Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan

March 07, 2017

As Salam and greetings to dear readers. 

Pengalaman hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan. Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan ini adalah sempena Hari Keputeraan ke-69 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir iaitu pada 14 haribulan Januari yang lalu.

Memang penuh dengan istiadat istana ha! tengok tu, ini time giliran Mr. A terima pingat. Mujur ada kawan dia kat barisan depan tolong snapkan gambar nih! [Thank you Dato' H].
Istiadat Pengurniaan Darjah Bintang dan Pingat
Sampai kat garisan tu kena menjunjung duli dulu
Kemudian D.Y.M.M Tuanku Muhriz akan sangkutkan pingat pada pin penyangkut pingat yang dapat time register sebelum tu.
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, bintang dan pingat
Dah terima undur kebelakang sampai kat garisan menjunjung duli sekali lagi dan pergi tempat duduk semula
Alhamdulillah pada 2 haribulan Mac, 2017 yang lalu Mrs. A telah diberi kesempatan olehNYA untuk merasai sendiri pengalaman menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.  .

Majlis tersebut adalah kali keempat dan terakhir untuk tahun 2017. Sebelum ini telah diadakan tiga lagi majlis yang seumpamanya iaitu pada 19 dan 26 Januari serta 14 Februari.

Walaupun Mrs. A ni penduduk Negeri Sembilan tapi meh! sini nak habaq mai, yang ini adalah kali pertama Mrs. A menjejakkan kaki ke Istana Besar Seri Menanti. [Haish!!! kesian ko Mrs. A namo jo duduk nogori]. Actually Mrs. A hanyalah sebagai pengiring sahaja kepada tak lain dan tak bukan my Mr. A. Syukur alhamdulillah rezeki Mr. A telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian a.k.a. P.J.K.

Nak tahu makna P.J.K lebih detail baca nih!.
PJK
Copy paste dari buku Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dapat time register tu
Dua hari sebelum istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat itu berlangsung telah diadakan taklimat dan raptai terlebih dahulu di tempat yang sama iaitu Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Time ni penerima sahaja yang hadir pengiring tak perlu. Ha! time inilah unit Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol SUK brief etika berpakaian dan protokol lain-lain yang perlu dipatuhi time istiadat yang sebenar nanti.

Oleh kerana Mr. A tu penerima lelaki melayu peraturan berpakaiannya jatuh pada kategori A No. 2 (dalam buku taklimat dan raptai) iaitu penerima lelaki melayu tanpa darjah kebesaran, bintang dan pingat; (a) Baju Melayu Cekak Musang; (b) Sampin, Bengkung dan Destar [i. songket daripada warna yang sama, ii. bucu destar ke arah kiri pemakai]; dan (c) Stokin hitam dan kasut kulit hitam.

Larangan; (a) Baju Melayu sedondon; (b) Baju Melayu Teluk Belanga; (c) Baju Melayu Songket; (d) Warna kuning dan putih; (e) Memakai capal; dan (f) Memakai sebarang objek pada destar.

Actually Mrs. A kurang faham makna larangan baju melayu sedondon tu. Tapi kata Mr. A kitalah tak boleh pakai sedondon macam hari raya tu muahhahaaaa... ntah iya ke tidak cos di hari kejadian ada jer... Mrs. A tengok manusia yang berpakaian sedondon.

Ada 14 adab dan tertib semasa dalam Balairong Seri di antaranya No 9 semasa keberangkatan Kebawah Duli Tuanku, semua mesti berdiri dan mengadap laluan. Bagi mereka yang duduk ditepi laluan hendaklah menjunjung duli. Cenggini cecaranya.

Menjunjung duli
Kena buat jangan sampai kena tegur dengan petugas istana malu tau
No 11 hanya seorang pengiring dibenarkan dan pengiring hendaklah terdiri daripada keluarga terdekat yang berumur lebih daripada 18 tahun. Okay! pengiring nak enter frame jugak..!!!

Nampak tak kat seat tu??? Pengiring PJK  tekau...
No 14 Mengambil gambar dalam Balairong Seri hanya dibenarkan selepas istiadat/ santapan tengahari selesai. Lagi 11 adab dan tertib semasa dalam Balairong Seri tu tak payah la kot malas arrr... nak taip. Lagipun Mrs. A tahu readers tak baca punya muahhaaahaaa....

