Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai

11 Januari 2017

Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai

As Salam and greetings to dear readers.

Sebelum ini Mrs. A dah share homestay tempat Mrs. A sekeluarga tinggal sepanjang empat hari bercuti ke Langkawi tu. [SINI] Okay sambung lagi kisah Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai. Ha! apa kes sampai boleh jadi macam tu? Ini semua salah Ah Jib eh! tetiba muaahaaaaa....

Ntahlah tak tahu siapa yang nak disalahkan mungkin kedua-duanya Mr. and Mrs. A jugak. Menurut Mr. A flight we all last check-in pukul 3.20 petang. Gerak dari rumah lebih kurang dalam pukul 1.00 petang macam tu hurmm... lambat jugaklah kiranya tu.

Dah tu pulak Mr. A pagi tu dia keluar dalam tengahari baru dia balik pastu balik muka ada sedikit tak puashati cos tengok Mrs. A dan kids tak berapa nak siap lagi. Dipendekkan cerita bersiap jugaklah we all tanpa berkata-kata gitew.

Hurmm... patutlah on the way to KLIA tu Mrs. A rasa macam ada benda tak kena dah tu pulak tak excited pun nak buat trademark selfie-selpot dalam kereta as usual. Boleh pulak Mrs. A ketiduran ha!! gitew. Jalan pulak tak berapa lancar ada tempat-tempat yang banyak kereta dan traffic slow moving.

Dalam pukul 2.15 petang macam tu barulah we all sampai di KLIA. Belanja gambar satu.

KLIA
Time tu busy nak celebrate Christmas
Park kat depan tu aje lalu terus mencari-cari kaunter Malindo Air. Jeng...jeng..jeng... demi apabila Miss kaunter meminta IC untuk semua terus muka Mr. A kalut dan panik cos apabila tanya pada Along dan Aryssa ada bawa IC tak?  Jawapan sudah dijangka takde pun keluar dari kedua-dua anak bertuah itu dengan tambahan lagi jawapan mereka, ibu dengan babah tak suruh pun huwaaaa...waaa...awaaaaa.......waaa.... Adik tak payah tanyalah memang dia tak bawalah surat beranak kalau bukan mak/pak dia yang bawakan.

Bila we all kata kalau tiada IC tak boleh ke? No..no..no... no compromise at all.

Huh! by hook or by crook kena jugaklah patah balik Seremban untuk ambil IC/birth cert tu. Melihat jam di tangan Mr. A dan Mrs. A saling berpandangan tak perlu kata apa-apa masing-masing tahulah sendiri punya rasa time tu muahhhaaaahaaaa....

Along dengan Sha ikut babah balik Seremban kata Mr. A. Boleh pulak adik nak ikut sama. Memang taklah... Mrs. A bagi. Adik!!! ikut ibulah habis tu bag dua besar gedabak ni macam mana ibu nak tarik dua sekali.

Bercuti Ke Langkawi
Dua bag jer...
Mr. A terus aje bergegas ke kereta diikuti oleh Along dan Aryssa. Sementara Mrs. A pulak check-in luggage tu kononya nanti senang takdelah ambil masa sangat. Lebih kurang dalam 10 minit kemudian Mr. A call katanya tak payah check-in dululah luggage tu. Dah pulak haish! fening anna dibuatnya. Tanpa banyak soal Mrs. A ikut aje arahan dia mujurlah Miss kaunter tu jenis yang cool sambil tersenyum dia layanz... jer... karenah Mrs. A dan Adik mungkin dia pun simpati agaknya.

Lalu Mrs. A dan Adik pun heretlah sorang satu bag tu sambil cari port nak lepak sementara menunggu Mr. A, Along dan Aryssa tu. Ha!! lagi satu line phone pun nak buat hal jugak time tu. Boleh pulak Mr. A call tapi Mrs. A tak dapat dan susah nak dapat. Bila dapat cakap aje terus kena bash apsal tak jawab phone huhuhhuhu... sabar yolah. Bila Mrs. A check rupanya ada masalah roaming cos Mrs. A guna dua sim. Geram punya pasal take out satu sim. Dipendekkan cerita memang tak sempat. Good bye flight OD ntah apa ntah nombor dia KL to LGK departure time 3.40 petang. There goes our money.

Adik sedih sangat bila Mrs. A kata "dik babah kata tak sempat". "Habis tu macam mana bu?" Hurmmm... tak jadilah kita pi bercuti dik huwaaa...waaa...waaa.... Malas nak fikir Mrs. A pun ajak Adik pi makan sambil masing-masing seret bag sorang satu. Tapi taklah pelik mana kat KLIAlah katakan semua orang pun seret bag gedabak-gedabak gitew.

