat aku.

Korang, aku mulanya tak nak share ceritani, sebab macam drama dalam tv3 pukul 7 tu ceritanya, tapi sebab ada kawan yang minta aku share..aku pon karanglahh. Lagi pon member suami aku pon ada dua orang yang terkena sama. Jenuh aku menaip kat phone ni, tak pelah sekurangnya boleh improve aku punya copy writing hehe. Selamani aku selalu baca kesah orang kena Scam kat FB je, tak sangka benda ni boleh terjadi pada aku juga. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati bila jawab phone call. Selalunya memang aku tak layan pon kalau ada call dari insurance ke bank ke untuk promote service dorang, tapi sebab dia call guna machine buat aku nak tau lebih lanjut dan terperangkap kat situ. Licik sungguh permainan dorang. Pengangak² tu pon well trained jugak. Tak tau sistem apa yang dorang guna siap boleh cross line no phone bank dan balai polis. Cisss!

Semoga tidak ada kenalan atau saudara mara aku yang terkena pulak lepas ni. Mudah² kita semua di bawah lindungan Allah SWT .Aamiin!


You Might Also Like

7 comments

  1. Terancang sungguh modus operandi dia. Ada beberapa perkara yang merisaukan:

    1. Penipu dah boleh tahu dengan tepat nama, IC dengan alamat.
    2. Penipu minta kita declare dengan bank mana kita ada akaun dan berapa jumlahnya. Walaupun nombor akaun kita tak bagi, tapi IC dan nama pun dia boleh cari kan.

    Bahay betul scam sekarang.

    ReplyDelete
  2. Adesshai memang macam drama sangat bak kata akak ni. huhue. tp musykil part no telefon tu macam mana dia boleh buat crossline dgn balai polis eh?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semenjak viral berkenaan isu baru-baru ni, ahli keluarga kami tak pernah lagi terkena (nauzubillahi min zalik). Cuma ada beberapa kawan abang terkena, tetapi cepat-cepat tahu yang mereka adalah scammer. Dapat pulak kawan abang tu jenis sengal, dipermainkan semula scammers tu. Padan dengan muka...

    ReplyDelete
  4. menakotkan...
    aida jadi trauma kalu dpt call dari number yg ntah hape-hape tau.
    takot gini la. kena pukau kat phone :(

    ReplyDelete
  5. hahar2, wak pon penah kene tapi dh agak dh masa mula2 lagi ..

    http://tigalalat.blogspot.my/2017/05/a-creepy-phone-call-from-0376268899.html

    ReplyDelete
  6. Dah byk kali juga kes ni ana baca. Tak takut ke makan duit haram dorang ni kan. Semoga kita di jauhkan dr jd mangsa mereka. InsyaAllah.


    By the way, thanks mrs A for ur kind advice. I do really appreciate it :) thank you so much

    ReplyDelete
  7. Fuhhh..menakutkan. sebab tu kalau unknown number memang tak angkat.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me