Hari Sindrom Down Sedunia 2017

March 21, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Sindrom Down Sedunia (HDSD) atau dalam bahasa omputihnya World Down Syndrome Day (WDSD). Ha! dear readers tahu tak today iaitu 21 Mac adalah merupakan hari sindrom down sedunia. Actually Mrs. A pun baru aje alert pasal benda ini. Itupun lepas terbaca status FB seorang rakan sekolah yang mempunyai seorang anak sindrom down.

Lebih kurang macam ini statusnya, 'hari ini 21 Mac adalah hari sindrom down sedunia, let's create awareness 😊 Help me to share please! Tq.'

sindrom down
Google image
Walaupun rakan sekolah Mrs. A ini mempunyai anak sindrom down tapi salute sangat dengan dia cos tidak langsung berasa malu macam sesetengah orang yang sorok anak mereka yang ada sindrom down. 

Rakan sekolah Mrs. A ini rajin aje bawa MS bersama-sama di mana-mana majlis ataupun time we all get together. MS pun dah terbiasa bergaul mesra dan kadang-kadang we all pun dah tak dapat nak bezakan sangat yang dia tu sebenarnya sindrom down. 

Lagipun rakan sekolah Mrs. A tu hantar MS ke sekolah pendidikan khas jadi kekdahnya MS memang dah terbiasa bersosial dan agak pandai berdikari.

Dari apa yang Mrs. A baca hari sindrom down sedunia ini telah ditetapkan pada 21 Mac oleh Lembaga Down Sindrom International dan jugak WHO buat pertama kalinya pada tahun 2006. Kemudian pada tahun 2012 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah secara rasminya menetapkan peringatan Hari Sindrom Down Sedunia adalah pada 21 Mac setiap tahun.

Di Malaysia tahun ini sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2017 akan diadakan di Melaka. 

Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2017
Down Syndrome Awareness Because It Matters
Kepada ibubapa terpilih yang mempunyai anak-anak sindrom down tidak perlu sorokkan mereka cos sejarah telah membuktikan walaupun berbeza tetapi mereka mempunyai kemampuan luarbiasa yang orang biasa pun tidak mampu lakukan seperti jaguh-jaguh PARALIMPIK negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhamad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Nor Ismail..

Okay itu sahaja nak share cerita  let's create awareness Hari Sindrom Down Sedunia 2017

You Might Also Like

10 comments

  1. Ana pun baru tahu bila baca entri Mrs A ni. Skrg org dah tak segan nak bawa anak2 kelainan upaya ni. Tak macam dulu. org skeptikal bila tgk insan2 istimewa ni.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn Mrs.A, tak perlu segan dengan anak kelainan upaya ni. Mereka ada kemampuan mereka sendiri :)

    ReplyDelete
  3. sekarang orang dah terbuka kepada pesakit down ni, semoga mereka dirahmati

    ReplyDelete
  4. kesian budak2 tp bergantung kepada ibu bapa... kalau ke sekolah khas rata2 boleh berdikari.

    ReplyDelete
  5. insan istimewa. dulu, memang ada parents yg malu sebab dapat anak yg kelainan upaya. tapi skrg, alhamdulillah pemikiran dah semakin terbuka

    ReplyDelete
  6. Kadang dia org lg hebat dr kita yg ok ni. Tp mek tk sokong nk sorok ank yg syndrome. Common la, they have feeling too :) Plus, kita yg kandung dia 9bulan penat lelah perit dgn alahan, dh branak tk nk buat cm ank lain pulak --' Dia tetap ank kita and kita tk bleh malu dgn ank kita :)

    ReplyDelete
  7. sy suka cara bengah bla dia ketengahkan adik dia si @afiathor tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tukan adik dia pun expose dengan dunia luar cuma kena perlu pengawasan rapilah.

      Muka mereka almost the same MS and AS.

      Ramainya follower IG dia.

      Thanks Anies for sharing

      Delete

Top Commenters

Shout Me