Apabila Kucing-Kucing Selsema - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Apabila Kucing-Kucing Selsema

7 Disember 2016

Apabila Kucing-Kucing Selsema

As Salam and greetings to dear readers.

Ouch! sudah beberapa hari Mrs. A tak up-date blog. Hari ini nak share kisah apabila kucing-kucing selsema. Oleh kerana di rumah Mrs. A ada banyak kucing kekdahnya bila seekor dah selsema maka berjangkit-jangkitlah mereka. Pada mulanya Kuning yang mendapat selsema sambil terbersin-bersin. Kemudian apabila Kuning tidur bersama-sama dengan Whiskas dah pulak berjangkit pada Whiskas. Tapi yang peliknya tu Kuning pun baik dari selsema.

Kesian depa dengan hidung berair mata berair. Pada mulanya, pssssttt... ni nak habaq Mrs. A bagi ubat selsema Adik dengan dos yang sangat sedikit iaitu setitik aje campur dengan air suam guna syringe yang 5ml tu. [Amaran jangan tiru amalan ini kalau vet tahu mampos!!] tetapi alhamdulillah ada kurangnya.

Namun begitu Mrs. A tetap jugak pergi klinik dan minta ubat. Apabila kucing-kucing selsema. Ini adalah ubat yang vet bagi.

prednisolone-5mg-doxycycline-50mg
Color putih tu Prednisolone 5mg dan color biru tu Doxycycline 50 mg untuk kucing dewasa.
Actually Mrs. A pergi tu tujuan utamanya nak "spaying" (kasi) si Koko pulak, cos dia pun tengah chicky nak mating-mating. (Nantilah Mrs. A up entry lain kisah si Koko kena spaying).

Ini nak cerita kisah kucing-kucing selsema aje. Ha! bukan setakat kekucing dewasa aje selsema Lilo pun dah berjangkit sama. Si kecik ni lagi kesian tau tengok dia terbersin-bersin selera makan pun kurang. Time pergi klinik tu Mrs. A bawa Lilo sekalilah dengan ibu dia Koko. Dewasa tak bawak pun.

Lilo-Koko
On the way to Klinik Haiwan Senawang Lilo dan Koko dalam satu carrier.
Sorrylah you both kena bersempit sekejap ya!
Carrier ibu ada satu jer...
Ha! tu dia dah sampai
Actually time ini Doktor handsome dah balik. Alahai camno ni dik! Lilo akak ni selsema ha!? Akak datang semula pukul 8.00 malam nanti katanya. Ah! tak maulah esok jer... akak datang. Lagipun esok memang akak kena datang cos nak amik Koko kan!? Kekdahnya Lilo pulang tanpa rawatan dan ubat-ubatan pun tak dapat.

Esok malam tu barulah dapat bawa Lilo jumpa vet. Lilo kena injection.Kemudian Mrs. A pun minta lah sekali ubat selsema untuk kucing-kucing dewasa. Walaupun pada mulanya vet tak nak bagi. Alasan vet kena bawa mereka dulu barulah boleh bagi ubat.

Ubat perlu ikut prescription katanya. Alahai doktor susahlah saya nak bawak tiga ekor tu depa tu dahlah tak pandai naik keta. carrier saya satu aje pulak tu. Setelah doktor timbang kati alasan Mrs. A tu tanya berat berapalah? Umur berapa? lalu vet mengalah dia pun bagi jugaklah ubat for three adult. Midnite, Whiskas and Jingga.

Yeay!! dapat ubat for Midnite, Whiskas and Jingga.

doxycycline-
Se-ekor se-paket total 5 biji se-paket tu
prednisolone
Samalah se-ekor se-paket total ada lima biji se-paket
Yang ini Lilo punya Prednisolone tu sama tapi yang satu lagi tu lain.
Mungkin sebab dia kecik lagi tu pasal ubat dia jenis lain.
Oleh kerana Mrs. A tak sempat nak tanya doktor makna jenis-jenis ubat yang di bagi tu, lalu Mrs. A google aje. 

