Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast

13 April 2017

Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast. Alhamdulillah last Saturday berjaya outing bersama-sama family yang cukup korum. Kalau akhir bulan lepas Mrs. A outing bertiga je [SINI] without Along dan Babah terasalah sedikit tawarnya. Tetapi bulan ini cukup segala perisa ngeh!ngeh!ngeh!

Ha! as usual memang tak plan pun, kalau plan jarang menjadi. Kalau tak plan terus jadi wink! wink! Lebih kurang pukul 2.30 petang we all gerak dari rumah plan nak pergi dekat aje TGV Aeon S2. Tapi sebelum tu we all lunch di Restoren City Park Oriental.

Actually restoren ini dekat sangat dengan office Mrs. A tapi Mrs. A jarang-jarang makan kat sini. Mr. A and the gang yang rajin makan sini al-maklumlah restoren ini memang sesuai untuk membelanja orang dan orang yang kena belanja pun akan suka makan di sini cos tempatnya luas dan cozy.

Restoren City Park Oriental
Along & Aryssa eh! mana Adik nih!?
Restoren City Park Oriental
Tu dia Adik sedang menjalankan siasatan kekdahnya. 
Adik ini memang dah menjadi kebiasaan pada dia. Ke mana-mana pun we all pergi ke sesuatu tempat tu dia tanpa disuruh akan membuat site visit terlebih dahulu. Kemudian dia akan duduk di seat sambil up-date story apa-apa kejadian atau penemuan dia hahhhahaaa... kepoci sangat tau. Disebabkan perangai dia yang macam tu maka Mr. A telah memberi gelaran Penyiasat kat dia aka PI.

Oleh kerana yang pandai makan-makan dan si tukang makan banyak ada bersama, kekdahnya Mrs. A serahkan aje pada yang pakar untuk mengorder menu lunch tengahari itu.

Sayur [size S] tu aje pilihan Mrs. A sedikit kuciwa sebab cara potongnya tu panjang-panjang tekau!! rasa okaylah boleh tahan.
Ayam goreng sambal apa ntah nama dia [size L]

Udang goreng butter [size L] portionnya banyak patut order size M. Mujur habis sedap kot.
Ikan Siakap masak asam [size M] mereciks sedap
Teppanyaki Tofu [size S]
Alhamdulillah overall food yang we all order di Restoren City Park Oriental time tu sedap dan puas hati. Service pun tip-top tak perlu tunggu lama untuk semua makanan sampai. Dari segi harga makanan, kebersihan restoren dan staff pun memuaskan tiada isu bagi Mrs. A dan family. Next time boleh datang lagi.

Setelah kenyang perut suka hati dari City Park we all pun gerak ke Aeon S2. On the way dalam kereta bila Mr. A kata kita tengok cerita Kong: Skull Island. Adik dan Along pun menjerit setuju. Mrs. A dan Aryssa pulak berpandangan sesama sendiri cos we both nak tengok Beauty and the Beast.

"Alah! Sya dengan ibu nak tengok Beauty and the Beastlah, a'ahlah" tambah Mrs. A pulak. Namun Mr. A kata "takde deh kita tengok Kong: Skull Island" katanya. Lalu Mrs. A pun mencadangkan yang the boys tengok Kong: Skull Island dan the girls tengok Beauty and the Beast. Huhuhuu....haish! dasar king yang kong betullah.

Nasib menyebelahi Aryssa dan Mrs. A kerana masa show Kong: Skull Island tidak kena dengan timing the boys tu iaitu pukul 6.45 petang muahahahaaaaa.... the perfect timing adalah show untuk Beauty and the Beast iaitu pukul 4.00 petang. Mahu tak mahu terpaksalah the boys tengok jugak cerita Beauty and the Beast. 

Oleh kerana masih ada banyak masa sementara menunggu show pukul 4.00 petang. Adik telah berjaya memujuk babahnya untuk bermain bowling "satu frame aje tau tak banyak masa pun" pesanan penaja Mrs. A. Tapi Along tak berminat dia pi main game slot. Jom layanz... gambar.

