Berbuka Puasa Di Joint Kitchen Seremban 2

May 29, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Joint Kitchen iaitu di Seremban 2. Family Style Restaurant.

Ramadhan Kareem dear readers hari ini dah tiga Ramadhan, itu bermakna sudah tiga hari jugaklah kita berpuasa ya....sekejap aje rasanya. Kebetulanlah pula Ramadhan tahun ini hari pertama dan keduanya jatuh pada weekend. Mrs. A yakin pasti ramai yang ambil kesempatan untuk berbuka puasa diluar tak pun balik ke kampung halaman masing-masing. Al-maklumlah kalau di kampung berkumpul beramai-ramai sesama adik-beradik lebih terasa kemeriahanya ditambah pula dengan musim cuti sekolah.

Ramadhan tahun ini Mrs. A sekeluarga tidak berkesempatan untuk menyambutnya di kampung seperti tahun-tahun sebelum ini sobs..sobs..sobs... sebab musababnya adalah Mr. A ada kerja yang perlu diselesaikan kekdahnya Mrs. A dan kids haruslah supportkan. Itu pasal yang berbuka puasa di luar tu iaitu di restoren Joint Kitchen yang dekat dengan tempat Mr. A kerja.

Actually ini kali ketiga Mrs. A sekeluarga makan-makan di sini. Di Joint Kitchen ini ada menu melayu dan jugak western.

Joint Kitchen
Ini time berbuka petang semalam menu Mr. A dah order special terlebih dahulu
Joint Kitchen
Ayam kampung goreng
Joint Kitchen
Gulai masak lemak kuning daging salai dan pucuk ubi
Joint Kitchen
Sambal tumis udang campur petai
Itu semua menu favourite kids dan Mr. A, Mrs. A okay jer... tapi kalau bab air tu Nescafe tarik wajib adalah. Ais-ais ni Mrs. A tak layan sangat.

Meh! sini nak share lain-lain menu yang ada kat Joint Kitchen.

Kredit to FB Pages Joint Kitchen

Oh! ya dua tiga hari sebelum menjelang Ramadhan tu Mr. A telah organize baca Yasin dan buat makan-makan kat Joint Kitchen ini jugak. Time tu we all makan kat sebelah dalam sebab Mr. A order secara buffet untuk 20 orang.

Belanja gambar lagiks!.

Joint Kitchen
S.i.l and hubby serta anak-anak sedaranya yang lelaki
Joint Kitchen
Hujung tepi dinding tu my parents in law, Kaklong and kids. and S.i.l 
Di sebelah area luar restoren Joint Kitchen ini turut tersedia pentas kecik, ada gitar bass dan AV sesiapa nak nyanyi ke busking ke boleh sangat.

Pendapat Mrs. A masakan di Joint Kitchen sedap kena dengan selera we all sekeluarga dan menu dia pun rare dari kedai-kedai makan yang ada sekitar situ. Western Food dia pun sedap jugak ini berdasarkan apa yang Aryssa dan Adik orderlah pada hari pertama berbuka puasa kat sini.  Adik order Lamb Chop dan Aryssa order Deep Fried Chicken dan nasi errrmmm.... yummy.

Okay itu sahaja nak citer kisah Berbuka Puasa Di Joint Kitchen Seremban 2. Alhamdulillah thank you Allah di atas rezeki yang dikurniakan.

You Might Also Like

14 comments

  1. Ayam kampung goreng tu..wow...alhamdulillah dah hari ketiga puasakan..syukur.

    ReplyDelete
  2. wah dah berbuka di luar...suki belum lagi...hihi

    ReplyDelete
  3. Ayam kampung tu menggoda..! Boleh la suggest kat akak ajak try.. hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak sambal udang tu

    ReplyDelete
  5. kami klu berbula takde ais kira tak sah la berbuka tu....panas laa..wajib ada air satu jenis air panas dan air sejuk

    ReplyDelete
  6. Macam best. Ala-ala cafe. Sesuai untuk berbuka dengan family :)

    ReplyDelete
  7. saya belum berbuka kat luar lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  8. arghhhhhhhhhhhhh cpt lah kol 7 ptgggggggggggggggg

    ReplyDelete
  9. Menarik boleh buat buffet kat sini . hee :)

    ReplyDelete
  10. Ayam kampung goreng yang sedap tu.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Memang tinggal dekat area Seremban 2 ke?

    ReplyDelete
  12. Dekat ke dengan rumah MA. Bestkan ada kedai kedai gini kat area rumah. Senang nak pergi hihi...

    Menarik sangat tu kombinasi lauk, mmg masuk sangat dah tu.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me