Apa itu Prednisolone 5mg tablet for cats. 

- For steroid therapy, as an aid in the treatment of arthritis, asthma, skin disorders, allergic dermatoses and other inflammatory conditions in dogs and cats.

Doxycycline tu pulak lebih kurang sama dengan antibiotik. Tapi kalau nak tahu details googlelah sendiri ya muaaahhaaaaa....

Ha! nilah gaya depa makan ubat.

Jingga... bukak mulut tu
Okay! telan...telan... good boy
Apa ni..apa ni.. Midnite tak sukalah
uwekkk!! tak sedaplah
Lepaslah... nak lari nih!
Turn Whiskas pulak. Apa ni ibu... bukak mulut...bukak..mulut ni?
Tak....!!! nak.....!!!
Kemudian turn si kecik Lilo pulak.

Apsal Aryssa ini buat-buat baik ni snap-snap bagai
Oh! no...no..no... tak sukalah benda ni
Bila tengok doktor yang bagi makan ubat macam senang aje. Tips dari doktor kalau nak senang time bagi kucing makan ubat tu. Katanya kucing kena diletakkan atas meja. Kemudian dudukkan dia pegang tengkuk tarik kebelakang sikit, Satu jari bukakkan mulut dia dan jari yang pegangkan ubat tu terus masukkan ke dalam mulut tolak dalam sikit katanya.

Hurm... tips yang letakkan atas meja tu Mrs. A tak ikut pun sebaliknya Mrs. A letakkan depa atas kerusi jer... yang lain-lain tu Mrs. A ikut kira okaylah walaupun pada mulanya agak struggle. Lama-lama dah senang doktor pun kalah ngeh!ngeh!ngeh!...

Alhamdulillah sehingga entry ini ditulis depa yang selsema itu dah baik dari selsema masing-masing. Barulah Mrs. A senang hati tengok depa dah pulih dan berselera makan. Okay itu sahaja nak share kisah Apabila Kucing-Kucing Selsema.


13 ulasan:

  1. info yang sangat berguna..Alhamdulillah sejak bela 2 beradik bulus kat umah depa tak pernah selsema..tapi Prednisolone tu sama mcm ubat selsema kita makan..hihihi.

    BalasPadam
  2. Ohh... kena telan pil macam org ye - kesian pulak kakak tengok
    Nasib baik kucing-kucing ni dah tahu dan manja.
    Kakak ingatkan letak pil dalam mangkuk minum bancuh (apalah kakak ni kan memang tak ada ilmu jaga kucing hihi...)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..masing-masing redha dalam terpaksa sebab kena makan ubat...

    BalasPadam
  4. banyaknya ubat...dah mcm manusia pula yg sakit... ;-)

    BalasPadam
  5. Musim kak.. Kat rumah pun kucing Reen kena selsema. Semoga mereka cepat sembuh :)

    BalasPadam
  6. wahh kucing makan pil.. bru Unni tau.. comel kucing Mr.A.. musim kot, bkn kucing je skg ni org pun mudah kena selesama :( btw moga cepat smua kucing2 comel

    BalasPadam
  7. hehehe sama lah situasi sy kalo sibulus2 ku nie dah kena selesema..Now sy akn ready ubat selesema jenis cecair d rumah sebaik jer terdengar bulus - bulus nie meresin sebelum teruk.

    BalasPadam
  8. ingatkan kucing ada ubat air je. ada jugk pil ya. kita nak suap kat dia tu rasa ngeri

    BalasPadam
  9. x pernah lg bg ubat kat kucing
    mcm susah juga nak bagi kan? huhu

    BalasPadam
  10. Mengalahkan orang sakit ubatnya.
    Semoga kucing2 Mrs.A dh sihat.

    BalasPadam
  11. amal beri mnum air rebusan semalu dan daun dukung ank,utk cegah dari terkena selsema ni

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©