Cepatlah! kita main bowling dulu
Turn Aryssa membuat balingan

Turn Adik gaya tak boleh blah!



Oopsss... bagi ibu try sekali, kasut sendiri pun jadik!
Time bermain bowling tu tamat just nice iaitu lebih kurang 5 minit lagi pukul 4. Kemudian ke TGV cinemalah kita. Tiket dah beli siap-siap tadi. Tinggal nak beli tit-bits sahaja. Biasanya tugasan membeli tit-bits ini biar Mrs. A yang buat tak mau ada pembaziran kena budget ikut selera ibu. 

Beli package pop-corn biasa tiga, royal pop corn, mineral water dan hot-dog [ala-carte) masing-masing satu. Hangus jugaklah 73 hengget empat pohsen gara-gara termakan pujuk rayu Adik yang nak hot-dog tu huhuhuuuhu.

5 ticket for adults maaf TGV terpaksa #tipusunat. Yang sebenarnya umur Adik tu 10 tahun.
Pendapat Mrs. A tentang cerita Beauty and the Beast the musical tu 4 bintang tolak satu bintang cos ada scene musical. Apa yang membuatkan Mrs. A nak tengok sangat Beauty and the Beast 2017 ini adalah kerana ianya dilakonkan oleh manusia dan bukannya kartun. Unfortunately kan dah terang-terang kata musical so for sure ada scene nyanyi-nyanyian huhuhuhuuuu...spoil betullah hilang terus wow! yang Mrs. A nak bagi cos i don't like scene musical yang terselit-selit tu.

Rasanya dah ramai yang buat review tentang cerita Beauty and the Beast, memang jalan ceritanya sama dengan cerita fairy tale yang kartun bezanya ini dilakonkan oleh manusia. Kisah prince yang pada mulanya handsome tapi bertukar menjadi hodoh kerana sumpahan ahli sihir/ pengemis. Prince ini seorang yang sangat sombong dan bongkak dalam mentadbir negaranya macam-macam cukai yang dikenakan GSTlah, minyak mahallah, barang-barang keperluan semua mahallah eh! tetiba muahhaaaaaaa... okay yang italic tu tipu jer...

Dalam Beauty and the Beast 2017 ini, starting aje dah scene Belle (beauty/ Emma Watson) nyanyi-nyanyi sekeliling kampung gitu. Adoii!!! terus Mrs. A kena bash dengan Mr. A "ibu.... apa citerlah yang ibu nak tengok nih! kah!kah!kah! sabar yolah.

Okay! back on track. Pada suatu malam sedang prince dan pembantu-pembantunya sedang bersuka-ria dalam majlis tari menari tiba-tiba datanglah seorang pengemis (perempuan tua hodoh) yang ingin menghadiahkan sekuntum rose dan sebagai balasan dia minta tumpang berteduh di istana tersebut kerana keadaan cuaca di luar hujan ribut.

Namun prince yang sombong telah menghina dan mempersendakan pengemis tua tu. Ha! sebab tulah pengemis tua tu marah lalu dia pun kenakan sumpahan kat prince, istana, pembantu-pembantu prince dan jugak sesiapa sahaja yang berkaitan dengan mereka lenyap dari ingatan.

Prince jadi Beast, pembantu-pembantu prince ada yang jadi candle, jam antik, teko, cawan. almari, piano. Tapi sebelum pengemis tua tu pergi dia ada tinggalkan prince magic mirror dan sekuntum rose. Magic mirror tu boleh tengok orang yang jauh nun di tempat yang lain. Sekuntum rose tu pulak time bomb untuk sumpahan tu. Kalau  nak sumpahan itu berakhir beast kena jatuh cinta dan dicintai oleh perempuan yang dia cinta itu tanpa paksaan sebelum kelopak rose terakhir gugur layu.