The Coffee Club
Senyumlah walaupun anda sedang dilanda seribu satu macam masalah chia..chia..chia...
Oh! ya sebelum Mrs. A dan Adik pi minum tu time on the phone dengan Mr. A tu dia dah suruh check dengan kaunter next flight pukul berapa? Mrs. A saja jer... nak bagi adik suspen. Miss Ticketing kata next flight pukul 6.40 petang dan seat masih ada yang available untuk lima orang. Pheww!!! lega tapi sikit ajelah.

Tak lama selepas Mrs. A dan Adik settle makan-makan dan minum-minum tu we both pun gerak semula cari port yang berhampiran dengan kaunter Malindo tu sambil menunggu Mr. A, Along dan Aryssa sampai. Lebih kurang setengah jam macam tu mereka pun sampai kemudian we all terus aje ke kaunter ticketing untuk beli tiket.

Tapi Mrs. A masih gigih lagi tu bagitau kat Miss ticketing yang we all ni tadi dah terlepas flight pukul 3.40 petang boleh tak kalau nak refund tiket yang sebelum ini tu? Sorry puan cannot katanya [lawaklah ko nih! Mrs. A memang tak dapeklahkan lagi mau tanya]. Manalah tahu sometimes miracle do happen.

Kekdahnya beli jugaklah tiket untuk pergi tu tetanya adult berapa dan child berapa? Adult minus plus RM328.60 dan child RM189.74. Miss ticketing siap inform katanya price for today memang mahal dari biasa. Dah tu pulak Adik sorang aje dikira child, Aryssa termasuk dalam kategori adult so all together kena beli tiket pergi tu four adults and one children. Habis bajet shopping di Langkawi bertukar kepada bajet membeli tiket untuk pergi mujur tiket returned boleh guna package yang dah sediada beli tu.

malindo air flight ticket
Hurm... mana ntah satu lagi tiket. Tak bagi Ibu simpan lettew
Selepas settle urusan membeli tiket terus aje check-in sementara tu Mr. A pergi hantar kereta ke tempat parking. We all plan park aje kereta kat KLIA tak mau susah-susah minta orang hantar /jemput. Kalau guna air-port teksi pun lebih kurang aje bajetnya. [4 days parked total RM142.00].

Oleh kerana mood dah ke laut takdelah selphi-selpot sangat ha! gitew...

malindo air
Ready to take-off
malindo air
The boys sebelah sana
malindo air
Inilah budak yang tak bawak IC tu
malindo air
Airport-Fashion baq hang!
Finally alhamdulillah The A's family sampai jugak ke Langkawi setelah terkandas di KLIA beberapa ketika.  Arrival lebih kurang dalam pukul 7.45 malam. Okay! itu sahaja kisah Bercuti Ke Langkawi : Permulaan Yang Cuai. 

To be continue ;-).

13 ulasan:

  1. Kecuaian kita mengakibatkan kerugian.
    Pengalaman jadikan pegajaran.
    Happy holiday.

    BalasPadam
  2. sayangnyaaaaa... sy yg baca ni rs terkilan...tp nk wat cm ne kan... mungkin x de rezeki dgn flight pertama tu...apa2 pun dah selamat smpi Langkawi...syukur...

    BalasPadam
  3. Kalau reen kak.. Dah balik. Hehehe tapi kalau dah bayar siap2 package di Langkawi, nak tak nak.. Kne gak pergi..

    BalasPadam
  4. Masya-Allah... memang tak boleh nak kata apalah dah
    Kalau berkemas last-minutes kadang memang boleh jadi macam itu.

    BalasPadam
  5. mesti kecewa bila terjadi gitu
    nak tak nak kena selesaikan juga
    tp setiap yg berlaku tu mesti ada hikmahnya :)

    BalasPadam
  6. Benda paling risau dan takut bila naik kapal terbang adalah ketinggalan kapal terbang .. .. tu sebb saya jarang naik kapal terbang ... :P

    BalasPadam
  7. untungla kalau dapat pergi langkawi..saya pun teringin nak ke sana

    BalasPadam
  8. sampi jugak ke langkawi walupun ada problem, tapi banyak jugk tu by another ticket, bolh tampung shopping kat langkawi..huwaaa

    BalasPadam
  9. Saya pun pernah terjadi, tertinggal surat beranak, baby waktu tu 1 tahun lebih usia. Nasib pegawai tu terima ada gambar surat beranak dalam laptop. :D

    BalasPadam
  10. pergi 2 beg, balik mesti berbeg-beg kan.. hahaha..

    BalasPadam
  11. perghhh rugi burn tiket mcm tu jelah Mrs A.. nasib domestic kalau inter mau menangis

    BalasPadam
  12. saya dekat shj dgn KLIA ni, rasa mungkin agak sukar untuk terlewat...dan harapnya tidak

    BalasPadam
  13. Ruginya A....
    Mesti tak bestkan.... belum belum aje memasing mood dah ke laut. Tapi tak perlah jadikan pengajaran. Lepas ni kena lebih berhati hatilah nampaknya.

    Teringin jugak nak ke Langkawi naik flight....

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©