KGP Sodap Bona

November 08, 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Balik kampung last weekend sempatlah Mrs. A singgah di KGP. Lagipun dah lama tak singgah kat kedai KGP ni biasa beli tapau aje minum kat rumah. KGP apo ko bondo ea tu??? ngeh!ngeh!ngeh! mesti readers tertanya-tanyakan. 
Kelapo Goncang Panchang
KGP adalah Kelapo Goncang Panchang aka coconut shake
Actually KGP tu adalah short form untuk Kelapo Goncang Panchang hurmmm...sodap bona. Kelapo tu bahasa Negeri Sembilan dalam bahasa standard adalah "kelapa" dan Goncang adalah goncang juga shake-shake uols. Actually dalam bahasa yang diketahui umum adalah coconut shake. Manakala Panchang tu adalah nama kampung Mrs. A. 

Tetapi di kampung Mrs. A satu kampung sedia maklum KGP itu apa. Dalam erti kata lain ianya adalah branding untuk coconut shake keluaran di kampung Panchang. Tetapi jangan salah faham pula ya KGP itu bukanlah hasil keluaran penduduk kampung Panchang ianya adalah hak milik individu yang tinggal di Kampung Panchang. Tuan KGP ini adalah pemilik kedai runcit dan juga pemilik KGP yang terletak sebelah-menyebelah aje.

Sodap Bona
Shawl merah ni anak siapalah tu? Kanan tuan KGP sedang siapkan order Mrs. A and kids.
perisa-original
Ini Mrs. A punya perisa original
Menu
Ada juga lain-lain perisa
Di KGP ini juga ada WI-FI percuma. Kedai KGP akan sangat meriah dan busy bila hari-hari cuti ataupun musim-musim perayaaan al-maklumlah time tu semua anak-anak kampung yang di perantauan pulang ke kampung. Inilah port lepaking sambil minum-minum KGP sodap bona.

KGP ini bukan sahaja ada di kampung Mrs. A ada jugak truck bergerak ke sana ke mari. Boleh klik 
KGPkool untuk mengetahui lebih lanjut.

Okay itu sahaja nak share pasal KGP Sodap Bona. Andai kata ada readers yang melalui kampung Mrs. A ataupun terserempak truck KGPkool bolehlah cuba ya.... In Sha Allah memang sodap bona berbaloi-baloi.

Nota: Kampung Mrs. A ini ada dua nama Panchang pun ia Kampung Haji Sulaiman pun ia juga. Macam mana ada dua nama? Ntah! sejarahnya Mrs. A belum siasat lagi.

You Might Also Like

10 comments

  1. nampak sedap je ni sis...xde kt KL ke? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe.. itu ke tanya taukeh! dia tu. Mana tau esok lusa dia buka branch kat KL.

      Delete
  2. Namo kodoi pon nogori eyy. sodap pulak eden nengok haaa

    ReplyDelete
  3. Ingatkan apa la tadi rupanya coconut shake.. bagus tu buat nama yg catchy cam tu.. memang menarik minat..Feveret Sha nie..

    ReplyDelete
  4. Hrga standart je kan. Kedai cm ni yg kt cari. Bg kualiti yg baik tp dlm msa yg same mnjga hrga :) i loike

    ReplyDelete
  5. Jenama memainkan peranan.
    Kalau sebut coconut shake, dh belambak.

    ReplyDelete
  6. salam singgah MRS A, selalu dah saya minum coconut shake tapi KPG ni baru 1st time dengar... nengok pada menu tu macam2 perasa ada..menarik nak dicuba.

    ReplyDelete
  7. Amboi hipster namanya. Macam best jek sayangnya saya tak makan apa yang berkaitan kelapa. hee

    ReplyDelete
  8. kalau ada kesempatan saya nak singgah Kedai tu.
    nak rasa. mungkin lain dari yang lain.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me