Ini Mrs. A ringkaskan ajelah ya kalau nak puas hati gi tengok sendiri muahhahaaaa.... Suatu hari tu Maurice ayah Belle telah tersesat kat istana Beast dalam usaha dia nak cari tempat berteduh. Maurice time ini balik dari pekan berjual music boxes dengan kudanya nama Phillipe.

Ntah macam mana Maurice ni telah curi sekuntum rose untuk Belle. Itu yang Beast marah dan terus kurung Maurice. Tapi Phillipe berjaya pulang dan bawak Belle ke istana Beast kemudian Belle pun bertukar tempat dengan ayahnya Maurice.

Tinggallah Belle kat istana bersama Beast dan pembantu-pembantu Beast iaitu si candle, jam antik, Mrs. Pot dan Chip (cawan/anak), almari dan piano. Belle ini pulak berkawan dengan semua pembantu kecuali Beastlah.

Pastu pembantu semua pakat-pakat nak kenenkan Belle dengan Beast. Belle mula suka dengan Beast apabila time dia nak larikan diri tu Beast selamatkan dia dari dimakan dek wolf. Time ni sedih uols sobs...sobs...sobs... Mrs. A ingatkan Belle akan terus melarikan diri apabila Beast dah pengsan akibat serangan wolf. Tetapi sebaliknya berlaku, Belle suruh Beast naik atas Phillipe dan pulang semula ke istana.

Beast melayan Belle dengan penuh gentlemen. Lagi satu Belle sangat sukakan buku dan Beast pulak ada banyak buku dan ada library sendiri. Haish! dah nama pun putera raja mestilah well educatedkan. Berbeza sangat dengan penduduk kampung Belle yang kolot dan berfikiran sempit tu mereka tak suka buku dan melarang Belle mengajar anak-anak kecil membaca buku.

Jeng..jeng..jeng... panjang lagi uols tapi cukuplah kot Mrs. A cerita setakat itu sahaja. nak tau semua silalah tengok sendiri ya. Actually cerita Beauty and the Beast 2017 ni memang best cuma tulah yang Mrs. A kurang suka scene nyanyi-nyanyian tu.

That's all kisah Lunch Di Restoren City Park Oriental & Tengok Beauty and the Beast.

10 ulasan:

  1. Hahahah lawak pula part adik buat site visit tu. Kepochi jugak eh keh2. Kalau makan sedap memang puas hati la kan. Nampak gambar pun mcm sedap dah hehe.

    BalasPadam
  2. Beauty & the Beast tu best jugak cuma banyak lagu je hehe 😄

    BalasPadam
  3. Kepochi sungguh adik tu ye. Haha. Tp bagus lah. Senang nak update Mrs A nanti. Comel pula rasanya.
    Terliur pula tgk lauk2 tu. Tp bab sayur tu kena hati2 takut nanti tercekik sebab panjang sgt. Hehe

    BalasPadam
  4. wah dah tgk Beauty & the Beast...suki tak sabar tunggu Fast n Furious 8

    BalasPadam
  5. Panjang al-kisahnya.
    Selamat beriadah.

    BalasPadam
  6. best ke filem beauty tu, best ni

    BalasPadam
  7. Ape-ape pun yang penting dpt spend masa ngan suami dan anak2, ye tak Mrs A?hehehehe
    Jom Singgah Blog Kak Y

    BalasPadam
  8. yummy yummm ... lapo lah pulak :)

    BalasPadam
  9. Sy x minat nak layan cerita fairy tale di pawagam sebab banyak lagu 🎶😒 Kalau tengok di utube atau dwld, senang nak lajukan part lagu tu 😏

    BalasPadam
  10. sedap laaa nampak udang tu...


    hehehe panjang betul komen nyer... sy mmg da tau filem ni jenis muzikal so awal2 lg sy da rejct nk tgk sbb kalau tgk pastu tido wat pe hahaha...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©