Lilo The Cat Di Manakah Dikau?

March 20, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Lilo the cat di manakah dikau? Sobs..sobs..sobs... dah hampir seminggu Lilo hilang dari radar tak tahulah apa nasib dia ntahkan hidup ntahkan mati. Dah puas kids dan Mrs. A cari-cari keliling taman namun bayang Lilo sedikit pun tak jumpa.

Pada petang Selasa 14032017 sewaktu Mrs. A balik kerja, Mrs. A dah perasan Lilo tak sambut pun Mrs. A balik seperti biasa tu bila nampak aje kereta Mrs. A seberang jalan dia dah tergedik-gedik berlari arah Mrs. A. Dalam hati dia kat belakang kot.

Kemudian time senja sebelum solat magrib, time Mrs. A nak bagi kekucing makan tengok Lilo takde. Bila tanya kids mereka kata petang tadi ada. Malam tu panggil-panggil pun dia tak balik. Nak sedapkan hati sendiri kejap lagi baliklah tu. Dah tengah malam takde pagi pun takde huwaaaaaaaaa.... waaaa.... mana Lilo nih!?

Lilo the cat
Lilo tengah syok tidur atas tembok
Walaupun Mrs. A banyak kucing tapi setiap kekucing itu ada keistimewaan mereka yang tersendiri. Perangai unik masing-masing akan buatkan kita teringat-ingat setiap seekor dari kekucing itu. Hanya pencinta kucing yang memahami. Kiranya ini adalah kali kedua kucing yang Mrs. A berikan nama Lilo hilang.

Lilo yang pertama dulu pernah Mrs. A ceritakan kisahnya SINI kemudian dapat pengganti Lilo junior yang hilang sekarang baca SINI.

Lilo the cat di manakah dikau? Tak tahulah macam mana dia boleh hilang. Cos dia bukanlah jenis kucing yang suka merayap jauh-jauh tak macam Marble dan Midnite yang kaki rewang tu. Paling jauh pun dia main seberang jalan. 

Lagipun banyak kenangan Mrs. A dengan Lilo junior nih! dia pernah sakit teruk hampir seminggu time tu ingatkan dia dah takde harapan hidup sebab dua hari lembik tak mahu makan minum air mata keluar air hidung keluar struggle jugaklah bagi dia makan ubat time tu.

Lilo the cat
Kenangan bersama Lilo ke vet without 'carrier'
Ada sekali tu time bawak dia pergi klinik cos dia sakit selsema tak silap sekalilah plannya ambil Koko bawa balik lepas kena spayed 'carrier' pulak satu aje letak Koko dalam 'carrier' si Lilo tu lepas bebas aje dalam kereta punyalah dia tak senang diam mengiau-ngiau ke depan ke belakang. 

Pastu dia tetiba senyap kat bawah seat driver. Bila adik tinjau tengok-tengok hah! amik kau dia pi berak kat dalam kasut Mrs. A. Elok aje tak kena kereta langsung semua masuk dalam kasut. Terbarai ketawa Adik dan Aryssa gelakkan Mrs. A kasut kena berak. Huhuhuuu.... kenangan betullah.

Lilo the cat di manakah dikau? Ibu rindu dan risaukan Lilo sobs...sobs...sobs... Actually kucing Mrs. A yang nama Pondot (sebaya Lilo) pun dah pernah hilang baru-baru ini tapi itu Mrs. A tahu ada orang ambil. Cos aunty seberang jalan depan rumah tu nampak ada sekali tengahari, aunty tu nampak kereta berhenti pastu cepat-cepat dia ambil Pondot bawak masuk dalam kereta dan berlalu pergi. 

Mrs. A pasrah ajelah cos bersangka baik yang mereka itu suka kat Pondot ialah kalau dah suka mestilah mereka sayang dan jaga elok-elok kan!? Cuma Mrs. A sedikit ralat sobs...sobs...sobs....kenapa mesti ambil dengan cara begitu? Kalau nak mintalah dari tuannya ini. In Sha Allah Mrs. A bagi sahaja kerana Mrs. A percaya mungkin Pondot lebih disayangi oleh mereka yang tiada kucing itu. Lagipun Mrs. A gunapakai prinsip #dontshopadopt.

Tidak kiralah di mana pun Lilo the cat berada Mrs. A sangat berharap yang dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Allah knows best.

Okay! itu sahaja nak share kisah Lilo The Cat Di Manakah Dikau?

You Might Also Like

11 comments

  1. semoga Lilo selamat dan semoga dijumpai semula..Aamiin!

    ReplyDelete
  2. bila bela kucing ni, adat dia dtg & pergi, ada yg datang balik, ada yg tak balik2. doa yg baik2 supaya lilo di jaga dgn baik..

    ReplyDelete
  3. MOGA LILO SGERA PULANG KUCING NI XPERNAH LUPA TEMPAT TINGGALNYA

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat Mrs. A terasa kehilangan Lilo 😢.. Harap2 Lilo selamat dan didoakan semoga Lilo pulang ke pangkuan Mrs. A sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. Pecinta kucing aje yang tahu betapa sedihnya kalau kesayangan kita tu tak balik2 atau pergi buat selama2nya.
    Bertabahlah.

    ReplyDelete
  6. moga ada rezeki jumpa lilo lagi...

    ReplyDelete
  7. semoga ada rezeki lilo pulang ke pangkuan

    ReplyDelete
  8. kucing kesayangan nina pun ada hilang tanpa dikesan.. lama dh berlalu. sangkanya org curi sbb kucing mata biru bulu putih mcm lilo. harap2 kucing Mrs A balik ke rumah. huhu syg kan kalau hilang

    ReplyDelete
  9. Salam singgah (n_n) sedihnya lilo hilang...masih belum jumpa ke? Even byk kucing kita bela, akan ada yg paling istimewa sbb perangai dia kan...hope lilo masih hidup dan dpt cari jalan balik ye..wuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...
      Masih tak jumpa lagi sobs..sobs....sobs...

      Delete