Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee

13 Februari 2017

Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan silat olahraga Mega Cemandee. Ini adalah aktiviti Adik last Saturday iaitu pergi selection silat olahraga anjuran persatuan silat Mega Cemandee iaitu persatuan silat yang Adik serta sepupu-sepapatnya joined ahli tu. Sebelum ini Adik dah pernah turut serta dalam pertandingan silat terbuka Rembau ceritanya di SINI.

Tujuan diadakan pertandingan silat olahraga Mega Cemandee tersebut adalah untuk memilih wakil berkebolehan dan berkelayakan ke pertandingan silat olahraga yang akan diadakan pada bulan March nanti.

Pertandingan silat olahraga tersebut adalah bagi peringkat umur 7 tahun hingga 12 tahun. Tempat selection pulak tak lain tak bukan adalah di SK KGV.

Amboi! gigih Adik pagi tu dia yang kejutkan Mrs. A. Walaupun Mrs. A kata masih awal time nak gerak tu baru pukul 7 pagi. Haish! nak jugak pergi awal-awal tu. Mrs. A rasakan awal tapi bila sampai kat sekolah tengok memang dah ada yang sampai lagi awal. Mrs. A hantar aje pastu balik dulu.

silat olahraga
 Pesilat-pesilat cilik yang penting harus selfie dulu
silat olahraga
S.i.l dan anak-anak buahnya
silat olahraga
Time ni giliran Adik
silat olahraga
Gaya kemain
silat olahraga
Pesilat-pesilat Mega Cemandee dari SK KGV
Actually ada lagi yang dari lain-lain sekolah. Dalam 2 tiga sekolah tapi taklah seramai SK KGV.

Adik dapat no tiga jer... kekdahnya nak pilih dua orang untuk kategori weight Adik tu so tak dapatlah jadi wakil persatuan/ sekolah ke pertandingan bulan March nanti.

Cousins dia yang lagi dua orang tu Imran dan Akmal. Imran berjaya dapat juara lagi. Akmal pulak awal-awal lagi dah out.

Takpelah mungkin kali ini takde rezeki lain kali usaha lebih gigih lagi.

Buat Imran terbaiklah, seronok tengok game dia very the very skillful. Semoga akan meneruskan kejuaraan pada pertandingan sebenar nanti.

Okay itu saja nak citer kisah Pertandingan Silat Olahraga Mega Cemandee. Akhir kata majulah sukan silat untuk negara.


9 ulasan:

  1. Segak Adik beruniform silat..
    Tahniah adik dapat no. 3 kira okaylah dapat juga tempat, hehehehe
    Go..go..go majulah sukan untuk negara.. :-)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah adik dapat no 3...

    BalasPadam
  3. Budak2 kalau dah minat memang excited...tapi benda yang baik ok la tu..

    BalasPadam
  4. MMG SUKA KITA TENGOK ANAK2 KECIL KITA BERSILAT NI BERGAYA N TANGKAS

    BalasPadam
  5. bestnye...tp gerun plak kot terseliuh hihi

    BalasPadam
  6. Wah, tahniah Adik, Imran & Akmal. Biarpun Akmal kalah, tapi ada pengalaman join pertandingn silat. Pengalaman tu yg penting 😄 Comei ja dorang pakai uniform silat

    BalasPadam
  7. hebat2! kecik2 lg da tunjukkan skill. harap digilap bakat yg ada ni smpi boleh harumkan negara. tahniah anak2!

    BalasPadam
  8. Oklah tu...sikit lagi dah boleh jadi wakil. Tak per jangan putus asa, kita cuba lagi ye dik.

    BalasPadam
  9. Tkpe no 3 pon. Yg penting dia dapat pengalaman and kita as parents support :) Ade jugak parents yg tk support so kesian kat ank sbb dia tkde experienced ntuk ko-ko (kokurikulum) time skolah.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©