Pada hari kejadian gigih Mr. and Mrs. A datang awal gitew!! Eh! takdelah bangun pagi macam biasa aje cos nak uruskan Along, Aryssa dan Adik ke sekolah dulu. Dah settlekan kids dalam pukul 7.50 pagi barulah we both gerak ke Istana Besar Seri Menanti.

Sampai aje terus parking di tempat yang telah disediakan kemudian register nama kepada pegawai bertugas. Dapatkan pin penyangkut pingat dan nombor tempat duduk sewaktu di Balairong Seri dan no meja untuk santapan tengahari di Dewan Bankuet. [kat sini pun ada jugak yang approach kita untuk berfoto-foto uols pepandailah ya....]

Oleh kerana Mr. A guna khidmat sewa sampin, bengkung dan destar. So sebelum ke khemah breakfast kenalah pakai semua tu dulu.

Member tetiba hangin satu badan demi mendapati sampin, bengkung dan destar yang dia fitting dua hari sebelum tu tiada.
Apo ni dik!! meniago macam ni ko!?? Adik tu pun tunjuk gigi aje yang mampu.
Adoi... itu pasallah abang nak yang hari tu. Ko tengok ni kociklah. Abang kono spesel kes katanya.
Tapi mujurlah setelah dikemaskan betul-betul berjaya jugak memakai sampin dan bengkung yang bukan
color pilihan Mr. A tu. Phewww!!! Mrs. A pun lega dibuatnya dan asyik duk kata okay nih! tak mau Mr. A tu duk membebel lagiks!
Okay dah siap kita minum dulu....

Stop sampai sini dululah cerita Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan. Nanti Mrs. A sambung lagi ya....

You Might Also Like

19 comments

  1. Bestnyaaaa ada peluang pergi istiadat camni 😍

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mr A, alhamdulillah...semoga terus cemerlang... tahniah Mrs A... merasa masuk istana...

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk Mr A. Satu pengalaman yang sangat istimewa. Bukan semua org dpt masuk menyaksikan istiadat istana ni.

    ReplyDelete
  4. tahniah buat Mr.A..tahniah juga pada penemannya

    ReplyDelete
  5. Wah hebat.
    Tahniah buat Mr.A dan pasangannya juga.

    ReplyDelete
  6. Wah tahniah buat Mr. A sebab dapat pingat tu. Tahniah pulak Mrs. A sebab dapat pengalaman merasa istiadat tu. Jeles!

    ReplyDelete
  7. Wahhh tahniah utk Mr A dan mrs A. Bestnya ade pluang merasa majlis macam ni.

    ReplyDelete
  8. TAHIAH MRA DIANUGERAHIPINGAT KEBESARAN..TAHNIAH JUGA KPD MRSA YG MENGIRINGNYA DGN SENYUMAN MANIS

    ReplyDelete
  9. Tahniah MA....Dapat jadi pengiring pun jadiklah hihi.... Manalah tahu lepas ni dpt jadi pengiring utk pangkat datok pulak.
    Kalau awak tak share mmg tak tahulah pasal benda ni, almaklumlah hihi....

    Ohhh...sampin, destar tu semua sewa kat situlah ye. Baru tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya nak sewa. Kalau sendiri dah ada boleh je guna sendiri punya.

      Delete
  10. Untung lah dapat jadi pengiring rasa suasana istiadat istana.Sarip dulu,dapat join perhimpunan sekolah je...huhuuu Mr.A mcm guru silat dah tu...

    ReplyDelete
  11. tahniah MA, semoga suami MA terus cemerlang

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, terima kasih readers atas ucapan 'tahniah' kalian :-)

    ReplyDelete
  13. wahhh suami dah dapat title datuk tu., mesti pasni blog ni pon tukaq nama datinsA? ammvoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi... PJK jer Wak mana datang title Dato' nya.
      Cucu pun belum ada lagi untuk datukship semua orang dapat tu ngeh!ngeh!ngeh!

      Delete
  14. Tahniah Mr.A ������ bestnya ada pengalaman masuk istana ��

    ReplyDelete
  15. wahhh best nyer... pe pun tahniah utk mr A... kira ni pangkat dato' ka ni???? acu jawab sikit ;-)


    ooo ada jg hal sewa menyewa ya... sy igt kn semuanya brg2 sendirian berhad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah PJK aje. Kalau kat NS yang dapat title dato tu Darjah Setia Bakti NS aka D.B.N.S

      Delete