TPO

October 28, 2016

As salam and greetings to dear readers.

Sebenarnya Mrs. A bukanlah nak cerita pasal TPO (The Prayer Outfit) sangat atau dalam Bahasa kita telekung. Ini lebih kepada rasa ralat apabila TPO Mrs. A diguna oleh orang tanpa memberitahu ataupun meminta kebenaran terlebih dahulu. Walaupun benda ni remeh-temeh but still tolong jangan buat tak tahu.
TPO
Hari ini bawa TPO lain, sebab yang tu bawa balik nak basuh.
Begini ceritanya setelah lebih kurang seminggu bercuti dari menggunakan TPO di office, maka semalam cuti dah tamat. Lalu seperti biasa time nak menunaikan solat Zohor Mrs. A pun pergilah ke surau. Time nak ambil TPO tu Mrs. A tengok eh! kenapa cara lipatan TPO aku lain macam aje nih! Pastu time keluarkan dari hanger nak letak kat sejadah. Eh! apsal kuning, kepam nih! (kat area dagu) adoi!!! siapa yang guna nih! nyampah betullah ni mesti kesan make-up, bedak tebal dia nih! habis berkesan telekung aku. Tak suka betul comot-momot cenggini. Dahlah guna tak bagi tahu. Semua tu dalam hati ajelah to be exact bisikan jahat dalam hati Mrs. A. 

Pastu tersedar bisikan positif pulak cakap, apalah ko nih! Mrs. A telekung ajepun ko nak kecoh sangat. Sepatutnya ko bersyukurlah dapat pahala free orang guna telekung ko. Dah! abaikan saja buat tak tahu sudah. Bawak balik basuh. Puas Mrs. A berbisik-bisik sendiri dalam hati sambil bersihkan muka buang-buang make-up tu. Namun terlepas jugak cakap mengadu-domba kat Kak N yang kebetulan ada kat surau time tu. Kak ada orang guna telekung saya tengok arrr... kepam kat dagu dia. Huwaaa.... kamu tak sedar ke? Taklah kak sayakan bendera merah last week? Pastu Kak N kata lagi sebab kamu dah seminggu tak guna tu yang kuning kot. Ish!!. akak ni time saya tinggalkan last week takdelah kuning macam ni sambil tunjuk tempat yang kuning tu.

Mrs. A bukanlah jenis kedekut sampai tak bagi kalau orang nak pinjam TPO tu. TETAPI apa yang Mrs. A rasa ralat sangat dan tak puashati timbul tu adalah disebabkan kenapa!? mengapa!? orang yang guna tu langsung tak bagi tahu Mrs. A.

Tak kisahlah bila kau nak guna tapi tolong bagi tahu, boleh tak?. Apalah salahnya selepas dah guna tu singgah sekejap tempat Mrs. A bagi tahu. "Yuhuuu... tadi iol guna TPO uol" sebab iol terlupa bawak sendiri punya. hah! tak pun cakap jer.. iol guna TPO uol cos iol suka cos TPO SK.

Hah! pointnya adalah cer bagi tahu tuan yang empunya TPO tu. Bagi tahu secara pukal pun okay. Contoh ayat pukal "Eh! U..., iol nak bagi tahu nih! tadi iol guna TPO hah! esok, lusa nak guna lagi tau ataupun bila-bila iol suka nih! iol bagi tahu in-advance ni". Hah! kan senang macam tu. Mrs. A pun puashati, In Sha Allah pahala pun dapat.

Haish! macam-macam caralah boleh jer bagi tahu, WhatsApp pun boleh. Hurm...WhatsApp??? mungkin dia tak tahu nombor phone Mrs. A. Kalau macam tu pesan kat kawan-kawan pun okay. Apa yang penting wajib bagi tahu tuan yang empunya.

Okay! share sikit hadis.

TPO

Walaupun hadis ini macam takde kena-mengena, tapi konsepnya lebih kurang sama iaitu mengambil hak orang lain walaupun tujuannya berbuat kebaikan tetapi kebaikan tersebut jadi "tidak bernilai".

Okay! itu sahaja nak cerita kisah TPO Mrs. A mujur ada blog dapat luah rasa. Selamat bercuti dear readers. Hati-hati di jalan raya ya.

You Might Also Like

11 comments

  1. Takpe lah Mrs A. Dpat pahala dkt Mrs A.InshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun jenis tak kisah nak bagi pinjam tapi asalkan jagalah elok2 dan kasitau before pinjam..itu je minta...

    ReplyDelete
  3. sabar mr.A ada hikmah tu... In shaa Allah.. mntau lepas ni ade orang hadiahkan Mr.A Tpo dari MEKKAH..hihi

    ReplyDelete
  4. Halalkan sajalah.
    Mungkin ada sebab orang tu tumpang guna.

    Baru tau TPO tu apa.
    Ingatkan "Tak Pakai Otak".

    ReplyDelete
  5. dia igt tu TPO waqaf kot.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tahu itu siapa yang punya, semua staff sedia maklum pada setiap Hanger ada no dan nama pemilik TPO yang disediakan khas oleh AJK surau.

      Delete
  6. sy plak x kisah kalu nk pinjam tp jagalah elok2... jgn kotorkan, lipat baik2 etc...

    ReplyDelete
  7. TPO? saya ingatkan tadi mcam JPO rupanya telekung haha!! Kalau saya pun marah...barang kita kan

    ReplyDelete
  8. Sabar kak.. Sabar. Itu petanda telah tiba masanya untuk akak basuh telekung.. :)

    Reen pun sama cm anies.. Tak kesah orang pinjam. Yang penting pandai jaga..

    ReplyDelete
  9. Sabar ye kak ..

    Siqah pun tak suka kalau orang nak guna barang kita tanpa kebenaran.. cuma kalau terpaksa, bolehlah guna tapi pastikan jaga elok2 lah kan..

    Mungkin ada hikmah kak. Anggaplah bersedekah :)

    ReplyDelete
  10. tak baik kan buat mcm tu, sampai kepam..maknanya guna setiap hari..

    cantik beg TPO..kaler menarik..

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me