Selamat Tahun Baru Cina 2017

January 27, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan buat kaum Tionghua yang jatuh pada 28 Januari 2017. Selamat bercuti buat readers blog dan juga rakan-rakan blogger. Bercuti ke mana tu? Berhati-hati di jalan raya ya! 

Sempena cuti Selamat Tahun Baru Cina 2017 ini Mrs. A balik kampung aje. Planning nak pergi wedding invitation ada dua pulak tu wedding invitationnya mujurlah satu on Saturday dan satu lagi on Sunday In Sha Allah nak pergi kedua-dua tu.

Nak share sikit kisah ayam. Anak ayam bertanya kepada ibunya, "Mak, kita semua kenapa namanya sama, semua dipanggil ayam. Tak serupa manusia, masih kecil lagi sudah punya nama Ali lah, Ah Chong lah, Ayappan lah?"

Ibu ayam: "Nak, manusia yang masih hidup namanya memang banyak, tapi nanti kalau sudah mati namanya satu, iaitu Mayat."

Beza dengan kita. Bila mati, baru namanya banyak. Ada yang namanya Ayam Goreng, Ayam Bakar, Ayam Percik, Ayam Panggang, Sate Ayam, Kari Ayam, Rendang Ayam, Ayam Penyek, Banyak lagi Nakkk... Nama orang putih pun ada Kentucky!

Muahhhaaaaa... lawak sempena tahun ayam. Nah! kasi gambar satu.

Year of Rooster 2017
Year of Rooster 2017 [Google Image]
Seperti yang kita sedia maklum tahun ini adalah merupakan tahun Ayam Api bagi masyarakat Cina. Dari apa yang Mrs. A baca Tahun Ayam Api adalah merupakan tahun yang penuh kehangatan kerana elemen Yin (api) merupakan unsur dominan dalam tahun ayam. Salah satu kelebihan tahun ayam api ini katanya tahun yang sesuai untuk mereka merancang kehamilan. Lain-lain kelebihan silalah google sendiri ya...

Okay itu sahaja nak citer sekali lagi Mrs. A nak ucapkan  Selamat Tahun Baru Cina 2017 dan jugak selamat bercuti.

You Might Also Like

13 comments

  1. Selamat bercuti dan berehat.
    Untung rakyat Malaysia ni, banyak bangsa, banyak perayaan dan banyak cutinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... untung ler... sangat.
      Selamat bercuti juga buat WP

      Delete
  2. HEH..HEH..AYAM SEREBAN BERKOKOK PAGI NI SAMBUT CNY DGN MERIAHNYA...

    ReplyDelete
  3. Happy holiday..
    akak tak ke mana2 pun cuti ni. risau traffic teruk.

    ReplyDelete
  4. sy cuti balik kg je tgk nenek..
    aah betul juga tu lepas ayam mati banyak nama ayam percik ayam goreng.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Hahahaha terhibur baca lawak Mrs. A tentang ayam.. ada betul juga.

    Cuti tak ke mana, tak suka jam dan tempat crowded.. jadi duduk rumah makan tidur.. :-)

    ReplyDelete
  6. hahaha. selamat bercuti mrs A. Saya tak cuti pun, kerja je cny ni. hihi

    ReplyDelete
  7. X kemana2.. Lady stay kt umah mak jerk. Hbskn cuti dgn bonda tercinta..

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru cina buat yang merayakannya :)

    ReplyDelete
  9. ha ha ha ayam oh ayam :)
    kehamilan? hmmmmm...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me