Comot Si Kucing Kampung Yang Sakit Buasir

December 30, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Actually Comot ni bukanlah kucing Mrs. A. Comot adalah kucing mak sedara Mrs. A yang tinggal kat kampung. Kesian sangat dengan Comot si kucing kampung yang sakit buasir ini. Dubur dia tu dah terkeluar panjang bila dia nak membuang dia akan mengiau-ngiau kuat bila kita dengar dan tengok pun kesian sangat.

Last weekend Mrs. A balik kampung walaupun tiada orang di kampung kerana turn 'mereka' pulak bercuti ke Langkawi. 'Mereka itu' adalah family Kakngah, family Adik, emak dan mak-mak sedara Mrs. A. 

Weekend sebelum tu mak sedara Mrs. A tu dah bagitau nanti depa nak pi Langkawi macam manalah kekucing ni nak makan. Bila dengar macam tu Mrs. A pun offer diri takpe biarlah iol yang jaga dan bagi kekucing tu makan sementara uols pi bercuti tu.

Haish! ntah sejak bilalah si Comot ini dah merana sakit buasir tu lupa pulak nak tanya mak sedara Mrs. A tu. So kekdahnya Monday 26122016 tu bila Mrs. A nak balik Seremban. Mrs. A pun bawaklah Comot sekali cos plan nak bawa Comot pi klinik.

Comot-si-kucing-kampung
Tu nampak tak bontot dia ada bulat merah macam telur. Gambar ni dalam kereta Along snap, otw nak balik Seremban
Monday tu tak dapat bawa Comot pi klinik cos klinik tutup. Tuesday petang barulah Mrs. A dapat bawa Comot pi klinik. Sekarang ini tak perlu pergi jauh-jauh ke Senawang lagi cos klinik tu dah ada branch di Ampangan iaitu Klinik Haiwan Ampangan namanya yeaaaa....  I likes cos dekat aje dengan rumah Mrs. A naik kereta 5 minit dah sampai.

Klinik Haiwan Ampangan yang bestnya tak busy macam yang di Senawang tu so bila Mrs. A sampai aje terus register kemudian Comot terus dapat jumpa doktor. Lalu Mrs. A pun bagitaulah masalah Comot yang kena buasir tu hahhahhaaa... ingat term buasir tu salah tapi betullah tu memang kucing pun ada sakit buasir.

Kalau kat klinik Senawang ada doktor handsome kat klinik Ampangan ini pulak ada doktor cantik. ngeh!ngeh!ngeh! sempat aje ko perati Mrs. A oii. Bila doktor check bontot Comot katanya " Oh! ini ambil masa sikit, saya nak bersihkan yang terkeluar ni dulu pastu saya akan cuba masukkan balik". Lalu doktor suggestkan Mrs. A pergi mana-mana dulu nanti dia call bagitau perkembangan.

Lalu Mrs. A dan Aryssa pun pi Giant sedang membeli-beli tu dapat call dari doktor cantik. Katanya Comot tu perlu buat surgery cos bila dia cuba masukkan balik tak boleh. Mrs. A pun setuju ajelah habis tu camno? Doktor kata lusa baru boleh ambil Comot Wednesday morning dia buat surgery then dia nak monitor dalam sehari so Thursday baru boleh ambil Comot.

Comot
Nama kita Comot. Sekarang bontot kita dah takde buasir lagi
Yesterday petang lepas habis kerja terus aje Mrs. A ambil Comot. Doktor kata dia buat surgery tu kat perut dia ni sambil tunjukkan perut Comot dari situ dia tarik masukkan usus Comot yang terkeluar tu dan jahitkan biar tak terkeluar lagi. Macam mana jahitkan tu tak tahulah pulak Mrs. A. Tak kisahlah janji Comot pulih seperti sediakala.

Comot si kucing kampung
Atas: Area perut yang kena surgery tu
Bawah: Tut... dia yang dah macam normal kembali
10 hari lagi Comot kena pergi klinik semula untuk buka jahitan. Semalam doktor bagi ubat jugak untuk keraskan tahi dia. Ubat tu Mrs. A kena bagi Comot sehari sekali. Mrs. A pun tanyalah kenapa jadi macam ni. Doktor kata antara sebabnya adalah berak cair yang dah lama dan berpanjangan, bila dia berak cair, dia teran usus dia bergetar kalau dah selalu sangat itu yang terkeluar.

Oh! ingatkan berak keras yang sebabkan buasir. Macam manusia biasanya berak keras selalu yang sebabkan buasir tapi haiwan lain pulak.

Maknanya Comot tak boleh balik kampung lagi. Sementara ini Comot jadilah kucing bandar ya... tinggal dengan A's family.

bil klinik haiwan Ampangan
Itulah cost untuk surgery tu huhuhuuu... sakit itu mahal harganya
Alamat Klinik: Klinik Haiwan Senawang, No. 52-B-2, Jalan Cempaka, Bandar baru Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Contact No: 019-6896912/ 018-3660854

Waktu Operasi: Ahad - Khamis: 9.00 pagi - 6.00 petang.

Jumaat: 9.00 pagi - 12.00 tengahari /  3.00 petang - 6.00 petang

Cuti: Sabtu

Waktu rehat: Ahad - Khamis: 1.00 petang - 2.00 petang/ Jumaat: 12.00 tengahari - 3.00 petang

Actually klinik ini dekat aje dengan self service laundry yang Mrs. A selalu pergi dulu. Dekat jugak dengan Talk Com Pet Shop. Senang kata lorong yang sama.

Okay! itu sahaja kisah Comot Si Kucing Kampung Yang Sakit Buasir. Harapan Mrs. A semoga Comot segera sembuh dan boleh balik kampung berjumpa dengan tuan sebenar dia.

You Might Also Like

7 comments

  1. Alhamdulillah...syukur Comot dah pulih..dan tahniah MrA kerana rasa kasih pada Comot..pasti ada ganjaran yang sedang menanti..amin :)

    ReplyDelete
  2. Semoga Comot cepat sembuh..Aamiiin!

    ReplyDelete
  3. mesti azab juga tu comot menanggung kesakitan... cpt2 sembuh ya comot

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Muka comot macam penat baru lepas bersalin. Hehee in sya Allah nanti comot akan doakan untuk akak dan keluarga yang baik-baik belaka. Amiin..

    Kos rawatan tu memang tengok boleh rasa nak berpeluh.. Tapi tak pe lah. Hari ni keluar duit untuk si comot.. Mana tau esok lusa Allah akan melipatkaligandakan rezeki akak dan keluarga..

    Kalau bukan rezeki duit, rezeki kesihatan.. Rezeki kebahagiaan.. Dan pelbagai lagi yang kadang kita tak perasan. Hehee

    Kak.. Reen bagi pihak comot nak ucapkan terima kasih sebab bawa comot ke klinik untuk rawatan.. Meh sini reen nak syg akak! 💋😉 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin.
      Muuahhh... sayang Reen jugak.
      Alhamdulillah Allah bagi akak rezeki lebih sikit (dapat bonus) untuk kongsi dengan Comot.

      *Terima kasih jugak buat PC, MA & Anies yang mendoakan Comot.

      Delete
  5. Kucing kesayangan mai si Owen tu pun ada buasir, Mai risau betul tp tula dia degil, tak suka minum air.

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan juga kosnya... Semoga Comot cepat sembuh....

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me