Dinner Dan Acara Penyerahan Jersi

February 24, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Dinner dan acara penyerahan jersi. Minat punya pasal tak kisahlah malam ke, jauh ke, sanggup jugak tu pergi redah demi netball muahhhaaaaa.... Ada tak baca entry Mrs. A pasal karnival sukan SINI kiranya ini sambungan lagi. 

Mrs. A ingatkan dah tak dapatlah bermain netball untuk DUN Kota lagi sebab time karnival tu team Mrs. A dah kalah. Tetapi dah rezeki nombor 4 dan 3, masih boleh wakil lagi cos sang juara dah tarik diri tak mau wakil DUN Kota katanya.

Maka pengurus netball DUN Kota telah contact Mrs. A dan bertanya nak tak main lagi wakil DUN Kota untuk perlawanan peringkat Bahagian Rembau pula. Cos depa ambil separuh team dari nombor 4 dan separuh team dari nombor 3. Bila Mrs. A tanya gang netball depa kata mestilah naakkkkk.... apalagi on ajelah. Ha! nampak tak, nampak tak? Minat punya pasal semua pun okay.

Kekdahnya pada malam 22022017, bertempat di dewan orang ramai Chengkau telah diadakan majlis ringkas dinner dan acara penyampaian jersi untuk semua skuad DUN Kota yang akan bertanding pada hari esok iaitu Sabtu, 25022017 bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Paroi.

Tapi yang dapat hadir dinner dan peyampaian jersi tu cuma N dan Mrs. A sahaja, we all hadir bersama family masing-masing. Yang lagi 4 orang tak dapat hadir masing-masing ada komitmen. Takpelah we both faham dan wakilkan depa untuk ambil jersi tu.

dinner
Kita bergambar dulu
dinner
Caption gaya anak-anak zaman sekarang. Adik kat belakang tu sedang melawat kawasan ngeh!ngeh!ngeh!
dinner
Hurmm... portion sapalah ni agaknya!?
Dinner
Manager netball sedang terima jersi netball daripada YB Dato' Dr. Hj Awaludin ADUN kawasan Kota
dinner
Iniler... jersi netball yang kena pakai esok
Dinner
Acara penutup haruslah bergambar bersama beramai-ramai kansss...
Adoiii... berdebar-debarnya nak lawan esok, hahhhahhaa dah macam gaya nak wakil Malaysia la pulok! Doa-doakan team Mrs. A menang ya... amvoi! verangan kemain ngeh!ngeh!ngeh! Kalau kalah pun Mrs.A okay jer... biasalah adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Apa yang penting kerja...sama... (baca ikut gaya wonder pet tau)

Okaylah itu sahaja nak citer kisah dinner dan acara penyerahan jersi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.

You Might Also Like

12 comments

  1. wahhhh biru gitu...semoga beroleh kemenangan ya sis

    ReplyDelete
  2. Cantik baju tu, btw yang penting ada aktiviti sihat kan badan yang boleh Mrs A join.... semangat ok...hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga beroleh kemenangan esok Mrs A. Chaiyok chaiyok 🎉🎉🎉

    ReplyDelete
  4. lawa juga jersey tu.. lauk pun sedap.. bru saja makan hehe

    ReplyDelete
  5. cantik colour jersey tu 😍 gaya famous nak bergambar skrg ni, gaya tngn love Jae Suk 😄

    ReplyDelete
  6. mrs.a aktif bersukan.
    wajib la ada cerita jersi.
    hi hi aida ni kaki bangku, tak pernah tau pakai jersi.
    kecuali kat umah, jersi mr.asben yg dia da tak muat ha ha ha :)

    p/s : kalu sudi, nanti email kat aida address & phone no.
    nak pos gifts for few selected blogger frens. much appreciated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs. A sudi jer... ngeh!ngeh!ngeh!
      Thanks ya :-)

      Delete
  7. lupa plak tinggalkan email add ha ha...
    adianiez@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. gudluck dear....caiyokkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  9. Wah....untungnya MA, serah jersey pun ada makan makan. Dah kenyang, esok jangan lupa main sungguh sungguh noh hihi... Kalau kalah kena denda tau!

    ReplyDelete
  10. Waaa kak minatnya netball :) Mek jugak yg jenis tk main sukan :) Chaiyok kak !

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me