Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5

May 15, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5. Tahun ini tempat kejohanan adalah di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Bowling adalah salah satu lagi sport kegemaran Mrs. A selain netball so kalau ada aje mana-mana event bowling of course Mrs. A akan menyelitkan diri. Sebelum ini Mrs. A dah ada bagi teasernya di SINI.

Alhamdulillah tahun ini Mrs. A berkesempatan untuk turut serta lagi di dalam Kejohanan Bowling Alumni STAD kali ke-5. Bowling merupaka annual event Alumni STAD. Sesiapa sahaja bekas pelajar SMK Sekolah Tunku Ampuan Durah boleh turut serta di dalam kejohanan bowling ini tak kiralah ahli Alumni ataupun bukan ahli.

Yuran penyertaan adalah RM80.00 seorang. Yuran termasuk bayaran lane untuk 3 game, sewa kasut, T-Shirt kejohanan, sticker Den Budak Tunku Durah dan tit-bits. Okaylah tu yang penting sekali dapat jumpa kawan-kawan sekolah dedulu.

Eh! itu macam Mr. A bila masa pulak dia sampai tu?

Bowling Alumni STAD
Mr. A sedang melayan Adik main pool dengan kawan yang baru dikenali
Bowling Alumni STAD
Okeh! tangkap gambar dulu sebelum dia MIA
Walaupun Mr. A tak join bertanding tapi dia sengaja datang tanda support dan jugak nak jumpa kawan-kawan ex-STAD. Terutamanya batch '92. Berdasarkan pengalaman sebelum ini batch '92 adalah di antara batch yang paling supportive dan happeninglah jugak. Batch Mrs. A letew.

Walaupun tiada dalam syarat pertandingan setiap team perlulah dari batch yang sama tetapi batch '92 lebih selesa menghantar team yang bertanding itu dari batch yang sama dan namakan team pun mesti letak '92.

Satu team kena ada 4 orang samada semua lelaki atau semua perempuan tetapi kalau nak campur lelaki perempuan pun boleh juga. Batch '92 ada empat team iaitu dua team lelaki '92 King, '92 Prince dan team perempuan pulak '92 Queen dan '92 Princess.

Walaupun tak menang kategori berkumpulan tapi Mrs. A menang kategori individu uols!

Bowling Alumni STAD
Kategori Top 10 individu. Tee M top 5 man. Mrs. A top 7 woman dan semestinyalah dari batch '92
Okay! biarlah gambar bicara.
Bowling Alumni STAD
Handbag yang selalu akan ikut kemana sahaja ibu dia pergi
Bowling Alumni STAD
Ha! ni satu lagi handbag baju merah. Yang seorang lagi itu ibu dia pun sekolah STAD dan maklong dia pulak
biras Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!
Bowling Alumni STAD
Cap merah itulah committee dari batch '92. Kalau dia takde tak tahulah apa jadi dengan batch '92 nanti.
Bowling Alumni STAD
Otai masih berbisa pun ramai dalam kejohanan tahun ini
Bowling Alumni STAD
Tiga dari '92 Queen dan tiga lagi dari '92 Princess dua lagi tengah membaling kot
Bowling Alumni STAD
Kita lepaking dulu sementara tunggu results diumumkan
Bowling Alumni STAD
Yeay!!! batch '92 terbaik!!!
Bowling Alumni STAD
Bergambar bersama hadiah-hadiah dan lucky draw yang dimenangi oleh batch '92
Lebih kurang pukul 2.30 petang kejohanan pun habis dengan meriahnya. Alhamdulillah secara keseluruhan batch '92 semua happy dapat lucky draw, dah tu menang hadiah lagi. Huawaaaawaaaa.... Mrs. A aje tak dapat lucky draw tau menciks!!! punyalah Mrs. A aim nak dapat lucky draw Tudung Abu Dhabi (TAD) none-hado tekau. Gegirls batch '92 tu semua dapat TAD color merah lagiks!!! takpelah dah bukan rezeki Mrs. A. Lagipun kata depa Mrs. A tak payah cos dah menang piala top 7 tu. Iyolah gang!!

Itu sahaja kisah Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5 semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.

Credit Photo to Group WhatsApp STAD Bowlers '92

You Might Also Like

12 comments

  1. seronok je tengok ramai-ramai menyertai acara ni. meriah je rasa :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mrs A. Ana dulu asal ada bowling tournament mesti daftar. Rindu nya nak berbowling. Kena main juga lps ni nmpknya.

    ReplyDelete
  3. wah.. mesti terror main bowling nie kan!

    ReplyDelete
  4. Tahniah ye MA...tak sia sia join hihi... Tak semua orang nak join gader gader cenggini tau.

    ReplyDelete
  5. Pernah ke tempat ni.. Pernah temankan isteri semasa pertandingan bowling Unit Fizik KMNS.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Saya pula dah lama sangat tak main boling huhu

    ReplyDelete
  7. Sukan membuat hidup kita sihat dan ceria.

    ReplyDelete
  8. mana pic bola msk longkang? hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. lama juga tak main bowling ni rasanya. HOho..

    ReplyDelete
  10. seronok nye dapat main bowling ramai2 gitu.. fuh dah lama tak main pool ni..

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me