Karnival Sukan

January 09, 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Actually nak post entry Bercuti di Langkawi tapi yang up karnival sukan UMNO DUN Kota lah pulok! Mungkin sebab karnival sukan ini baru jer berlangsung semalam itu pasal kehangatan nak menulis tu lancar dan laju kot.

Mrs. A terjebak didalam karnival sukan UMNO DUN Kota ini adalah permintaan Mr. A yang katanya kawan dia minta tolong carikan netballers untuk wakil team dia. Oleh kerana Mrs. A dah lama tak bernetball pastu pulak bila gang netballers ada pulak yang berminat nak join. Hahahai.... Mrs. A okay jer... lagipun DUN Kota area kampung Mrs. A.

UMNO DUN Kota
DUN Kota, Rembau Negeri Sembilan  #talldarkhandsome
Seawal 7.30 pagi Sunday dah gerak dari rumah menuju ke Sg. Layang, Rembau. Janji jumpa dengan salah seorang netballer di depan Petronas, Rembau tepi jalan cos dia seorang aje yang tak tahu tempat. Yang lawaknya dia terus ke Petronas, Kota ikut 'pakcik Waze' katanya. Tapi mujurlah patah balik ikut jalan yang sama aje so senanglah jumpa tempat yang betul takdelah sesat barat.

Netballers untuk game ini adalah berlainan company, tak kenal rapat macam gang satu office pun tapi we all kenal adalah disebabkan netball nampak tak, nampak tak??? because of netball we all reunited ecececewah.... [poyo jer ayat].

Team ini kekdahnya rakan netball dari company yang Mrs. A pernah friendly match iaitu DOSH and Nestle dan ada jugak wanita/ puteri UMNO area situ iaitu kawan-kawan kepada kawan Mr. A yang minta carikan team tu.

Tak banyak pun team yang bertanding cuma empat team aje A, B, C, dan D termasuk team Mrs. A. Pertandingan diadakan secara liga. Team Mrs. A pun A jugak namanya. Oleh kerana perasmian dijangka bermula pukul 10.00 pagi. Time tu pulak baru aje pukul 9.15 pagi. Urusetia dan players setuju diadakan dulu perlawanan dan apabila YB KJ sampai nanti pertandingan akan dihentikan untuk memberi laluan kepada acara perasmian.

Sempat jugak team Mrs. A berlawan dulu tu dengan team B. Memula seimbang masuk second time habis kena tapau. Kalah dengan mata 2 gol berbalas 6 gol. Team A okay jer... sedar diri tak pernah training bersama tetiba ko masuk berlawan memang tak serasi manalah. Dah tu pulak team B tu muda-muda belia ada jugak muka budak SUKMA. Hurm...terima ajelah seadanya.

Kemudian apabila YB KJ sampai kita pi khemah dulu ya... ikuti acara perasmian. Karnival Sukan UMNO DUN Kota ini tujuannya adalah untuk mencari wakil team untuk bertanding dengan tiga DUN lagi iaitu Rantau, Chembong dan Paroi.

YB KJ
Kita akan bagi insentif kalau DUN Kota menang dalam setiap acara sukan yang tuan/puan menang katanya. Tapi janganlah harap sampai satu juta pulak macam insentif olimpik tu berderai ketawa orang ramai yang ada kat situ.

UMNO DUN Kota
YB KJ, Dato' Dr. Awalludin dan lain-lain orang kuat UMNO DUN Kota
Ini adalah pertama kali Mrs. A dengar YB KJ berucap secara live sebelum ini tengok kat TV aje. Memang ada style, louder dan jelas mampu membuatkan audience senyap seketika. Memang ada aura leader gitew. Satu yang Mrs. A noticed dia berucap tak baca 'teks'  sama macam YABDSU Tok Mat tapi Tok Mat lagi best sobab dio cakap nogori.

Selepas habis ucapan perasmian YB KJ round padang pulak. Jom layan gambar lagi.

YB KJ
Time ni YB KJ kena buli kena buat balingan sampai masuk hah! susah jugak nak masuk ya kata dia
UMNO DUN Kota
Team A aka team Chengkau
UMNO DUN Kota
Alahai!! iol tak dapat diri sebelah
UMNO DUN Kota
Aksi bebas kata photographer - Peace yo!
Setelah selesai acara selphi-selpot perlawanan netball dan lain-lain pun diteruskan. Di antara lain-lain perlawanan yang Mrs. A tahu berlangsung di situ adalah futsal dan bola tampar eh! ada jugak badminton kalau tak silap.

Team A ada berbaki lagi 2 games selepas acara perasmian tu. Tetapi yang bestnya we all pulang awal. Cer teka kenapa pulang awal tu muahhhaaahaaaa.... Tidak menang lettew itu pasal yang pulang awal. Takpelah Team A okay jer.... cos kalah bermaruah katanya. Kepada team yang menang syabas we all ucapkan. Semoga DUN Kota akan berjaya mencapai target di tempat kedua untuk tahun ini tapi kalau juara lagilah bagus. Hidup UMNO eh! tetiba muahhahaaaaaa....

Okay itu sahaja nak share kisah Karnival Sukan. Majulah sukan untuk negara.

You Might Also Like

4 comments

  1. Seronok menjaring bola.
    Yang penting bukan menang or kalah,
    tapi posing and swafotonya.

    ReplyDelete
  2. x pe next year boleh cuba lg..membesar sbg johan hehehe

    ReplyDelete
  3. hensem KJ, itu yg di tengok ye kah kah...

    ReplyDelete
  4. lama tak main netball .. nampak meraih dgn datangnya KJ. hehe

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me