8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume

December 20, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

8 perkara yang anda perlu elakkan sewaktu memakai perfume. Ha! tetiba pulak Mrs. A nak share pasal tips ini. Actually Mrs. A terbaca ini kat wall FB kawan Mrs. A yang jual perfume De'Xandra. Al-maklumlah kat FB nanti susah nak cari balik kat blog senang taip aje label ha jumpalah kita post ni nanti walaupun beberapa tahun kemudian. In Sha Allah. 
8-perkara-yang-perlu-anda-elakkan
Chloe lepas ni Mrs. A tak gosok-gosok kau lagi ya...mana tau kot kuar jin pulak  muahhhaaaa
Okay!! jom baca 8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume:-

1. Jangan pakai perfume semasa tubuh masih basah 
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan dah agak kering (lembap ye, bukan betul2 kering). Kerana pada waktu itu, kulit anda akan mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2. Jangan pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

3. Jangan pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

4. Jangan pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.

5. Jangan pakai perfume di baju.
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Jangan menggosok perfume selepas pakai.
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Jangan pakai perfume di tempat letak barang kemas/ perhiasan/ jam tangan.
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/ perhiasan/ jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Jangan letak perfume di tempat terlalu panas/ terlalu sejuk.
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Perkara 4, 5 dan 6 tu Mrs. A selalu aje buat muaaahahhaaaa... lepas ini tak nak buat dah. Semoga tips ini bermanafaat dan readers semua wangi selalu. Itu saja nak share 8 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Sewaktu Memakai Perfume.


Kredit to Shilla Yaakob

You Might Also Like

10 comments

  1. Banyak step yang kita selalu buat... Patutlah semua minyak wangi tak bau wangi... Kita yang salah pakai rupanya... Haha

    ReplyDelete
  2. ok baru tau fakta yg nombor 6 tu..hihi macam biasa dah spray otomatik akan gosok2..habit dah

    ReplyDelete
  3. baru tahu byk tips hari ni..tq Mrs A

    ReplyDelete
  4. wah, baru tahu nih, terima kasih ;)

    ReplyDelete
  5. Terlalu sejuk pun tak boleh ya.. Terima kasih kak mrs. A utk info perfume ni. Hehehe boleh praktik nanti 😳

    ReplyDelete
  6. suka pakai belakang telinga dgn leher.. situ tertutup hehehe

    ReplyDelete
  7. LZ pula suka sembur perfume lepas bersiap dari atas ke bawah, wahhhh sampai semerbak bilik tapi tak bertahan.. Bila baca post Mrs. A ni baru tahu salah step rupanya.. hahahahaha

    Kalau cenggitulah caranya LZ, sebotol 100ml perfume pun tak cukup wangi.. pembaziran melampau! Okay bye belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  8. Selalu buat no.7. Tips yg berguna sgt ni Mrs.A. Suka!!

    ReplyDelete
  9. tp yg no 5 tu mmg selalu buat wpn dah tau tp ttp jg nk buat sbb rs x puas hahahahaa

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me