Hi-Tea Bersama Tok Mat - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hi-Tea Bersama Tok Mat

16 Februari 2017

Hi-Tea Bersama Tok Mat

As Salam and greetings to dear readers.

Hi-Tea bersama Tok Mat. Tok Mat adalah gelaran mesra rakyat Negeri Sembilan kepada YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga merupakan Pengerusi Syarikat tempat Mrs. A bekerja. 

Actually majlis Hi-Tea ini telah berlangsung dua hari lepas iaitu pada 14022017 amvoi! sama tarikh pulak dengan valentine day muahhhahhaaa....

Tok Mat
Hastag bukan main win #kamisayangtokmat
Majlis Hi-Tea bersama Tok Mat ini adalah permintaan Tok Mat sendiri. Dalam ucapan beliau pada petang itu katanya. "Saya sendiri yang minta kepada pihak pengurusan supaya diadakan majlis ini sebab saya nak bagi tahu sendiri dengan tuan-tuan dan puan-puan supaya bila dah dapat pelarasan gaji nih kojolah rajin-rajin, janganlah buek muko bongih yo! macam tertolan penyongek. Pagi-pagi datang kojo dah buek muko bongih kat GM kat Pengarah janganlah camtu marah kek dio berduo pulak. Dio tak salah pun". 

Katanya lagi "bersyukurlah kita company ada buat keuntungan dalam keadaan sekarang ini banyak syarikat yang buat dasar berjimat-cermat dengan kurangkan gaji tapi tuan-puan pulak lain dapat pelarasan gaji ha! kan  untung tu".

Lagi satu kata beliau, "tuan-puan jangan salah sangka pasal bonus nih! bonus hanya akan dibayar pada hujung tahun itupun kalau syarikat mendapat keuntungan. Ini... sibuk nak bonus time ghayo mano buleh, itupun syarikat bagi jugak tuan-puan saguhati samo banyak dengan orang kerajaan ha! itu pun nak bising-bising laie."

Memang benar apa yang Tok Mat cakapkan tu Mrs. A pun setuju. Sana, sini, situ dengar banyak rungutan kawan-kawan terutama sekali company oil & gas. company kurangkan budget syarikat, sekat OT, sekat claim haish! macam-macamlah. Syukur alhamdulillah company yang terlibat dalam industri air tidak terasa sangat.

Jom layan gambar pulak...

Hi-tea
Grand Ballroom Klana Resort, Seremban
Hi-tea
Rewang-rewang santai sementara menunggu ketibaan Tok Mat dan lain-lain Ahli Lembaga Pengarah
Hi-tea
Pia...(officemate) tolong ambilkan gambar akak. #ootd
Okay gambar last nih! nak tunjuk jugak walaupun gegar dan blurr bukan salah Tok Mat tapi salah Mrs. A yang terkejut sebab time Mrs. A nak snap tu Tok Mat senyum sambil posing gitew menggigil tangan iols.

Hi-tea
Adoi...yai.. tangan gigil punya pasal snap gambar pun blurr
Alhamdulillah majlis Hi-Tea Bersama Tok Mat pada petang itu berjalan lancar dan menggembirakan kalau pun orang lain kurang gembira tapi gang-gang Mrs. A semuanya happy sesangat.

Semoga syarikat akan terus maju jaya bersama dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat.

11 ulasan:

  1. wahhh best tu... igt kan ada gmbr sekali dgn tok mat ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah Anies ingatkan nak ajak Tok Mat selfie sekali tapi malu

      Padam
  2. Itulah untungnya kalau sykt ada sandaran dgn org politik
    Kakak ni kan Mrs A, hari raya memang tak ada langsung pun duit imbuhan
    Bonus pun dpt selepat yearly audit. Bukan akhir tahun tapi awal tahun.

    BalasPadam
  3. Teruja sangat yaa Mrs. A sampai bergoyang gambar.. hehehe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. betul pesanan tok mat tu..

    BalasPadam
  5. Patut Mrs A ajak selfie ngan Tok Mat... hehe

    BalasPadam
  6. hehehe sampai gigil tangan ye kak. belum lagi kalau selfie tu.

    BalasPadam
  7. Dahlah dapat makan, dapat naik gaji dapat pulak bonus.... rezeki berganda nampaknya MA tahun ni hihi...

    Sebelum ni memanglah bongih yo MA, gaji tak laras laras hihi

    BalasPadam
  8. Wah bebat tu.
    kenapa tak berswaphoto dengan Tok Mat.

    BalasPadam
  9. Bestnya hi tea ! Mek lame dh tk join event ni.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©